Isnin, 25 Mei 2009

DiMana Cinta….?


DiMana Cinta….?

Bukan Mudah Untuk Memiliki Cinta..

Lahir Cinta tanpa diduga..

Dengan cinta kita bahagia..

Tapi jangan kita lupa..

Cinta tak semestinya berakhir untuk bersama..


Cinta bukan mengajar kita lemah..

tapi membangkitkan kekuatan..

Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri..

tapi menghembuskan kegagahan..

Cinta bukan melemahkan kudrat,,

Tapi membangkitkan Jihad..


Cinta yang mengalir kerana Allah..

Itulah cinta yang benar..

Cinta tidak diukur mengikut pandangan mata…

Tapi mengikut pandangan Allah..

Cinta itu lahir hasil dari sama2 Cinta kepada Allah..


Kecintaan dan kasih sayang adalah Lumrah..

Ia lahir dari hati yang Ikhlas..

Bukan Cinta bertopengkan Nafsu..

Tapi Cinta kerana Allah…


Cintailah Sesiapa sahaja yang kita Cintai..

tapi suatu hari kita akan meninggalkannya..

Hiduplah kamu dengan sesuka hati,,

tapi suatu hari kita akan mati..


Cinta itu Lumrah..

tapi jangan jadikan ia Fitnah..

Cinta itu suci…

Tapi jangan dicemari…


Cintailah Allah..

Walau tiada cinta manusia…

kerana suatu hari nanti…

Allah akan kurniakan Kamu orang yang mencintaimu..

Sepertimana kamu menyintai Allah…


CintaKu hingga ke Syurga

Isnin, 18 Mei 2009

ANAI-ANAI DALAM PERJUANGAN




Anai-anai
walaupun kecil Bisa menggigit dengan gagah
Dalam senyap mengatur langkah
Terus menggigit tapak rumah
Kerana ia kecil ia tidak diendah

Namun.....wujudkan sifat ini dalam perjuangan ini
Perjuangan yang keranaNya ku sanggup mati
Kiri kanan sahabat yang ku sayangi
Belakang depan pemimpin yang ku sanjungi
Dihujung telunjuk musuh yang ku benci
Suasana ku ada yang tidak dikenali
Siapakah anai-anai perjuangan ini???



Anai-anai menggigit dalam senyap
Strategi di atur untuk memusnah
Sifat ini semakin legap
Menusuk ke hati pejuang ummah
Pemimpin disanggah didalam gelap
Kerna tidak sehaluan untuk meredah
Pemimpin menuju Allah
Mereka menuju musnah
Musnah dengan kuasa yang menjadi panah
Yang dahulu direbut hingga berbalah

Ana-anai...
Berbadan kecil bergigi tajam
Menggigit setiap tiang
Kekadang tidak diendah oleh tuan
Kerana menganggap anai-anai tiada kekuatan
Hari ke hari tiang semakin goyang
Rapuh lantaran gigitan siang dan malam
Menunggu masa dan jam
Untuk runtuh menimpa keluarga si tuan
Dalam jemaah ia pun sama
Sifat ini diambil sebagai pedoman
Untuk menghalau wakil tuhan
Yang menjadi pemimpin yg berjiwa tahan

Namun jika anai-anai ini menyerang
Ramai sahabat akan menjadi musuh
Ramai pengikut ingin memimpin
Ramai pemuda berlagak tua
Ramai yang jahil bercakap hebat
Ramai dibawah ingin ke atas
Ramai menonjol diri untuk diangkat

Wahai sahabat-sahabat seperjuangan sekalian
Marilah kita kenali anai-anai ini
Sifat mereka jangan ditiru
Tetapi dinasihat itu perlu
Jika si anai-anai terus menentang
Merekalah musuh dari dalam
Tentang lah mereka hingga bersih rumah perjuangan ini

“ YA ALLAH, HANCUR LEBURKAN MUNAFIK YANG BERJALAN BERSAMA KAMI, JAUHKAN KAMI DARI SIFAT-SIFAT INI. TEGARKANLAH KAMI BERJUANG BERSAMA PARA PEWARIS NABI MU."

Related Posts with Thumbnails

lazada