Rabu, 27 Januari 2010

Hatiku Milikmu (EP-2)

Fatin memegang erat tangan suaminya,hatinya begitu gementar untuk menghadapi sesi pemindahan organ itu."Sayang,abang sentiasa di sisi sayang,sayang jangan takut ye."Pujuk Dannis.Fatin cuba tersenyum apabila mendengar kata suaminya itu. "Abang,kalau apa-apa berlaku kat sayang,abang jaga....."Fatin cuba menghabiskan kata-katanya,namun Dannis cepat-cepat meletakkan jari telunjuknya ke bibir fatin dengan lembut. "Sayang mesti kuat,Sayang sanggup ke tinggalkan abang? Hanya sayang yang abang cintai.Jadi sayang mesti sentiasa bersama abang dalam melayari rumahtangga nanti" Dannis memujuk lagi. Dannis tidak dibenarkan masuk ke bilik pembedahan,dia hanya mampu melambaikan tangan dan memanjatkan doa kepada Sang Pencipta Agar menyelamatkan isterinya.

"Dannis..sudah 2 tahun Dannis menannguhkan pengajian Dannis di Mesir,Dannis tak mahu teruskan ke?"Tanya ibunya ketika mereka sedang berehat di halaman rumah.dengan mata yang redup Dannis menarik nafas panjang sambil memerhatikan Fatin yang bermain-main dengan Daniel Anaknya. ''Entahlah mak,Saya tak sanggup meninggalkan Fatin dan Daniel.Tapi mungkin saya akan sambung pelajaran di UM sahaja.Bolehkan mak?'' Dannis memegang tangan ibunya. Ibunya hanya tersenyum.

"Daniel,jom ikut Abi ke masjid."Panggil Dannis kepada anak lelakinya. Daniel berlari-lari anak mencapai kupiah kecilnya. "Daniel,semoga Daniel akan menjadi anak yang soleh yang akan memberi syafaat kepada abi dan umi,semoga Daniel akan menjadi seorang Hafiz yang berjalan di atas jalan jihad."Bisik Dannis kepada anaknya. Daniel terpinga-pinga tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh ayahnya itu. Namun bisikan itulah yang selalu dibisikkan ke telinga anaknya setiap kali dia mengajak anaknya untuk bersolat.

"Dannis,enta telah terpilih untuk menyertai Misi jihad Palestin. Para pimpinan HAMAS telah bersetuju untuk memilih enta setelah melihat kesungguhan enta dalam menjalankan tanggungjawab enta di mesir dahulu."Pesan seorang rakan. Hati Dannis gembira bercampur sedih. Gembira kerana cita-catanya untuk turun ke medan jihad palestin telah di makbulkan Allah,namun ia sedih kera terpaksa meninggalkan ibu-bapa,Fatin dan Daniel. "Wahai Dannis,sesungguhnya Allah akan menjaga keluarga seandainya kamu menjaga agama Allah,ingat Dannis,cinta utama adalah Allah."Suara Iman Dannis berbicara. Dannis tersentak. "Ya,kerana Allah akan ku tinggalkan keluarga ku ini."Dannis membulatkan tekad.

Dannis menunaikan solat hajat agar Allah memberikan kekuatan kepadanya untuk sampai ke medan pertempuran di palestin. dihujung sujudnya Dannis berdoa. "Ya Allah,seandai aku telah engkau pilih untuk memegang lencana mujahid Mu,ku mohon kepada Mu Syahidkanlah daku. Ya Allah Tuhan yang Maha Pemelihara,pelihara keluarga dari sebarang bencana dan kejahatan,Kau matikanlah ayah dan ibu ku dengan sebaik-baik kematian. Ya Allah yang Maha pengasih,kau perkenankanlah doa isteri ku untuk menjadi seorang syuhada,tunjukilah jalan jihad kepadanya. Ya Kahhar,perkenankalanlah doa ku ini,Kau jadikanlah anakku Daniel sebagai seorang Mujahid penghafaz Quran agar dia dapat menggoncang dunia dengan perjuangannya. Ya Allah yang Maha pengasih,Kau kumpulkanlah kami sekeluarga Di syurga FIRDAUS,kerana itulah sebaik-baik tempat yang kekal abadi. Amee Ya Allah." Dannis menyeka air mata setelah selesai solat.

Dannis menarik nafas panjang,dengan perlahan-lahan dia menghampiri ibu dan ayahnya. "Mak...Ayah...Mak dan ayah gembira tak jika Dannis terpilih untuk mati Syahid?" Tanya Dannis sambil tersenyum. Ibu dan Ayahnya kehairanan. "Tentulah kami gembira,itukan sebaik-baik kematian"Jawab ayahnya. "jika itu perasaan mak dan ayah, Izinkanlah Dannis turun berjihad menentang Israel laknatullah di Palestin.Saya mohon mak..ayah." Dannis memegang erat tangan ibunya. Setitis demi setitis air mata ibunya mengalir. namun ia bangga kerana anak yang dikandungnya ini bakal menjadi seorang mujahid yang menjalankan tugas para nabi. "Dannis anak mak, Mak redha untuk Dannis turun ke berjihad.Berjihadlah seperti Abdullah Bin Rawahah yang tidak pernah undur walau badan dicincang lumat. Teruskan niat suci mu wahai anakku."Ibunya mencium ubun-ubun dan dahi Dannis.

"Terima kasih mak..ayah. Cuma satu je permintaan saya,mak dan ayah jagalah Fatin dan Daniel. Mak dan Ayah didiklah mereka agar menjadi seorang hamba Allah yang taat. Mak,seandainya sebulan selepas Dannis turun bertempur mak dan ayah tidak menerima apa-apa berita tentang Dannis,Itu bermakna Dannis telah gugur di medan jihad sana. Doakanlah agar Allah menerima segala amal yang Dannis telah buat."Dannis mencium tangan ayah dan ibunya.

Perlahan-lahan Dannis mengetuk pintu biliknya. Fatin sedang cuba menidurkan Daniel. Dannis duduk di sisi isterinya.dia memegang ke dua-dua bahu isterinya itu. Dia menatap wajah manis isterinya. ''Sayang..abang terpaksa kembali ke mesir...dan selepas itu abang akan turun ke palestin"Kata Dannis sambil memerhatikan isterinya.Wajah Fatin tenang mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut suaminya itu. "Tapi kali ini abang turun bukan menjalankan misi kemasyarakatan,abang akan turun ke medan pertempuran.Seandainya Allah mentakdirkan abang syahid disana,Sayang jaga diri dan Daniel dengan baik"Daniel menyeka air mata yang mula turun di pipi isterinya itu.Fatin hanya terdiam. "Sayang isteri abang,abang tunggu sayang dan Daniel di pintu Firdausi.itu kan cita-cita kita bersama."Daniel memeluk Fatin. "Abang...terima kasih atas segalanya,terima kasih kerana sudi menyayangi Sayang dan membahagiakan sayang.Kenangan Cinta dan kasih sayang kita akan sayang kenang sehingga ke akhir hayat.Sayang akan jadikan kasih sayang abang berikan ini sebagai kekuatan untuk sayang terus berjuang dan mendidik Daniel.Doakan juga agar Allah sudi memilih sayang untuk mengikut jejak langkah abang."Fatin terus teresak-esak dalam pelukan suaminya itu.

"Ummi..Abi...kenape menangis?" tiba-tiba Daniel tersedar. Dannis merangkul Daniel. "Daniel anak Abi,nanti jika Abi tiada,Daniel jaga ummi ek."kata Dannis sambil mencium dahi anaknya itu. "Abi nak pergi mana?Abi nak tingglkan Daniel dan Ummi ke?"Tanya Daniel kebingungan. "Ye sayang,Abi mahu hancurkan para musuh-musuh Islam.Nanti bila Daniel besar,Daniel mesti jadi seorang mujahid.Boleh anak abi?"Daniel memeluk anaknya itu erat.



Pagi itu Danniel bangun tanpa dikejutkan oleh suara Abinya. Daniel berlari-lari mencari abi. "Ummi,abi pergi mana Ummi?" tanya anak berumur 2 tahun itu. Air mata mengalir lagi di pipi Fatin. "Sayang,Abi telah pergi berjuang menentang para penjahat yang menentang agama Allah. Daniel mesti ingat pesan abi."Fatin memeluk anaknya itu.hanya itu harta yang ada padanya. Daniel mengguk-angguk perlahan. "Daniel nak jadi pejuang macam abi,Daniel nak lawan orang jahat."jerit Daniel.

Di medan pertempuran,Dannis telah diarah menjadi pejuang barisan pertama. Dia menyerang para musuh Allah itu tanpa rasa gerun.seorang demi seorang musuh Islam itu rebah terkena peluru M16 Dannis.Kelengkapan senja ta mereka amat terhad. Mereka hanya menggunakan senjata yang sudah ketinggalan zaman. Namun semua pejuang itu tidak pernah gentar,di bibir mereka sentiasa menyebut kalimah suci "ALLAH".

Tiba-tiba Dannis terpijak perangkap ranjau yang di pasang oleh musuh. Kaki kanannya hancur. Namun tangannya masih gagah membidik para tentera Israel.Semakin lama Dannis semakin lemah. "Laailahaillah"perlahan-lahan Dannis mengucapkan kalimah agung itu. Dannis melihat Para syuhada telah melambaikan tangan kepadanya sambil tersenyum. Dannis terbang menuju ke arah mereka.Dia melihat sekujur tubuhnya yang kaku di bawah diusung oleh sahabat-sahabatnya. Dia melihat ayah,ibu,Fatin dan Daniel sedang melakukan solat hajat khas untuknya. Dannis tersenyum. "aku menunggu kalian di pintu syurga wahai orang yang ku sayang."



"Assalamualaikum,saya doktor Azrul sahabat kepada Dannis."Azrul memperkenalkan diri kepada ayah dan ibu Dannis. "ye,saya ayah Dannis.ada apa-apa perkhabaran dari Dannis?"Tanya Ayah dannis tidak sabar. "Pakcik,saya membawa dua amanah dari Dannis,Pertama, Dannis telah diterima oleh Allah sebagai syuhada."Ujar Azrul. Berlinang air mata ibunya. Fatin yang mencuri-curi dengar dari dapur jatuh terduduk.Dia memeluk Daniel. "Sayang,Allah telah menerima Abi.Abi sudah tiada"ujar fatin dalam sebak. mata anak kecil itu berkaca.mungkin dia juga dapat merasai pemergiaan abinya. Daniel mencium dahi Umminya. "Ummi,Daniel akan jaga ummi,Daniel nak jadi mujahid macam abi."Kata anak kecil itu dalam tangis.

"Pakcik,saya juga membawa amanat dari Dannis agar melaksanakan pembedahan pemindahan mata untuk isterinya.Segala Perbelanjaan akan di tanggung oleh sahabat-sahabat Dannis."kata Azrul sambil merenung ke wajah ayah Dannis. "Siapa dermawan yang mendermakan matanya untuk fatin?" Soal Ibu Dannis. "pemilik mata tersebut mahu saya rahsiakan perkara ini sehingga Fatin selesai menjalani pembedan tersebut"terang Azrul.

Fatin begitu gembira kerana dapat melihat anak kesayangannya. Fatin menatap lama-lama gambar As-syahid suaminya.Dia merasa amat dekat dengan As-syahid.kerinduan menyelinap ke sanubarinya. di hospital inilah dia di ijabkabulkan. Disinilah suaminya melamarnya. Fatin sudah penat menangis,dia mesti kuat.itulah pesan suaminya yang akan ia taati walau suaminya sudah tiada.

"Doktor,seperti yang doktor janjikan tempoh hari,setelah saya selesai menjalani pembedahan ini,doktor akan beritahu kepada kami siapa pemilik mata ini yang sebenar."Tanya Fatin kepada Doktor Azrul. Azrul menarik nafas panjang. "sebenarnya mata itu adalah milik..."Azrul cuba menahan tangis apabila mengenangkan sahabatnya itu. "sebenarnya mata itu adalah milik Dannis"Dengan cepat Azrul melunaskan kata-kata itu. Semua yang berada di wad itu mengalirkan air mata."Dannis betapa tingginya kasih sayang mu kepada Isterimu."Getus hati Azrul.

"Seperti yang saya janjikan sebelum ini,Saya akan beritahu siapa penderma buah pinggang untuk Fatin suatu ketika dulu. Ini kerana pemilik buah pinggang itu telah tiada didunia ini."Bagitau Doktor Ali. Suasana hening seketika. "Dannis...Dannis lah yang mendermakan buah pinggangnya untuk fatin."Ujar Doktor Ali. Fatin menangis teresak-esak. "Abang,sungguh banyak pengorbanan abang untuk sayang.Sayang takkan sia-siakan pengorbanan abang ini.

"Abang,hatiku ini milikmu"...Fatin memeluk Daniel.

Hatiku Milikmu (EP-1)

"Man kau dah siap? cepatlah sikit...Kan Ketua pengawas tak bagi masuk Dewan karang,Baru padan muka."Laung Dannis kepada Azman. "Kejaplah,Aku nak pakai tali leher je ni.Jangan tergopoh-gopoh,tak elok."Azman cuba menenangkan sahabatnya itu sambil dia berlari keluar dari asrama.

Azman melihat Dannis sudah jauh berjalan."Woiii tunggu aku" Azman berlari-lari mengejara Dannis. "Wei,kata jangan tergopoh-gopoh,yang ko sampai berpeluh macam baru habis larian pecut ni apsal?"Dannis menyindir Azman. "Sape suruh ko tak tunggu"Marah Azman. Dannis yang suka mengenakan kawan-kawannya hanya tersenyum sahaja.

Di dalam dewan peperaiksaan mereka berjaya menjawab dengan baik.tidak sia-sia lah mereka bersengkang mata semata-mata mahu cemerlang dalam SPM kali ini.Hari itu adalah hari terakhir bagi peperiksaan yang perlu mereka hadapi.Beg dan pakaian semua telah disiapkan.Azman dan Dannis tidak sabar untuk pulang ke kampung. Namun sebelum pulang,mereka merancang untuk berkelah di tepi pantai. Nak hilang stress katakan.

"Wei cepatlah mandi,lembab betul la ko ni Dannis.Aku dah sampai kat tengah laut dah ni" Laung Azman dengan seronoknya. Dannis berlari-lari anak menuju ke pantai. Mereka memang betul-betul ingin melepaskan segala bebanan semasa belajar dahulu,sampai dua jam mereka mandi. Mereka betul-betul puas kerana dapat melepaskan segala keletihan dan penat lelah semasa belajar dahulu.

Mereka berdua berjalan ke tempat beg pakaian mereka. "Woii kau curi makanan kami ye.." jerkah Azman kepada seorang budak perempuan yang sedang makan makanan ringan mereka. Lantas Azman mengambil kayu untuk memukul budak itu. Dengan secepat kilat Dannis menghalang Azman."Man!!! apa kau nak buat ni?Cuba kalau kita tanya dulu kenapa dia makan makanan kita,ntah-ntah dia lapar sangat ke.."marah Dannis. Azman menurunkan Kayu yang di angkatnya.Dia terkesima dengan jerkahan Dannis tadi

"Adik,kenapa dengan adik ni???" Tanya Dannis lembut. Gadis itu menangis teresak-esak kerana terkejut ketika di marahi azman tadi. "Saya lapar, saya lapar. Saya minta Maaf" Esak Gadis itu sambil mencapai sebatang kayu dan ingin berjalan pergi. Dannis dan Azman terkejut,rupa-rupanya Gadis itu buta. Lantas Dannis menghalang gadis itu daripada pergi."Adik,Jom makan sama-sama,maafkan kami kerana marahkan adik tanpa usul periksa tadi".Dannis menarik perlaha-lahan kayu yang dipegang oleh gadis tersebut.Azman berasa amat bersalah kerana memarahi gadis tersebut tanpa usul periksa. Dia cepat-cepat menyapukan jem di roti dan dihulurkan kepada gadis itu."Dik,kami minta maaf dik"Mohon Azman.

"Takpe,saya sudah biasa di marahi"Ujar gadis itu sambil menahan sendu tangisnya. "Saya Dannis dan ini kawan saya Azman,adik nama ape?" Tanya Dannis sambil mengunyah roti. "Saya Fatin"Jawab gadis itu. "ape yang adik buat kat sini? Mana mak dan Ayah adik?"Tanya Azman lagi. "tiba-tiba air mata mengalir lagi menyusur laju di pipi mulus Gadis buta itu."Mak dan ayah saya telah membuang saya.Sudah dua hari mereka tinggalkan saya disini.Mereka malu kerana mempunyai anak yang buta seperti saya.Sedangkan Adik saya yang baru lahir cantik dan normal"Esakan Fatin semakin laju.

Dua sahabat itu mengucap panjang.tidak pernah terlintas di benak pemikiran mereka ada ibu-bapa yang sanggup melakukan perkara itu.Dannis tunduk mendiamkan diri.suasana hening seketika hanya dihiasi kicauan sang burung dan desiran manja bayu laut. "Dik,Adik anggaplah adik sudah mempunyai seorang abang,Insyallah adik boleh menjadi sebahagian dari keluarga saya"Dannis memujuk. Fatin hanya tersenyum."masih adakah manusia didunia ini yang sudi menerima saya yang buta ini,mak dan yah sendiri pun membuang saya bagaikan sampah,inikan pula orang lain"kali ini esakan fatin semakin kuat.

Dua sahabat itu tersentak. mereka merasa amat pilu mendengar penderitaan yang di alami oleh Fatin."Dik,Saya janji akan jaga adik seperti adik saya sendiri"Dannis memujuk dengan bersunguh-sungguh."Dik,mari kita balik ke rumah kita,nanti saya kenanlkan dengan mak dan ayah.Insyllah Mak dan ayah dapat menerima adik dengan baik." Setelah berkali-kali di pujuk oleh Dannis,akhirnya Fatin mengalah.

"Assalamualaikum.Mak...Ayah..."Laung Dannis. "Waalaikumusslam" Ibu dan ayah Dannis berlari-lari anak apabila mendengar suara anak tunggal mereka diluar sana. Namun apabila mereka melihat kelibat Dannis bersama-sama dengan seorang gadis larian mereka terhenti. "Dannis..."Ibunya cuba bertanya namun cepat-cepat dannis meletakkan jari telunjuknya di mulutnya. "Mak,sekejap lagi Dannis ceritakan segala-galanya kat mak"bisik Dannis sewaktu bersalam dengan orang tuanya itu.Ibunya hanya tersenyum. Dia tahu anak tidak akan melakukan perkara yang dilarang oleh agama dan orang tuanya.

"Err,anak ini nama ape ye"tanya ibu Dannis. "Saya Fatin makcik"Jawab Fatin tergagap-gagap. sebenarnya dia masuk takut.dia takut ibu dan ayah Dannis tidak dapat merimanya sebagai anak. Selepas mereka selesai menjamu selera,Ibu Dannis memimpin tangan Fatin menuju ke bilik yang di kemas oleh Dannis untuk Adiknya Fatin. "Ya,dia adikku Fatin". Getus hati kecil Dannis."

Ketika Fatin sedang berehat di biliknya,Dannis menceritakan segala-galanya kepada ibu dan ayahnya. dia juga memberitahu hasrat hatinya agar keluarganya menerima Fatin sebagai adiknya yang bongsu.Ibu-bapa Dannis tidak keberatan untuk menunaikan hasrat mulia anak lelakinya itu,bahkan mereka memuji sikap Dannis yang selalu mengambil berat dan menolong orang yang dalam kesusahan.

"Abang Long,Jom temankan Adik bersiar-siar" ajak Fatin. Semenjak keluarga itu menerima dirinya sebagai anak,dia telah memanggil Dannis dengan panggilan Abang Long dan keluarga Dannis memanggil Fatin dengan panggilan Adik. "Jom,Dannis memegang kayu yang dipegang oleh Fatin. "Abang long,kenape abang long selalu memgang kayu yang adik pegang,kenapa abang long tak pernah memegang tangan adik semasa kita bersiar-bersiar"tanya Fatin. Dannis terkejut,dia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan kepada Fatin. "Dik,walaupun sekarang adik telah menjadi adik abang long,tapi Adik tetap mahram abang,Allah melarang kita memegang mahram kita"dannis cuba menerangkan situasi sebenar kepada Fatin. Fatin menggaguk-angguk faham."Ya,adik mahram ku,namun abang boleh memegang tanganmu adikku,dengan satu syarat...."getus hati Dannis. "Syarat???" dirinya bertanya.

Setelah keputusan SPM di umumkan,Dannis telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Berita gembira itu disampaikan kepada kedua orang tuanya dan adiknya Fatin. "Dik,abang long dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara,Adik bangga tak dengan abang?" dannis cuba berseloroh. Tiba-tiba air mata Fatin menitis,setelah sekian lama air mata itu digantikan dengan sinar bahagia. "Ye adik bangga dengan abang long,tapi adik sedih kerana akan berpisah dengan abanag long,selama ini abang long yang banya mendengar masalah adik, adik sayangkan abang long"Tangis Fatin. Dannis terkejut. 'Dik,abang long pergi hanya 4 tahun sahaja dik..selepas abang long akan kembali semula untuk jaga adik"pujuk Dannis. "Abang long janji ek jangan tinggalkan Adik lagi selepas itu..Janji?"tanya Fatin. "Abang long janji dik"Dannis berjanji kepada adiknya itu.

Ketika di lapangan terbang Fatin menangis teresak-esak.Selepas ini tiada lagi seorang abang dan seorang kawan yang selalu membagiakan dirinya. Sebelum Dannis melangkah pergi Fatin sempat membisikkan sesuatu yang menyebabkan titisan jernih mengalir keluar dari mata Dannis."Abang Long,Adik sayangkan abang,adik bahagia bersama abang"bisik Fatin sambil menangis. Dannis hanya mampu melambaikan tangan kepada mereka semua. Dia harus kuat untuk berjalan menuju ke gerbang ilmu. "Abang pun sangat sayangkan adik,tunggulah kepulangan abang." Hatinya berkata sendirian.



Sepanjang berada dalam penerbangan,air mata Daniss tidak putus-putus mengalir.tiba-tiba ia tersedar."perasaan apakah ini? Ya Allah,kenapakah hati sudah begitu merindui adikku,padahal baru sahaja aku berpisah dengannya."Dannis semakin sedih bila mengenangkan adiknya yang buta itu.Dia tidak tahu siapakah yang akan menjadi teman kepada fatin setelah ketiadaannya nanti.segala kenangan bersama fatin berputar dengan sendiri...

"abang long,adik ni memang lembab ke? kenapa adik susah sangat nak ingat ayat-ayat quran yang abang baca.Adik nak jadi macam abang long,dah boleh ingat ayat-ayat Quran yang panjang-panjang."Fatin mengomel sendirian apabila dia tidak dapat menghafal beberapa surah dengan baik. "bukan macam tu dik,adik abang pun hebat juga menghafal,cuma adik kan baru seminggu mula menghafal,kira dah hebat tu."Fatin ketawa kegirangan apabila dipuji oleh Dannis.

"abang long..apa cita-cita abang long?"tanya Fatin ketika mereka bersiar-siar."Abang long nak mati syahid."jawab daniel sambil tersenyum. Fatin tersentak."abang long nak tinggalkan adik ke?mati syahid tu ape?"tiba-tiba suara fatin menjadi serak seolah-olah ingin menangis. "Adik...semua manusia akan mati,abang long pun akan mati. Tapi abang Long nak mati syahid. Mati syahid ni satu kematiaan yang paling mulia di sisi Allah. Kita mati kerana memperjuangkan agamanya.Kita mati kerna mengikut jejak langkah Rasul yang Agong Muhammad Rasulullah."terang Dannis. "kalau macam tu,adik pun nak mati syahid juga la abang long. Adik nak jadi macam Zainab Al-Ghazali seperti yang abang long cerita kat adik.Tapi abang long...Adik buta,macam mana adik mahu berjuang?"Suara Fatin masih serak kesedihan. "Adik,Allah tidak menilai perjuangan kita ni dengan kehebatan rupa paras kita,adik berdoalah kepada Allah agar dibukakan jalan untuk kita semua menuju syahid."pujuk Dannis.

Sudah 2 tahun Dannis berada di negara orang.Hatinya selalu merindui keluarga di kampung. Dia bersyukur kepada Allah SWT kerana mempertemukannya dengan para sahabat yang sama-sama ingin mendaulatkan Islam di kampus itu. Walau jadual pelajaran perubatannya terlalu padat,dia tidak lupa untuk mengikuti program-program Islam di kampusnya. Dia juga banyak menganjurkan program bantuan kemanusiaan ke Palestin.Melihat kesedihan yang di alami oleh rakyat palestin,hatinya menangis." dimana tanggungjawab ku sebagai ummat Muhammad?"Pertanyaan itu selalu mengisi ruang legar fikirannya.

"Dannis,adik sakit.Doktor mengesahkan buah pinggang adik rosak teruk,Dannis doakanlah supaya adik selamat".Dannis hanya mampu mengalirkan air mata apabila mendengar suara pilu ibunya di corong tekefon. "Mak,Abang long nak cakap dengan adik sekeja."minta Dannish. "assalamualaikum abang long,abang long sihat? adik rindu sangat kat abang long."Suara lemah Fatin kedengaran. "Alhamdulillah Abang long sihat,adik sihat?"Dannis tidak mampu menahan getar suaranya. "Alhamdulillah,adik sihat.cuma demam sikit je.Abang long jangan risau tau. Abang Long,semalam adik mimpi abang long pimpin tangan adik menuju ke syurga,adik gembira sangat masa tu.Adik nak mati Syahid dengan abang long"Fatin bercerita dengan gembira. Ibu mereka berlari keluar apabila mendengar perbualan ke dua-dua anaknya itu.Air matanya tidak dapat ditahan.Walaupun Fatin hanya anak angkatnya.dia amat sayangkan Fatin.Dia tidak mahu berpisah dengan Fatin.Setelah pemergiaan Dannis ke luar negara,Fatin lah yang menjadi penghibur hatinya.

Dannis terkedu mendengar cerita adiknya itu. "Fatin jaga kesihatan elok-elok tau,minggu depan abang long akan balik untuk jumpa ibu,ayah dan adik."Dannis bertekad untuk pulang ke Malaysia.Namun dia terpaksa menangguhkan pelajarannya selama satu semester.Namun,dia mahu berada disisi adiknya ketika ini.

Fatin semakin bersemagat apabila mengetahui abangnya akan kembali ke tanah air. "Mak,abang long nak balik minggu depan,mak dan ayah mesti gembira kan.."Ujar Fatin kepada Ibunya. Ibunya hanya terdiam. Dia tahu,Dannis amat sayangkan adiknya Fatin.

"Abang Long!!!" Fatin menjerit kegembiraan apabila melihat kelibat Dannis di hospital,ingin sahaja dia memegang tangan dan menciumnya.Namun,syariat tidak membenarkannya. "Adik,Adik mesti kuat"Kata Dannis setelah melihat Fatin yang semakin kurus dan pucat. "Abang long,Adik teringin sangat ingin mencium tangan abang long,tapi adik tahu syariat tidak membenarkan adik berbuat demikian."Suara Fatin bercampur sebak. Dannis merasakan sudah tiba masanya dia memberitahu isi hatinya kepada Fatin. "Adik,adik boleh cium tangan abang long,tapi dengan satu syarat."Dannis menarik nafas panjang. "Apa syaratnya abang long?" Fatin tidak sabar mendengarnya. Ibu dan ayahnya mengerutkan dahi kehairanan. "Syaratnya Adik mesti menjadi isteri Abang long."Dannis menghabiskan ayat-ayat tersebut dengan pantas. terbeliak mata ke dua-dua orang tuanya. Fatin bagaikan mahu pengsan mendengar semuanya itu.Dia tersipu-sipu malu. "Abang,Adik juga menyintai abang sebenanrnya"getus hati fatin.

Melihat gelagat Fatin,Fahamlah Dannis. "Mak...ayah..izinkanlah Dannis mengahwini Fatin. Syariat tidak pernah mengharamkan seorang abang angkat mengahwini adik angkatnya. Dannis harap mak dan ayah merestui Dannis"Dannis bangun dan memeluk ibunya. Ibunya hanya mengganguk dan menangis kegembiraan."Sungguh tulus hatimu anakku,kau sanngup berkorban demi adikmu." Hati ibunya berbunga kegembiraan kerana mempunya anak seperti Dannis.

Perkahwinan mereka dilaksanakan dengan serba sederhana di hospital itu. Air mata Fatin membasahi tangan Dannis ketika ia mencium tangan Dannis. Tangan orang yang telah membawa sinar kebahagiaan kepadanya. "Abang long,adik gembira sangat hari ni."Kata fatin sambil tersenyum. "ishh,bukan abang long dah la,abang je..dan bukan adik dah, tapi sayang abang." Dannis bergurau dengan Fatin.

Minggu berganti minggu,penyakit Fatin semakin teruk. Fatin memerlukan seorang penderma buah pinggang untuk menggantikan buah pinggangnya yang rosak. Namun pada suatu pagi,seorang doktor pakar memaklumkan kepada Fatin ada seorang lelaki yang sudi mendermakan organ tersebut. Fatin berasa amat gembira.Dia melihat senyuman manis suaminya terukir apabila mendegar berita itu."Boleh saya tahu siapa penderma itu"tanya fatin. "Maaf puan,dia mahu saya rahsiakan identitinya kecuali selepas dia meninggal"terang doktor itu.

Bersambung.....

Ahad, 24 Januari 2010

Ya Allah........


Khamis, 7 Januari 2010

Teladan Dakwah Rasulullah


Firman Allah SWT yang bermaksud

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga walhal belum datang cubaan kepadamu sebagaimana halnya orang-orang sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan berbagai cubaan),…” [Al-Baqarah:214]

Seorang Muslim yang beriman kepada Allah dan hari kiamat tentunya memiliki keyakinan bahawa setiap letupan hati, ucapan lisan dan perbuatannya pasti akan ditanya oleh Allah SWT di yaumil hisab (hari pembalasan) nanti. Oleh itu, ia akan melakukan setiap perbuatannya sesuai dengan hukum syara’, termasuk dalam aktiviti mengemban (memikul) dakwah.


Kehidupan Rasulullah SAW adalah kehidupan dakwah, yakni kehidupan mengemban (memikul) risalah Islam untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia secara kaffah (menyeluruh) serta perjuangan menghadapi segala bentuk pemikiran kufur dan kehidupan jahiliyah.

Firman Allah SWT yang bermaksud

Katakanlah: Inilah jalan (dakwah) ku. Aku beserta orang-orang yang mengikutiku (yang) mengajak kalian kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.” [Yusuf:108]


Selama 23 tahun Rasulullah berjuang dengan sungguh-sungguh, tak kenal lelah, berdakwah teru-menerus, mengajak manusia kepada Islam dengan dakwah fikiyyah, dakwah siyasiyyah dan dakwah askariyyah.


Disebut dakwah fikiyyah (intelektual) kerana baginda memulai dakwahnya dengan menyebarkan aqidah, pandangan hidup, pemikiran dan pemahaman Islam seraya menyerang segala bentuk pemikiran kufur, pandangan hidup sesat serta menghancurkan semua bentuk kepercayaan (tradisi) jahiliyah. Disebut dakwah siyasiyyah(politikal) kerana di dalam dakwah ini Baginda mengarahkan umat pada terbentuknya suatu kekuatan sebagai pelindung dan pendukung agar Islam menjadi rahmat dan tersebar ke seluruh dunia. Manakala dakwah askariyyah (ketenteraan) adalah dakwah yang dilancarkan melalui strategi dan taktik dalam jihad fi sabilillah.


Rasulullah berjaya dalam mengemban dakwah dengan cemerlang,membina dan membentuk masyarakat Islam, mendirikan daulah (negara) serta menghimpun umat manusia yang sebelumnya terpecah-belah dalam bentuk berbagai kabilah menjadi umat yang satu di bawah panji Islam.


Kejayaan Rasulullah SAW dalam mengemban (memikul) dakwah tentunya kerana apa yang Baginda lakukan merupakan wahyu dari Allah SWT, Dzat Yang Maha Mengetahui keperluan hamba-Nya. Tidak ada satu pun perbuatan Rasulullah yang baginda kerjakan atas kehendak atau keinginan baginda.

Dalam hal ini Allah SWT berfirman

“Katakanlah:…. Aku sekali-kali tidak mengikuti, kecuali apa yang diwahyukan kepadaku.” [al An’aam: 50]

Dan apa sahaja yang dia (Muhammad) ucapkan itu,sesungguhnya bukanlah bersumber daripada hawa nafsunya, melainkan wahyu yang diwahyukan (kepadanya).”[Surah An-Najm: 4]

Katakanlah (Muhammad): ‘Aku hanya akan mengikuti apa sahaja yang diwahyukan kepadaku oleh Tuhanku.’ ”[Al-A’raf: 203]

Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku.”[Yunus: 15]

Aku hanya akan mengikuti apa sahaja yang diwahyukan kepadaku.” [Al-Ahqaq: 9]

Katakanlah (Muhammad) : ‘Aku hanya akan memberi peringatan kepada kamu dengan wahyu.’ ”[Al-Anbiya’: 45]

Ayat-ayat di atas bermakna bahawa Rasulullah SAW tidak akan melakukan sesuatu perbuatan kecuali berdasarkan wahyu dari Allah SWT, dan agar manusia mengikuti apa yang disampaikan Rasul kepada mereka. Sebagaimana Firman-Nya di ayat yang lain:

Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.”[Al-Hasyr: 7]


Pada dasarnya kesempurnaan dakwah yang haqiqi sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW pada waktu ini telah berhenti. Semenjak runtuhnya Daulah Khilafah, umat Islam yang dahulunya utuh dan bersatu sebagai ummatan wahidah (umat yang satu), berpecah belah menjadi berbagai bangsa dan negara yang berdiri sendiri-sendiri. Penaklukan Islam (futuhat Islamiyah) yang seharusnya terus berlanjutan, kini terhenti secara langsung. Semua itu disebabkan tidak adanya Daulah (Negara) yang menyatukan umat, sehingga Islam menjadi lemah padahal mulanya kekuatan Islam sangat kukuh dan disegani oleh musuh-musuhnya.


Oleh kerana itu, umat Islam yang ingin bangkit harus menempuh jalan dakwah yang lurus dengan metod (Thoriqah) yang benar dengan cara memahami perjalanan dakwah Rasulullah secara keseluruhan. Dengan cara ini, kejayaan Islam insyaAllah akan dapat dicapai untuk kedua kalinya. Allah lah yang menurunkan agama ini sebagai deen al-fitrah (agama yang sesuai dengan fitrah) , maka Dia jugalah yang mengukuhkan dan memenangkannya dari musuh-musuh Islam, sekalipun mereka berusaha sekuat tenaga untuk melenyapkannya. Dengan mengamati tahap-tahap turunnya Al-Qur’an dan sebab-sebab turunnya Al-Qur’an, maka akan dapat difahami arah dan perjalanan dakwah Rasulullah SAW. Dengan demikian sangat jelas tergambar perbezaan aktiviti dakwah pada dua masa (jangka waktu) yaitu, ‘masa dakwah di Mekah’ (belum berdirinya Daulah Islam (Negara Islam)) dan ‘masa dakwah di Madinah’ (di mana telah berdirinya Daulah Islam).


Masa Dakwah Rasulullah di Mekah

Dengan mengamati perjalanan dakwah di Mekah, akan dapat difahami bahawa Rasulullah SAW berdakwah melalui dua tahap (marhalah). Tahap Pertama adalah Tahap Pembinaan dan Pembentukan manakala Tahap Kedua adalah Tahap Penyebaran Dakwah Secara Terang-terangan dan Melakukan Perjuangan untuk Membentuk Sebuah Masyarakat yang Baru (dari segi pemikiran dan perbuatan).


(1) Tahap Pembinaan dan Pengkaderan(Pembentukan) [Marhalah Tasqif]

Tahap ini dimulai sejak Baginda SAW diutus menjadi Rasul, setelah firman Allah SWT :

Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah, lalu berilah peringatan!” [Al-Muddatstsir: 1-2]

Baginda SAW secara diam-diam (sirriyah) mulai mengajak masyarakat untuk memeluk Islam. Selama tiga tahun Baginda SAW menyampaikan dakwah dalam bentuk ajaran per individu dari rumah ke rumah. Bagi yang menerima dakwah, segera dikumpulkan di rumah seorang sahabat bernama Arqam, sehingga rumah tersebut dikenali sebai Daurul Arqam (rumah Arqam). Di rumah ini setiap hari para sahabat mendengarkan ayat-ayat Al-Qur’an dan penjelasan dari Rasulullah SAW. Pendek kata tempat inilah mereka dibina dan dibentuk dengan bersungguh-sungguh dan terus menerus. Selanjutnya beberapa daripada mereka diutus untuk menyampaikan dakwah kepada yang lain. Di antaranya adalah Khabab bin Arts yang mengajarkan Al-Qur’an di rumah Fatimah binti Khaththab bersama suaminya, yang kemudian dari sinilah Umar bin Khaththab masuk Islam. Walaupun terasa lambat, namun semakin hari semakin bertambah jumlah merekahingga mencapai 40 orang dalam tempoh waktu 3 tahun.


Sememangnya dakwah pada marhalah ini dilakukan secara diam-diam, tetapi bukan bererti Rasulullah takut melaksanakannya secara terang-terangan. Apakah ada yang meragukan rasa yakin Rasulullah SAW bahawa dalam mengembang risalah ini pasti akan mendapat perlindungan daripada Allah SWT? Seandainya dakwah dilaksanakan secara terang-terangan pun, insyaAllah Rasulullah dijamin keselamatannya oleh Allah. Bila demikian, mengapa Rasul melakukannya secara diam-diam?


Jika dikaji secara saksama, maka akan dapat difahami mengapa tahap awal dakwah Rasulullah ini dilakukan secara sirriyah (diam-diam). Suatu konsepsi atau pemikiran yang masih asing dan belum terfikirkan oleh masyarakat, hendaklah terlebih dahulu disampaikan secara diam-diam dengan memperbanyakkan face to face (bersemuka) dan penjelasan. Ternyata terbukti kemudian, aktiviti seperti ini mampu menghasilkan kader(pembetukan kumpulan kecil) dan pendukung teguh yang bersedia mengorbankan apapun untuk meraih cita-cita yang diharapkan. Maka inilah thoriqah (jalan atau cara) yang tepat untuk mengawali dakwah di tengah-tengah masyarakat yang menerapkan aturan jahiliyyah yang sama sekali jauh dari nilai-niali Islam.


Berdasarkan langkah dakwah ini jumhur (majoriti) fuqoha berpendapat bahawa bila kaum muslimin berada pada posisi atau kedudukan lemah, rapuh kekuatannya dan khuatir hancur binasa oleh kekuatan lawan, maka hal ini lebih utamakerana seseorang muslim tidak boleh menyerah kepada kaum kafir atau zalim dan tidak boleh berdiam diri tanpa berjihad melawan orang-orang kafir.

Hal ini terbukti pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW pada permulaan dakwah. Saat bersama isterinya yaitu Siti Khadijah, Rasulullah pernah diancam oleh Abu Jahal tatkala solat di depan Ka’bah dan dengan terang-terangan mencela patung-patung berhala yang disembah oleh orang-orang Arab. Ketika di Mina, Rasul bersama Ali bin Abi Thalib menyampaikan kepada orang ramai bahawa suatu masa nanti Kerajaan Rom dan Parsi akan ditakluk oleh Islam.


Menurut periwayan hadis ini, apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para pengikutnya yang masih berjumlah tiga orang (Siti Khadijah, Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Ali RA) itu adalah untuk menarik perhatian kaum Quraisy agar berfikir tentang hakikat berhala yang dijadikan sebagai tuhan, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS.


Dari hal tersebut dapat pula diketahui bahawa sejak awal dakwah Rasulullah SAW bukanlah dakwah ruhiyyah (kerohanian) semata-mata, melainkan juga dakwah siyasiyyah (politik). Kerana tidak mungkin Kerajaan Rom dan Parsi akan dapat ditakluk tanpa niat dan usaha kaum muslimin untuk memperoleh kekuasaan yang berdaulat, kekuasaan yang mampu menggerakkan bala tentera untuk menghancurkan kedua-dua kerajaan itu.



(2) Tahap Interaksi dengan Masyarakat dan Perjuangan [Marhalah tafaa’ul wal kiffah]

Pada tahap ini dakwah Rasulullah berubah dari sembunyi-sembunyi menjadi terang-terangan. Dari aktiviti mendekati individu-individu untuk kemudian disiapkan kutlah (kelompok) menjadi menyeru secara langsung dan terbuka kepada masyarakat seluruhnya. Hal ini dilakukan setelah Rasulullah beserta para pengikutnya mendapat perintah daripada Allah SWT:

Maka sampaikanlah secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan kepadamu dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.” [Al-Hijr: 94]

Sejak saat itu maka bermulalah pertempuran antara kekafiran dengan keimanan, dan pertarungan antara pemikiran yang rosak dan tercemar melawan pemikiran yang benar dan suci. Pertempuran yang dasyat pada tahap dakwah itu segera mendapat reaksi keras daripada orang-orang kafir di Mekah. Sehingga menimbulkan tentangan berupa penyiksaan-penyiksaan yang hebat dan datang secara bertubi-tubi. Pada tahap ini, para pengikut Rasulullah SAW sungguh-sungguh diuji sampai sejauh mana kualiti keimanan mereka setelah tiga tahun dibina keperibadiannya (syakhsiyah) di Darul Arqam.


Penyiksaan secara keji terhadap orang-orang yang memeluk Islam banyak terjadi. Penyiksaan terhadap Bilil bin Rabah, keluarga Yasir, Khabab bin Arts, Abu Dzar Al Ghifari, Ibnu Mas’ud, serta boikot yang dilakukan oleh kaum kafir Quraisy terhadap kaum muslimin hanyalah sedikit contoh daripada ujian itu. Di puncak penderitaan itu, Rasulullah SAW berharap ada orang kuat diantara pengikutnya yang dapat melindungi dakwah. Harapan Rasulullah tidak sia-sia. Saidina Hamzah, paman Rasulullah yang sangat disegani, masuk Islam ketika melihat Muhammad Rasulullah dianiaya dan dicaci maki oleh Abu Jahal. Ketika itulah Rasulullah SAW berdoa:

“Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan Abu Jahal bin Hisyam atau dengan Umar bin Khathtab.”

Doa Rasulullah yang mengharapkan Umar bin Khaththab masuk Islam menjadi pengajaran bahawa dakwah Islam dimana pun perkembangannya memerlukan pendukung-pendukung yang kuat dari orang-orang yang memiliki pengaruh di hadapan masyarakat.


Pengajaran lain daripada peristiwa- peristiwa itu adalah bahawa penderitaan, ujian dan cubaan merupakan ujian iman untuk memisahkan antara haq dengan yang bathil. Manakah pengikut Rasulullah yang teguh dan bersungguh-sungguh dan mana yang bukan. Kisah-kisah ini sepatutnya menjadi pengajaran bagi semua kaum muslimin untuk tetap dapat istiqomah di jalan dakwah serta ikhlas menegakkan deenullah (Agama Allah), meskipun mendapat ancaman maut, dianiaya dan disiksa oleh penguasa yang zalim. Pengorbanan merupakan hal yang tidak dapat dihindari dalam setiap perjuangan dakwah.


Pada tahap ini, dakwah Rasulullah lebih banyak menggugat mengenai aqidah, sistem serta adat-istiadat jahiliyah orang-orang kafir Mekah. Hal ini dapat dilihat dari ayat-ayat Makiyah yang pada umumnya mengajak manusia untuk memikirkan kejadian alam semesta, agar meninggalkan kepercayaan nenek moyang yang mereka warisi dan amalkan dalam kehidupan mereka.

Ayat-ayat tersebut adalah sebagai berikut:


a) Dalam masalah aqidah, seperti yang tersebut dalam firman Allah SWT:

“….. orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: ‘Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adaqlah pengikut jejak-jejak mereka.’ (Rasul itu) berkata: ‘Apakah kamu akan mengikutinya juga sekalipun aku untukmu agama yang lebih nyata memberi petunjuk daripada apa yang kamu dapati bapak-bapakmu menganutnya?’….”[Az Zukhruf: 23-24]


b) Dalam Bidang Sosial, Allah SWT berfirman:

Apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, merah padamlah mukanya dan dia sangat marah. Dia menyembunyikan diri dari orang ramai kerana buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburnya dalam tanah. Ketahuilah, alangkah buruknya yang mereka tetapkan itu.” [An Nahl: 58-59]


c) Dalam Bidang Ekonomi,Allah SWT berfirman:

“Orang-orang yang menimbunkan emas dan perak serta tidak menafkahkannya di jalan Allah, beritahukanlah kepada mereka azab yang amat pedih.”[At Taubah: 34]


Aktiviti dakwah yang dilakukan Rasulullah SAW membuatkan para tokoh pemimpin kafir Quraisy bertindak berkumpul di Darun Nadwah untuk membincangkan perilaku dan dakwah Rasulullah SAW yang telah menyusahkan mereka serta menggoncang kepimpinan mereka ke atas kaum Quraisy. Kemudian dibuat-buat isu bahawa Muhammad memiliki kata-kata yang menyihir, yang dapat memisahkan seseorang dengan isterinya, dari keluarganya, dan bahkan dari kaumnya. Akan tetapi kemudian Allah SWT mengkabarkan kepada Rasulullah SAW mengenai persekongkolan ini denagan firman-Nya:

“Sesungguhnya dia telah memikirkan dan menetapkan (apa yang ditetapkannya). Maka celakalah dia, bagaimanakah dia menetapkan? Kemudian celakalah dia, bagaimanakah dia menetapkan? Kemudian dia memikirkan.Sesudah itu, dia bermasam muka dan merungut. Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan menyombongkan diri. Lalu dia berkata: ‘(Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dipelajari (dari orang-orang dahulu). Ini tidak lain hanyalah perkataan manusia.’ Aku (Allah SWT) akan memasukkannya ke dalam (neraka) Saqar.” [Al-Muddatstsir: 18-26]


Tatkala para pemimpin Mekah mengalami kejumudan dan mulai menyakiti Rasul setelah paman Baginda RAW, Abu Thalib wafat. Rasulullah berusaha mencari pendukung ke kota Tha’if. Tetapi usaha Baginda tidak berhasil bahkan disambut dengan penghinaan dan lemparan batu.

Rasulullah juga menyeru para pemuka kabilah-kabilah Arab. Baginda berkata kepada mereka,

“Ya Bani fulan! Saya adalah utusan Allahbagi kalian, dan menyeru kepada kalianuntuk beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya, dan agar kalian meninggalkan apa yang kalian sembah, agar kalian beriman kepadaku dan percaya kepadaku, dan agar kalian membela dan melindungiku, sehingga aku bisa menjelaskan apa yang telah disampaikan Allah kepadaku.”


Dalam Sirah Ibnu Hisyam diriwayatkan, “Zuhri menceritakan bahawa Rasulullah SAW mendatangi secara peribadi Bani Kalban, akan tetapi mereka menolak. Baginda juga mendatangi Bani Hanifah, dan meminta kepada mereka nusroh (pertolongan) dan kekuatan, namun tidak ada orang Arab yang lebih keji penolakannya terhadap Baginda kecuali Bani Hanifah. Baginda juga mendatangi Bani Amir bin Sha’sha’ah, mendoakan mereka kepada Allah dan meminta kepada mereka secara peribadi. Kemudian berkatalah seorang laki-laki dari mereka yang bernama Baiharah bin Firas: ‘Demi Allah, seandainya aku mengabulkan pemuda Quraisy ini, sungguh orang Arab akan murka.’ Kemudian ia berkata: ‘Apa pendapatmu jika kami membai’atmu atas urusan kamu, kemudian Allah memenangkanmu atas orang yang menyisihmu, apakah kami akan diberi kekuasaan setelah engkau?’ Rasulullah SAW berkata kepadanya: ‘Urusan (kekuasaan) itu hanyalah milik Allah, yang Dia berikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki.’ Baiharah berkata: ‘Apakah kami menyerahkan leher-leher kami kepada orang Arab padahal jika Allah memenangkan kamu, urusan (kekuasaan) itu bukan untuk kami. Kami tidak perlu urusanmu.’ ”


Baginda SAW selain aktif berdakwah kepada kabilah-kabilah di sekitar Mekah, Baginda juga mendatangi kabilah-kabilah di luar Mekah yang datang tiap-tiap tahun ke Mekah, baik untuk berdagang mahupun untuk mengunjungiKa’bah, di jalan-jalan, pasar Ukadz, dan Mina. Sampai suatu ketika pada musim haji, datanglah serombongan orang dari suku Aus dan Khazraj dari Yatsrib (Madinah). Kesempatan ini digunakan oleh Rasulullah SAW untuk menyampaikan dakwah. Ketika rombongan ini mendengar ajakan Rasul, satu sama lain antara mereka saling berpandangan sambil berkata: “Demi Allah, dia ini seorang nabi seperti yang dianjurkan orang-orang Yahudi kepada kami.”


Kemudian mereka menerima dakwah Rasulullah SAW sambil berkata: ‘Kami tinggalkan kaum kami disana dan tidak ada pertentangan serta permusuhan antara kaum kamidengan kaum yang lain, mudah-mudahan Allah SWT mempertemukan mereka denganmu dan menerima dakwahmu, maka tidak ada lagi orang yang paling mulia darimu.’ [Sirah Ibnu Hisyam 1: 428]


Tatkala tahun berikutnya tiba dan musim haji datang, dua belas orang lelaki dari penduduk Madinah bertemu dengan Rasulullah SAW di Aqobah. Mereka berbai’at kepada Rasulullah SAW yang dikenal dengan Bai’atul Aqabah.

Isi baiat (Pengistiharan untuk patuh) tersebut adalah:

“Tidak menyekutukan Allah, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak membunuh anak-anak kecil, tidak berbohong serta tidak menentang Rasulullah dalam perbuatan ma’ruf.”[ Hadis Riwayat Bukhari ]

Setelah bai’at itu, mereka kembali ke Madinah bersama utusan Rasul, yaitu Mush’ab bin Umair untuk mengajarkan Al-Quran dan hukum agama. Pada tahun berikutnya, Mush’ab bin Umair kembali ke Mekah bersama tujuh puluh lima orang Madinah yang telah masuk Islam. Dua diantaranya adalah wanita dan mereka membai’at Rasulullah SAW. Bai’at ini dinamakan Bai’atul Aqabah II. Selesai melakukan bai’at, Rasulullah menunjuk dua belas orang untuk menjadi pemimpin masing-masing qabilah mereka.

Abbas bin Ubadah, salah seorang dari mereka berkata kepada Rasulullah:

“Demi Allah yang mengutusmu dengan kebenaran, bila engkau mengizinkan, kami akan perangi penduduk Mina besok pagi dengan pedang-pedang kami.”

Jawab Rasulullah SAW:

“Kita belum diperintahkan untuk itu, dan lebih baik kembalilah ke kenderaanmu masing-masing.”[Sirah Al Halabiah II: 176]


Jelas bahawa sebelum hijrah ke Madinah dan membangunkan Daulah di Madinah, kewajiban berjihad di dalam Islam belum diperintahkan. Dengan demikian dapat diketahui bahawa dakwah Rasulullah dalam masa Mekah adalah dakwah dalam rangka memperkenalkan Islam melalui dakwah fikriyyah (intelektual) kemudian membina umat, mengatur barisan dan menyusun kekuatan untuk kemudian Hijrah ke Madinah.


Masa Dakwah Rasulullah di Madinah

Hijrahnya kaum muslimin ke Madinah adalah sebagai awal mula marhalah (tahap) dakwah ketiga, yaitu Marhalah Tathbiq Al-Ahkaam Al-Islami (Penerapan Syari’at Islam). Hal ini tandai dengan didirikannya Daulah Islamiyah (Negara Islam) sebagai pelaksana hukum Islam dan sebagai pengemban (pemikul) risalah Islam ke seluruh pepenjuru dunia melalui dakwah dan jihad. Ada pun tahap ketiga ini dimulai dengan tibanya Rasulullah ke Madinah melalui peristiwa hijrah Rasulullah pada tahun 622M bersama sahabat baginda, Abu Bakar. Setibanya di Madinah, Rasulullah SAW melakukan aktiviti sebagai berikut:


  1. Membangun Masjid

Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat membangun Masjid. Pembangunan masjid mempunyai erti yang sangat penting bagi pembangunan masyarakat Islam yang terdiri daripada individu-individu muslim yang sentiasa berpegang teguh kepada aqidah dan syari’at Islam.

Rasulullah SAW menjadikan masjid tidak hanya sebagai tempat solat melainkan juga sebagai tempat berkumpul, bermusyawarah, membina ukhuwah dan aqidah Islam serta mengatiur berbagai persoalan kaum muslimin sekaligus memutuskan hukum di antara mereka.


2. Membina Ukhuwah Islamiah

Aktiviti selanjutnya yang dilakukan Rasulullah SAW adalah mempersaudarakan antara kaum Anshar dan Muhajirin. Persaudaraan yang digambarkan oleh Rasulullah SAW ibarat satu tubuh. Bila salah satu anggota tubuh ditimpa kesakitan maka seluruh tubuhnya merasakan sakit. Persaudaraan yang mendarah daging mengalir dalam tubuh setiap umat sehingga lenyap sama sekali segala bentuk fanatik golongan, suku bangsa dan perkauman.


Rasulullah mempersaudarakan Bilal yang berkulit hitam dari Afrika dengan Abu Ruwaim Al-Khutsa’mi, Salman Al Farisi dari Parsi dengan Mus’ab bin Umair dan lain sebagainya. Persaudaraan ini tidak hanya sampai batas mewarisi harta bahkan isteri (saat itu belum ada larangannya), sebagaimana yang terjadi antara Sa’ad bin Rabi dari kaum Anshar dengan Abdurrahman bin Auf dari kaum Muhajirin sehingga kata Sa’ad bin Rabi:

Aku adalah orang Anshar yang paling kaya, inilah hartaku, aku bahagikan antara kita berdua. Aku mempunyai dua isteri, kuceraikan seorang dan kahwinilah olehmu.”[Sirah Al Halabiyah II: 292]

Persaudaraan dengan ikatan Aqidah Islamiah ini semakin bertambah kukuh setelah dinaungi sebuah Daulah dibawah kepimpinan Rasulullah SAW yang menerapkan Sistem Islam.


3. Menyusun Piagam Perjanjian

Setelah Islam datang dan terbentuk masyarakat Islam di Madinah, gambaran dan pola hubungan antara masyarakat Yahudi dan Islam semakin tampak perbezaannya. Oleh kerana itu harus ada kebijaksanaan hukum yang mengatur hubungan mereka dengan kaum muslimin.


Rasulullah SAW kemudian membuat perjanjian (piagam Madinah). Istilah sekarang disebut Undang-Undang Dasar yang berfungsi sebagai suatu manhaj (jalan atau strategi pengamanan) dalam mengatur atau membuat batasan-batasan yang menyangkut interaksi antara kabilah-kabilah Yahudi dan kaum muslimin. Lebih dari itu isi perjajian mencakup pula hubungan negara dengan masyarakat atau masyarakat dengan negara. Dr. Musthafa Asy Siba’I dalam bukunya ‘Sirah Nabawiyyah Duruus wal Ibral’ mengemukakan pokok-pokok isi perjanjian tersebut seperti yang berikut:

1) Kesatuan umat Islam tanpa mengenal perbezaan suku, bangsa dan kaum.

2) Persamaan hak dan kewajiban bagi seluruh warga masyarakat.

3) Gotong-royong dalam segala hal yang bukan kezaliman, dosa dan permusuhan.

4) Kompak dalam menentukan hubungan dengan musuh-musuh Islam.

5) Membangunkan suatu masyarakat dalam suatu sistem yang sebaik-baiknya.

6) Melawan orang-orang yang menentang negara dan membangkang sistemnya.

7) Melindungi orang yang ingin hidup berdampingan dengan orang Islam dan tidak boleh berbuat zalim kepadanya.

8) Umat non-muslim bebas melaksanakan agamanya dan tidak boleh dipaksaumat Islam dam tidak diganggu harta bendanya.

9) Umat non-Muslim harus ambil bahagiaan dalam pembiayaan negara sebagaimana umat Islam.

10) Umat non-muslim harus saling membantu dengan umat Islam untuk menolak bahaya yang akan mengancamnegara.

11) Umat Islam dan non-muslim tidak boleh melindungi musuh negara dan orang-orang yang memusuhi negara.

12) Warga negara bebas keluar masuk negara selama tidak merugikan negara.

13) Ikatan sesama anggota masyarakat didasarkan prinsip tolong-menolong untuk kebaikan dan ketakwaan. Tidak atas dosa dan aniaya.

14) Dasar-dasar tersebut ditunjang oleh dua kekuatan. Kekuatan ruh (spritual) yaitu imannya kepada Allah, keyakinan akan pengawasan dan perlindungan Allah bagi orang yang berbuat baik. Begitu pula jika ditunjang oleh kekuatan meterialistik (kebendaan) yaitu kepimpinan negara yang dipimpin oleh Rasulullah SAW.


4. Strategi Politik dan Militeri (k etenteraan)

Dalam rangka menyebarkan dakwah Islam ke luar negeri Madinah, sekaligus mengumumkan kepada bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain mengenai berdirinya Daulah Islamiah, maka diambil beberapa langkah lanjutan sebagai berikut:

1) Mengirim surat (mengajak kepada Islam (dakwah Islam), jika tidak mahu menerima Islam sebagai agama, mestilah patuh dengan hukum Islam di bawah Daulah Islam)kepada kepala-kepala negara/ kerajaan, pimpinan kabilah/suku yang ada di sekitar jazirah Arab.

2) Memaklumkan perang kepada orang-orang yang menetang dakwah Islam.

3) Memerangi kabilah-kabilah yang mengkhianati perjanjian perdamaian bersama kaum muslimin.

4) Menjadikan Daulah Islamiah sebagai satu kekuatan yang disegani dan ditakuti lawan-lawannya.


Melalui penelitian dan penghayatan langkah-langkah dakwah Rasulullah sejak masa Mekah hingga masa Madinah dapat disimpulkan bahawa pada masa Mekah, Baginda lebih bersikap sebagai seorang da’ie, muballigh, imam dan sekaligus sebagai tokoh politik dan pemimpin jemaah kaum muslimin. Manakala dalam masa Madinah, baginda bukan hanya berperana sebagai seorang Rasul, tetapi juga sebagai kepala negara di dalam pemerintahan Daulah Islamiah (Khilafah).


Keberhasilan para da’ie penerus dakwah sangat ditentukan oleh sejauh mana kesetiaannya mengikuti jejak langkah (Thoriqah) dakwah Rasulullah SAW. Mudah-mudahan kita sentiasa dianugerahkan taufiq dan hidayah daripada-Nya dalam menegakkan Islam di bumi Allah ini.


Ingatlah bahawa menerapkan Islam di dalam kehidupan secara menyeluruh adalah suatu kewajiban dan Islam akan terlaksana sepenuhnya dengan adanya Daulah iaitu Khilafah Islam. Maka mendirikan semula Khilafah adalah wajib. Untuk mendirikan Khilafah perlu adanya usaha ke arah mendirikannya. Maka usaha-usaha ke arah mendirikan Khilafah juga hukumnya menjadi wajib tatkala dunia ketiadaan Khilafah di zaman ini. Dan usaha untuk mendirikan semula Khilafah mestilah dilakukan melalui thoriqah (jalan atau cara) sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Baginda SAW kerana apa sahaja yang dilakukan oleh Baginda bukanlah menurut hawa nafsunya melainkan adalah merupakan wahyu daripada Allah. Ini beerti thoriqah tersebut adalah merupakan perintah Allah iaitu hukum syara’ yang wajib diikuti. Oleh kerana itu, umat Islam yang ingin bangkit harus melalui jalan dakwah yang lurus dengan metod (thoriqah) yang benar dengan cara memahami perjalanan dakwah Rasulullah secara keseluruhan, mengikuti dan melaklaksanakannya. Moga jalan dakwah yang telah dilakukan Rasulullah ini akan menjadi teladan dalam usaha untuk membangkitkan umat Islam dan mencapai kejayaan dalam menegakkan syi’ar Islam buat kedua kalinya. InsyaAllah..

“Kamu (ummat Islam) adalah umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyeru yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar,dan beriman kepada Allah [Surah Ali Imran ayat 110]

Related Posts with Thumbnails

lazada