Jumaat, 23 Oktober 2009

MENGAPA OH MENGAPA?






Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...

...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?


Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...

...tetapi bila seseorang Muslimah melakuk! an begitu, dia ditekan?


Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...

...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"


Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...

...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?


Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...

...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?


Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!

Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...

...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?


Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...

...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!


Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...

...tetapi selalu persoakan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul K-Karim?
Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!

Jumaat, 16 Oktober 2009

Satu Nasihat....


Buat Diriku dan Sahabat.
Sesungguhnya syariat Islam membataskan perhubungan lelaki dan wanita
dalam apa jua keadaan yang tiada keperluan dan hendaklah hubungan itu
berlangsung dengan menuruti syariat dan membawa manfaat bukan mudharat.


Terlalu bebas hubungan lelaki perempuan baik dalam ruangan sihat di
yahoo mesengger, di dalam mirc dan juga di dalam ruangan-ruangan agama
yang merapu dan mengarut.


“ Sesunnguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan…” (Yusof :
53).


Kita lihat dalam group-group dan ruangan agama yang dibangunkan secara
portal banyak mengarut sekalipun mengunakan nama-nama agama dan arab
tetapi dalamnya lelaki dan perempuan bebas mengarut dan bermaksiat dan
merapu dan berkenalan dan bersosial seolah-olah seperti barat cuma di
atas namakan agama.


eida (bukan nama sebenar) : Hai..apa kaba ? cihat tak ? i just visit
your blog...nice i like it...ukhwah fillah...bila boleh jumpa
tuan punya blog

( lelaki) : baik....u pulak jaga diri yee...ukhwah Fillah !


Apabila saya membaca tulisan di atas dalam ruangan chitchat di blog-blog
dan juga seringkali menemui percakapan kosong seperti ini dalam
ruangan-ruangan agama maka
saya merasa sedih dan terkilan dengan budaya
Islam di Malaysia yang sudah mengarut.


Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : “Aku melihat ke dalam
syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara
(orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan
kebanyakkan penduduknya adalah wanita” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dari
Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).


Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam
bersabda : “Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah
wanita.” (hadith riwayat Muslim dan Ahmad).


Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya
: “Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu
yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada
kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal
mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan
dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga
sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat
disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka
memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika
diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika
diajak kepada akhirat.” (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At
Tadzkirah halaman 369).


Apalah gunanya ada jemaah-jemaah dan gerakan sofwah Islamiyah sekiranya
mereka dengan gerakan-gerakan dan persatuan-persatuan ini lebih
merosakan dan mencampurkan anak-anak muda lelaki dan perempuan dengan mengatas namakan agama ??


Muslimat tudung labuh konon menjaga diri tetapi boleh pula bergambar
senyum manis dengan rakan-rakan lelaki yang berkopiah merah, putih dan
kopiah raihan konon "ukhwah Islamiyah" sedangkan Islam bukanlah demikian
dan pemikiran umat Islam Malaysia sudah melampaui batasan.


Segala puji hanyalah bagi Allah swt dan dalam kesakitan dan kesihatan
yang merosot dan diri yang lemah ini
saya memanjatkan rayuan kepada umat
Islam kembalilah kepada sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam.


Pesanan buat muslimah, hentikanlah kata-kata mengedik-gedik,
terhegeh-hegeh, mengatal tak tentu hala dan jadilah muslimah solehah yang menjaga
diri, cakapan dan tulisan serta perangai.


Bagi muslimin, hendaklah menjaga diri dengan iman dan ilmu serta akhlak
yang soleh dan mentaati perintah Allah dan rasul-Nya, usahakan
menghindari fitnah wanita dan godaan percampuran bebas kerana lelaki yang soleh
ialah yang menjaga dirinya dari maksiat kepada Allah swt.


Sabda baginda rasulullah : " Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh
Allah swt di hari tiada naungan (perlindungan) selain dari perlindungan
Allah...pemuda yang hidup dalam ibadah kepada Allah (jauh dari maksiat)
....pemuda yang apabila digoda oleh wanita yang cantik dan berkedudukan
untuk melakukan maksiat lalu berkata : Sesungguhnya aku takut kepada
Allah..." ( Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).


Katakanlah wahai muslimin sejati, salafi dan sunni dan hakiki dan umat
Nabi Salallahualaihiwasalam apabila kamu di goda oleh muslimat-muslimat
dengan menerima kehadiran mereka tanpa diundang dalam hidup kamu dengan
berkata "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".


Segala puji hanyalah bagi Allah swt, semoga Allah menerima diri
saya di
sisinya dan kepadanyalah
saya kembali...


Sakit ini satu nikmat
Kerananya kita menyedari akan perihal rahmat
Hikmah yang tersembungi di dalam langit tinggi
Hanya pemilik langit dan bumi yang mengetahui
Kesembuhan itu aku tidak ingini
Keredhaan itulah yang aku dambai

Rabu, 14 Oktober 2009

MuhasabaH


Siapalah kita manusia biasa
Hanya hamba di bumi merekah
Nilai diri kita sebelum mengata
Diri sendiri yang masih mentah di
sisi Allah
Mengapa berdusta dan bersengketa
kita dicipta sama darjatnya
Mahu jadi dajjal dunia? pasti tidak jawapannya
Mengapa terasa jika benar fikrah
Mengapa tiada sabar jika mukmi sebenar
Usah menuding usah menengking
diri sendiri kelak merana
Baik ingsan berdiam diri
diam-diam ubi berisi
Tidak seperti hati besi
diketuk sukar menerima bakti
Hanya mementingkan dirimu sendiri
Ingat
Allah menilai bukan pangkat dan darjat
Allah melihat Iman dan Adab
Usah syak wasangka terhadap dia
yang kau anggap musuh durjana
kerana dia mungkin lebih dicintaiNya
Dari kau
Tanpa disedari
Membawa fitnah
Kepada musuhmu yang hakikatnya
Berhati mulia.

Isnin, 5 Oktober 2009

Siput Babi (S.B)


Dalam duk mencari ketenangan kat belakang rumahku di Grandbird Village,tetiba melintas dihadapanku seekor siput babi atau nama pendeknya S.B. aku tetiba tersengeh sendirian bila mengingatkan ceramah sorang ustaz tentang siput babi ni..alaa susah sgt la nk sebut siput babi ni,kira aku sebut S.b je lah ye. masa bulan puasa yang lepas,ada sorang ustaz tanya kat kitorang,kenape S.b jalan lambat?. agak-agak sebab ape? aku duk ingat ke jawapan dia sebab siput tu takde kaki dan ada cengkeram besar atas belakang. tapi rupanya tidak. jawapannya adalah sebab siput tu keliru samada dia siput atau dia tu babi...haghuu sunguh.


Sambil-sambil duk ingat teka-teki ustaz tu,aku perhatikan gaya lagak S.B tu, bila aku kuis dia dengan kayu,perlahan-lahan dia masuk sedikit dlm cengkeram dia,konon nak nyorok la tu..tetiba aku teringat kt S.b manusia plak.yang kerja jadi tukang intip ni. Masa kene tahan hari tu,aku ada tanya kt sorang S.B tu,encik kene tahu,kat sini ada berape ramai orang soleh yang encik buat zalim,kalau mereka doakan agar anak encik jadi pelacur,encik nak ke? "ye saya nak,alhamdulillah"jawab dia...dengan cepat aku kata "ameen...malang sungguh anak encik ada bapak cam encik ni"...begitu rupanya perangai S.B ni...mungkin mereka tak percaya pada janji Allah bahawa senjata yang paling ampuh bagi seseorang mikmin adalah doa.

mereka mungkin nk menyorok disebalik pakaian biasa yang mereka pakai,tapi mereka tak sedar bahawa Allah maha melihat.sama cam Siput tadi,bila dikuis,dia cuba untuk menyorok dalam cengkeram.mereka cuba nak takutkan para orang Islam dengan pelbagai provokasi yang dibina. mereka ingat yang jaga Islam ni tok guru je..mereka taktau yang jaga Islam adalah Allah taala yang maha merancang ke atas segala perancangan jahat mereka.

mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).

(Surah As-Saff: 8)

selepas beberapa lama aku tak ganggu dia(siput babi tadi), dia mula keluar dan meneruskan perjalanannya.sekarang ni arah perjalanan dia bukan lagi sama dengan arah perjalanannya yang asal,sbb aku dah pusingkan badan dia menuju ke arah lain. Namun dia terus je berjalan dalam arah baru yang aku buat untuknya tanpa dia sendiri mengubah semula haluan perjalanannya ke arah asal perjalanannya.aku mengeleng-ngeleng kepala. S.B manusia pun nampaknya sama dengan S.B ni fikir ku...tidak mempunyai arah tuju sendiri dan lupa tujuan asal mereka berada didunia untuk ape.arah tuju mereka adalah arahan orang atasan.seandainya arahan orang atasan untuk menentang Islam,maka Islam lah yang akan mereka tentang.


pada suatu ketika dulu,aku pernah sembang dengan sorang S.B ni,sbb dia beriya-iya nak hantar anak dia ke sekolah agama. dia nak anak dia jadi baik.dia nak anak dia jadi seorang anak yang soleh.aku tya dia,"abang pernah terima orang hulur(rasuah)?"... dia diam.. "faktor seseorang anak untuk jadi soleh bukanlah sebab dia belajar di sekolah agama je. faktor ibu bapa dan rezeki yang halal pun abang kene tengok juga.abang pernah ambik tak?"soal aku lagi. dia mengangguk perlahan. "untuk pengetahuan abang,kat sekolah agama tu berlambak budak jahat,abang tahu sebab ape? salah satu sebabnya adalah sebab mak ayah mereka bagi makan makanan yang haram dekat mereka.walau macam mana usaha pun yang pihak guru buat,anak-anak akan susah untuk terima kebenaran. sebab hati dan jiwa mereka sudah hitam kerana darah yang mengalir dalam diri mereka adalah hasil dari rezeki yang haram.abang lupakanlah nak hantar anak abang untuk ke sekolah agama seandainya sekarang ni abang masih tak berhenti ambik rasuah dan bersihkan diri abang dari segala dosa yang abang istiqamah buat tu."dia diam... "jika abang nak anak soleh tiga perkara je yang abang perlu buat"ujar ku. "ape dia?" tanyanya bersungguh-sungguh. "pertama abang kene tinggalkan segala kejahatan dan bertaubat,demi anak abang,sanggup abang buat?" tanyaku. "saya sanggup".jawabnnya. "Alhamdulillah,yang kedua abang hantarlah anak abang ke sekolah agama dan yang ketiga abang mesti cari sorang ustaz untuk berguru dengannya tentang Islam. dalam seminggu abang ambik sejam pun dah cukup untuk bertanya tentang islam kepada ustaz tu." kataku lagi. alhamdulillah S.B tu telah cuba buat semua cadangan tu demi anak dia.


memang betul,ramai ibu bapa inginkan anak yang soleh,tapi pada waktu yang sama mereka menjadi penentang kepada Islam dan pada waktu yang sama mereka menyuapkan rezeki yang haram ke mulut anak-anak mereka.


aku perhatikan kat kepala siput tu,ada dua sesengut.orang tua-tua kata S.B siput ni gatal. taktau la betul ke tak. tak pernak sentuh lagi. harap-harap kalau kita tersentuh S.B manusia,janganlah jadi gatal juga kat kulit ni....ada banyak lagi kisah tentang S.B ni...

Related Posts with Thumbnails
Ya Allah... seandainya hari ini aku sedang memimpin, pimpinlah aku untuk memimpin, seandainya aku sedang mentarbiyyah, tarbiyyahlah aku untuk aku mentarbiyyah, tapi ya Allah seandainya aku sedang mencintai manusia tetapkan hatiku untuk mendahului cintaMu dari cinta manusia.. Hidup berjuang untuk berkorban,Syahid jadi impian