Sabtu, 23 Ogos 2008

Bingkisan Buat ADIk-Adik ku


Buatmu Pemuda pendekar Islam
Hari-hari mu berlalu di telan masa
Sedang secebis cahaya belum lagi menerangi alam
Relung hatimu untuk bangkit dan bergerak

Di manakah anda berada…
Dan apakah yang sedang anda lakukan
Seluruh mata tertuju kepada mu…
Kelak….
Anda akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah
Untuk menjawab pertanyaan dan soalan-soalan
Mengapakah berlaku kejatuhan ke atas umat ini
Dan apakah usaha yang anda lakukan
Untuk mengangkat dan menyelamatkannya???

Wahai Adik-adik Ku pemuda-pemudi…
Mujahid dan mujahidah…
Kepada mu ku bingkiskan risalah ini..
Apabila ada seribu mujahid yang sedang berjuang
Maka akulah salah seorang daripadanya
Jika ada seratus Mujahid yang sedang berjuang…
Maka akulah salah seorang daripadanya
Jika ada sepuluh Mujahid yang sedang berjuang…
Maka akulah salah seorang daripadanya
Jika ada seorang Mujahid yang sedang berjuang…
Maka itulah aku…….. itulah aku….

Khamis, 21 Ogos 2008

Al-kisah dalam kisah (siri 3)



Seperti biasa Saufi akan bermain sepak takraw di depan rumahnya. Dia bermain bersama-sama dengan sahabat seperguruaannya dalam tomoi.. Tetiba semua kawan-kawanya melarikan diri…eh,,,ni apsal pulak, Saufi kehairanan..tiba-tiba bahunya di tepuk oleh seseorang..perlahan-lahan dia berpaling ke belakang.. “waaa pakcik tabligh berserban besar!!!” Saufi dah tak sempat nak lari kerana pakcik tabligh tu dah pegang tangan dia.. “aduss,kene ceramah laa aku hari ni”.rungut Saufi dalam hati.

“adik, mari sama-sama kita azam tingkatkan iman kita, sekejap lagi dah nak masuk maghrib,mari ikut kami ke masjid. Hari ni jemaah ada keluar kat masjid depan tu selama 3 hari.” Kata pakcik tabligh.. otak Saufi mula ligat untuk melepaskan diri.. “ err,pakcik pergi la dulu,nanti lepas mandi saya pergi la ke masjid tu”. Jawab Saufi. Pakcik tabligh tersenyum.. “ok,pakcik tunggu depan rumah adik sampai adik siap mandi”… Saufi terkejut,la tersilap strategi pulak…dengan penuh keterpaksaan yang teramat sangat Saufi melangkah ke masjid… Namun hatinya mula tertarik untuk lebih mengetahui tentang Islam melalui jemaah tabligh tu..Hari itu,berlakulah suatu perubahan yang besar dalam hidup Saufi..dirinya sudah jinak dengan masjid…

“Saufi ustaz disiplin panggil enta” bagitau seorang pengawas kepada Saufi. Saufi terkejut,dia tak tau apa kesalahan dia.kerana semenjak dia masuk tingkatan 3 ni,dia dah cuci tangan dan kaki dari melakukan kerja-kerja tak senonoh..dia dah mula mendekati sahabat yang baik dan menjauhi sahabat-sahabat yang nakal..Dia sudah mula merasa nikmatnya bertahajjud..dia sudah tenang berada dalam usrah dan tamrin. Tanpa dia sedar dia sedang melalui satu proses pentarbiyyahan dari Allah.

Saufi bersalaman dengan ustaz. Ustaznya hanya tersenyum kepada Saufi. Dia menyerahkan sepucuk surat kepada Saufi.. “alamak,ni surat buang sekolah ke ni…” fikir Saufi sambil membuka sampulnya. Tetiba muka Saufi pucat kerana membaca isi tajuk surat tersebut..dia telah dilantik oleh pihak sekolah untuk menjadi pengawas. Sungguh berat amanah itu,bagaimana dia nak berhadapan dengan sahabat-sahabatnya yang nakal. Kerana dia tahu tugas pengawas adalah amat dibenci oleh sahabat-sahabatnya yang nakal..tetiba hatinya berbisik, “Berjuang bukan kerana sahabat,tetapi sahabat amat penting dalam perjuangan”. Saufi menerima perlantikan itu dengan hati yang terbuka.. “aku terima amanah ini adalah kerana Allah”. Dia berjanji dalam dirinya akan cuba menarik sahabat-sahabatnya yang nakal untuk bersama-samanya dalam perjuangan ini.. sekali lagi hatinya berbisik, “jika kita sedang berjalan ke syurga,tariklah tangan orang lain untuk bersama-sama ke syurga”.

Bermula dari hari itu, Saufi semakin sibuk dengan tugasnya sebagai pengawas. Namun dia tetap menyertai usrah mingguan bersama-sama sahabat dari BDP. Semakin lama Saufi semakin faham apa itu Islam..kekadang dia sendiri berasa sedih,kerana banyak perkara yang dia telah silap faham tentang Islam. Dia juga mula nampak sesuatu gejala yang baginya tidak patut ada dalam sekolahnya iaitu gejala asobiyyah atau berpuak-puak. Setelah mendekati Islam yang syumul,barulah Saufi nampak yang geng baik dari BDP langsung tidak cuba bergaul dengan bebudak nakal yang lain. Kehidupan mereka hanya bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang baik sahaja. Saufi pernah bertanya kepada presiden BDP kenapa perkara ini berlaku, tetapi presiden itu hanya kata geng-geng nakal tu kan budak sekolah agama juga,takkan geng-geng nakal tu tak tau mereka buat salah.kita tidak perlu mendekati orang yang berdosa.. Saufi mula merasa marah dengan kenyataan tu.. Saufi terus bertanya kepada Presiden BDP tersebut. “ Kita ni pendakwah atau Penghukum???” Presiden BDP terdiam.

Mulai hari itu Saufi cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu. Tetiba hatinya berbisik “ Pergantungan tertinggi pendekar Islam ialah hanya pada Allah,mengadulah pada Allah”.

Sewaktu berada di tingkatan 4 Saufi dilantik menjadi timbalan ketua pengawas. Sewaktu di tingkatan 4 juga Saufi cuba menarik rakan-rakannya yang nakal. Dia mula merancang strategi jangkamasa panjang. Pada waktu itu Saufi mula menyerta Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM) . Saufi menyertai PKBM kerana ramai kawan-kawannya yang nakal menjadi ahli PKBM . Saufi mula menjalinkan semula ukhwah Islamiyyah bersama-sama sahabat-sahabatnya yang nakal. Memang Saufi masih mempunyai pengaruh yang tinggi. Sahabat-sahabatnya itu telah mencadangkan Saufi untuk mengetuai pasukan itu. Secara perlahan-lahan Saufi mendidik sahabat-sahabatnya untuk lebih dekat dengan Islam tanpa mereka sedar.

Setiap hari Saufi mengetuai latihan pertandingan kawad kaki. Hubungan Saufi dan sahabat lamanya kembali akrab. Akhirnya berkat usaha mereka,mereka telah di nobatkan sebagai juara Kawad Kaki peringkat negeri.Seminggu selepas itu pasukan dibawah pimpinan Saufi mengikuti latihan separa perang seluruh PKBM di Malaysia bersama tentera Laut. Sewaktu berada di atas kapal ini lah iman Saufi teruji. Pergaulan di atas kapal terlalu bebas antara anggota kadet lelaki dan perempuan. Tanggungjawabnya semakin besar apabila dia dilantik menjadi Komander Kadet dan semua kadet-kadet dari sekolah lain.Alhamdulillah dengan kuasa yang ada padanya dia telah dapat mengurangkan masalah-masalah itu.

Setelah tamat Latihan bersama TLDM, Saufi mengikuti rutin hariannya semula. Dengan kesibukan tugasnya sebagai timbalan ketua pengawas,kekadang dia terpaksa masuk kelas lewat.Pernah satu ketika guru kelasnya memarahinya didepan kawan-kawan sekelasnya. Dia dikatakan seorang pengawas yang gila jawatan sehingga lupa kepada pelajaran. Kawan-kawan yang tidak menyukainya terus bersorak dan mengejeknya dengan pelbagai ejekan. Air mata Saufi hampir tumpah, tetiba suara hatinya berbisik, “Setiap pejuang akan di uji, ujian itu kasih sayang Allah. Pendekar Islam jangan sesekali lemah, kerana kita ada Allah”. Saufi mengumpulkan kekuatan,dia menuding jari kepada pelajar itu. “dengan nama Allah,jika apa yang aku buat ini adalah kerana Allah, sama-sama kita akan lihat siapa yang akan cemerlang dalam SPM nanti.” Pelajar itu terdiam. Dia tidak berani memandang mata Saufi.

Pada malam itu Balqis menefon Saufi, dia bertanya kenapa Saufi sudah tidak menghubunginya lagi.. Saufi terdiam, baginya sekarang dia tidak mahu ada apa-apa ikatan dengan mana-mana perempuan lagi..Cintanya hanya pada Allah. Saufi terus meletakkan ganggang telefon..tetapi hatinya berasa bersalah…betulkah tindakan ku ini?? Adakah Allah redha dengan apa yang aku buat ini.. tetiba ilmu dan hatinya berbisik, “Cintailah seseorang itu untuk membantumu mengukuhkan lagi Cinta mu pada Allah” Saufi teruus mengangkat ganggang telefon dan menelefon Balqis, Saufi meminta maaf dari Balqis. Saufi menceritakan kepada Balqis cita-citanya hanya untuk Islam, Cinta tertinggi hanya pada Allah dan Rasul..dan pada malam itu mereka berjanji akan mengutamakan Cinta Allah terlebih dahulu. “Balqis, saya bukan nak berpisah dengan awak,tetapi jika Awak cintakan saya,jangan hubungi lagi saya dalam masa terdekat ini, kita akan berhubung balik selepas kita tamat belajar nanti,di waktu itu saya akan menyintai Awak sebagai seorang suami yang menyintai seorang isteri dan diwaktu itu cinta kita adalah dalam redha Allah”. Hati Saufi tenang kerana Balqis bersetuju.

Hari demi hari banyak perubahan yang telah Saufi buat samada di dalam pengawas atau BDP. Setelah menjejakkan kaki ke……..


Khamis, 14 Ogos 2008

Penyelewengan Fikrah dalam Perjuangan (siri 2)



Terdapat beberpa bentuk penyelewengan dari garis asal bagi jalan dakwah. Marilah sama-sama kita kupas apa itu penyelewengan dari matlamat. Sama-sama kita doakan agar Allah membantu kita untuk terus berjalan di atas jalan yang benar.

Penyelewengan dari matlamat merupakan Penyelewengan yang paling merbahaya.Ia mesti di awasi dengan rapi. Kita harus sedar dan yakin bahawa matlamat yang kita tuju dalam perjuangan ini adalah Allah SWT.kekadang tanpa kita sedar kita telah lari dari matlamat asal ini dengan menyekutukan Allah dengan tujuan-tujuan atau kehendak-kehendak keduniaan atau matlamat pribadi. sepertimana yang kita sudah sedia maklum,amalan kita tidak akan diterima oleh Allah SWT sekiranya ada penyekutuan dalam sesuatu amalan. Penyelewengan ini banyak berlaku dalam bentuk niat.

Riya', takabbur,meninggi diri,gila pangkat,suka menunjuk-nunjuk merupakan kepentingan keduniaan yang sebenarnya palsu.Semua itu adalah penyakit-penyakit hati yang boleh memesongkan matlamat asal perjuangan kita.Penyakit hati ini juga boleh merosakkan niat dan memalsukan setiap amalan kita.semua manusia biasa mempunyai penyakit ini,namun marilah sama-sama kita menyahut seruan Allah untuk hambanya dalam surah Al-Syam ayat 9;10 yang bermaksud:

9. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).



Tidak semestinya erti penyelewengan dari matlamat itu adalah berpaling terus dari Allah,tetapi memadai dengan wujudnya sedikit niat untuk kepentingan dunia itu sudah cukup untuk menggugurkan amal dan mencampakkan kita jauh dari saf orang-orang hidup dan matinya kerana Allah.Marilah kita sama-sama memperbaiki niat,jika kita sudah terpesong. Namun harus difahami oleh kita,tugas untuk menentukan niat seseorang adalah bukan tugas kita kerana kita perlu yakin bahawa Allah sentiasa menapis para pejuang yang benar dan yang palsu. kita juga harus yakin Allah akan membersihkan barisan mukminin dan membezakan yang jujur dan yang curang dalam perjuangan sepertimana maksud Firman Allah SWT:

1. Alif, Laam, Miim.
2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.
(surah Al-'Ankabut:1-3)


kita juga harus ingat,kadangkala kita telah berjaya mengahrungi ujian dalam bentuk kesensaraan dan kepayahan,tetapi kadangkala kita lalai apabila di uji dengan kesenangan dunia. dari itu,kita hendaklah berwaspada kerana musuh-musuh Allah bukan sahaja menggunakan kekerasan untuk menghancurkan Islam. Kadang-kadang mereka menipu umat Islam dengan memberi umpan dalam bentuk pangkat,kebendaan,muzik, dan sebagainya.

Godaan syaitan merupakan satu perkara yang perlu ditentang oleh setiap mukmin. antara ciri-ciri penyakit godaan syaitan seprti yang pernah kita lihat ialah bagaimana ada orang menganggap dirinya lebih berkebolehan dari orang lain,lebih pintar,pandai menyusun strtegi dan lebih tahu tentang selok belok perjuangan. Ia meninggi-ninggi diri dengan merendah-rendahkan kebolehan orang lain walaupun orang yang direndahkan itu lebih matang dalambidang dakwah.Orang-orang seprti ini andainya ia berjaya mengatur strategi dakwah,ia akan mendabik dada dan berbangga dengan kebolehannya. Kononnya tanpa kebolehan dan kebijaksanaannya sesuatu kejayaan itu mungkin tidak akan menjadi kenyataab. Ia lupa kepada kepada pemberiaan dan pertolongan dari Allah. perkara ini mengingatkan kita kepada ungkapan sombong Qarun:

APA YANG AKU PEROLEHI INI ADALAH KERANA PENGETAHUAN YANG ADA PADA KU

Kita juga pernah melihat orang berpenyakit gila pimpinan. Ia begitu rakus mencari orang untuk menjadi pengikutnya sendiri lebih dari menjadi pengikut jemaah Islam.Harus diingat orang yang kelihatan padanya ciri-ciri penyakit tersebut tidak akan mengaku kewujudan penyakit itu dalam dirinya mungkin kerana ia telah dikaburkan oelh tipu daya Syaitan yang halus.

Kadangkala ada sesetengah pendakwah dengan niat baik bergaul dan berbaik dengan orang yang mempunyai penyakit ini kerana bimbangkan barisan jemaah akan berpecah atau kerana takut jemaah tidak akan dapat mengambil manfaat dari kebolehan orang itu. Ketahuilah,mengekalkan orang-orang yang berpenyakit demikian dalam gerakan Islam setelah tidak dapat di ubati penyakitnya adalah sangat bahaya. Mengekalkan mereka dalamgerakan Islam bererti memberi peluang kepada penyelewengan,membuka pintu kepada kecuaian,dan tidak beriltizam. marilah kita renungkan kata-kata As-Syahid Sayyid Qutb ini:

Sekali lepas sekali,berkali-kali sebahagian anggota jemaah diserbu,setiap kali serbuan,gugur is(prinsipnya), laksana gugurnya dedaun kering dari sebtang pokok yang rendah lagi besar. Pihak musuh Yang menyerbu juga dapat memegang salah satu ranting dari pohon besar itu lalu menarik-narik ranting itu dengan sangkaan ia akan berjaya membongkar hingga ke akar umbi pohon itu. Tetapi bila tiba waktunya,ranting yang direntap itu tercabut dari induknya sebagai kayu kering di tangannya kering tidak berjiwa,dan pohon yang besar itu kekal seperti biasa.

*Semoga Allah menjauhkan diri kita dari termasuk dari golongan yang tidak diterima pengorbanannya...


Selasa, 12 Ogos 2008

Al_fatihah buat Hanan

Segala Puji bagi Allah tuhan yang berkuasa ke atas sesuatu yang ada di bumi dan langit dan juga tuhan yang menghidupkan dan mematikan semua makhluk.Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad junjungan kita semua. Hari ini masih belum hilang lagi kesedihan dalam diri saya kerana kehilangan seorang adik yang banyak membantu saya dalam gerak kerja dakwah semasa berada di Maahad Amir Indra Petra atau pun semasa kami telah menjadi alumni. Nur Hanan Bt Mohamed adalah salah seorang penggerak kepada Alumni Pimpinan Pelajar Maahad Amir indra Petra yang juga pelajar Sarjana muda Universiti Teknologi Malaysia yang telah meninggal dunia pada 2 hari yang lepas kerana kemalangan jalan raya.

Hanan berdiri tiga dari kiri barisan tengah. Gambar sewaktu Program Di Kg Kubang Golok

Ketika Seorang adik menelefon saya jam 5 petang pada hari ahad (10.8.08) yang lalu memaklumkan berita ini, saya rasakan saya sudah kehilangan seorang sahabat dan seorang adik yang begitu tinggi komitmennya dalam gerak kerja Islam. Di waktu itu terbayang semula kenangan sewaktu Hanan memegang jawatan dalam exco Pengawas sewaktu di Maahad dulu,terkenang sifat cerianya dalam menegur pelajar yang bermasalah, teringat kembali keseriusannya dalam mesyuarat pimpinan maahad. Air mata terasa ingin terus mengalir,tetapi saya sendiri pernah berkata padanya dan ahli-ahli pimpinan sekolah pada waktu itu, alang-alang berjuang biarlah syahid..membuatkan saya cuba tabahkan hati,semoga hanan termasuk dalam golongan yang syahid. walau manusia tidak mengenalinya,saya bermohon agar ia mashur di sana. itulah impian kita semua sebagai pejuang Allah.

Jam 5.30 petang saya menefon nombor hanan,terdengar suara wanita lain yang menjawab panggilan itu,lantas saya bertanya kejadian sebenar yang berlaku. Sahabat terbabit memaklumkan bahawa di waktu itu beliau sedang menguruskan urusan untuk membawa balik jenazah Hanan. lantas saya forwarkan kepada semua MT dan ahli alumni tentang perkara ini. Alhamdulillah apabila mengetahui berita ini,ramai sahabat-sahabat yang berada di luar kelantan bergegas ke johor dan ada juga terus bergegas ke kelantan.betullah kata orang,ukhwah itu akan kita dapat rasakan kemanisannya apabila kita berpisah dengan sahabat kita. Saya memohon maaf kepada semua ahli,walaupun saya sebagai YDP Alumni,saya tidak dapat pulang,kerana urusan-urusan yang memang tidak dapat dielakkan.

Hanan dalam kenangan kami semua.Seorang ahli yang ceria

Jam 3am,Azila (Exco kebajikan) memaklumkan jenazah telah dibawa pulang pada jam 2.30am tadi. Saya terus Forwardkan sms kepada hazlan agar memastikan semua sahabat-sahabat,ustaz-ustaz dimaklumkan tentang hal ini... tiba-tiba saya terima sms dari seorang sahabat,hati saya hiba membaca sms tu:

x terasa bila dia pergi,
tp sayu bla dia x kembali,
mencarinya dengan hati suci lbih indah daripada memiliki tapi tak menghargai,
dia datang tanpa seruan,dia pergi tanpa alasan,
kejarlah ia sebelum hilang dari pandangan,
kerana hadirnya tiada bandingan, hebatnya insan brnama sahabat.

Jam 2.45pm semalam, hazlan memaklumkan kepada saya jenazah telah selamat di kebumikan. Alhamdulillah. Semoga ruhnya termasuk dalam golongan orang yang mati di jalan Allah..

Kepada semua sahabat,hari ini kita sedih kerana Hanan telah meninggalkan kita,tapi ketahuilah kita juga akan mengikut laluan yang sama selepas ini. ingatlah, kita berjuang kerana Allah,kita bersahabat kerana Allah,Moga Allah kumpulkan kita semula di jannah...

teruskan perjuangan wahai sahabat-sahabat!!!,
Ukhwah fillah ilal jannah....
Al-Fatihah buat Hanan

Al-kisah dalam kisah (siri 2)

gambar hiasan


Hari pertama melangkah ke Maahad ahmadi tidak begitu mengembirakan hati Saufi..kerana baginya sekolah ni sangat low profile. Dari sini dia mula mengenali beberapa orang budak yang agak nakal…namanya izwan.. dari sini juga Saufi mengenali beberape orang geng baik,nama mereka ialah arif,zermi,saiful,badiuzzaman dan lain-lain lagi.

Semasa berada di tingkatan 1, Saufi kerap juga ponteng kelas. Tapi tak pernah di kesan oleh pihak sekolah..rasanya tak perlu diceritakan cmne taktik budak ni ponteng sampai pihak sekolah dan guru tak dapat kesan dia ponteng kelas..takut ada dikalangan pembaca blog ni ada yang masih berumur 18 tahun ke bawah,nanti tak pasal-pasal aku dapat dosa. Semasa di tingkatan 1 juga dia banyak memikat bebudak perempuan..aku lupa dah nama apa dah budak tu…kalau tak silap nama Sue..dan sorang lagi nama Balqis..tapi yang paling Saufi sayang ialah Balqis,sebab Balqis sorang yang lemah lembut.. Sue tu spare je baginya.. Namun kawan-kawannya dari geng-geng baik ni selalu menasihatkannya..dia buat derk je.

Geng-geng baik ni kebanyakkannya adalah dikalangan bebudak Silat dan badan dakwah pelajar(BDP)..jadi kira Saufi rapat juga la dengan bebudak baik ni walau dia tak pernah nak joint BDP tu..Sekali-sekala ada juga dia ikut program BDP ni,tu pun atas desakan Arif…kalau tak,sorry la dia nak pergi..ye la,program BDP ni biasanya berbentuk tamrin.. Saufi ni pulak bukan jenis suka benda-benda camtu…tambah-tambah kalau kene solat tahajjut…memang dia fail bab ni..

Tapi pernah satu kali tu urustia program Qiamullail kejutkan dia untuk Qiam,dengan penuh semangatnya dia bangun,segera dia capai kain tuala,urustia-urustia semua terkejut dengan perubahan Saufi hari tu,sbb biasanya Saufi ni jenis liat bangun pagi..semua urustia bersyukur,mungkin Saufi dah berubah..mereka betul-betul mengharapkan Saufi dapat menyertai BDP,kerana Saufi begitu berpotensi untuk jd pimpinan yang mampu menarik lebih ramai lagi geng-geng nakal untuk berubah. Kita sambung balik kepada cerita dia bangun untuk qiamullail tadi,dia nampak bersemangat menuju ke bilik air…tetiba, iotttt,dia membelok ke kanan tanpa memberikan signal…ish,dia nak ke mana pulak ni…time tu Saufi menebarkan tualanya dia atas meja makan kantin lama sekolah itu…tanpa membaca doa sambung tidur, dia terus menidurkan dirinya…mangkuk sungguh budak ni…hancur harapan geng-geng BDP untuk lihat dia berubah…rupa-rupanya makin teruk.

Semasa di tingkatan 1 juga Saufi selalu belajar tomoi dari datuknya..dari hari ke hari dia semakin mahir dalam seni pertahankan diri itu…tambahan lagi dia juga belajar silat.. sewaktu bergaduh atau berlawan dia selalu menggabungkan ke dua-dua seni mempetahankan diri ini sehingga sukar bagi lawannya menjatuhkannya..kelebihan ini menyebabkan dia semakin nakal…

Pada suatu malam di bulan jun, datuknya mengejutkannya dari tidur, dalam keadaan yang masih mamai tu dia terus mengadap datuknya..malam itu datuknya mengajar beberapa pukulan rahsia keturunannya yang tak pernah diajar kepada muridnya kecuali kepada anak cucunya..selepas selesai mengajar pukulan-pukulan itu, datuknya berpesan kepada nya, “Saufi, Suatu hari nanti Saufi jadilah pendekar Islam, jangan jadi pendekar melayu” . Saufi hanya menganggukkan kepala,kerana di waktu itu dia belum mengerti apakah bezanya pendekar Islam dan pendekar Melayu…

Selepas seminggu datuknya meninggalkan pesanan itu,tetiba datuknya diserang penyakit asma yang teruk..sewaktu menatap wajah datuknya,air matanya mengalir,manusia yang dia tatap inilah yang banyak mengajar apa ertinya Islam..namun dia tak mampu untuk melaksanakan pesanan-pesanan datuknya lagi,kerana dia baginya dia seorang yang jahat. Perlahan-perlahan datuknya mengusap wajah Saufi, Saufi menggenggam erat tangan datuknya,tiada kata-kata yang mampu diluahkannya disaat itu, Sekali lagi datuknnya berpesan kepadanya, Jadilah Pendekar Islam,jangan Jadi pendekar Melayu.. Saufi hanya mampu menganggukkan kepala,air matanya semakin deras mengalir apabila datuknya melafazkan kalimah syahadah dalam keadaan tersekat-sekat..tetiba genggaman erat tangan datukknya semakin longgar.. Saufi membiarkan pemergiaan datuknya dengan Sumpah keramat dalam diri…. “ya, aku akan jadi pendekar Islam..

Semasa di tingkatan 2 Saufi tercari-cari apakah maksud pesanan datuknya…dia tak dapat memahami maksud sebenar pesanan datuknya..Dia cuba bertanya kepada abangnya. Namun ringkas je jawapan abangnya, “Tanyalah pada Allah di dalam sujud tahajjut”..
Tanya Allah??? Aku tak pernah pun jumpa Allah camne aku nak Tanya.. dia bertanya lagi kepada seorang ustaznya tentang maksud pesanan datuknnya itu, jawapannya ringkas jugak.. “mohonlah dari Allah agar Dia mentarbiyyah enta untuk jadi pendekar Islam”… Saufi masih tak berpuas hati, dia terus bertanya kepada seorang guru agama tua yang selalu menjadi rujukan masyarakat..jawapannya pun ringkas juga. “ jadilah Pendekar Islam yang pergantungan tertingginya hanya pada Allah”.. Pening-pening… Tetiba dia berdoa di dalam hatinya.. “ Ya Allah,tunjukkan aku jawapan ini,hanya pada mu aku bermohon”..

Seperti biasa Saufi akan bermain sepak takraw di depan rumahnya. Dia bermain bersama-sama dengan sahabat seperguruaannya dalam tomoi.. Tetiba…..

Jumaat, 1 Ogos 2008

Penyelewengan Fikrah dalam perjuangan( Siri 1)



Alhamdulillah, sekali lagi kita panjatkan kesyukuran kerana Allah telah memilih kita untuk menjadi seorang Islam. di dalam jutaan umat Islam pula Allah telah pilih kita untuk menjadi orang yang beriman..setinggi-tinggi syukur buat Mu Ya Allah.. manakala di dalam ribuan orang yang beriman Allah telah pilih kita untuk memegang panjinya untuk meneruskan tugas para Anbiya' untuk mendaulatkan kalimat Allah di bumi ini... Maha tinggi Mu ya Allah,hanya pada Mu kesyukuran ini...

Alhamdulillah sekali lagi kerana dengan izinnya jantung kita terus berdegup berzikir nama sucinya dan dengan nafas dan kudrat kurniaanya saya masih mampu pada hari ini untuk terus bersama-sama semua menulis demi untuk mencapai redhanya...

pertamanya harus diketahui bahawa penyelewengan mempunyai kepelbagaian rupabentuk.Penyelewengan ini juga telah berlaku ke atas sesetengah pendokong dakwah,tetapi mereka sering mendakwa mereka masih berada diatas jalan dakwah yang sahih malahan menuduh orang lain yang melakukan penyelewengan.Sebenarnya penyelewengan dalam bentuk fikrah di dalam perjuangan ini berlaku dlam bentuk yang halus,kemudian melata,meningkat lalu membesar dari masa ke semasa dan zaman ke zaman.Memang benarlah bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan.Oleh itu perlu di perkenalkan pelbagai bentuk penyelewengan fikrah dalam perjuangan ini.

Seperti yang kita semua ketahui,matlamat amat penting. namun, dalam mencapai matlamat yang jauh kita harus melalui jalan yang penuh dengan liku-liku dan simpang tajam yang bahaya.Jadi kita harus berwaspada setiap kali melalui liku-liku ini kerana di setiap simpang ini akan ada mereka yang sedia menunggu untuk menyesatkan orang-orang berjalan. mereka berlakon dan berlagak seperti penasihat-penasihat yang tulus dan jujur.Walaupun kita tahu jalan perjuangan ini penuh dengan liku-liku dan dugaan seta jauh perjalanannya,harus kita ingat bahawa kita sedang berjalan menuju Allah dan rasulnya. Walau sejauh mana jalan ini,kita harus tetap berjalan.jangan sesekali kita berputus asa.ingat, berpantang maut sebelum ajal,tugas Islam harus dilaksanakan.

Penyelewengan fikrah juga ada kaitannya dengan pihak musuh kita iaitu yahudi dan nasrani.Pada suatu masa dahulu mereka telah berjaya menjajah dan meruntuhkan khilafah islamiyyah. Dengan terdedahnya islam pada ketika itu kepada berbagai serangan halus yang berupa pengeliruan,memberi gambaran buruk tentang sifat islam,dan menimbulkan ideologi-ideologi bodoh untuk diserapkan ke jiwa para umat islam telah berjaya menghasilkan umat islam akhir zaman yang hanya seperti buih-buih di lautan. mereka menggunakan orang islam untuk menjadi kua tunggangan mereka untuk menghancurkan ruh islam dalam jiwa umat ini seperti mustafa kamal attartuk,jamal abd nasir dan sebagainya. amat malang sekali jika ada dikalngan kita menyanjungi manusia-manusia ini yang telah manjahanamkan khilafah islam uthmaniyyah. Musuh Allah iaitu yahudi juga telah berjaya mengkaderkan orang suruhan dikalangan umat islam sendiri,setiap masa mereka terus cuba menghancurkan Ruh Islam dari diri umat Islam. pelbagai usaha yang telah mereka lakukan seperti merosakkan sistem pendidikan Islam,memenjarakan para ulama dan pendakwah,memberikan gambaran buruk tentang islam kepada seluruh dunia dan sebagainya. Namun mereka lupa bahawa Allah swt telah berjanji kepada nabi dan tenteraNya bahawa Cahaya Islam tidak akan padam sehingga ke hari kiamat. Firman Allah:
"mereka mahu memadamkan Nur Allah dengan mulut-mulut mereka,tetapi Allah tetap menyempurnakan nurNya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir"
(Surah al-Saf:ayat 8)

bagi siri 2, insyaallah kita akan membicarakan tentang bentuk-bentuk penyelewengan seperti penyelewengan dari matlamat,dan seterusnya dalam siri ke 3 pula kita akan membicarakan tentang penyelewengan dari sudut sasaran.
Related Posts with Thumbnails

lazada