Jumaat, 19 September 2008

ViruS-viRus Hati


Hari ini, ramai orang mengaku hendak berjuang untuk Islam. Berjuang menegakkan keadilan di muka bumi Allah. Mereka ingin menyebarkan risalah Islam, melebarkan serta mengagungkan Islam di setiap sanubari dan nadi manusia. Namun, sedarkah kita dalam asyik untuk berdakwah, kita sering mengabaikan permasalahan disekitar hati, lalu virus-virus menyerang hati-hati petugas Islam. Hatta kadang-kadang mereka yang berada diperingkat kepimpinan pun tidak mampu untuk melawan virus yang datang menyerang. Lalu jatuh tersungkur di tengah-tengah lautan manusia.

Penyakit hati tidak mengenal siapa pun manusia itu, selagi mana mereka tidak meletakkan “taqwa” sebagai asas kepada pakaian jiwa dan nurani. Perlu diingat, orang yang hendak berjuang terlalu banyak tribulasi dan rintangan yang mesti dilalui. Seandainya kita tidak mempunyai benteng yang kuat, benteng tersebut akan hancur dan musnah. Namun, jika kita sudah bersedia dan mempunyai persediaan dari segenap sudut. Kita akan selamat. Sehebat mana pun badai tersebut, kita mampu untuk menongkah arus badai tersebut.

Sesungguhya, setiap manusia mempunyai permasalahan disekitar hati. Cumanya, samada virus yang menyerangnya itu kuat ataupun tidak. Apabila disebut ”penyakit hati”, ia mempunyai kait rapat dengan tasawuf, zikrullah dan tarbiyyah ruhiyyah. Seandainya, kita mempunyai hubungan yang erat dengan Allah, pasti kita akan selamat. Akan tetapi ingatlah, cubaan dan mehnahnya pasti banyak. Ia untuk menguji sekuat mana keyakinan kita terhadap Allah. Berhati-hatilah, apabila kita sudah mencapai tahap tersebut. Bila-bila masa sahaja virus-virus lain akan menyelinap masuk tanpa kita sedari.

Oleh itu, banyakkanlah muhasabah. Mintalah orang lain nasihatkan untuk kita. Buanglah jauh-jauh perasaan merasakan diri kita hebat dari orang lain, apalah guna kita hebat dimata manusia namun disisi Allah, kitalah yang paling hina. Keberkesanan kualiti pembinaan peribadi seseorang bergantung kepada pembinaan hati dan jiwa. Apabila hati kita ikhlas, maka nilai amalan kita adalah tinggi. Namun, jika jiwa kita mempunyai sifat hasad, ujub, riya’, takabbur, sombong, dendam kesumat dan sebagainya. Maka rendahlah nilai peribadi seseorang muslim dalam diri kita. Jika kita mempunyai hati yang kotor, maka layakkah kita digelar “Pejuang Agama Allah”. Pastinya tidak…

Rawatlah hati wahai pejuang..

Isnin, 8 September 2008

Setenang EmBun SenTuhaN SeLawat


6/9/08
“Have you ever felt that Allah love you so much that you never want anything more than His bless??~have a good weekend ramadhan morning and plz pray for all of us^^~”

That is exactly the massage I sent when I really felt so this morning.I afraid this feeling will go.That is the reason I’m writing this.

Allah mentaqdirkan aku tertidur,dengan lena lebih kurang jam 8pg.Lebih sedikit barangkali.Didatangi mimpi yang sepertinya pernah datang sebelumnya.Segalanya kucar kacir.Mulanya sangat aman.Seakan-akan bumi dijajah dengan kuasa sesorang yang sungguh kuat.mampu masuk kedalam tubuh sesiapa.Berpindah-pindah.Tiada siapa lagi yang boleh dipercayai.Semua manusia diselubungi ketakutan,Kuasa jahat itu menghancurkan segala yang ada disekeliling..Ribut,kegelapan.(jiwa macam terhimpit mse mimpi nih).Belum sempat mimpi tu sampai ke penghujung,cuma baru berjaya melepaskan diri dari kuasa jahat melalui celah pagar,aku terjaga dari lenaku.

Mungkin seperti cerita ‘Terminator’, ‘Twister’ @ ‘Alien Vs,Predator’.Tapi,apabila bangun,jiwa resah dan kacau.

Lagu rap rancak Rise of Islam oleh kumpulan Soldier of Allah kuat terpasang dari laptop menambah mood kacau.

Cuba-cuba untuk menenangkan diri dan bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku.Mengingatkan aku tika aku terleka.Sudah 6 Ramadhan hari ini.Tapi amamalku masih kurang.Aku kurang mengingatiNYA,menagih keampunan dan cintaNYA.Laptop masih terbuka kerana aku sedang cuba menyiapkan tugasan sebelum tertidur.Lagu masih bersilih ganti.Tiba-tiba, “..Maylay ya salli wa sallim,daaiman abadan abada ‘ala habibi ka khairi khalqi kulli minh…”

Jiwaku tiba-tiba kosong,tenang dan sangat bahagia..Tentu tak sama membaca dan merasainya.Tapi cukuplah aku tahu,dah Tuhanku yang mengurniakan ketenangan itu lebih maha Tahu.lagu itu..

Lagu itu,selawat burdah nyanyian asal kumpulan Mawlay.Pernah terdengar dalam siaran radio IKIM ketika memandu pulang dari tempat kerja.Sangat indah dan menenangkan selawat itu.Barangkali syafaat selawat keatas Rasulullah,telah terasa tempiasnya ketika kita masih hidup.Selawat keatas baginda.Memang tersangat mahu mencari lagu itu untuk disimpan.Tapi tidak tahu dari mana hendak dicari sedangkan ketika itu,nama kumpulannya sendiri tidak tahu namanya.

Tidak pernah aku tahu rupanya dalam simpananku ada lagu selawat itu,seakan Allah me‘reserve’ nya ats pengetahuan untuk memberiku ketenangan pada hari ini.Benar-benar baru pagi ini aku tahu ia ada dalam simpananku.

Mungkin biasa sahaja bagi mereka yang tidak merasainya.Tapi bagi ku,kasih Allah itu tiba-tiba begitu dekat dengan ku.Ku harap rasa ini tidak pergi jauh.Tidak pergi lagi.Namun,seorang sahabat mengingatkan aku “Al-Iman Yazid Wa Yanqus”, “Iman itu bertambah dan berkurang”.Maka aku harus menerimanya.Yang imannya tidak kurang dan tidak bertambah,cuma malaikat.Aku adalah manusia.Kasih dan redha tuhanku.Mahu dekat,iya.Mahu jauh,nauzubillah.

Ramadhan telah hari ke 6.Masih belum cukup aku menjadikan hari ini selayaknya amalku untuk mengundang kasih tuhan ku.Namun Dia tetap hadir,singgah dalam jiwaku,memberitahu bahawa Dia tetap ada,paling dekat dengan ku.Lebih dekat dari pembuluh darah arteri vena ku sendiri yang berselirat di setiap bahagian tubuh.

Kini aku tahu dan aku sedar Allah bersamaku.Cuma samada aku merasainya atau tidak,bergantung pada amalku yang membuatkan hatiku cukup lutsinar untuk ditembusi cahaya hidayah,atau sudah legap ditutupi bintik-bintik hitam dosa.

Ya Allah,kepada Mu aku bermohon tunjukkan aku jalan kepada Mu kerana tanpa Engkau aku tidak bisa sampai kepada Mu dengan sendiri…

Cuma sekadar renungan yang tidak seberapa dari jiwa yang sering kacau.

~Dimohon doanya semua keatas ku dan semua umat Islam agar sentiasa sedar diri ini milik Yang Maha Pencipta,Allah Azzawajalla~

Isnin, 1 September 2008

Al-kisah dalam Kisah (Siri 4)


Hari demi hari banyak perubahan yang telah Saufi buat samada di dalam pengawas atau BDP. Setelah menjejakkan kaki ke tingkatan 5, Saufi telah dilantik menjadi ketua pengawas sekaligus memegang jawatan presiden Majlis Perwakilan Pelajar. Saufi dan sahabat-sahabatnya telah berusaha menubuhkan usrah di semua peringkat pelajar sebagai satu medium untuk memantapkan lagi kefahaman pelajar kepada Islam. Namun, tanpa dia sedar, ada seseorang sedang mencemburuinya. Sehinggalah pada suatu pagi semua sahabat-sahabatnya dari BDP seperti cuba memulaukannya. Saufi kehairanan,apa salahnya.. Mesyuarat yang Saufi anjurkan juga telah di boikot. Saufi juga sudah tidak dimaklumkan masa dan tempat usrah mingguannya bersama sahabat BDP. Hatinya betul-betul terseksa. Kalau dahulu,jika dia ada masalah,sahabat-sahabatnya lah tempat dia mengadu. Tetapi kenapa sekarang mereka seperti sudah tidak kenal Saufi.

Malam itu Saufi tidak dapat melelapkan mata. Apa yang terjadi sebenarnya. Satu-persatu kenangan indah bersama-sama sahabatnya dulu terbayang di matanya. Saufi tersenyum bila mengingat kenangan sewaktu dia dan Zermi kemalangan. Bagaimana Saufi terpaksa menahan ketawa kerana melihat baju Zermi berlumuran dengan tahi ayam. Sebenarnya motosikal mereka terbabas lalu terlanggar reban ayam. Dia juga masih teringat bagaimana dia terpaksa di masukkan ke wad kerana di tikam oleh samseng jalanan yang memeras ugut Aiman, Aiman seorang yang pendiam, jadi terpaksalah Saufi seorang diri berlawan dengan 2 orang samseng itu. Namun ujian itu dapat dihadapinya kerana dia masih ada sahabat-sahabatnya. Tetiba hatinya sedih,sekarang kepada siapa dia ingin bergantung??? Semua sahabat-sahabatnya telah memulaukannya.
Tetiba sekali suara hatinya berbisik, “Pergantungan tertinngu mu hanyalah pada Allah,bukan kepada sahabatmu”.. Air mata Saufi menitis. “mahasuci mu Ya Allah yang telah menjadikan ujian ini untuk menyedarkan aku. Aku terlalai Ya Allah.”

Setelah hampir sebulan di Boikot oleh sahabat-sahabatnya dari BDP, Saufi terus istiqamah dengan tugasnya. Dia tetap cuba merapatkan kembali tali persaudaraan dengan para sahabatnya. Hari itu Saufi berjalan sendirian sambil menghirup udara segar di tepi sungai. Dari jauh Saufi melihat ada beberapa orang sedang bergaduh. Saufi berlari untuk menyuraikan pergaduhan itu. Saufi terkejut apabila menghampiri kawasan kejadiaan kerana melihat Aiman sedang di belasah oleh samseng jalanan yang telah menikam Saufi tempoh hari.. Saufi mencapai sebatang kayu, tetiba Saufi teringat, Aiman juga telah memulaukannya. Perlukah dia menolong Aiman lagi. Tetiba suara hatinya berbisik, “Buatlah sesuatu itu kerana Allah tanpa mengharapkan pembalasan,itulah ikhlas”. Dengan tidak semena-mena, Saufi terus menyerang samseng tersebut. Pada waktu inilah Saufi menggunakan pukulan rahsia yang di ajar oleh datuknya dahulu sehingga kedua-dua samseng tersebut pengsan.

Aiman melihat Saufi, tetiba air matanya mengalir. Dia menangis kerana Saufi sudi membantunya walaupun dia telah memulaukan Saufi. Pada hari itu barulah dia teringat kata-kata Saufi kepadanya, “di atas kertas ini ada satu titik hitam yang kecil,biasanya mata kita akan lebih tertumpu kepada titik hitam itu berbanding kepada warna putih kertas itu.begitulah sifat manusia, lebih mudah melihat kesalahan orang daripada melihat kebaikan orang.” Aiman memegang tangan Saufi, Saufi hanya tersenyum,selepas itu aiman memberitahu kepada Saufi kenapa sahabat-sahabat dalam BDP memulaukan Saufi, katanya Amran telah memberitahu semua sahabat-sahatnya yang dia telah melihat Saufi sedang berjumpa dengan Balqis di pantai..

Saufi terkejut. “bukankah Allah memberikan kita dua telinga dan satu hati, Allah berikan kita dua telinga adalah untuk kita mendengar keterangan-keterangan kedua-dua pihak,iaitu pihak yang dituduh dan yang menuduh, manakala satu hati adalah untuk kita menghakimi siapa yang benar. Bukan pakai main ikut syak je.”kata Saufi. Aiman mula menyedari kesilapannya. Dia berjanji akan cuba membersihkan kembali nama Saufi.

Saufi terkejut apabila mendengar pengumuman yang di buat oleh ustaznya yang mengatakan Amran telah ditimpa kemalangan dan telah berada di hospital…….

Related Posts with Thumbnails
Ya Allah... seandainya hari ini aku sedang memimpin, pimpinlah aku untuk memimpin, seandainya aku sedang mentarbiyyah, tarbiyyahlah aku untuk aku mentarbiyyah, tapi ya Allah seandainya aku sedang mencintai manusia tetapkan hatiku untuk mendahului cintaMu dari cinta manusia.. Hidup berjuang untuk berkorban,Syahid jadi impian