Selasa, 12 Ogos 2008

Al_fatihah buat Hanan

Segala Puji bagi Allah tuhan yang berkuasa ke atas sesuatu yang ada di bumi dan langit dan juga tuhan yang menghidupkan dan mematikan semua makhluk.Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad junjungan kita semua. Hari ini masih belum hilang lagi kesedihan dalam diri saya kerana kehilangan seorang adik yang banyak membantu saya dalam gerak kerja dakwah semasa berada di Maahad Amir Indra Petra atau pun semasa kami telah menjadi alumni. Nur Hanan Bt Mohamed adalah salah seorang penggerak kepada Alumni Pimpinan Pelajar Maahad Amir indra Petra yang juga pelajar Sarjana muda Universiti Teknologi Malaysia yang telah meninggal dunia pada 2 hari yang lepas kerana kemalangan jalan raya.

Hanan berdiri tiga dari kiri barisan tengah. Gambar sewaktu Program Di Kg Kubang Golok

Ketika Seorang adik menelefon saya jam 5 petang pada hari ahad (10.8.08) yang lalu memaklumkan berita ini, saya rasakan saya sudah kehilangan seorang sahabat dan seorang adik yang begitu tinggi komitmennya dalam gerak kerja Islam. Di waktu itu terbayang semula kenangan sewaktu Hanan memegang jawatan dalam exco Pengawas sewaktu di Maahad dulu,terkenang sifat cerianya dalam menegur pelajar yang bermasalah, teringat kembali keseriusannya dalam mesyuarat pimpinan maahad. Air mata terasa ingin terus mengalir,tetapi saya sendiri pernah berkata padanya dan ahli-ahli pimpinan sekolah pada waktu itu, alang-alang berjuang biarlah syahid..membuatkan saya cuba tabahkan hati,semoga hanan termasuk dalam golongan yang syahid. walau manusia tidak mengenalinya,saya bermohon agar ia mashur di sana. itulah impian kita semua sebagai pejuang Allah.

Jam 5.30 petang saya menefon nombor hanan,terdengar suara wanita lain yang menjawab panggilan itu,lantas saya bertanya kejadian sebenar yang berlaku. Sahabat terbabit memaklumkan bahawa di waktu itu beliau sedang menguruskan urusan untuk membawa balik jenazah Hanan. lantas saya forwarkan kepada semua MT dan ahli alumni tentang perkara ini. Alhamdulillah apabila mengetahui berita ini,ramai sahabat-sahabat yang berada di luar kelantan bergegas ke johor dan ada juga terus bergegas ke kelantan.betullah kata orang,ukhwah itu akan kita dapat rasakan kemanisannya apabila kita berpisah dengan sahabat kita. Saya memohon maaf kepada semua ahli,walaupun saya sebagai YDP Alumni,saya tidak dapat pulang,kerana urusan-urusan yang memang tidak dapat dielakkan.

Hanan dalam kenangan kami semua.Seorang ahli yang ceria

Jam 3am,Azila (Exco kebajikan) memaklumkan jenazah telah dibawa pulang pada jam 2.30am tadi. Saya terus Forwardkan sms kepada hazlan agar memastikan semua sahabat-sahabat,ustaz-ustaz dimaklumkan tentang hal ini... tiba-tiba saya terima sms dari seorang sahabat,hati saya hiba membaca sms tu:

x terasa bila dia pergi,
tp sayu bla dia x kembali,
mencarinya dengan hati suci lbih indah daripada memiliki tapi tak menghargai,
dia datang tanpa seruan,dia pergi tanpa alasan,
kejarlah ia sebelum hilang dari pandangan,
kerana hadirnya tiada bandingan, hebatnya insan brnama sahabat.

Jam 2.45pm semalam, hazlan memaklumkan kepada saya jenazah telah selamat di kebumikan. Alhamdulillah. Semoga ruhnya termasuk dalam golongan orang yang mati di jalan Allah..

Kepada semua sahabat,hari ini kita sedih kerana Hanan telah meninggalkan kita,tapi ketahuilah kita juga akan mengikut laluan yang sama selepas ini. ingatlah, kita berjuang kerana Allah,kita bersahabat kerana Allah,Moga Allah kumpulkan kita semula di jannah...

teruskan perjuangan wahai sahabat-sahabat!!!,
Ukhwah fillah ilal jannah....
Al-Fatihah buat Hanan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

lazada