Khamis, 18 Disember 2008

MenCari CinTa Di HujuNg SujuD



Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku tegah
Ayat2 cinta bercerita cintaku padamu
Bila bahagia mula menyentuh
Seakan ku bias hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Bila ku bersujud..

Lagu tema filem Ayat-Ayat Cinta dimain berulang-ulang di Winamp player laptop kesayangan.Fuh,layan tu..Ada sebaris ayat dalam lagu tu yang agak ‘makan dalam’ dalam hati,

‘Namun harus ku tinggalkan cinta,bila ku bersujud..’



Cinta mana yang harus kita tinggalkan saat kita bersujud?Mestilah cinta manusia kan.Cinta dunia, tapi bukan cinta kita pada Allah.Iyalah,macam dalam filem Ayat-Ayat Cinta tu,sedalam mana pun cinta dalam hati Fahri,saat sujudnya ,harusnya hanya Allah di hatinya.Iya kan,iya kan?Tentu aja deh..

Tp,macamana rasa cinta pada Allah tu ya?
Hmm…Macamana rasanya ya??

Lagi manis dari gula batu,lagi sedap dari aiskrim dan lagi indah dari menikmati minuman coklat panas ketika hari hujan pada waktu malam.Macam tu ke?
Mana pulak.Itu rasa dengan lidah.Cinta rasa dengan hati.Hanya org yang tahu mencintai tahu apa rasanya cinta.Tapi mengkin ada kurangnya pada kupasan saya ini.Jadi kiranya khilaf,mohon dimaafi dan diperbetulkan..

Cintakan ayah bonda,rasanya ingin selalu senagkan hati mereka.Agar mereka selalu bahagia.Pernah rasa?Alamak,tapi orang zaman sekarang susah sikit nak faham konsep CINTA melalui mak ayah ni.Walaupun kerana merekalah kita berada di dunia.

Nak senang sikit,pernah jatuh cinta?
Ala..buat-buat tak faham pulak.Tiba-tiba hati rasa berkenan.Tak kan tak pernah.Bila kita sukakan seseorang,hati berbunga-bunga bila si dia tersenyum.Panah syaitan buat diri melayang-layang ke awan biru.Tapi rasa itu hadiah dari Allah.Jadi patutnya perlu lebih sayang kepada Nya berbanding kepada si dia.Rasa ingin selalu bersamanya,menjaganya dan membuatnya bahagia.Rasa sakit dan serba tak kena kalau si dia hilang dari pandangan mata.Senang kata tak terungkap oleh kata-kata lah.




Kalau jatuh cinta zaman-zaman sekolah dulu,rasanya tak sah kalau sehari tidak lalu di depan kelas si jantung hati.Bukannya dia perasan pun sebenarnya.Tapi dah namanya jatuh cinta,yang mengarut-ngarut pun terasa rasional dan releven.Macam-macam.
(Aceceh,macam berpengalaman je.Heh.Pengalaman sendiri kalau tak banyak pun,inilah kebaikannya menjadi pendengar pengalaman orang..)

Ha,mesti pernah rasa kan..
Tapi,cintakan Allah tu rasanya macam tu jugak ke?
Iyalah.Cuma kita tidak dapat melihatNya.Namun Dia sentiasa bersama kekasih-kekasihNya.Bukti-bukti cintaNYA tidak terkira banyaknya.Bezanya samada kita sedari ataupun tidak sahaja.Tapi,Allah itu ada dua sifat yang kerap disebut-sebut.Baca basmalah pun ada kita sebut.Apa tu?


Sifat AR-RAHMAN = pemurah & AR-RAHIM = penyayang.Segala nikmat yang dikurniakan,Allah limpahkan ke seluruh alam tidak kira kepada hamba-hambanya yang ingkar mahupun yang taat kepadaNya adalah atas sifat AR-RAHMAN Nya.Bagaimanapun,nikmat yang dikurniakan dengan penuh kasih sayang adalah kepada hamba-hamba yang beramal soleh dan mengabdikan diri kepada Nya.Yang kedua itulah atas sifat AR-RAHIM Nya.Dari diberikan hadiah secara rawak dan tidak kira siapa penerimanya,saya lebih sayangkan hadiah yang diberikan oleh orang yang saya sayang. Jadi,mahu dicintai Allah nggak?Harusnya,belajar untuk mencintai dulu ya..
Ketika zaman sekolah dulu selalu saya terfikir ,kita boleh jatuh cinta pada Allah ke? Susah sedikit untuk menjelaskan bahagian ini.Cuma saya datangkan petikan dari buku Gizi Hati oleh Dr. Ahmad Farid yang merupakan penulis buku bestseller Tazkiyyatun Nafs untuk kita renungi.Bagi saya,agak mudah untuk memahami erti CINTA dengan perumpamaan yang diberi,


Barangsiapa yang cinta kepada Allah,ia akan senang melayani Nya.Selanjutnya,pelayanannya kepada Allah menjadi energi hati dan makanan bagi jiwanya.Seperti ungkapan seorang penyair:

“Jadilah orang yang senang melayani Rabb-mu
Kerana orang yang jatuh cinta ialah pelayan bagi para kekasihnya”

Ibnul Mubarak berkata:

“Engkau bermaksiat kepada Allah,tetapi engkau menharap cinta-Nya
Sungguh sebuah perumpamaan yang indah
Bila cintamu jujur,niscaya engkau akan mentaati-Nya
Kerana orang yang jatuh cinta biasanya taat kepada yang dicintai”

Nak bercinta jauh-jauh susahkan??Tapi nak sentiasa berdamping pula,pasangan akan mula rasa rimas.Itulah manusia.Mulianya cinta Allah.Takkan sekali pun cinta kita akan ditolak.Malah,selangkah kita kepadaNya,Allah akan hampir dengan kita berkali-kali ganda dari usaha kita.Tak perlu buat appointment,date dan sebagainya.Allah sentiasa bersama kita.Malah,37 kali sehari Allah berada betul-betul dekat dengan kita.Bila tu?
Ketika SUJUD.

1 hari = 5 waktu solat fardhu
Jumlah rakaat 5 solat fardhu dalam sehari = 2 + 4 + 4 + 3 + 4
= 17 rakaat
1 rakaat = 2 sujud
Jadi,1 hari = 17 rakaat X 2 sujud
= 34 sujud / hari
Itu baru solat fardhu.Bagi mereka yang memperbanyakkan sujudnya (menambah dengan solat-solat sunat dan Qiamullai),jumlahnya semakin bertambah-tambah.betapa sayangnya Allah kepada kita.DIA telah bersedia untuk berada paling hampir dengan kita bila saja kita sujud.Sedangkan jangan kata Perdana Menteri,kawan kita pun belum tentu sanggup hadir tiap kali kita memerlukan mereka.Apatah lagi apabila terlalu kerap.

Sesungguhnya Rasulullah sendiri pernah bersabda,

“Tempat paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud,maka banyakkan berdoa ketika itu”

(Riwayat Ahmad,Muslim,Abu Daud dan Nasa’i)

Baik kan Allah?? Mestilah…

Itulah..Maka,bilamana cinta itu bererti senang melayani permintaan kekasihnya,dan jika kita cintakan Allah,maka kita akan senang melayani hakNya,segala tuntutanNya..

Ha, SOLAT ? Senang je..Hari-hari buat.
Tapi khusyuk ke?Atau takat cukup rukun sahaja??
Dimana CINTA kita?

TUTUP AURAT ?Senang je..Hari-hari buat.
Kalau jadi lelaki lagi senang.Asalkan tak buang tabiat pakai seluar pendek,biasanya dah cukup tutup dah.
Tapi cukup syarat ke?Tudung jarang,baju ketat,macamana pulak tu??
Dimana CINTA kita??

SAYANGkan sesama makhluk?Memang sayang semuanya.Mak,ayah,saudara mara,kawan2..Kekasih?Ops..he,tapi takda pegang-pegang pun.Kami saling sokong satu sama lain.Balaja sama2 lagi..
Zina yang zahir insyaallah tiada.Tapi ZINA HATI pulak macamana?Boleh gerenti tak ingat si Dia lebih banyak dari ALLAH?
Di mana CINTA kita kalau macam tu???

Soalan-soalan ini bukan saya tujukan kepada orang lain tetapi bermula dengan diri sendiri.Dan bila ada jawapannya yang saya hanya mampu terdiam, maka saya perlu lebih gigih mencari cintaNya..

Bukan semua.Cuma kita selalu menilai sesuatu dengan logik akal,bukan dengan ‘guideline’ yang Allah sediakan dalam Al-Quran dan Sunnah.Ha,masuk bab ni,ramai yang akan kata,

“SUSAH LA..saya bukan ustaz, hafal hukum-hukum segala.”

Habis,yang Islam itu ustaz-ustaz sahaja ke??Lagipun kita dah sebut sebentar tadi,kerana CINTA,semua jadi boleh sahaja.Jadi,jom sama-sama belajar.Ambil tahu & bukan buat-buat tak tahu.Hukum Allah itu meliputi segala.makanya kiranya tidak mampu untuk diingat semuanya,rujuklah pada yang tahu.Dampingilah para ulama’ (orang berilmu).

Makanya mahu disangkal lagi?Iya,itu kebenarannya.Cuma pada tangan kita terletak pilihan.Mahu sujud mencari cintaNya atau tidak.Kerana kita manusia sering lupa,dari tanah yang kita sujud diatasnya itu kita tercipta.Dan yang menciptkan kita itu yang Maha memiliki cinta.Dan kekasihNya junjungan besar Muhammad yang seluruh hidupnya,perbuatannya serta angan-angannya adalah cinta kepada Allah telah mengungkapkan doa yang begitu indah,

“Ya Allah,aku mohon cinta kepada-Mu,cinta orang yang mencintai-Mu,cinta perbuatan yang mendekatkan kami akan cinta-Mu..Ya Allah, kurniakanlah kepada ku apa yang aku inginkan dan jadikanlah karunia itu sebagai kekuatan bagi diriku terhadap apa yang Enkau cintai.Apaya yang telah aku miliki dari pemberianMu yang aku inginkan,jadikanlah itu sebagai pemenuhan hajat hidupku yang Engkau ridhai.”

~LOVE is HIM ,the Most Merciful .HE gave me LOVE to LIVE and LIVE to LOVE~

Rabu, 3 Disember 2008

SANGGUPKAH KITA LARI DARI RAHMAT ALLAH???



Kenapa enta tak mau masuk usrah di kampus? Tanya ku kepada seorang bekas ketua unit naquba dari sebuah sekolah agama di Malaysia ini. Hari itu adalah hari pendaftaran para pelajar baru di kampus ini. Dengan selamba je dia jawab: tak kot,kat sini ana tak nak fikir dah pasal benda2 camni,ana nak tumpu kt study. Aku diam memikirkan apakah fonemena ini adalah perkara biasa atau perkara yang sudah menjadi trend bagi para jundi yang ditarbiyyah di peringkat sekolah. Adakah dia sudah boring menjadi penyambung perjuangan yang diwasiatkan sendiri oleh rasul yang mulia Muhammad saw. Atau mungkin dia ni terkene sindrom high level yang merasa diri sudah lengkap dan hebat hanya kerana dia telah mengenal apa itu perjuangan lebih awal dari naqibnya sendiri di kampus.

Otak ku ligat mencari jawapan yang mesti ku cari untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengurangkan gejala ini terus berlaku kepada para jundi yang telah di asuh dibawah payung tajdid ini.

“baiklah,jika enta takmau joint usrah pun takpe,tapi pastikan diri enta tidak terjebak dengan gejala-gejala keruntuhan moral yang banyak melanda para mahasiswa sekarang.juga yang terpenting enta jangan jadi penentang kepada para sahabat yang ingin meneruskan perjuangan islam di sini.”pesan ku. Dia hanya tersenyum. Mungkin dia sudah yakin mampu menghadapi gelora ujian hidup ini secara berseorangan.mungkin juga dia terlupa kepada hadis Rasul yang agung supaya setiap ummatnya tidak memisahkan diri jemaah islam.entahlah…tapi ku doakan agar Allah tunjukkan pengajaran bagi ku dari apa yang berlaku ini.

Ku juga pernah mendengar dari seorang sahabat yang bakal menyambug pelajaran ke ijazah. Pada awalnya aku hanya bergurau denganya untuk melihat sejauh mana matlamatnya dalam meneruskan pentarbiyyahan ini.adakah dia sebelum ini dia memerah keringat berjuang kerana Allah atau hanya kerana jemaah? “nampaknya makin hebatlah IPT tersebut pasni bila enta masuk sana.enta kan hebat dalam bab tarbiyyah”. Gurau ku . “kat sana nanti ana tak nak terlibat dah dengan tarbiyyah ni,ana nak rehat.letih dah buat gerak kerja masa diploma dulu.” Selamber badak je dia jawab. Badak pun tak selamber sampai tahap camtu.langsung tak de perasaan bersalah pada dirinya menuturkan kalimah itu. Aku terlopong mendengar butir kata dari seorang pimpinan kampus yang begitu lantang mentarbiyyah para mahasiswa suatu ketika dulu bercakap seolah dia lupa kepada Firman Allah dalam surah As-soff (ayat 2 dan 3) :

(2) Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu katakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

(3) Sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan.

Jika dahulu dia begitu lantang mengatakan bahawa perjuangan ini adalah suatu kewajipan yang wajib dilaksanakan oleh setiap ummat selagi daulah belum tertegak di muka bumi ini.tapi kenapa sekarang dia sendiri ingin pencen dari kerja ini? Sewaktu memegang tampuk kepemimpinan dahulu dia begitu hebat memerangi dan menemplak sahabat-sahabat yang ingin futur dari perjuangan ini dengan dalil-dalil Aqli dan Naqli. Tetapi pada hari ini dengan penuh bangganya dia mengiystiharkan bahawa dia bakal pencen tanpa gaji dari melakukan sebarang gerak kerja islam ini.

Tiba-tiba hati ku terdetik. Adakah sebelum ini dia di asuh untuk berkorban semata-mata kerana Allah atau berkorban hanya untuk jemaah? Adakah dia berjuang selama ini kerana jemaah atau kerana Allah? Jika dia berjuang kerana Allah,dia tidak akan berhenti dari perjuangan ini.kerana matkamatnya adalah Allah. Orang berjuang kerana Allah memulakan perjuangan ini dengan BISMILLAH dan hanya ingin mengakhiri perjuangan ini dengan INNALILLAH. Mati sahaja sebagai jambatan kasih yang menemukan hambanya dengan kekasihnya yang begitu dirindui. Allahuakbar.




Tetapi seandai ianya berjuang hanya kerana jemaah,dia hanya menjadi ahli jemaah hanya dalam jangkamasa 3 tahun sahaja.selepas itu dia akan keluar…maka akan jadilah dia seorang hamba jemaah yang melakukan gerak kerja untuk jangkamasa 3 atau 4 tahun sahaja.adakah masih ramai lagi para pendakwah kampus yang sekarang begitu bersemangat meneliti didalam dirinya adakah perjuangan ini untuk jemaah atau kerana Allah? Jika perjuangan ini untuk jemaah,lebih baik kamu keluar awal-awal atau perbaikilah fikrah kita untuk meletakkan kita ini sebagai pejuang Allah bukan pejuang jemaah.

Setelah lama terdiam,ku menjawab kepada sahabat tadi. “sanggupkah enta lari dari Rahmat Allah? Sanggupkah enta menolak pelawaan dari Allah dalam surah As-saff ayat 10 dan 11:

(10) wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
(11) Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu. Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui.

Atau enta sudah merasa cukup untuk mendapatkan syurga Allah dengan hanya pengorbanan enta yang sedikit dahulu? Atau enta merasa benci dengan kasih sayang Allah dalam bentuk ujian dalam perjuagan ini?

Jika enta ingin lari dari perjuangan ini,jawablah pertanyaan ku ini…jika enta sanggup,larilah selaju mungkin dari perjuangan ini.kerana Islam tidak akan rugi jika enta tiada.malah entalah yang akan rugi. Islam hanya memerlukan penegaknya yang akan menegakkannya dengan pengorbanan,bukan dengan hanya kata-kata.

Sabtu, 29 November 2008

PENYELEWENGAN FIKRAH (SIRI 3)


Pada perbincangan di bawah tajuk penyelewengan fikrah siri 2 yang lepas kita telah membincangkan tentang penyelewengan dari sudut matlamat. Pada kali ini insyaalah kita akan cuba membincangkan penyelewengan dari sudut sasaran pula. Ini kerana,kekadang kita telah menetapkan matlamat yang mantap dan hebat,namun lantaran wujudnya tipu daya dan mehnah di tengah-tengah jalan perjuangan ini kita terlupa dan lalai dari matlamat asal dan berjalanlah kita dalam perjuangan ini menuju satu haluan yang secara kita tidak sedar kita telah ubah.

Antara sebab berlakunya penyelewengan dari sudut sasaran adalah disebabkan kehilangan tenaga yang disia-siakan tanpa faedah dan berlakunya amalan-amalan atau gerak kerja songsang yang diharapkan kebaikannya pada kesudahannya. Sepertimana yang kita pasakkan di dalam jiwa kita, kita mempunyai 2 sasaran asas yang perlu kita tuju dalam perjuangan ini:

1) Membebaskan semua muslimin dari sebarang gangguan dan kekacauan pemerintahan, gaya hidup dan pemikiran, yang diwujudkan oleh para orientalis dan musuh-musuh islam.

2) Menegakkan dauah islamiyyah- Daulah islamiyyah tidak akan tertegak selagi mana hokum-hukum islam belum ditegakkan.


Ingatlah wahai para sahabat sekalian,selagi kita berdiam diri dalam menegakkan daulah islamiyyah ini,kita akan menanggung dosa dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt lantaran kecuaian kita ini. Penyelewengan dari sudut sasaran boleh berlaku dalam beberapa cara:

1) Merasa cukup dalam menuju ke arah sasaran contohnya merasa cukup dengan hanya berzikir,solat,amar maaruf nahi mungkar, dan melakukan amalan-amalan baik dan pada waktu yang sama meninggalkan jihad,mendirikan daulah dan khilafah serta mengukuhkan semua ajaran islam dengan mengembalikan kuasa pemerintahan kepada Islam,bukan semata-semata kepada orang islam. Sikap seperti ini sebenarnya mengubah rupa atau mencacatkan Islam sepertimana berlaku kepada beberapa jemaah yang memilih sasaran-sasaran yang bersifat cabang sahaja atau memilih sebahagian sahaja dari keseluruhan kewajipan kita sebagai ummat Islam.Terpulanglah kepada Allah untuk menilai semua pendirian kita.

2) Menegakkan hukum islam hanya di sesebuah negeri sahaja tanpa berfikir dan saling bantu-membantu dalam menegakkan daulah islamiyyah sejagat.Ini bercanggah dengan fikrah kita yang menitik beratkan kesatuan muslimin di seluruh dunia. Adakalanya penyelewengan ini boleh berlaku dengan rela hati setelah di umpan oleh pemerintah dengan gambaran-gambaran fotomargana dengan hanya melaksanakan sebahagian sahaja dari Islam untuk menunjukkan mereka juga menjalankan islam.


Rabu, 19 November 2008

SMART CAMP SRIBU 2008 (15-17-NOV-2008).


Apabila ku turun dari BAS di sekolah rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU), Afiqah datang menerpa memegang tangan ini. Dengan linangan air mata dia terus memeluk saya. “Ustaz,janganlah pindah” ujar afiqah sambil menangis. Hampir-hampir juga aku ingin mengalirkan air mata ini,nasib baik ramai lagi ibu-bapa yang masih ada untuk mengambil anak masing-masing setelah 3 hari kami penat berprogram di ECO THEME PARK RESORT. Aku memegang kepala afiqah,murid ku yang darjah dua itu dengan sebak. “afiqah jangan nangis,ustaz pergi sekejap je.kalau ada masa nanti ustaz datang jumpa enti semua.” Ku cuba memujuk. “ kalau ustaz takde kat SRIBU,Afiqah jangan nakal tau,belajar sungguh-sungguh dan yang paling penting jangan lupa hafaz Quran dan amalkannya. Ibu dan ayah Afiqah hanya memerhatikan sahaja aku memujuk afiqah.mungkin mereka juga merasa sebak melihat anak kecil ini sudah mengerti kemanisan Ukhwah apabila wujudnya perpisahan. Aku membuka beg,mengambil Key chain TLDM yang aku beli semasa latihan pelayaran pada 2004 dahulu dan aku letakkan di tangan Afiqah. “Jaga diri dan Islam Elok-elok,ingat pesan ustaz,cita-cita tertinggi kita adalah syahid”. Mungkin Afiqah belum dapat memahami sepenuhnya apa pesanan ku tadi. Afiqah melambai-lambaikan tangan dan masih ada titisan jernih di matanya sewaktu dia berada di dalam kereta.

ku sedang memujuk faris dan afiqah

Setelah Afiqah hilang dari pandangan,aku melangkah ke kantin,tetiba amirul pelajar yang baru darjah empat itu datang dan terus mencium tangan ku sambil minta maaf, “Ustaz,ana nak cium dahi ustaz boleh?” aku terkesima. Namun aku tetap membenarkannya mencium dahi aku,ku lihat titisan jernih mengalir di pipinya. “Ya Allah,aku kene tahan perasaan ni.” Jangan menangis di hadapan orang”. Getus hati ku. Selepas itu sorang demi seorang pelajar ku datang bersalaman. Insyaallah ustaz takkan lupakan antum semua. Nama-nama antum yang selalu mencuit hati ustaz dengan telatah nakal . Antum adalah bakal mujahid yang sedang di tarbiyyah di bawah payung DPP PUlau Pinang. Yang bakal menjadi tonggak kepada perjuangan Islam nanti. Ustaz akan ingat telatah Farhan yang terlalu suka bercakap dan komen ustaz, Sufi yang banyak bantu ustaz,Osman yang control macho,Misbah yang bercita-cita menjadi bomoh, Ain yang selamba,Atiqah yang garang, amirah yang banyak songeh,Nawawi dan wardah murid yang paling kecik, dini yang mata bulat, Afiqah yang selalu senyum dan ramai lagi murid-murid yang ustaz sayang.



kekuatan jasmani

Mungkin Smart Camp 08 adalah tugas terakhir ku untuk berkhidmat DI SRIBU. Aku terus melangkah menuju ke Asrama. Terpandang bilik urustia program Smart Camp yang agak bersepah,memori terus tertuju kepada kenangan sepanjang 3 hari berada di program itu. Hari ini baru ku rasa betapa manisnya ukhwah di SRIBU setelah bersama-sama menempuh onak dan duri membesarkan tunas-tunas Islam ini. Masih ku teringat gurauan Ustaz Yusni selaku Mudir SRIBU bagi menghidupkan suasana setiap kali program. Mungkin akan terus segar dalam ingatan ini geng2 Modul iaitu Ustaz Syafiron,Ustaz Naim,Cikgu Balqis,Ustz Baizura, dan Ustazah Zaharah yang pening-pening lalat memikirkan modul untuk menjadikan Smart Camp kali ini bakal menjadi batu loncatan untuk murid-murid terus Istiqamah dalam pengajian Islam dan Fardhu Kifayah ini.

para urustia

Tiba-tiba ku tersenyum sendirian mengenangkan ustaz din dan ustaz zainon yang suka buat lawak dan tak lupa juga kepada syafiq dan saiful yang menjaga bahagian makanan dengan baik.. Slot yang paling aku tidak dapat lupakan ialah slot pengembaraan malam. Ramai pelajar-pelajar menangis kerana takut berjalan dalam gelap. Tapi apabila ditnya,antum takutkan kan siapa? Serentak mereka menjawab.”ALLAH!!!”. malam itulah kami cuba memperbaiki mana-mana kelemahan yang ada pada pelajar-pelajar itu. Tetiba terdengar pelajar putera menjerit. “ni mesti Histeria”. Dengan pantas aku berlari kea rah bunyi tu…HAmpeh, rupa-rupanye Ustaz din tengah duk menakut-nakutkan Daniel.

Ku terus melangkah menjelajahi tangga asrama putera..sunyi sahaja asrama ni.Terasa rindu pada kebisingan para pelajar yang sedang bermain,study, dan menghafaz Quran.Begitu kosong jiwa ini,sekosong asrama yang bakal ku tinggalkan.terbayang kembali bagaimana kenakalan anak-anak buah ku terutamanya mawardi yang baru darjah satu,tapi dah pandai mengenekan senior dia.kadang-kadang ada senior-senior dia datang mengadu kepada ku kerana tak tahan setelah di ejek oleh mawardi.senyumannya cukup manis kerana dia tiada gigi hadapan. Dari atas asrama ku terpandang surau yang sebelum ini begitu meriah dengan alunan bacaan al-quran dari suara-suara halus para mujahid cilik tu..di surau inilah banyak kali aku mendenda pelajar-pelajar yang terlalu.Wahai anak-anak ku,Ustaz buat semua itu kerana sayangkan antum semua.Ustaz mahu antum semua tahu,Islam memerlukan ramai amilin yang sanggup mengorbankan segalanya untuk didagangkan di jalan Allah.Yang bukan hanya menjadi penceramah yang terlalu banyak berkata-kata tanpa ada tadhiyyah yang tinggi. Biarlah kita termasuk didalam golongan yang di sebut oleh rasulullah iaitu golongan pemuda yang brtemu dan berpisah kerana Allah.Mungkin masih jauh bagi antum untuk memahami apa itu pengorbanan,tapi cukuplah antum memahami bahawa ukhwah itu manis jika ia hnya kerana Allah.

semasa lawatan

para pelajar

persembahan silat

Solat diutamakan

Di surau ini jua kita bersama-sama berlatih seni mempertahankan diri . di sini juga antum di kerah untuk meningkatkan kekuatan rohani dan jasmani. Disini jua antum belajar apa itu tekan tubi, apa itu silat. Kerana dalam perjuangan ini kita bukan sekadar memerlukan rohani yang kuat,bahkan juga jasmani yang mantap juga amat penting. Ustaz bersyukur kepada Allah,walaupun Ustaz banyak mendenda dan memaharahi antum,antum masih menghormati ustaz,mungkin rabitah hati yang kukuh lantaran jalan yang bakal antum tempuhi nanti adalah jalan yang sedang ustaz sambung dari rasulullah bersama-sama dengan semua pejuang-pejuang islam yang lain untuk menjadi mata rantai yang saling mengikat perjuangan ini.

sahabat-sahabat

sahabat-sahabat

Family Day

Hati ini makin terasa sebak apabila mengenangkan sahabat-sahabat disini yang sama-sama menempuh onak. Jiwa ku tertuju kepada peristiwa manis yang berlaku ada 12-11-08 iaitu semasa persiapan ihtifal kali ke empat.bagaimana semua staff berkerjasama untuk menyusun semua program.berhujan dan berpanas untuk menjadikan ihtifal ini sebagai satu majlis yang yang akan mengembirakan antum semua. Jam 5 pagi itu ustaz tertidur di atas pentas bersama-sama dengan jauzi,al-basher dan faiz. Sungguh manis,mungkin di tempat lain ustaz tak akan dapat merasakan pengalaman ini. Dan ustaz semakin sebak apabila teringat Farhan dan azril datang mengurut kepala dan belakang ustaz setelah melihat ustaz kepenatan.Antum semua banyak member i kasih sayang kepada Ustaz. Ukhwah yang antum tautkan begitu member kesan dalam jiwa ustaz.kerana kasih sayang yang antum berikan tiada kepentingan lain dan ia lahir dari hati seorang pendekar kecil yang bakal menjunjung tinggi Syariat Islam.

Wahai pelajar sekalian,ketahuilah di akhir zaman ini Islam akan kembali menjadi dagang,namun beruntunglah orang dagang bersama-sama islam. Jadilah antum ghuraba yang sanggup di sisih demi islam.kerana kita hanya punya Islam.latihlah jiwamu untuk bersenang-senang dengan kemanisan ukhwah,pejamkanlah mata dari melihat kemehan dunia.hulurkan tangan untuk berpaut dengan mata rantai perjuangan dan pasakkan cita-cita untuk mencapai cinta tertinggi kita iaitu syahid di jalan Allah. Semoga Allah menyambung ukhwah kita disini hingga ke Jannah.

HIDUP BERJUANG UNTUK BERKORBAN, SYAHID JADI IMPIAN.


Buat pengetahuan semua pembaca,SRIBU sekarang sedang mengumpulkan RM 3 juta untuk membina Kompleks SRIBU bagi menempatkan Pasarana lengkap sekolah ini.sekarag SRIBU hanya beroperasi dengan menyewa bangunan di taman Arowana pulau pinang. Kepada para dermawan yang ingin menyumbangkan sumbangan kewangan boleh memasukkan sumbangan ke akaun bank islam SRIBU: 07016010054883. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi mudir SRIBU( Ustaz Yusni:019-4500660) atau layari laman web: http://sribu.net.

Teringin nak jadi Mejistret?? (Hakim Vs.Daie)


Jam di handset menunjukkan waktu sudah 2.45ptg.Hmm..Dah nak pukul 3..Cepat sahaja habis waktu rehat lunch call.Mahunya waktu kerja,terasa merangkak-rangkak je jam di dinding inpatient pharmacy tu bergerak.



Eh,apa tandanya tu?Bunyi macam tokoh anugerah pemalas berjaya je.



Ish3,kena la bersemangat sikit!!Fardhu kifayah apa.Habiskan practical,dapatkan diploma,boleh sambung degree bla..bla..bla..kahwin,kerja,mati…life cycle.Macam rantai basikal je.Berantai-rantai.Bunyi nya macam typical dengan hidup orang kebanyakan je.. Lepas mati kena hisab.Moga dipelihara dari azab kubur.Tapi,sepertimana yang Saidina Umar cakap,kenalah hisab diri sendiri dulu selagi hidup.Jadi moga-moga bila sesudah mati,yang tinggal untuk dihisab Cuma yang baik-baik saja.



Pernah hisab diri?

Mungkin perkataan masdar (kata terbitan) dari perkataan arab hisab ni lebih glamour-Muhasabah.Pernah buat muhasabah diri?

Aish,mestilah pernah kan ?



“Alamak,TER-mengumpat orang pulak.Astaghfirullahal azim”



Lebih kurang la..Tapi, cuba pulak kita buat-buat jadi hero dalam cerita bersiri Numbers kejap (Cerita penyiasatan omputeh di tv2 dolu-dolu,waktu saya sekolah menengah.Best!) Kalau kita boleh kira berapa banyak kali kita hisab diri dengan kita hisab orang,mana lagi banyak?Takpe2.Rasanya yang tengah membaca ni lebih banyak hisab diri sendiri kot.Tapi diri yang menulis ni,kalau dikira-kirakan,dan bagi kebanyakan manusia barangkali,lebih banyak hisab orang.Macam mana tu? Hisab,kira,nilai,menghukum…Sama lah lebih kurang tu.



Macam mana?Macam-macam.Macam bila dapat order dari doctor ubat Lamivudive,Zidivudine untuk patient,macam-macam yang main dalam kepala.



“Ish,ubat ni untuk AIDS ni..Mesti orang ni…”



Eh3,nak pikir apa tu?Mungkin orang lain takda fikir jahat-jahat pun.Cakap diri sendiri jugak ni.Tengah belajar lagi nak berbaik sangka.Kadang-kadang benda macam ni terlintas dalam kepala.Kena istighfar banyak-banyak.Kerana su uzzohn (buruk sangka) silap-silap dapat dosa percuma.Ha,kembali kepada topik asal-Kita DaieBukan Hakim.



Jom masuk kelas bahasa kejap.

Hakim boleh diertikan dengan orang yang bertanggungjawab mencari kebenaran suatu tuduhan dan mensabitkan hukuman yang setimpal.

Daie pula,sepertimana firman Allah dalam surah Al Imran pada ayat 110 adalah golongan yang menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar.

Eh,macam tak berapa nak sama je dari dalam kamus..tak mengapa lah ye.Yang penting kita faham.Dan manusia lebih suka jadi HAKIM!



Yang ini betul!Yang itu salah!

Kartun betul.Pendek kata, manusia punya kecenderungan menilai suatu kebenaran dan mengkukum keadaan tersebut.Life’s like that.Jadi apa bezanya daie dengan hakim?Daie tak menilai kebenaran ke?

Bukan yang itu.Daie juga perlu menilai suatu keadaan dengan saksama.Agar suatu tindakan penyelesaian terbaik berdasarkan prinsip amar ma’ruf nahi mungkar sepertimana yang digariskan dalam syariat Islam dapat dipenuhi.tapi bagi hakim,setelah mengetahui kebenaran,mereka hanya menghukum.



Penjelasannya boleh dikatakan begini.Sebagai contoh,hari tu ada pesakit datang kepada doctor mengadu terasa ada biji pada leher saiznya lebih sedikit dari guli.Doctor pun melakukan diagnosis lanjut.Disebabkan pesakit mempunyai tanda lain seperti cepat penat,berdebar-debar dan biji pada leher itu bergerak bila air liur ditelan,pesakit pun disuspect mengalami hyperthyroid (lebihan hormone thyroid) dengan thyroid nodule. Untuk mengesahkan diagnosis tersebut,makanya saya diminta mengikuti beberapa ujian- FNAC (cucuk jarum untuk ambil sel dalam nodul pada leher tu.Sakit wo!!Heh,takda la sangat..) dan Ultrasound (imbas bunyi untuk tahu saiz nodul tu).Jadi,bila dah confirm memang penyakit tu,doc akan pilih la rawatan yang paling sesuai.Thyrodectomy (bedah buang nodul tu) ke,bagi ubat sahaja ke.Mana yang terbaik.

Kesimpulannya, bila seorang doc tahu tugasnya sebagai doc,mestila dia bagi rawatan kan ?Nama pun perawat.



Kita boleh umpamakan daie juga sebagai doctor.Bila mad’u (sesiapa sahaja yang menjadi sasaran dakwah kita sebagai daie) di depan mata berada dalam suatu keadaan tertentu,samada ingin mengajaknya dia melakukan kebaikan lebih dari sebelumnya ataupun cuba mencegah kemungkaran yang ada padanya,keadaan dan situasinya dinilai terlebih dahulu.Sepertimana doctor,tak kena cara kita mungkin terlebih bagi ‘ubat’.Overdose!!Bahaya tu.

Dan bezanya pada hakim,tugasnya terhenti selepas buat segala analisis.Setelah tahu apa penyakit pesakitnya,dia hanya memberitahu kepada pesakitnya,



“Pak cik menghidap sakit jantung ni.Kita dah buat beberapa ujian,terbukti jantung pak cik hampir-hampir tersumbat.”



Tapi tak mahu bagi ubatnya.Mahu je kena penampor dengan pak cik tu.IRRELEVANT.



Begitu juga kita dilahirkan di dunia ini sebagai hamba Allah.Untuk menghambakan diri kepadaNya.Hamba yang tidak diperhambakan.Kerana segala amalan yang diperintahkan hanya sebagai bekalan untuk kita ke Syurga.Untungnya pada KITA.Bukan pada Allah.Sesungguhnya Dia Maha kaya lagi Maha Berkuasa.Tidak luak pun kekayaanNya meskipun setiap hambaNya dikurniakan seisi dunia setiap satu.Tiada sedikit kerugian pun disisiNya kiranya kita tidak memenuhi tuntutanNya.Sekiranya kita diamanahkan untuk menjadi daie,dan kita tidak melaksanakan tugas itu sebaiknya,yang rugi pada kita.Jika kita lebih memilih untuk menjadi hakim,terserah.



Peluang terbentang luas.Dikira takkan habis.Nikmat Islam,nikmat iman,kesihatan tubuh badan dan ilmu pengetahuan.Segala-galanya.Menyuruh pada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak perlu tunggu sehingga menjadi ustaz baru nak mula.We were born and destinied to be Daie.Jadi lakukan mana yang termampu meskipun hanya bermula dengan senyum kepada orang disekeliling kita.Sunnah Rasulullah sekecil ini membawa imej indah dalam Islam.A Simple Sunnah Spread The Beauty of Jannah~Smile.^ ~^



Lets grow up with the magnificience of Islam in us.May you,may me found the right path to follow.Siraatal Mustaqeem..Ameen..

Jumaat, 17 Oktober 2008

LAYAKKAH KITA BERMEGAH DENGAN TITLE DAIE???



Seorang adik yg baru ambik UPSR dating jumpa ngn Sorang Abg yang sedang menduduki SPM…Abg,leh ajar adik tak,camne nak cari luas soalan ni???
Layakkah bagi seorang abg yang bijak menjawab spt ini>> alaa adik ni,soalan macam ni pun tak reti,abg blajar lagi susah tau… agak-agak lepas ni adik tu akan bertanya lagi tak dengan si abg ni jika ini jawapannya???

Begitu juga kita dalam medan pentarbiyyahan ini,kadang-kadang kita tak sedar kita menjadi seorang daie yang merasa hebat dgn ilmu kita yg sempit itu..kadang-kadang kita memperlekehkan ahli-ahli baru atau mad’u yang baru inigin mengenal Islam samada secara sedar atau tidak..macam-macam bunyi keluar..jika kita menggunakan kaedah push and pull utk tarbiyyah adik-adik itu mungkin di bolehkan,sbb kita tahu kenape kita memperlkehkannya dan kita tahu time mana plak kita akan counter adik ni… tp yang menjadi masalahnya sekarang kita memperlekehkan mad’u dalam keadaan kita merasa tinngi dgn ilmu yg kita ada..ini satu maslah.

Malah kadang-kadang kerana ingin di kata tegas,kita menegur seseorang mad’u dihadapan orang ramai sehingga menjatuhkan air mukanya dan inilah menjadi satu tanggapan buruk kepada semua pendokong islam oleh para masyarakat. Sekarang ini mungkin ramai yang menggelarkan dirinya pendakwah atau pejuang atau jundullah dan macam-macam lagi…tapi langsung tidak mempunyai rasa kasih dan sayang melihat seorang mad’u yg sedang melanggar hukum Allah…Bahkan perasaan marah lebih di utamakan..kadang-kadang emosi menjadi hujjah utama dalam menyebarkan risalah yang mulia ini…

Hari ini juga kadang-kadang kita merasa sombong utk terus mentarbiyyah diri kita,mungkin kita dah rasa kita dah conform masuk syurga hnya usaha kita yang sedikit ini..kadang-kadang kita begitu menekankan pentarbiyyahan kepada adik-adik,tetapi kita lupa untuk mentarbiyyah diri sendiri..kita sombong untuk meminta dari Allah untuk mentarbiyyah kita agar menjadi tenteranya yang dekat dengannya dengan ilmu dan peramalan yang sempurna…jadilah daie berjiwa murabbi..dekat di sayangi jauh di rindui oleh para mad’u..

Hidup berjuang untuk berkorban…

MISTERI



Doktor dan jururawat di sebuah hospital merasa hairan
kerana semua pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan
Rapi (ICU) meninggal dunia pada hari yang sama ( malam
jumaat) jam 12 malam. Malah ramai yang beranggapan
ia suatu yang aneh dan berkaitan dengan hantu !!.

Tiada siapa yang berani menyiasat.... Namun begitu,
mahu tidak mahu > terpaksa juga mereka
mencari puncanya demi menjaga reputasi hospital
tersebut. Malam jumaat berikutnya, masing2 menunggu jam
12 malam dengan > penuh debar. Mulut tak lepas dari
membaca ayat suci Al-Quran. Malah ada > yang mula
berzikir dan membaca entah apa doa. Jam semakin
menghampiri 12 malam, masing2 semakin berdebar.

Dalam bilik > ICU tersebut hanyalah sekujur tubuh pesakit
yang nampaknya tenat. Hanya > bergantung kepada alat
bantuan pernafasan untuk hidup. Tepat jam 12 malam,
debaran makin terasa. Jantung bagaikan tersentak bila
melihat satu lembaga > hitam sedang menuju ke bilik
ICU itu sambil menarik sesuatu. Masing 2
terus bersembunyi, menggigil ketakutan,
ada yang nak terkucil.

Pintu bilik ICU terbuka, kerkaeet.............
lembaga hitam tu melangkah masuk...... tap! tap! tap! tap!
tap! tap! tap! tap! tap!. > bunyi tapak kaki.
Rupa-rupanya..... Makcik Kiah yang bertugas sebagai
cleaner pada setiap malam jumaat tu
(shif pukul 12 malam) lantas mencabut power supply
alat bantuan pernafasan dan lantas
mencucuk plug vacuumnya lalu memulakan tugasnya! >


Haghu sungguh..!!

Ahad, 5 Oktober 2008

SelAmaT tinGgal Ramadhan daN SelAmaT Hari Raya

pada 30 ramadhan 1429 H jam 3.30pm

Sahabat Seperjuangan Maahad Amir Indra Petra


Hari ini adalah hari terakhir dalam bulan ramadhan..sekejap sahaja lagi ramadhan pada tahun ini bakal meninggalkan kita semua. Adakah kita semua telah berjaya merebut tawaran-tawaran hebat yang telah di tawarkan oleh tuan punya dunia ini. Itu terletak di dalam kalam rahsia antara kita dan Allah. Segala-galanya tersimpan rapi dalam hati yang samada di penuhi dengan nur taqwa atau kegelapan maksiat.

Alhamdulillah, syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada semua jawatankuasa Iftar Alumni Pimpinan Pelajar Maahad Amir indra petra yang telah berjaya mengumpulkan para alumni pada 28.9.08 yang lalu. Semoga. ikatan ukhwah yang dibina sewaktu berada dalam saff kepipimpinan pada suatu masa dahulu ketika berada di maahad dapat di teruskan selamanya. Bahkan yang paling penting adalah kita mesti meneruskan pentarbiyyahan dan perjuangan yang telah di terapkan di dalam jiwa dan diri kita. Walaupun ada sesetengah kader yang di tarbiyyah sewaktu di alam persekolahan dahulu ada yang telah cuba menjauhkan diri dari medan perjuagan ini sewaktu berada di alam kampus dan di alam pekerjaan,tugas kita mesti di teruskan. Kerana kita berjuang bukan kerana sahabat,tetapi sahabat amat penting dalam perjuangan. Yang paling menyedihkan kita ada juga bukan sahaja menjauhkan diri dari perjuangan,malah ada yang menjadi penentang kepada sunnah ini samada dalam keadaan mereka sedar atau tidak.

Mari lah sama-sama kita mengingatkan diri semua bahawa islam tidak pernah rugi tanpa kita bahkan kita lah yang amat rugi jika tidak bersama-sama Islam. Alangkah ruginya diri kita,jika sewaktu berada di alam sekolah atau di alam kampus suatu masa dahulu adalah seorang yang begitu lantang dalam meletakkan kalimah tauhid di mata masyarakat pelajar, tetapi apabila berada di dalam masyarakat kita terus lesu dan tepu dalam menjadi benteng kepada Islam. Namun jauh di sudut hati, saya juga takut seandainya saya Allah akan campakkan saya jauh dari nur perjuangan ini..Hanya pada Allah sahaja kita mampu berdoa agar ngukuhkan kaki kita berada dalam jalan yang suci ini dan meletakkan dalam barisan para syuhada.

Semalam adalah malam lailatul ijazah,iaitu malam terakhir dalam bulan ramadhan,tetiba tekak ini begitu perit untuk mengeluarkan sebarang kata-kata, aku terus bersangka baik. Mungkin banyak sangat minum minuman berais..Namun ku gagahkan juga memandu kereta untuk ke pasar wakaf che yeh kerana ibu nak sangat makan durian. Lagi pun aku nak beli seluar dan kemeja untuk kerja. Samapai sahaja di jalan kubang kerian,MasyaAllah..Jem tahap Giga kat situ...Takpe,sabar..arafah lagi jem... dalam kul 12.30 pagi baru aku sampai kat pasar tu,ok,cari seluar dulu.. ku pusing dan terus ku pusing macam orang tawaf kat pasar tu semata-mata mencari seluar tu,tetapi agak hampa gak la..sebab kebanyakkan gerai kat situ hanya jual seluar jin,seluar iblis dan seluar setan je...mana seluar para wali ni???? Tetiba hati nakal ni bersuara, inilah bukti dunia akhir zaman,kesian kat jin-jin, tak dapat nak beli seluar sebab habis dah di beli oleh manusia..

Perenggan atas,ayat skima je,.tapi bulan puasa ni tak leh skima-skima sangat..apabila ku membuku mata pagi tadi tekak tadi makin perit..ku cuba baca doa,aihhh..suara aku dah bertukar macam suara ella atau ada macam mirip-mirip suara emi Search...Aku tertanya sendirian..kenape ni??? Esok nak kene bagi khutbah raya lagi..kalau suara rock macam ni,mau lari makcik-makcik kat kampung tu.. aku jadi resah,macam aku fikir..sape la yang nak ganti aku bagi khutbah...tetiba hati kecilku bersuara,ini mungkin kafarah dosa yang Allah bagi ku..Allah tarik buat sementara nikmat suara ini..mungkin aku kurang menjaga lidah sebelum ini...ni baru sikit,kalau Allah tarik lebih dari ini macam mana ye..???

Kepada semua para pembaca,dalam meneruskan kehipun kita selepas ini..ingatlah hanya dalam masa kurang dari sesaat Allah mampu menarik nikmat-nikmat yang telah Dia beri kat kita...jadi gunalah nikmat-nikmat yang Allah beri ni dengan sebaik mungkin..nanti kalau Allah tarik baru kita nyesal tak sudah..

Kepada adik-adikku mujahid kampus,dalam kita sibuk menjalankan gerak kerja kampus,jangan lupa untuk terus menghargai nikmat yang Allah bagi kat kita iaitu nikmat IBU BAPA..pada hari yang mulia ini ramai yang sudah tidak beribu dan tidak berbapa,mereka bangun pagi tanpa di kejutkan oleh suara lembut ibu, mereka hanya mampu menggengam tanah merah yang telah menimbusi jasad ibu-bapa mereka pada 1 Syawal ini...tapi bagi kita yang masih mempunyai ibu-bapa ni,genggam dengan eratlah tangan ibu-bapa kita di 1 Syawal ini...kerana suatu hari nanti kita juga bakal hanya mampu menggenggam tanah merah di perkuburan ib ibu-bapa kita. Cium lah dahi mereka sewaktu nafas mereka masih ada,jangan kita tunggu untuk cium dahi mereka sewaktu mereka sudah berada dalam pembalutan kain kafan...

Bagi adik-adik ku yang sudah tiada ibu-bapa, jadilah anak soleh yang sentiasa menjadi penyeri Alam barzakh ibu-bapa kita dengan doa dan alunan bacaan Quran...hiasilah Alam barzakh mereka menjadi taman-taman syurga dengan hiasan bunga-bunga zikir dan kalimah-kalimah tauhid....

Jumaat, 19 September 2008

ViruS-viRus Hati


Hari ini, ramai orang mengaku hendak berjuang untuk Islam. Berjuang menegakkan keadilan di muka bumi Allah. Mereka ingin menyebarkan risalah Islam, melebarkan serta mengagungkan Islam di setiap sanubari dan nadi manusia. Namun, sedarkah kita dalam asyik untuk berdakwah, kita sering mengabaikan permasalahan disekitar hati, lalu virus-virus menyerang hati-hati petugas Islam. Hatta kadang-kadang mereka yang berada diperingkat kepimpinan pun tidak mampu untuk melawan virus yang datang menyerang. Lalu jatuh tersungkur di tengah-tengah lautan manusia.

Penyakit hati tidak mengenal siapa pun manusia itu, selagi mana mereka tidak meletakkan “taqwa” sebagai asas kepada pakaian jiwa dan nurani. Perlu diingat, orang yang hendak berjuang terlalu banyak tribulasi dan rintangan yang mesti dilalui. Seandainya kita tidak mempunyai benteng yang kuat, benteng tersebut akan hancur dan musnah. Namun, jika kita sudah bersedia dan mempunyai persediaan dari segenap sudut. Kita akan selamat. Sehebat mana pun badai tersebut, kita mampu untuk menongkah arus badai tersebut.

Sesungguhya, setiap manusia mempunyai permasalahan disekitar hati. Cumanya, samada virus yang menyerangnya itu kuat ataupun tidak. Apabila disebut ”penyakit hati”, ia mempunyai kait rapat dengan tasawuf, zikrullah dan tarbiyyah ruhiyyah. Seandainya, kita mempunyai hubungan yang erat dengan Allah, pasti kita akan selamat. Akan tetapi ingatlah, cubaan dan mehnahnya pasti banyak. Ia untuk menguji sekuat mana keyakinan kita terhadap Allah. Berhati-hatilah, apabila kita sudah mencapai tahap tersebut. Bila-bila masa sahaja virus-virus lain akan menyelinap masuk tanpa kita sedari.

Oleh itu, banyakkanlah muhasabah. Mintalah orang lain nasihatkan untuk kita. Buanglah jauh-jauh perasaan merasakan diri kita hebat dari orang lain, apalah guna kita hebat dimata manusia namun disisi Allah, kitalah yang paling hina. Keberkesanan kualiti pembinaan peribadi seseorang bergantung kepada pembinaan hati dan jiwa. Apabila hati kita ikhlas, maka nilai amalan kita adalah tinggi. Namun, jika jiwa kita mempunyai sifat hasad, ujub, riya’, takabbur, sombong, dendam kesumat dan sebagainya. Maka rendahlah nilai peribadi seseorang muslim dalam diri kita. Jika kita mempunyai hati yang kotor, maka layakkah kita digelar “Pejuang Agama Allah”. Pastinya tidak…

Rawatlah hati wahai pejuang..

Isnin, 8 September 2008

Setenang EmBun SenTuhaN SeLawat


6/9/08
“Have you ever felt that Allah love you so much that you never want anything more than His bless??~have a good weekend ramadhan morning and plz pray for all of us^^~”

That is exactly the massage I sent when I really felt so this morning.I afraid this feeling will go.That is the reason I’m writing this.

Allah mentaqdirkan aku tertidur,dengan lena lebih kurang jam 8pg.Lebih sedikit barangkali.Didatangi mimpi yang sepertinya pernah datang sebelumnya.Segalanya kucar kacir.Mulanya sangat aman.Seakan-akan bumi dijajah dengan kuasa sesorang yang sungguh kuat.mampu masuk kedalam tubuh sesiapa.Berpindah-pindah.Tiada siapa lagi yang boleh dipercayai.Semua manusia diselubungi ketakutan,Kuasa jahat itu menghancurkan segala yang ada disekeliling..Ribut,kegelapan.(jiwa macam terhimpit mse mimpi nih).Belum sempat mimpi tu sampai ke penghujung,cuma baru berjaya melepaskan diri dari kuasa jahat melalui celah pagar,aku terjaga dari lenaku.

Mungkin seperti cerita ‘Terminator’, ‘Twister’ @ ‘Alien Vs,Predator’.Tapi,apabila bangun,jiwa resah dan kacau.

Lagu rap rancak Rise of Islam oleh kumpulan Soldier of Allah kuat terpasang dari laptop menambah mood kacau.

Cuba-cuba untuk menenangkan diri dan bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku.Mengingatkan aku tika aku terleka.Sudah 6 Ramadhan hari ini.Tapi amamalku masih kurang.Aku kurang mengingatiNYA,menagih keampunan dan cintaNYA.Laptop masih terbuka kerana aku sedang cuba menyiapkan tugasan sebelum tertidur.Lagu masih bersilih ganti.Tiba-tiba, “..Maylay ya salli wa sallim,daaiman abadan abada ‘ala habibi ka khairi khalqi kulli minh…”

Jiwaku tiba-tiba kosong,tenang dan sangat bahagia..Tentu tak sama membaca dan merasainya.Tapi cukuplah aku tahu,dah Tuhanku yang mengurniakan ketenangan itu lebih maha Tahu.lagu itu..

Lagu itu,selawat burdah nyanyian asal kumpulan Mawlay.Pernah terdengar dalam siaran radio IKIM ketika memandu pulang dari tempat kerja.Sangat indah dan menenangkan selawat itu.Barangkali syafaat selawat keatas Rasulullah,telah terasa tempiasnya ketika kita masih hidup.Selawat keatas baginda.Memang tersangat mahu mencari lagu itu untuk disimpan.Tapi tidak tahu dari mana hendak dicari sedangkan ketika itu,nama kumpulannya sendiri tidak tahu namanya.

Tidak pernah aku tahu rupanya dalam simpananku ada lagu selawat itu,seakan Allah me‘reserve’ nya ats pengetahuan untuk memberiku ketenangan pada hari ini.Benar-benar baru pagi ini aku tahu ia ada dalam simpananku.

Mungkin biasa sahaja bagi mereka yang tidak merasainya.Tapi bagi ku,kasih Allah itu tiba-tiba begitu dekat dengan ku.Ku harap rasa ini tidak pergi jauh.Tidak pergi lagi.Namun,seorang sahabat mengingatkan aku “Al-Iman Yazid Wa Yanqus”, “Iman itu bertambah dan berkurang”.Maka aku harus menerimanya.Yang imannya tidak kurang dan tidak bertambah,cuma malaikat.Aku adalah manusia.Kasih dan redha tuhanku.Mahu dekat,iya.Mahu jauh,nauzubillah.

Ramadhan telah hari ke 6.Masih belum cukup aku menjadikan hari ini selayaknya amalku untuk mengundang kasih tuhan ku.Namun Dia tetap hadir,singgah dalam jiwaku,memberitahu bahawa Dia tetap ada,paling dekat dengan ku.Lebih dekat dari pembuluh darah arteri vena ku sendiri yang berselirat di setiap bahagian tubuh.

Kini aku tahu dan aku sedar Allah bersamaku.Cuma samada aku merasainya atau tidak,bergantung pada amalku yang membuatkan hatiku cukup lutsinar untuk ditembusi cahaya hidayah,atau sudah legap ditutupi bintik-bintik hitam dosa.

Ya Allah,kepada Mu aku bermohon tunjukkan aku jalan kepada Mu kerana tanpa Engkau aku tidak bisa sampai kepada Mu dengan sendiri…

Cuma sekadar renungan yang tidak seberapa dari jiwa yang sering kacau.

~Dimohon doanya semua keatas ku dan semua umat Islam agar sentiasa sedar diri ini milik Yang Maha Pencipta,Allah Azzawajalla~

Isnin, 1 September 2008

Al-kisah dalam Kisah (Siri 4)


Hari demi hari banyak perubahan yang telah Saufi buat samada di dalam pengawas atau BDP. Setelah menjejakkan kaki ke tingkatan 5, Saufi telah dilantik menjadi ketua pengawas sekaligus memegang jawatan presiden Majlis Perwakilan Pelajar. Saufi dan sahabat-sahabatnya telah berusaha menubuhkan usrah di semua peringkat pelajar sebagai satu medium untuk memantapkan lagi kefahaman pelajar kepada Islam. Namun, tanpa dia sedar, ada seseorang sedang mencemburuinya. Sehinggalah pada suatu pagi semua sahabat-sahabatnya dari BDP seperti cuba memulaukannya. Saufi kehairanan,apa salahnya.. Mesyuarat yang Saufi anjurkan juga telah di boikot. Saufi juga sudah tidak dimaklumkan masa dan tempat usrah mingguannya bersama sahabat BDP. Hatinya betul-betul terseksa. Kalau dahulu,jika dia ada masalah,sahabat-sahabatnya lah tempat dia mengadu. Tetapi kenapa sekarang mereka seperti sudah tidak kenal Saufi.

Malam itu Saufi tidak dapat melelapkan mata. Apa yang terjadi sebenarnya. Satu-persatu kenangan indah bersama-sama sahabatnya dulu terbayang di matanya. Saufi tersenyum bila mengingat kenangan sewaktu dia dan Zermi kemalangan. Bagaimana Saufi terpaksa menahan ketawa kerana melihat baju Zermi berlumuran dengan tahi ayam. Sebenarnya motosikal mereka terbabas lalu terlanggar reban ayam. Dia juga masih teringat bagaimana dia terpaksa di masukkan ke wad kerana di tikam oleh samseng jalanan yang memeras ugut Aiman, Aiman seorang yang pendiam, jadi terpaksalah Saufi seorang diri berlawan dengan 2 orang samseng itu. Namun ujian itu dapat dihadapinya kerana dia masih ada sahabat-sahabatnya. Tetiba hatinya sedih,sekarang kepada siapa dia ingin bergantung??? Semua sahabat-sahabatnya telah memulaukannya.
Tetiba sekali suara hatinya berbisik, “Pergantungan tertinngu mu hanyalah pada Allah,bukan kepada sahabatmu”.. Air mata Saufi menitis. “mahasuci mu Ya Allah yang telah menjadikan ujian ini untuk menyedarkan aku. Aku terlalai Ya Allah.”

Setelah hampir sebulan di Boikot oleh sahabat-sahabatnya dari BDP, Saufi terus istiqamah dengan tugasnya. Dia tetap cuba merapatkan kembali tali persaudaraan dengan para sahabatnya. Hari itu Saufi berjalan sendirian sambil menghirup udara segar di tepi sungai. Dari jauh Saufi melihat ada beberapa orang sedang bergaduh. Saufi berlari untuk menyuraikan pergaduhan itu. Saufi terkejut apabila menghampiri kawasan kejadiaan kerana melihat Aiman sedang di belasah oleh samseng jalanan yang telah menikam Saufi tempoh hari.. Saufi mencapai sebatang kayu, tetiba Saufi teringat, Aiman juga telah memulaukannya. Perlukah dia menolong Aiman lagi. Tetiba suara hatinya berbisik, “Buatlah sesuatu itu kerana Allah tanpa mengharapkan pembalasan,itulah ikhlas”. Dengan tidak semena-mena, Saufi terus menyerang samseng tersebut. Pada waktu inilah Saufi menggunakan pukulan rahsia yang di ajar oleh datuknya dahulu sehingga kedua-dua samseng tersebut pengsan.

Aiman melihat Saufi, tetiba air matanya mengalir. Dia menangis kerana Saufi sudi membantunya walaupun dia telah memulaukan Saufi. Pada hari itu barulah dia teringat kata-kata Saufi kepadanya, “di atas kertas ini ada satu titik hitam yang kecil,biasanya mata kita akan lebih tertumpu kepada titik hitam itu berbanding kepada warna putih kertas itu.begitulah sifat manusia, lebih mudah melihat kesalahan orang daripada melihat kebaikan orang.” Aiman memegang tangan Saufi, Saufi hanya tersenyum,selepas itu aiman memberitahu kepada Saufi kenapa sahabat-sahabat dalam BDP memulaukan Saufi, katanya Amran telah memberitahu semua sahabat-sahatnya yang dia telah melihat Saufi sedang berjumpa dengan Balqis di pantai..

Saufi terkejut. “bukankah Allah memberikan kita dua telinga dan satu hati, Allah berikan kita dua telinga adalah untuk kita mendengar keterangan-keterangan kedua-dua pihak,iaitu pihak yang dituduh dan yang menuduh, manakala satu hati adalah untuk kita menghakimi siapa yang benar. Bukan pakai main ikut syak je.”kata Saufi. Aiman mula menyedari kesilapannya. Dia berjanji akan cuba membersihkan kembali nama Saufi.

Saufi terkejut apabila mendengar pengumuman yang di buat oleh ustaznya yang mengatakan Amran telah ditimpa kemalangan dan telah berada di hospital…….

Sabtu, 23 Ogos 2008

Bingkisan Buat ADIk-Adik ku


Buatmu Pemuda pendekar Islam
Hari-hari mu berlalu di telan masa
Sedang secebis cahaya belum lagi menerangi alam
Relung hatimu untuk bangkit dan bergerak

Di manakah anda berada…
Dan apakah yang sedang anda lakukan
Seluruh mata tertuju kepada mu…
Kelak….
Anda akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah
Untuk menjawab pertanyaan dan soalan-soalan
Mengapakah berlaku kejatuhan ke atas umat ini
Dan apakah usaha yang anda lakukan
Untuk mengangkat dan menyelamatkannya???

Wahai Adik-adik Ku pemuda-pemudi…
Mujahid dan mujahidah…
Kepada mu ku bingkiskan risalah ini..
Apabila ada seribu mujahid yang sedang berjuang
Maka akulah salah seorang daripadanya
Jika ada seratus Mujahid yang sedang berjuang…
Maka akulah salah seorang daripadanya
Jika ada sepuluh Mujahid yang sedang berjuang…
Maka akulah salah seorang daripadanya
Jika ada seorang Mujahid yang sedang berjuang…
Maka itulah aku…….. itulah aku….

Khamis, 21 Ogos 2008

Al-kisah dalam kisah (siri 3)



Seperti biasa Saufi akan bermain sepak takraw di depan rumahnya. Dia bermain bersama-sama dengan sahabat seperguruaannya dalam tomoi.. Tetiba semua kawan-kawanya melarikan diri…eh,,,ni apsal pulak, Saufi kehairanan..tiba-tiba bahunya di tepuk oleh seseorang..perlahan-lahan dia berpaling ke belakang.. “waaa pakcik tabligh berserban besar!!!” Saufi dah tak sempat nak lari kerana pakcik tabligh tu dah pegang tangan dia.. “aduss,kene ceramah laa aku hari ni”.rungut Saufi dalam hati.

“adik, mari sama-sama kita azam tingkatkan iman kita, sekejap lagi dah nak masuk maghrib,mari ikut kami ke masjid. Hari ni jemaah ada keluar kat masjid depan tu selama 3 hari.” Kata pakcik tabligh.. otak Saufi mula ligat untuk melepaskan diri.. “ err,pakcik pergi la dulu,nanti lepas mandi saya pergi la ke masjid tu”. Jawab Saufi. Pakcik tabligh tersenyum.. “ok,pakcik tunggu depan rumah adik sampai adik siap mandi”… Saufi terkejut,la tersilap strategi pulak…dengan penuh keterpaksaan yang teramat sangat Saufi melangkah ke masjid… Namun hatinya mula tertarik untuk lebih mengetahui tentang Islam melalui jemaah tabligh tu..Hari itu,berlakulah suatu perubahan yang besar dalam hidup Saufi..dirinya sudah jinak dengan masjid…

“Saufi ustaz disiplin panggil enta” bagitau seorang pengawas kepada Saufi. Saufi terkejut,dia tak tau apa kesalahan dia.kerana semenjak dia masuk tingkatan 3 ni,dia dah cuci tangan dan kaki dari melakukan kerja-kerja tak senonoh..dia dah mula mendekati sahabat yang baik dan menjauhi sahabat-sahabat yang nakal..Dia sudah mula merasa nikmatnya bertahajjud..dia sudah tenang berada dalam usrah dan tamrin. Tanpa dia sedar dia sedang melalui satu proses pentarbiyyahan dari Allah.

Saufi bersalaman dengan ustaz. Ustaznya hanya tersenyum kepada Saufi. Dia menyerahkan sepucuk surat kepada Saufi.. “alamak,ni surat buang sekolah ke ni…” fikir Saufi sambil membuka sampulnya. Tetiba muka Saufi pucat kerana membaca isi tajuk surat tersebut..dia telah dilantik oleh pihak sekolah untuk menjadi pengawas. Sungguh berat amanah itu,bagaimana dia nak berhadapan dengan sahabat-sahabatnya yang nakal. Kerana dia tahu tugas pengawas adalah amat dibenci oleh sahabat-sahabatnya yang nakal..tetiba hatinya berbisik, “Berjuang bukan kerana sahabat,tetapi sahabat amat penting dalam perjuangan”. Saufi menerima perlantikan itu dengan hati yang terbuka.. “aku terima amanah ini adalah kerana Allah”. Dia berjanji dalam dirinya akan cuba menarik sahabat-sahabatnya yang nakal untuk bersama-samanya dalam perjuangan ini.. sekali lagi hatinya berbisik, “jika kita sedang berjalan ke syurga,tariklah tangan orang lain untuk bersama-sama ke syurga”.

Bermula dari hari itu, Saufi semakin sibuk dengan tugasnya sebagai pengawas. Namun dia tetap menyertai usrah mingguan bersama-sama sahabat dari BDP. Semakin lama Saufi semakin faham apa itu Islam..kekadang dia sendiri berasa sedih,kerana banyak perkara yang dia telah silap faham tentang Islam. Dia juga mula nampak sesuatu gejala yang baginya tidak patut ada dalam sekolahnya iaitu gejala asobiyyah atau berpuak-puak. Setelah mendekati Islam yang syumul,barulah Saufi nampak yang geng baik dari BDP langsung tidak cuba bergaul dengan bebudak nakal yang lain. Kehidupan mereka hanya bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang baik sahaja. Saufi pernah bertanya kepada presiden BDP kenapa perkara ini berlaku, tetapi presiden itu hanya kata geng-geng nakal tu kan budak sekolah agama juga,takkan geng-geng nakal tu tak tau mereka buat salah.kita tidak perlu mendekati orang yang berdosa.. Saufi mula merasa marah dengan kenyataan tu.. Saufi terus bertanya kepada Presiden BDP tersebut. “ Kita ni pendakwah atau Penghukum???” Presiden BDP terdiam.

Mulai hari itu Saufi cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu. Tetiba hatinya berbisik “ Pergantungan tertinggi pendekar Islam ialah hanya pada Allah,mengadulah pada Allah”.

Sewaktu berada di tingkatan 4 Saufi dilantik menjadi timbalan ketua pengawas. Sewaktu di tingkatan 4 juga Saufi cuba menarik rakan-rakannya yang nakal. Dia mula merancang strategi jangkamasa panjang. Pada waktu itu Saufi mula menyerta Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM) . Saufi menyertai PKBM kerana ramai kawan-kawannya yang nakal menjadi ahli PKBM . Saufi mula menjalinkan semula ukhwah Islamiyyah bersama-sama sahabat-sahabatnya yang nakal. Memang Saufi masih mempunyai pengaruh yang tinggi. Sahabat-sahabatnya itu telah mencadangkan Saufi untuk mengetuai pasukan itu. Secara perlahan-lahan Saufi mendidik sahabat-sahabatnya untuk lebih dekat dengan Islam tanpa mereka sedar.

Setiap hari Saufi mengetuai latihan pertandingan kawad kaki. Hubungan Saufi dan sahabat lamanya kembali akrab. Akhirnya berkat usaha mereka,mereka telah di nobatkan sebagai juara Kawad Kaki peringkat negeri.Seminggu selepas itu pasukan dibawah pimpinan Saufi mengikuti latihan separa perang seluruh PKBM di Malaysia bersama tentera Laut. Sewaktu berada di atas kapal ini lah iman Saufi teruji. Pergaulan di atas kapal terlalu bebas antara anggota kadet lelaki dan perempuan. Tanggungjawabnya semakin besar apabila dia dilantik menjadi Komander Kadet dan semua kadet-kadet dari sekolah lain.Alhamdulillah dengan kuasa yang ada padanya dia telah dapat mengurangkan masalah-masalah itu.

Setelah tamat Latihan bersama TLDM, Saufi mengikuti rutin hariannya semula. Dengan kesibukan tugasnya sebagai timbalan ketua pengawas,kekadang dia terpaksa masuk kelas lewat.Pernah satu ketika guru kelasnya memarahinya didepan kawan-kawan sekelasnya. Dia dikatakan seorang pengawas yang gila jawatan sehingga lupa kepada pelajaran. Kawan-kawan yang tidak menyukainya terus bersorak dan mengejeknya dengan pelbagai ejekan. Air mata Saufi hampir tumpah, tetiba suara hatinya berbisik, “Setiap pejuang akan di uji, ujian itu kasih sayang Allah. Pendekar Islam jangan sesekali lemah, kerana kita ada Allah”. Saufi mengumpulkan kekuatan,dia menuding jari kepada pelajar itu. “dengan nama Allah,jika apa yang aku buat ini adalah kerana Allah, sama-sama kita akan lihat siapa yang akan cemerlang dalam SPM nanti.” Pelajar itu terdiam. Dia tidak berani memandang mata Saufi.

Pada malam itu Balqis menefon Saufi, dia bertanya kenapa Saufi sudah tidak menghubunginya lagi.. Saufi terdiam, baginya sekarang dia tidak mahu ada apa-apa ikatan dengan mana-mana perempuan lagi..Cintanya hanya pada Allah. Saufi terus meletakkan ganggang telefon..tetapi hatinya berasa bersalah…betulkah tindakan ku ini?? Adakah Allah redha dengan apa yang aku buat ini.. tetiba ilmu dan hatinya berbisik, “Cintailah seseorang itu untuk membantumu mengukuhkan lagi Cinta mu pada Allah” Saufi teruus mengangkat ganggang telefon dan menelefon Balqis, Saufi meminta maaf dari Balqis. Saufi menceritakan kepada Balqis cita-citanya hanya untuk Islam, Cinta tertinggi hanya pada Allah dan Rasul..dan pada malam itu mereka berjanji akan mengutamakan Cinta Allah terlebih dahulu. “Balqis, saya bukan nak berpisah dengan awak,tetapi jika Awak cintakan saya,jangan hubungi lagi saya dalam masa terdekat ini, kita akan berhubung balik selepas kita tamat belajar nanti,di waktu itu saya akan menyintai Awak sebagai seorang suami yang menyintai seorang isteri dan diwaktu itu cinta kita adalah dalam redha Allah”. Hati Saufi tenang kerana Balqis bersetuju.

Hari demi hari banyak perubahan yang telah Saufi buat samada di dalam pengawas atau BDP. Setelah menjejakkan kaki ke……..


Khamis, 14 Ogos 2008

Penyelewengan Fikrah dalam Perjuangan (siri 2)



Terdapat beberpa bentuk penyelewengan dari garis asal bagi jalan dakwah. Marilah sama-sama kita kupas apa itu penyelewengan dari matlamat. Sama-sama kita doakan agar Allah membantu kita untuk terus berjalan di atas jalan yang benar.

Penyelewengan dari matlamat merupakan Penyelewengan yang paling merbahaya.Ia mesti di awasi dengan rapi. Kita harus sedar dan yakin bahawa matlamat yang kita tuju dalam perjuangan ini adalah Allah SWT.kekadang tanpa kita sedar kita telah lari dari matlamat asal ini dengan menyekutukan Allah dengan tujuan-tujuan atau kehendak-kehendak keduniaan atau matlamat pribadi. sepertimana yang kita sudah sedia maklum,amalan kita tidak akan diterima oleh Allah SWT sekiranya ada penyekutuan dalam sesuatu amalan. Penyelewengan ini banyak berlaku dalam bentuk niat.

Riya', takabbur,meninggi diri,gila pangkat,suka menunjuk-nunjuk merupakan kepentingan keduniaan yang sebenarnya palsu.Semua itu adalah penyakit-penyakit hati yang boleh memesongkan matlamat asal perjuangan kita.Penyakit hati ini juga boleh merosakkan niat dan memalsukan setiap amalan kita.semua manusia biasa mempunyai penyakit ini,namun marilah sama-sama kita menyahut seruan Allah untuk hambanya dalam surah Al-Syam ayat 9;10 yang bermaksud:

9. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).



Tidak semestinya erti penyelewengan dari matlamat itu adalah berpaling terus dari Allah,tetapi memadai dengan wujudnya sedikit niat untuk kepentingan dunia itu sudah cukup untuk menggugurkan amal dan mencampakkan kita jauh dari saf orang-orang hidup dan matinya kerana Allah.Marilah kita sama-sama memperbaiki niat,jika kita sudah terpesong. Namun harus difahami oleh kita,tugas untuk menentukan niat seseorang adalah bukan tugas kita kerana kita perlu yakin bahawa Allah sentiasa menapis para pejuang yang benar dan yang palsu. kita juga harus yakin Allah akan membersihkan barisan mukminin dan membezakan yang jujur dan yang curang dalam perjuangan sepertimana maksud Firman Allah SWT:

1. Alif, Laam, Miim.
2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.
(surah Al-'Ankabut:1-3)


kita juga harus ingat,kadangkala kita telah berjaya mengahrungi ujian dalam bentuk kesensaraan dan kepayahan,tetapi kadangkala kita lalai apabila di uji dengan kesenangan dunia. dari itu,kita hendaklah berwaspada kerana musuh-musuh Allah bukan sahaja menggunakan kekerasan untuk menghancurkan Islam. Kadang-kadang mereka menipu umat Islam dengan memberi umpan dalam bentuk pangkat,kebendaan,muzik, dan sebagainya.

Godaan syaitan merupakan satu perkara yang perlu ditentang oleh setiap mukmin. antara ciri-ciri penyakit godaan syaitan seprti yang pernah kita lihat ialah bagaimana ada orang menganggap dirinya lebih berkebolehan dari orang lain,lebih pintar,pandai menyusun strtegi dan lebih tahu tentang selok belok perjuangan. Ia meninggi-ninggi diri dengan merendah-rendahkan kebolehan orang lain walaupun orang yang direndahkan itu lebih matang dalambidang dakwah.Orang-orang seprti ini andainya ia berjaya mengatur strategi dakwah,ia akan mendabik dada dan berbangga dengan kebolehannya. Kononnya tanpa kebolehan dan kebijaksanaannya sesuatu kejayaan itu mungkin tidak akan menjadi kenyataab. Ia lupa kepada kepada pemberiaan dan pertolongan dari Allah. perkara ini mengingatkan kita kepada ungkapan sombong Qarun:

APA YANG AKU PEROLEHI INI ADALAH KERANA PENGETAHUAN YANG ADA PADA KU

Kita juga pernah melihat orang berpenyakit gila pimpinan. Ia begitu rakus mencari orang untuk menjadi pengikutnya sendiri lebih dari menjadi pengikut jemaah Islam.Harus diingat orang yang kelihatan padanya ciri-ciri penyakit tersebut tidak akan mengaku kewujudan penyakit itu dalam dirinya mungkin kerana ia telah dikaburkan oelh tipu daya Syaitan yang halus.

Kadangkala ada sesetengah pendakwah dengan niat baik bergaul dan berbaik dengan orang yang mempunyai penyakit ini kerana bimbangkan barisan jemaah akan berpecah atau kerana takut jemaah tidak akan dapat mengambil manfaat dari kebolehan orang itu. Ketahuilah,mengekalkan orang-orang yang berpenyakit demikian dalam gerakan Islam setelah tidak dapat di ubati penyakitnya adalah sangat bahaya. Mengekalkan mereka dalamgerakan Islam bererti memberi peluang kepada penyelewengan,membuka pintu kepada kecuaian,dan tidak beriltizam. marilah kita renungkan kata-kata As-Syahid Sayyid Qutb ini:

Sekali lepas sekali,berkali-kali sebahagian anggota jemaah diserbu,setiap kali serbuan,gugur is(prinsipnya), laksana gugurnya dedaun kering dari sebtang pokok yang rendah lagi besar. Pihak musuh Yang menyerbu juga dapat memegang salah satu ranting dari pohon besar itu lalu menarik-narik ranting itu dengan sangkaan ia akan berjaya membongkar hingga ke akar umbi pohon itu. Tetapi bila tiba waktunya,ranting yang direntap itu tercabut dari induknya sebagai kayu kering di tangannya kering tidak berjiwa,dan pohon yang besar itu kekal seperti biasa.

*Semoga Allah menjauhkan diri kita dari termasuk dari golongan yang tidak diterima pengorbanannya...


Selasa, 12 Ogos 2008

Al_fatihah buat Hanan

Segala Puji bagi Allah tuhan yang berkuasa ke atas sesuatu yang ada di bumi dan langit dan juga tuhan yang menghidupkan dan mematikan semua makhluk.Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad junjungan kita semua. Hari ini masih belum hilang lagi kesedihan dalam diri saya kerana kehilangan seorang adik yang banyak membantu saya dalam gerak kerja dakwah semasa berada di Maahad Amir Indra Petra atau pun semasa kami telah menjadi alumni. Nur Hanan Bt Mohamed adalah salah seorang penggerak kepada Alumni Pimpinan Pelajar Maahad Amir indra Petra yang juga pelajar Sarjana muda Universiti Teknologi Malaysia yang telah meninggal dunia pada 2 hari yang lepas kerana kemalangan jalan raya.

Hanan berdiri tiga dari kiri barisan tengah. Gambar sewaktu Program Di Kg Kubang Golok

Ketika Seorang adik menelefon saya jam 5 petang pada hari ahad (10.8.08) yang lalu memaklumkan berita ini, saya rasakan saya sudah kehilangan seorang sahabat dan seorang adik yang begitu tinggi komitmennya dalam gerak kerja Islam. Di waktu itu terbayang semula kenangan sewaktu Hanan memegang jawatan dalam exco Pengawas sewaktu di Maahad dulu,terkenang sifat cerianya dalam menegur pelajar yang bermasalah, teringat kembali keseriusannya dalam mesyuarat pimpinan maahad. Air mata terasa ingin terus mengalir,tetapi saya sendiri pernah berkata padanya dan ahli-ahli pimpinan sekolah pada waktu itu, alang-alang berjuang biarlah syahid..membuatkan saya cuba tabahkan hati,semoga hanan termasuk dalam golongan yang syahid. walau manusia tidak mengenalinya,saya bermohon agar ia mashur di sana. itulah impian kita semua sebagai pejuang Allah.

Jam 5.30 petang saya menefon nombor hanan,terdengar suara wanita lain yang menjawab panggilan itu,lantas saya bertanya kejadian sebenar yang berlaku. Sahabat terbabit memaklumkan bahawa di waktu itu beliau sedang menguruskan urusan untuk membawa balik jenazah Hanan. lantas saya forwarkan kepada semua MT dan ahli alumni tentang perkara ini. Alhamdulillah apabila mengetahui berita ini,ramai sahabat-sahabat yang berada di luar kelantan bergegas ke johor dan ada juga terus bergegas ke kelantan.betullah kata orang,ukhwah itu akan kita dapat rasakan kemanisannya apabila kita berpisah dengan sahabat kita. Saya memohon maaf kepada semua ahli,walaupun saya sebagai YDP Alumni,saya tidak dapat pulang,kerana urusan-urusan yang memang tidak dapat dielakkan.

Hanan dalam kenangan kami semua.Seorang ahli yang ceria

Jam 3am,Azila (Exco kebajikan) memaklumkan jenazah telah dibawa pulang pada jam 2.30am tadi. Saya terus Forwardkan sms kepada hazlan agar memastikan semua sahabat-sahabat,ustaz-ustaz dimaklumkan tentang hal ini... tiba-tiba saya terima sms dari seorang sahabat,hati saya hiba membaca sms tu:

x terasa bila dia pergi,
tp sayu bla dia x kembali,
mencarinya dengan hati suci lbih indah daripada memiliki tapi tak menghargai,
dia datang tanpa seruan,dia pergi tanpa alasan,
kejarlah ia sebelum hilang dari pandangan,
kerana hadirnya tiada bandingan, hebatnya insan brnama sahabat.

Jam 2.45pm semalam, hazlan memaklumkan kepada saya jenazah telah selamat di kebumikan. Alhamdulillah. Semoga ruhnya termasuk dalam golongan orang yang mati di jalan Allah..

Kepada semua sahabat,hari ini kita sedih kerana Hanan telah meninggalkan kita,tapi ketahuilah kita juga akan mengikut laluan yang sama selepas ini. ingatlah, kita berjuang kerana Allah,kita bersahabat kerana Allah,Moga Allah kumpulkan kita semula di jannah...

teruskan perjuangan wahai sahabat-sahabat!!!,
Ukhwah fillah ilal jannah....
Al-Fatihah buat Hanan

Al-kisah dalam kisah (siri 2)

gambar hiasan


Hari pertama melangkah ke Maahad ahmadi tidak begitu mengembirakan hati Saufi..kerana baginya sekolah ni sangat low profile. Dari sini dia mula mengenali beberapa orang budak yang agak nakal…namanya izwan.. dari sini juga Saufi mengenali beberape orang geng baik,nama mereka ialah arif,zermi,saiful,badiuzzaman dan lain-lain lagi.

Semasa berada di tingkatan 1, Saufi kerap juga ponteng kelas. Tapi tak pernah di kesan oleh pihak sekolah..rasanya tak perlu diceritakan cmne taktik budak ni ponteng sampai pihak sekolah dan guru tak dapat kesan dia ponteng kelas..takut ada dikalangan pembaca blog ni ada yang masih berumur 18 tahun ke bawah,nanti tak pasal-pasal aku dapat dosa. Semasa di tingkatan 1 juga dia banyak memikat bebudak perempuan..aku lupa dah nama apa dah budak tu…kalau tak silap nama Sue..dan sorang lagi nama Balqis..tapi yang paling Saufi sayang ialah Balqis,sebab Balqis sorang yang lemah lembut.. Sue tu spare je baginya.. Namun kawan-kawannya dari geng-geng baik ni selalu menasihatkannya..dia buat derk je.

Geng-geng baik ni kebanyakkannya adalah dikalangan bebudak Silat dan badan dakwah pelajar(BDP)..jadi kira Saufi rapat juga la dengan bebudak baik ni walau dia tak pernah nak joint BDP tu..Sekali-sekala ada juga dia ikut program BDP ni,tu pun atas desakan Arif…kalau tak,sorry la dia nak pergi..ye la,program BDP ni biasanya berbentuk tamrin.. Saufi ni pulak bukan jenis suka benda-benda camtu…tambah-tambah kalau kene solat tahajjut…memang dia fail bab ni..

Tapi pernah satu kali tu urustia program Qiamullail kejutkan dia untuk Qiam,dengan penuh semangatnya dia bangun,segera dia capai kain tuala,urustia-urustia semua terkejut dengan perubahan Saufi hari tu,sbb biasanya Saufi ni jenis liat bangun pagi..semua urustia bersyukur,mungkin Saufi dah berubah..mereka betul-betul mengharapkan Saufi dapat menyertai BDP,kerana Saufi begitu berpotensi untuk jd pimpinan yang mampu menarik lebih ramai lagi geng-geng nakal untuk berubah. Kita sambung balik kepada cerita dia bangun untuk qiamullail tadi,dia nampak bersemangat menuju ke bilik air…tetiba, iotttt,dia membelok ke kanan tanpa memberikan signal…ish,dia nak ke mana pulak ni…time tu Saufi menebarkan tualanya dia atas meja makan kantin lama sekolah itu…tanpa membaca doa sambung tidur, dia terus menidurkan dirinya…mangkuk sungguh budak ni…hancur harapan geng-geng BDP untuk lihat dia berubah…rupa-rupanya makin teruk.

Semasa di tingkatan 1 juga Saufi selalu belajar tomoi dari datuknya..dari hari ke hari dia semakin mahir dalam seni pertahankan diri itu…tambahan lagi dia juga belajar silat.. sewaktu bergaduh atau berlawan dia selalu menggabungkan ke dua-dua seni mempetahankan diri ini sehingga sukar bagi lawannya menjatuhkannya..kelebihan ini menyebabkan dia semakin nakal…

Pada suatu malam di bulan jun, datuknya mengejutkannya dari tidur, dalam keadaan yang masih mamai tu dia terus mengadap datuknya..malam itu datuknya mengajar beberapa pukulan rahsia keturunannya yang tak pernah diajar kepada muridnya kecuali kepada anak cucunya..selepas selesai mengajar pukulan-pukulan itu, datuknya berpesan kepada nya, “Saufi, Suatu hari nanti Saufi jadilah pendekar Islam, jangan jadi pendekar melayu” . Saufi hanya menganggukkan kepala,kerana di waktu itu dia belum mengerti apakah bezanya pendekar Islam dan pendekar Melayu…

Selepas seminggu datuknya meninggalkan pesanan itu,tetiba datuknya diserang penyakit asma yang teruk..sewaktu menatap wajah datuknya,air matanya mengalir,manusia yang dia tatap inilah yang banyak mengajar apa ertinya Islam..namun dia tak mampu untuk melaksanakan pesanan-pesanan datuknya lagi,kerana dia baginya dia seorang yang jahat. Perlahan-perlahan datuknya mengusap wajah Saufi, Saufi menggenggam erat tangan datuknya,tiada kata-kata yang mampu diluahkannya disaat itu, Sekali lagi datuknnya berpesan kepadanya, Jadilah Pendekar Islam,jangan Jadi pendekar Melayu.. Saufi hanya mampu menganggukkan kepala,air matanya semakin deras mengalir apabila datuknya melafazkan kalimah syahadah dalam keadaan tersekat-sekat..tetiba genggaman erat tangan datukknya semakin longgar.. Saufi membiarkan pemergiaan datuknya dengan Sumpah keramat dalam diri…. “ya, aku akan jadi pendekar Islam..

Semasa di tingkatan 2 Saufi tercari-cari apakah maksud pesanan datuknya…dia tak dapat memahami maksud sebenar pesanan datuknya..Dia cuba bertanya kepada abangnya. Namun ringkas je jawapan abangnya, “Tanyalah pada Allah di dalam sujud tahajjut”..
Tanya Allah??? Aku tak pernah pun jumpa Allah camne aku nak Tanya.. dia bertanya lagi kepada seorang ustaznya tentang maksud pesanan datuknnya itu, jawapannya ringkas jugak.. “mohonlah dari Allah agar Dia mentarbiyyah enta untuk jadi pendekar Islam”… Saufi masih tak berpuas hati, dia terus bertanya kepada seorang guru agama tua yang selalu menjadi rujukan masyarakat..jawapannya pun ringkas juga. “ jadilah Pendekar Islam yang pergantungan tertingginya hanya pada Allah”.. Pening-pening… Tetiba dia berdoa di dalam hatinya.. “ Ya Allah,tunjukkan aku jawapan ini,hanya pada mu aku bermohon”..

Seperti biasa Saufi akan bermain sepak takraw di depan rumahnya. Dia bermain bersama-sama dengan sahabat seperguruaannya dalam tomoi.. Tetiba…..

Jumaat, 1 Ogos 2008

Penyelewengan Fikrah dalam perjuangan( Siri 1)



Alhamdulillah, sekali lagi kita panjatkan kesyukuran kerana Allah telah memilih kita untuk menjadi seorang Islam. di dalam jutaan umat Islam pula Allah telah pilih kita untuk menjadi orang yang beriman..setinggi-tinggi syukur buat Mu Ya Allah.. manakala di dalam ribuan orang yang beriman Allah telah pilih kita untuk memegang panjinya untuk meneruskan tugas para Anbiya' untuk mendaulatkan kalimat Allah di bumi ini... Maha tinggi Mu ya Allah,hanya pada Mu kesyukuran ini...

Alhamdulillah sekali lagi kerana dengan izinnya jantung kita terus berdegup berzikir nama sucinya dan dengan nafas dan kudrat kurniaanya saya masih mampu pada hari ini untuk terus bersama-sama semua menulis demi untuk mencapai redhanya...

pertamanya harus diketahui bahawa penyelewengan mempunyai kepelbagaian rupabentuk.Penyelewengan ini juga telah berlaku ke atas sesetengah pendokong dakwah,tetapi mereka sering mendakwa mereka masih berada diatas jalan dakwah yang sahih malahan menuduh orang lain yang melakukan penyelewengan.Sebenarnya penyelewengan dalam bentuk fikrah di dalam perjuangan ini berlaku dlam bentuk yang halus,kemudian melata,meningkat lalu membesar dari masa ke semasa dan zaman ke zaman.Memang benarlah bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan.Oleh itu perlu di perkenalkan pelbagai bentuk penyelewengan fikrah dalam perjuangan ini.

Seperti yang kita semua ketahui,matlamat amat penting. namun, dalam mencapai matlamat yang jauh kita harus melalui jalan yang penuh dengan liku-liku dan simpang tajam yang bahaya.Jadi kita harus berwaspada setiap kali melalui liku-liku ini kerana di setiap simpang ini akan ada mereka yang sedia menunggu untuk menyesatkan orang-orang berjalan. mereka berlakon dan berlagak seperti penasihat-penasihat yang tulus dan jujur.Walaupun kita tahu jalan perjuangan ini penuh dengan liku-liku dan dugaan seta jauh perjalanannya,harus kita ingat bahawa kita sedang berjalan menuju Allah dan rasulnya. Walau sejauh mana jalan ini,kita harus tetap berjalan.jangan sesekali kita berputus asa.ingat, berpantang maut sebelum ajal,tugas Islam harus dilaksanakan.

Penyelewengan fikrah juga ada kaitannya dengan pihak musuh kita iaitu yahudi dan nasrani.Pada suatu masa dahulu mereka telah berjaya menjajah dan meruntuhkan khilafah islamiyyah. Dengan terdedahnya islam pada ketika itu kepada berbagai serangan halus yang berupa pengeliruan,memberi gambaran buruk tentang sifat islam,dan menimbulkan ideologi-ideologi bodoh untuk diserapkan ke jiwa para umat islam telah berjaya menghasilkan umat islam akhir zaman yang hanya seperti buih-buih di lautan. mereka menggunakan orang islam untuk menjadi kua tunggangan mereka untuk menghancurkan ruh islam dalam jiwa umat ini seperti mustafa kamal attartuk,jamal abd nasir dan sebagainya. amat malang sekali jika ada dikalngan kita menyanjungi manusia-manusia ini yang telah manjahanamkan khilafah islam uthmaniyyah. Musuh Allah iaitu yahudi juga telah berjaya mengkaderkan orang suruhan dikalangan umat islam sendiri,setiap masa mereka terus cuba menghancurkan Ruh Islam dari diri umat Islam. pelbagai usaha yang telah mereka lakukan seperti merosakkan sistem pendidikan Islam,memenjarakan para ulama dan pendakwah,memberikan gambaran buruk tentang islam kepada seluruh dunia dan sebagainya. Namun mereka lupa bahawa Allah swt telah berjanji kepada nabi dan tenteraNya bahawa Cahaya Islam tidak akan padam sehingga ke hari kiamat. Firman Allah:
"mereka mahu memadamkan Nur Allah dengan mulut-mulut mereka,tetapi Allah tetap menyempurnakan nurNya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir"
(Surah al-Saf:ayat 8)

bagi siri 2, insyaallah kita akan membicarakan tentang bentuk-bentuk penyelewengan seperti penyelewengan dari matlamat,dan seterusnya dalam siri ke 3 pula kita akan membicarakan tentang penyelewengan dari sudut sasaran.

Khamis, 31 Julai 2008

Penyelewengan Fikrah dalam perjuangan( Muqaddimah)


Alhamdulillah,segala puji bagi Allah Tuhan yang menjaga hati-hati para tenteranya untuk terus istiqamah dalam medan perjuangan ini. Insyaallah pada kali ini kita akan membincangkan tentang tajuk Penyelewengan fikrah dalam perjuangan. Semoga dengan lontaran ilmu ini akan menjadikan kita sebagai pejuang yang betul-betul berada di atas landasan yang akan di terima oleh Allah..

Bagi para pembaca yang belum kenal apa itu harakah islamiyyah di harapkan dapat mencari ustaz atau guru atau rakan yang mempunyai ilmu yang sahih untuk mendapat penjelasan secara lisan apa yang bakal kita bincang kan di blog ini...

Saya juga memohon kepada semua sahabat,seandainya apa yang saya catatkan di blog ini boleh membantu perjuangan ini,sebarkanlah walau dengan apa cara sekalipun, bagi saya tiada hak cipta terpelihara dalam menyebarkan dakwah dan cahaya Allah hingga ke seluruh alam. Insyaallah saya akan mulakan tajuk Penyelewengan Fikrah dalam perjuangan( SIRI 1)pada 2 ogos 2008.

Hidup berjuang untuk berkorban,
Syahid jadi impian...

Selasa, 29 Julai 2008

Cinta Sejati bermula dari akhidah




ok sekarang ini agak ramai di kalangan kita kurang faham mengenai asas kepada pembinaan rumah tangga muslim. Insyallah saya akan cuba lontarkan pendapat agar kita sama-sama dapat mencari apa itu cinta..

sekarang banyak dikalangan pendakwah muda samada muslimin atau muslimat melihat pembinaan rumahtangga muslim dari satu sudut yang sempit. jika di tanya kepada mereka kenapa \tak nak terima si dia ni,padahal si dia ni orang yang baik akhlaknya. macam-macam jawapan kita dengar, tak bersedia la,saya tak dapat lupakan calon saya yang kat luar la, takut berlaku maksiat la dan sebagainya... pening kita nak jawab..

Baiklah,kita kembali kepada Ucapan kalimah syahadah kita.kalimah syahadah merupakan pintu masuk kepada kita untuk menjadi Islam.. di dalamnya terkandung perkataan illah...semua di kalangan kita telah tahu bahawa illah ada 6 pengertiaan:

(1) TUHAN SEBAGAIMANA PENGGUNAAN BIASA.
(2) TUMPUAN ATAU MATLAMAT PENGABDIAN.
(3) TEMPAT PERLINDUNGAN.
(4) TUMPUAN KECINTAAN.
(5) PEMBERI REZEKI.
(6) SUMBER PERUNDANGAN

cuba kita perhalusi illah sebagai tumpuan kecintaan...dapat rasakan sesuatu??? jika belum saya akan cuba huraikan sedikit..maknanya cinta kita yang sebenar adalah hanya kepada Allah dan Rasul yang tidak boleh di campuri dengan cinta kepada makhluk.. ok?? tentu ada yang tertanya, habis tu cinta aku kat suami aku atau kat bini aku atau kat awek aku,aku nak letak kat mana... jawapannya ialah cinta kita kepada makhluk tak kira kepada suami ke,isteri ke,buayafriend ke,gelifriend ke hanyalah satu wasilah untuk kita mencari cinta kepada Allah dan Rasul..apabila kita memahami konsep ni kita akan dapat rasakan bahawa kita mesti mendahului Allah dalam segenap perkara termasuk dalam bab percintaan...apabila kita mencintai Allah sepenuh hati,Allah akan mencintai kita, Allah tidak zalim untuk menganiayai kita,sudah pasti Dia akan mengurniakan rahmat kepada perkahwinan kita jika perkahwinan kita didasari dengan cinta Allah.

Kita juga kene ingat,perkahwinan akan menghasilkan zuriat,jangan fikir nak kahwin je...jadi zuriat ni akan mewarisi kehidupan kita...orang tua-tua cakap,jika emaknya tu pencuri dan bapaknya perompak,insyaalah anak hasil perkahwinan dua insan ini akan menghasilkan LANUN...ni orang tua-tua la yang cakap...sorry lari tajuk sekejap..ok kita sambung,bila zuriat ni besar agak-agak dia akan ikut jejak langkah kita tak?? mengikut kajian saya,ibubapa hanya mampu mentarbiyyah atau mndidik anak-anaknya hanya 20% sahaja,selebihnya terserah kepada pentarbiyyahan oleh Allah s.w.t..agak-agak Allah nak tarbiyyah tak anak kita dengan penuh kasih sayangNya andai kita meletakkan cinta kita kepada Isteri kita lebih utama dari cinta kita kepada Allah..buktinya sekarang ramai kita tengok mak ayah cuba mendidik anak-anak dengan didikan agama dengan menghantar ke sekolah agama dan memantau pergerakan anak-anak.namun anak-masih lagi menjadi liar..bila kita selidik,antara faktor jadi camtu ialah:
1) mak ayah mencari rezeki dari sumber yang syubhah
2) mak ayah pernah buat maksiat sebelum kahwin(mungkin tak bertaubat)
3) Mak ayah asalnya seorang pejuang,tp meninggalkan dakwah selepas kahwin
4) mak ayah suka mengumpat kat anak orang lain
5) Mak ayah tak jaga solat dan sebagainya
6) dan banyak lagi faktor...

jadi kesimpulannya,sekiranya kita meletakkan Allah sebagai sumber kecintaan tertinggi kita, Insyaalah Allah akan memelihara kita dan anak-anak hingga ke syurga...Insyaalah...

lepas ni ada sambungan lagi...cc nak tutup daa

Cinta kerana Allah membawa ke syurga

Untuk Isteri-isteri para Pejuang

Kutuliskan sajak ini untuk para aktivis Islam di manapun berada. Jangan pernah meninggalkan perjuangan di jalan Allah. Betapa seluruh hajat hidup seharusnya bertumpu pada kepentingan perjuangan di jalan Allah termasuk menikah, berkeluarga, bersuami isteri. Inilah tren pernikahan yang seharusnya kita pertahankan. Wallahu a'lam
Buat manusia istimewa dalam hidup ini... dan juga isteri-isteri pejuang... serta bakal isteri seorang pejuang

ku masih terngiang kata-kata mu...
Dengan penuh keyakinan kau berkata..
"Akhi , Mampukah akhi menjadikan saya sebagai isteri yang
kedua ?....
Mampukah akhi menjadikan Islam sebagai isteri pertama yang lebih memerlukan perhatian?...
Mampukah akhi meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuk urusan-urusan dunia?...
Mampukah akhi menjual diri semata-mata karena Islam?..
Mampukah akhi berkorban meninggalkan kelezatan dunia?...
Mampukah akhi menjadikan Islam laksana bara api....
Akhi perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...

Mampukah akhi menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam.. Bukannya seperti lampu pijar yang bisa di'on'kan bila perlu dan di'off'kan bila tidak....
Mampukah akhi mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada anda karena perjuangan anda....
Dan...mampukah akhi menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanja dengan fatamorgana dunia?...

Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu...
Namun aku menerima syarat-syarat tersebut karena aku tahu..
Jiwamu kosong dari syurga dunia...
Karena aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..
Bukannya kau yang diubah oleh dunia...

wahai Isteri...
ku mohon jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita...
Susah senang kita tempuh bersama...
Aku terharu dengan segala kebaikanmu...
Kau jaga akhlakmu...
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...
janganlah dikau mengeluh apabila sering ditinggalkan demi tugasku menegakkan Islam ke persada agung nanti....
Kau taburkanlah bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan keharuman kemenangan...

wahai Isteri..
suatu masa kita akan di amanahkan dengan anak2 yg akan mewarisi perjuangan ini...
Kau kenalkanlah mereka dengan Allah, Rasul saw, para sahabat yang mulia serta para
pejuang Islam...
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah...
Kau asuhlah mereka hidup dengan Al Quran...
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelang imtihan...

seandai ku pergi bertemu Allah...
janganlah dikau berpatah dari meneruskan perjalanan perjuangan ini..
seandai anak kita bertanya ke manakah abi...
jawablah abi sedang menunggu kita di sana...
semoga ruh perjuangan islam terus mengalir hingga ke anak cucu..

Isteri...
Barangkali inilah pelajaran dari ustadzah Zainab Al Ghazali...
Tangan yang mengayun buaian dapat mengguncang dunia...
Kau beri didikan dua generasi sekaligus, generasi kini dan generasi kan datang
Suaminmu dan anak-anakmu dengan MAHABBAH
Andai ibunda Khadijah Al Kubra masih ada..
Pasti beliau tersenyum bangga karena masih ada srikandi Islam...
SEPERTIMU....WAHAI ISTERIKU..
Related Posts with Thumbnails

lazada