Khamis, 14 Ogos 2008

Penyelewengan Fikrah dalam Perjuangan (siri 2)



Terdapat beberpa bentuk penyelewengan dari garis asal bagi jalan dakwah. Marilah sama-sama kita kupas apa itu penyelewengan dari matlamat. Sama-sama kita doakan agar Allah membantu kita untuk terus berjalan di atas jalan yang benar.

Penyelewengan dari matlamat merupakan Penyelewengan yang paling merbahaya.Ia mesti di awasi dengan rapi. Kita harus sedar dan yakin bahawa matlamat yang kita tuju dalam perjuangan ini adalah Allah SWT.kekadang tanpa kita sedar kita telah lari dari matlamat asal ini dengan menyekutukan Allah dengan tujuan-tujuan atau kehendak-kehendak keduniaan atau matlamat pribadi. sepertimana yang kita sudah sedia maklum,amalan kita tidak akan diterima oleh Allah SWT sekiranya ada penyekutuan dalam sesuatu amalan. Penyelewengan ini banyak berlaku dalam bentuk niat.

Riya', takabbur,meninggi diri,gila pangkat,suka menunjuk-nunjuk merupakan kepentingan keduniaan yang sebenarnya palsu.Semua itu adalah penyakit-penyakit hati yang boleh memesongkan matlamat asal perjuangan kita.Penyakit hati ini juga boleh merosakkan niat dan memalsukan setiap amalan kita.semua manusia biasa mempunyai penyakit ini,namun marilah sama-sama kita menyahut seruan Allah untuk hambanya dalam surah Al-Syam ayat 9;10 yang bermaksud:

9. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).



Tidak semestinya erti penyelewengan dari matlamat itu adalah berpaling terus dari Allah,tetapi memadai dengan wujudnya sedikit niat untuk kepentingan dunia itu sudah cukup untuk menggugurkan amal dan mencampakkan kita jauh dari saf orang-orang hidup dan matinya kerana Allah.Marilah kita sama-sama memperbaiki niat,jika kita sudah terpesong. Namun harus difahami oleh kita,tugas untuk menentukan niat seseorang adalah bukan tugas kita kerana kita perlu yakin bahawa Allah sentiasa menapis para pejuang yang benar dan yang palsu. kita juga harus yakin Allah akan membersihkan barisan mukminin dan membezakan yang jujur dan yang curang dalam perjuangan sepertimana maksud Firman Allah SWT:

1. Alif, Laam, Miim.
2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.
(surah Al-'Ankabut:1-3)


kita juga harus ingat,kadangkala kita telah berjaya mengahrungi ujian dalam bentuk kesensaraan dan kepayahan,tetapi kadangkala kita lalai apabila di uji dengan kesenangan dunia. dari itu,kita hendaklah berwaspada kerana musuh-musuh Allah bukan sahaja menggunakan kekerasan untuk menghancurkan Islam. Kadang-kadang mereka menipu umat Islam dengan memberi umpan dalam bentuk pangkat,kebendaan,muzik, dan sebagainya.

Godaan syaitan merupakan satu perkara yang perlu ditentang oleh setiap mukmin. antara ciri-ciri penyakit godaan syaitan seprti yang pernah kita lihat ialah bagaimana ada orang menganggap dirinya lebih berkebolehan dari orang lain,lebih pintar,pandai menyusun strtegi dan lebih tahu tentang selok belok perjuangan. Ia meninggi-ninggi diri dengan merendah-rendahkan kebolehan orang lain walaupun orang yang direndahkan itu lebih matang dalambidang dakwah.Orang-orang seprti ini andainya ia berjaya mengatur strategi dakwah,ia akan mendabik dada dan berbangga dengan kebolehannya. Kononnya tanpa kebolehan dan kebijaksanaannya sesuatu kejayaan itu mungkin tidak akan menjadi kenyataab. Ia lupa kepada kepada pemberiaan dan pertolongan dari Allah. perkara ini mengingatkan kita kepada ungkapan sombong Qarun:

APA YANG AKU PEROLEHI INI ADALAH KERANA PENGETAHUAN YANG ADA PADA KU

Kita juga pernah melihat orang berpenyakit gila pimpinan. Ia begitu rakus mencari orang untuk menjadi pengikutnya sendiri lebih dari menjadi pengikut jemaah Islam.Harus diingat orang yang kelihatan padanya ciri-ciri penyakit tersebut tidak akan mengaku kewujudan penyakit itu dalam dirinya mungkin kerana ia telah dikaburkan oelh tipu daya Syaitan yang halus.

Kadangkala ada sesetengah pendakwah dengan niat baik bergaul dan berbaik dengan orang yang mempunyai penyakit ini kerana bimbangkan barisan jemaah akan berpecah atau kerana takut jemaah tidak akan dapat mengambil manfaat dari kebolehan orang itu. Ketahuilah,mengekalkan orang-orang yang berpenyakit demikian dalam gerakan Islam setelah tidak dapat di ubati penyakitnya adalah sangat bahaya. Mengekalkan mereka dalamgerakan Islam bererti memberi peluang kepada penyelewengan,membuka pintu kepada kecuaian,dan tidak beriltizam. marilah kita renungkan kata-kata As-Syahid Sayyid Qutb ini:

Sekali lepas sekali,berkali-kali sebahagian anggota jemaah diserbu,setiap kali serbuan,gugur is(prinsipnya), laksana gugurnya dedaun kering dari sebtang pokok yang rendah lagi besar. Pihak musuh Yang menyerbu juga dapat memegang salah satu ranting dari pohon besar itu lalu menarik-narik ranting itu dengan sangkaan ia akan berjaya membongkar hingga ke akar umbi pohon itu. Tetapi bila tiba waktunya,ranting yang direntap itu tercabut dari induknya sebagai kayu kering di tangannya kering tidak berjiwa,dan pohon yang besar itu kekal seperti biasa.

*Semoga Allah menjauhkan diri kita dari termasuk dari golongan yang tidak diterima pengorbanannya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Ya Allah... seandainya hari ini aku sedang memimpin, pimpinlah aku untuk memimpin, seandainya aku sedang mentarbiyyah, tarbiyyahlah aku untuk aku mentarbiyyah, tapi ya Allah seandainya aku sedang mencintai manusia tetapkan hatiku untuk mendahului cintaMu dari cinta manusia.. Hidup berjuang untuk berkorban,Syahid jadi impian