Isnin, 1 September 2008

Al-kisah dalam Kisah (Siri 4)


Hari demi hari banyak perubahan yang telah Saufi buat samada di dalam pengawas atau BDP. Setelah menjejakkan kaki ke tingkatan 5, Saufi telah dilantik menjadi ketua pengawas sekaligus memegang jawatan presiden Majlis Perwakilan Pelajar. Saufi dan sahabat-sahabatnya telah berusaha menubuhkan usrah di semua peringkat pelajar sebagai satu medium untuk memantapkan lagi kefahaman pelajar kepada Islam. Namun, tanpa dia sedar, ada seseorang sedang mencemburuinya. Sehinggalah pada suatu pagi semua sahabat-sahabatnya dari BDP seperti cuba memulaukannya. Saufi kehairanan,apa salahnya.. Mesyuarat yang Saufi anjurkan juga telah di boikot. Saufi juga sudah tidak dimaklumkan masa dan tempat usrah mingguannya bersama sahabat BDP. Hatinya betul-betul terseksa. Kalau dahulu,jika dia ada masalah,sahabat-sahabatnya lah tempat dia mengadu. Tetapi kenapa sekarang mereka seperti sudah tidak kenal Saufi.

Malam itu Saufi tidak dapat melelapkan mata. Apa yang terjadi sebenarnya. Satu-persatu kenangan indah bersama-sama sahabatnya dulu terbayang di matanya. Saufi tersenyum bila mengingat kenangan sewaktu dia dan Zermi kemalangan. Bagaimana Saufi terpaksa menahan ketawa kerana melihat baju Zermi berlumuran dengan tahi ayam. Sebenarnya motosikal mereka terbabas lalu terlanggar reban ayam. Dia juga masih teringat bagaimana dia terpaksa di masukkan ke wad kerana di tikam oleh samseng jalanan yang memeras ugut Aiman, Aiman seorang yang pendiam, jadi terpaksalah Saufi seorang diri berlawan dengan 2 orang samseng itu. Namun ujian itu dapat dihadapinya kerana dia masih ada sahabat-sahabatnya. Tetiba hatinya sedih,sekarang kepada siapa dia ingin bergantung??? Semua sahabat-sahabatnya telah memulaukannya.
Tetiba sekali suara hatinya berbisik, “Pergantungan tertinngu mu hanyalah pada Allah,bukan kepada sahabatmu”.. Air mata Saufi menitis. “mahasuci mu Ya Allah yang telah menjadikan ujian ini untuk menyedarkan aku. Aku terlalai Ya Allah.”

Setelah hampir sebulan di Boikot oleh sahabat-sahabatnya dari BDP, Saufi terus istiqamah dengan tugasnya. Dia tetap cuba merapatkan kembali tali persaudaraan dengan para sahabatnya. Hari itu Saufi berjalan sendirian sambil menghirup udara segar di tepi sungai. Dari jauh Saufi melihat ada beberapa orang sedang bergaduh. Saufi berlari untuk menyuraikan pergaduhan itu. Saufi terkejut apabila menghampiri kawasan kejadiaan kerana melihat Aiman sedang di belasah oleh samseng jalanan yang telah menikam Saufi tempoh hari.. Saufi mencapai sebatang kayu, tetiba Saufi teringat, Aiman juga telah memulaukannya. Perlukah dia menolong Aiman lagi. Tetiba suara hatinya berbisik, “Buatlah sesuatu itu kerana Allah tanpa mengharapkan pembalasan,itulah ikhlas”. Dengan tidak semena-mena, Saufi terus menyerang samseng tersebut. Pada waktu inilah Saufi menggunakan pukulan rahsia yang di ajar oleh datuknya dahulu sehingga kedua-dua samseng tersebut pengsan.

Aiman melihat Saufi, tetiba air matanya mengalir. Dia menangis kerana Saufi sudi membantunya walaupun dia telah memulaukan Saufi. Pada hari itu barulah dia teringat kata-kata Saufi kepadanya, “di atas kertas ini ada satu titik hitam yang kecil,biasanya mata kita akan lebih tertumpu kepada titik hitam itu berbanding kepada warna putih kertas itu.begitulah sifat manusia, lebih mudah melihat kesalahan orang daripada melihat kebaikan orang.” Aiman memegang tangan Saufi, Saufi hanya tersenyum,selepas itu aiman memberitahu kepada Saufi kenapa sahabat-sahabat dalam BDP memulaukan Saufi, katanya Amran telah memberitahu semua sahabat-sahatnya yang dia telah melihat Saufi sedang berjumpa dengan Balqis di pantai..

Saufi terkejut. “bukankah Allah memberikan kita dua telinga dan satu hati, Allah berikan kita dua telinga adalah untuk kita mendengar keterangan-keterangan kedua-dua pihak,iaitu pihak yang dituduh dan yang menuduh, manakala satu hati adalah untuk kita menghakimi siapa yang benar. Bukan pakai main ikut syak je.”kata Saufi. Aiman mula menyedari kesilapannya. Dia berjanji akan cuba membersihkan kembali nama Saufi.

Saufi terkejut apabila mendengar pengumuman yang di buat oleh ustaznya yang mengatakan Amran telah ditimpa kemalangan dan telah berada di hospital…….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

lazada