Selasa, 30 Jun 2009

Masa untuk Sahabat




Alhamdulillah, Tuhan memberikan masa untuk berjumpa sahabat-sahabat walaupun sibuk dengan kerja dan tanggungjawab. Bersama-samalah kita merafa' kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah taala.

Teringat tazkirah yang disampaikan oleh bro Amin al-magneti yang bertajuk "Ukhuwah terbina, Generasi Perkasa" banyak memberi kesan. Ia menceritakan betapa ukhuwah memberi impak yang besar kepada sesuatu generasi dakwah.

Antara mutiara ilmu yang dikutip daripada tazkirah tersebut ialah kita sebagai generasi dakwah mesti proaktif. Proaktif. Setiap generasi dakwah mesti mempunyai sikap proaktif. Barulah dakwah kita terkedepan dan dapat meminpin zaman.



Selain daripada itu generasi dakwah mesti pandai membuat keputusan. Membuat keputusan bukan mencipta alasan. Banyak gerak kerja dakwah sekarang tidak berjaya sekarang kerana pendakwah suka untuk mencipta alasan. Buatlah keputusan sebaik-baiknya dan jangan sesekali mencipta alasan. Insyaallah segala perancangan kita berjaya.



Bersama-sama kita menghayati lagu Raihan yang bertajuk Bersatu. Hayatilah sebikatanya. InsyaAllah ada hikmah di sebaliknya.


Menjadi harapan untukku menyaksikan

Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Buangkan yang keruh ambillah yang jernih

Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan


Lupakanlah segala persengketaan

Hubungkan kembali tali persaudaraan


Kerna orang beriman itu bersaudara

Saling bertolong bantu berkasih mesra

Agar generasi kita di masa hadapan

Bangga dengan apa yang kita wariskan


Menjadi harapan untukku menyaksikan

Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh

Yang berat sama dipikul

Yang ringan dijinjing sama


Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat

Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat


Lupakanlah segala persengketaan

Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )


Kerna orang beriman itu bersaudara

Saling bertolong bantu berkasih mesra

Agar generasi kita di masa hadapan

Bangga dengan apa yang kita wariskan

Selasa, 23 Jun 2009

Kerana Allah ku taat pada mu (2)

Tidak ada kalimah lain yang mampu saya ungkapkan,tidak ada kata dan perbuatan yang mampu saya tampilkan melainkan sujud syukur melihat para pemimpin kita menyelesaikan masalah kerajaan perpaduan dengan penuh hikmah dan perbincangan yang penuh dengan kasih sayang. saya rasa semua kebimbangan para pendokong gerakan Islam ini akan terlerai jika membaca harakahdaily di link: harakahdaily

Hampir saja saya melaungkan takbir memecahkan kesunyian negeri di bawah bayu ini. setelah beberapa hari hati ini sedih memikirkan perangai dan sifat-sifat ahli gerakan kita yang begitu cepat menghukum para pimpinan kita dan ditambah lagi kesedihan saya yang sekarang ini masih terasa adalah kerana melihat para ummat Islam di sabah ini. Insyaallah akan saya nukilkan satu artikel khusus kepada para pembaca yang bersemangat tinggi dan sanggup berkorban demi perjuangan ini agar akan ada satu sinar baru yang akan datang dari semenanjaung atau akan kita nyalakan sinar islam dengan pengorbanan anak bumi ini sendiri di Borneo ini Insyaallah.



Wahai sahabat-sahabat,lihatlah dan contohilah mereka. perbezaan pendapat antara para ulama akan menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. kerana mereka berbeza pendapat dalam mencari kata sepakat yang terbaik yang mana tunjangnnya adalh Al-Quran dan Sunnah. COntohilah mereka wahai diri dan sahabat-sahabat sekalian. kita bakal menggantikan mereka suatu hari nanti. Andai kita masih lagi berperangai seperti para sang munafik berbalah,apa akan jadi pada gerakan islam ini jika pemimpinnya adalah kita? kita begitu keras sesama muslim. Betul kata Tuan Guru Haji Hadi suatu ketika dahulu,kita masih belum cukup syarat untuk menang dan memerintah malaysia. kerana para rijal kita masih belum cukup untuk menanggung beban ujian kemenangan. Didik dan tarbiyyahlah wahai diri dan sahabat. jangan menuding jari kepada pemimpin kita untuk turun mentarbiyyah ahli bawahan. anda selaku orang di tarbiyyahlah yang harus menghasilkan lebih ramai lagi para mujahidin di malaysia ini. yang berpantang maut sebelum ajal dan yang sanggup gugur sebagai syuhada. Dewasa ini Islam memerlukan pemuda seperti ini. bukan pemuda yang hanya pandai mencipta kontroversi murahan dan pandai berpidato serta berhujah semata.



Sebarkanlah seruan pemimpin kita melalui SMS,e-mail,blog dan sebagainya supaya dihentikan segera segala perbalahan yang melibatkan UG ini. Ia sudah selesai. Jika ada lagi yang cuba mengungkit-ngungkit tentang perkara ini,anggaplah ia adalah dari kalangan musuh kita..musuh harus dilayan musuh.jika perlu dengan kekerasan layan ia mahupun dengan kelembutan.



Wahai adik-adik, dan sahabat-sahabat teman seperjuangan,rapatkanlah kembali saff perjuangan kita di semua peringkat. Ambil posisi masing-masing. mari kita sinarkan islam di malaysia dengan seruan dakwah dan tarbiyyah. Walau pun mungkin kita tidak sempat melihat kemenangan itu suatu hari nanti,tapi biarlah kita bahagia menjadi teman para Syuhada diwaktu itu.

Allahuakbar...

Ahad, 21 Jun 2009

Kerana Allah ku taat pada mu


Salam perjuangan buat sahabat-sahabat sekalian. Dalam mengikuti perkembangan semasa Isu unity government, kekadang ia menyebabkan kita menjadi keliru. Namun ada pemimpin-peminpin yang cuba menjernihkan keadaan ini dan tidak kurang juga ada yang secara tidak langsung cuba mengeruhkan lagi keadaan. Antara blog yang saya baca adalah:

http://siasahdaily.blogspot.com
http://kerajaanrakyat.com
http://ibnuzack.blogspot.com/
http://www.zaharuddin.net
http://www.malaysiakini.com
http://tuanibrahim.blogspot.com
http://drmaza.com
http://dzulkhairi.blogspot.com/
http://harakahdaily.com/
http://jiwokelate.wordpress.com
http://arruhuljadid86.blogspot.com/
http://www.khalidsamad.com
dan lain-lain lagi.

Pening dan menyesakkan nafas membaca semua ini. Ada sesetengah sanggup menyumpah seranah kepada Tuan Guru Nik Aziz,Tuan Guru Haji dan Juga lain-lain pimpinan kita.
ada juga yang berpendirian supaya buat muktamar dan ditukar sahaja Tim.presiden PAS ekoran kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang mahu Ust Nasa Meletakkan jawatan.

Yang lebih best,ada juga pemimpin peringkat mahasiswa yang mencabar Ust Nasa untuk berdebat mengenai isu UG ini. Pelbagai mesej dan pertanyaan memenuhi ruang inbox e-mail atau SMS saya bertanyakan pendapat. Saya hanya jawab,"tunggu Syuro putuskan,tak perlulah kita hendak menjadi jaguh dalam menghuraikan isu ini jika kita sendiri pun masih tidak faham,tak perlulah kita hangatkan blog dengan pelbagai polimik yang mungkin benar dan mungkin fitnah".



TGHH hadi sebagai pemandu Pas baru nak start enjin,tapi ahli-ahli kat bawah dah tekan minyak guna gear lima. langsung tidak mengambil kira adab-adab dalam berjemaah. TGHH baru bagi cadangan untuk dibincangkan secara ilmiyyah tentang UG ni,tapi ahli yang kat bawah ni dah kalut buat persiapan nak serang para kepimpinan. sedarlah sahabat-sahabat semua,kita baru sahaja habis muktamar,cuba latih diri untuk wala pada keputusan mesyuarat walau kita rasa cadangan kita tu bagus tahap lima bintang pun. Cuba lah merendah diri walau jawatn kita dah sampai tahap langit ke 7 pun.



TGNA,TGHH dan ust Nasa adalah para ulama yang menerajui gerakan Islam di malaysia. mereka memutuskan sesuatu bukan sekadar dengan logik akal semata. perbezaan pendapat antara mereka adalah rahmat. kerana tali pengikatnya adalah Sumber Islam itu sendiri. Tapi kita ahli kat bawah yang jahil buta tuli dan baru kenal islam sikit2 ni pula yang melebih dalam mengeluarkan hujah yang kadang-kadang hanya berpandukan kepada hujah akal dan sentimen semata.

Islam sedang memimpin perubahan,ia harus dipimpin oleh Ahlinya. Ingatlah sahabat-sahabat, Dua ulama ini sedang menguji ahlinya. sebagai satu persiapan untuk menghadapi ujian yang lebih besar...iaitu ujian kemenangan

mungkin sahabat-sahabat boleh rujuk artikel yang saya tulis sebelum ini untuk melihat apakah yang sedang kita lalui ini.

Allahuakhbar...jauhkan dari diriku sifat sombong jika berilmu,sifat bongkak jika berbakat,sifat buta jika berkuasa dan kurniakanlah pancaindra yang senangtiasa bersamaMu.

Email dan Komputer




Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan "Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan." Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.

Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya… Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya…. Setelah bersetuju… Penjual insuran berkata.. "Minta email Puan…" "Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu.

Penjual Insuran terkejut dan berkata "Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email." Wanita itu menjawab: "Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya"

Isnin, 15 Jun 2009

Rajin kritik tapi Malas Buat kerja




Cerita satu
“Aih, Unit Amal pun minta derma juga ke”. Tegur seorang pemuda dengan nada sinis. Ketika itu saya baru sahaja selesai menyusun beberape buah tabung dakwah dan tarbiyyah bagi unit amal negeri Selangor. Saya hanya senyum kepada pemuda itu. Mungkin bengang dengan gaya bersahaja saya dalam menghadapi kritikannya itu,dia sekali lagi melemparkan beberapa kata-kata yang agak menyakitkan hati. “Unit amal hanya kerja jaga jalan pun nak minta derma juga ke?” Saya mendekatkan diri saya padanya. “abang ni ahli cawangan mana? Banyak sangat dah ke pengorbanan abang untuk islam? Agak-agak kalau saya bagi baju unit amal ni,abang sanggup cuti kerja untuk memastikan setiap program dapat berjalan dengan lebih lancar? Lain kali kalau kita pun malas buat kerja untuk islam,jangan kita lemahkan orang lain untuk berkorban untuk islam. Walaupun pengorbanan orang itu hanya mengutip sampah sewaktu program kerana Allah,ia tetap di kira sebagai Ibadah.” Saya menyerang bertubi-tubi tanpa sempat dia menjawab. Lepas kene sebijik maka dengan sopan santunnya dia meninggalkan saya disitu.

Cerita Dua
“Ustaz tu dahla buat program terabur,pastu handout pun takde. Kesian kat bebudak kampung tu,letih-letih dating program tapi program macam hampeh” kata seorang rakan saya yang juga seorang bekas pimpinan sebuah gerakan islam kampus. “enta mai sini jap”panggil saya. “apa yang enta tolong untuk memastikan program tu lebih baik? Enta AJK?” Tanya saya. “Err ana bukan la AJK,tapi saje je nak tegur.”Jawab dia serba salah. “Enta ada cuba tolong ustaz kita tu?” Tanya saya lagi. “ana mana sempat,ada banyak kerja kat pejabat.kalau ana tak kerja sape nak bagi ana makan nanti." hehe pandai pula menjawab mamat ni. "em..mungkin ustaz tu takde kerja kot,sebab tu dia sanggup buat gerak kerja dakwah ni. mungkin dia tak makan macam enta. mungkin juga dia puasa seumur hidup tanpa perlu kerja untuk menanpung kehidupan diri dan keluarga. tak gitu? yela,enta sorang je banyak kerja,sebab tu enta rajin kritik tapi malas buat kerja dakwah.? kan?" saya cuba memahamkannya.

kedua-dua situasi di atas mungkin sudah menjadi lumrah dalam perjuangan. hadirnya orang seprti ini untuk menguji orang-orang yang berdakwah. tapi jika yang terkena sindrom ini adalah kita,sanggupkah kita menjadi ujian kepada pejuang-pejuang islam yang sedang berjuang? sanggupkah kita menjadi duri yang merentangi jalan dakwah ini.? jadi jika kita memang malas untuk bersama-sama buat gerak kerja dakwah,baik kita duduk diam. biarlah kita hanya sekadar menjadi angin sepoi-sepoi bahasa yang tak mengganggu kerja dakwah orang lain dan jangan kita jadi duri yang merentangi jalan dakwah ini.



Saya cukup respect kat sahabat-sahabat saya dalam unit amal. sebelum saya bersama-sama dengan mereka saya juga pernah menganggap kerja unit amal ni boleh je kita bagi kat bebudak kampung. Tapi masyallah, bebudak kampung ini lah yang sanggup korbankan diri mereka untuk Islam.kadang-kadang ketaatan mereka mengalahkan ketaatan para Ahli gerakan kampus.Kadang-kadang pengorbanan mereka akan mengalirkan air mata saya. Saya sendiri belum tentu dapat menandingi mereka.

"aku dah taknak merokok" kata sorang sahabat unit amal yang hanya kerja sebagai di kedai runcit. "kenape mat?" tanya saya. "sebab tok guru nik aziz marah pada orang yang hisab rokok. aku wala pada pimpinan" jawabnya bersungguh-sungguh. saya terkejut. sepertimana yang kita tahu,sesiapa yang dah jadi perokok tegar bukan senang untuk meninggalkan rokok,silap haribulan boleh demam. Tapi kerana ketaatan kepada pimpinan,beliau sanggup meninggalkan perkara tersebut. Agak-agak ahli jemaah yang suka main game jika diberi arahan untuk berhenti main game boleh berhenti ke??? contohnye la. atau arahan pimpinan suruh kita bangun pukul 2 pagi untuk pantau kampung,sanggup?

Namun kita ada posisi masing-masing dalam perjuangan ini. maka janganlah sesekali kita merendahkan posisi orang lain walau kita memegang jawatan sebagai presiden sekalipun. jika kita adalah stereng,mungkin unit amal atau sahabat-sahabat yang lain adalah tayar. walau cantik mana pun stereng,takkan bergerak kereta itu jika tanpa tayar.

marilah kita sama-sama jadi orang yang banyak buat kerja dalam perjuangan. berilah pandangan atau kritikan kepada sahabat-sahabat atau pimpinan kita dalam keadaan kita sendiri menggabungkan diri kita dalam perjuangan ini.

Islam memimpin Perubahan
dan yang memimpinnya mestilah dari kalangan ahlinya
Related Posts with Thumbnails
Ya Allah... seandainya hari ini aku sedang memimpin, pimpinlah aku untuk memimpin, seandainya aku sedang mentarbiyyah, tarbiyyahlah aku untuk aku mentarbiyyah, tapi ya Allah seandainya aku sedang mencintai manusia tetapkan hatiku untuk mendahului cintaMu dari cinta manusia.. Hidup berjuang untuk berkorban,Syahid jadi impian