Khamis, 18 Disember 2008

MenCari CinTa Di HujuNg SujuD



Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku tegah
Ayat2 cinta bercerita cintaku padamu
Bila bahagia mula menyentuh
Seakan ku bias hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Bila ku bersujud..

Lagu tema filem Ayat-Ayat Cinta dimain berulang-ulang di Winamp player laptop kesayangan.Fuh,layan tu..Ada sebaris ayat dalam lagu tu yang agak ‘makan dalam’ dalam hati,

‘Namun harus ku tinggalkan cinta,bila ku bersujud..’



Cinta mana yang harus kita tinggalkan saat kita bersujud?Mestilah cinta manusia kan.Cinta dunia, tapi bukan cinta kita pada Allah.Iyalah,macam dalam filem Ayat-Ayat Cinta tu,sedalam mana pun cinta dalam hati Fahri,saat sujudnya ,harusnya hanya Allah di hatinya.Iya kan,iya kan?Tentu aja deh..

Tp,macamana rasa cinta pada Allah tu ya?
Hmm…Macamana rasanya ya??

Lagi manis dari gula batu,lagi sedap dari aiskrim dan lagi indah dari menikmati minuman coklat panas ketika hari hujan pada waktu malam.Macam tu ke?
Mana pulak.Itu rasa dengan lidah.Cinta rasa dengan hati.Hanya org yang tahu mencintai tahu apa rasanya cinta.Tapi mengkin ada kurangnya pada kupasan saya ini.Jadi kiranya khilaf,mohon dimaafi dan diperbetulkan..

Cintakan ayah bonda,rasanya ingin selalu senagkan hati mereka.Agar mereka selalu bahagia.Pernah rasa?Alamak,tapi orang zaman sekarang susah sikit nak faham konsep CINTA melalui mak ayah ni.Walaupun kerana merekalah kita berada di dunia.

Nak senang sikit,pernah jatuh cinta?
Ala..buat-buat tak faham pulak.Tiba-tiba hati rasa berkenan.Tak kan tak pernah.Bila kita sukakan seseorang,hati berbunga-bunga bila si dia tersenyum.Panah syaitan buat diri melayang-layang ke awan biru.Tapi rasa itu hadiah dari Allah.Jadi patutnya perlu lebih sayang kepada Nya berbanding kepada si dia.Rasa ingin selalu bersamanya,menjaganya dan membuatnya bahagia.Rasa sakit dan serba tak kena kalau si dia hilang dari pandangan mata.Senang kata tak terungkap oleh kata-kata lah.




Kalau jatuh cinta zaman-zaman sekolah dulu,rasanya tak sah kalau sehari tidak lalu di depan kelas si jantung hati.Bukannya dia perasan pun sebenarnya.Tapi dah namanya jatuh cinta,yang mengarut-ngarut pun terasa rasional dan releven.Macam-macam.
(Aceceh,macam berpengalaman je.Heh.Pengalaman sendiri kalau tak banyak pun,inilah kebaikannya menjadi pendengar pengalaman orang..)

Ha,mesti pernah rasa kan..
Tapi,cintakan Allah tu rasanya macam tu jugak ke?
Iyalah.Cuma kita tidak dapat melihatNya.Namun Dia sentiasa bersama kekasih-kekasihNya.Bukti-bukti cintaNYA tidak terkira banyaknya.Bezanya samada kita sedari ataupun tidak sahaja.Tapi,Allah itu ada dua sifat yang kerap disebut-sebut.Baca basmalah pun ada kita sebut.Apa tu?


Sifat AR-RAHMAN = pemurah & AR-RAHIM = penyayang.Segala nikmat yang dikurniakan,Allah limpahkan ke seluruh alam tidak kira kepada hamba-hambanya yang ingkar mahupun yang taat kepadaNya adalah atas sifat AR-RAHMAN Nya.Bagaimanapun,nikmat yang dikurniakan dengan penuh kasih sayang adalah kepada hamba-hamba yang beramal soleh dan mengabdikan diri kepada Nya.Yang kedua itulah atas sifat AR-RAHIM Nya.Dari diberikan hadiah secara rawak dan tidak kira siapa penerimanya,saya lebih sayangkan hadiah yang diberikan oleh orang yang saya sayang. Jadi,mahu dicintai Allah nggak?Harusnya,belajar untuk mencintai dulu ya..
Ketika zaman sekolah dulu selalu saya terfikir ,kita boleh jatuh cinta pada Allah ke? Susah sedikit untuk menjelaskan bahagian ini.Cuma saya datangkan petikan dari buku Gizi Hati oleh Dr. Ahmad Farid yang merupakan penulis buku bestseller Tazkiyyatun Nafs untuk kita renungi.Bagi saya,agak mudah untuk memahami erti CINTA dengan perumpamaan yang diberi,


Barangsiapa yang cinta kepada Allah,ia akan senang melayani Nya.Selanjutnya,pelayanannya kepada Allah menjadi energi hati dan makanan bagi jiwanya.Seperti ungkapan seorang penyair:

“Jadilah orang yang senang melayani Rabb-mu
Kerana orang yang jatuh cinta ialah pelayan bagi para kekasihnya”

Ibnul Mubarak berkata:

“Engkau bermaksiat kepada Allah,tetapi engkau menharap cinta-Nya
Sungguh sebuah perumpamaan yang indah
Bila cintamu jujur,niscaya engkau akan mentaati-Nya
Kerana orang yang jatuh cinta biasanya taat kepada yang dicintai”

Nak bercinta jauh-jauh susahkan??Tapi nak sentiasa berdamping pula,pasangan akan mula rasa rimas.Itulah manusia.Mulianya cinta Allah.Takkan sekali pun cinta kita akan ditolak.Malah,selangkah kita kepadaNya,Allah akan hampir dengan kita berkali-kali ganda dari usaha kita.Tak perlu buat appointment,date dan sebagainya.Allah sentiasa bersama kita.Malah,37 kali sehari Allah berada betul-betul dekat dengan kita.Bila tu?
Ketika SUJUD.

1 hari = 5 waktu solat fardhu
Jumlah rakaat 5 solat fardhu dalam sehari = 2 + 4 + 4 + 3 + 4
= 17 rakaat
1 rakaat = 2 sujud
Jadi,1 hari = 17 rakaat X 2 sujud
= 34 sujud / hari
Itu baru solat fardhu.Bagi mereka yang memperbanyakkan sujudnya (menambah dengan solat-solat sunat dan Qiamullai),jumlahnya semakin bertambah-tambah.betapa sayangnya Allah kepada kita.DIA telah bersedia untuk berada paling hampir dengan kita bila saja kita sujud.Sedangkan jangan kata Perdana Menteri,kawan kita pun belum tentu sanggup hadir tiap kali kita memerlukan mereka.Apatah lagi apabila terlalu kerap.

Sesungguhnya Rasulullah sendiri pernah bersabda,

“Tempat paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud,maka banyakkan berdoa ketika itu”

(Riwayat Ahmad,Muslim,Abu Daud dan Nasa’i)

Baik kan Allah?? Mestilah…

Itulah..Maka,bilamana cinta itu bererti senang melayani permintaan kekasihnya,dan jika kita cintakan Allah,maka kita akan senang melayani hakNya,segala tuntutanNya..

Ha, SOLAT ? Senang je..Hari-hari buat.
Tapi khusyuk ke?Atau takat cukup rukun sahaja??
Dimana CINTA kita?

TUTUP AURAT ?Senang je..Hari-hari buat.
Kalau jadi lelaki lagi senang.Asalkan tak buang tabiat pakai seluar pendek,biasanya dah cukup tutup dah.
Tapi cukup syarat ke?Tudung jarang,baju ketat,macamana pulak tu??
Dimana CINTA kita??

SAYANGkan sesama makhluk?Memang sayang semuanya.Mak,ayah,saudara mara,kawan2..Kekasih?Ops..he,tapi takda pegang-pegang pun.Kami saling sokong satu sama lain.Balaja sama2 lagi..
Zina yang zahir insyaallah tiada.Tapi ZINA HATI pulak macamana?Boleh gerenti tak ingat si Dia lebih banyak dari ALLAH?
Di mana CINTA kita kalau macam tu???

Soalan-soalan ini bukan saya tujukan kepada orang lain tetapi bermula dengan diri sendiri.Dan bila ada jawapannya yang saya hanya mampu terdiam, maka saya perlu lebih gigih mencari cintaNya..

Bukan semua.Cuma kita selalu menilai sesuatu dengan logik akal,bukan dengan ‘guideline’ yang Allah sediakan dalam Al-Quran dan Sunnah.Ha,masuk bab ni,ramai yang akan kata,

“SUSAH LA..saya bukan ustaz, hafal hukum-hukum segala.”

Habis,yang Islam itu ustaz-ustaz sahaja ke??Lagipun kita dah sebut sebentar tadi,kerana CINTA,semua jadi boleh sahaja.Jadi,jom sama-sama belajar.Ambil tahu & bukan buat-buat tak tahu.Hukum Allah itu meliputi segala.makanya kiranya tidak mampu untuk diingat semuanya,rujuklah pada yang tahu.Dampingilah para ulama’ (orang berilmu).

Makanya mahu disangkal lagi?Iya,itu kebenarannya.Cuma pada tangan kita terletak pilihan.Mahu sujud mencari cintaNya atau tidak.Kerana kita manusia sering lupa,dari tanah yang kita sujud diatasnya itu kita tercipta.Dan yang menciptkan kita itu yang Maha memiliki cinta.Dan kekasihNya junjungan besar Muhammad yang seluruh hidupnya,perbuatannya serta angan-angannya adalah cinta kepada Allah telah mengungkapkan doa yang begitu indah,

“Ya Allah,aku mohon cinta kepada-Mu,cinta orang yang mencintai-Mu,cinta perbuatan yang mendekatkan kami akan cinta-Mu..Ya Allah, kurniakanlah kepada ku apa yang aku inginkan dan jadikanlah karunia itu sebagai kekuatan bagi diriku terhadap apa yang Enkau cintai.Apaya yang telah aku miliki dari pemberianMu yang aku inginkan,jadikanlah itu sebagai pemenuhan hajat hidupku yang Engkau ridhai.”

~LOVE is HIM ,the Most Merciful .HE gave me LOVE to LIVE and LIVE to LOVE~

Rabu, 3 Disember 2008

SANGGUPKAH KITA LARI DARI RAHMAT ALLAH???



Kenapa enta tak mau masuk usrah di kampus? Tanya ku kepada seorang bekas ketua unit naquba dari sebuah sekolah agama di Malaysia ini. Hari itu adalah hari pendaftaran para pelajar baru di kampus ini. Dengan selamba je dia jawab: tak kot,kat sini ana tak nak fikir dah pasal benda2 camni,ana nak tumpu kt study. Aku diam memikirkan apakah fonemena ini adalah perkara biasa atau perkara yang sudah menjadi trend bagi para jundi yang ditarbiyyah di peringkat sekolah. Adakah dia sudah boring menjadi penyambung perjuangan yang diwasiatkan sendiri oleh rasul yang mulia Muhammad saw. Atau mungkin dia ni terkene sindrom high level yang merasa diri sudah lengkap dan hebat hanya kerana dia telah mengenal apa itu perjuangan lebih awal dari naqibnya sendiri di kampus.

Otak ku ligat mencari jawapan yang mesti ku cari untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengurangkan gejala ini terus berlaku kepada para jundi yang telah di asuh dibawah payung tajdid ini.

“baiklah,jika enta takmau joint usrah pun takpe,tapi pastikan diri enta tidak terjebak dengan gejala-gejala keruntuhan moral yang banyak melanda para mahasiswa sekarang.juga yang terpenting enta jangan jadi penentang kepada para sahabat yang ingin meneruskan perjuangan islam di sini.”pesan ku. Dia hanya tersenyum. Mungkin dia sudah yakin mampu menghadapi gelora ujian hidup ini secara berseorangan.mungkin juga dia terlupa kepada hadis Rasul yang agung supaya setiap ummatnya tidak memisahkan diri jemaah islam.entahlah…tapi ku doakan agar Allah tunjukkan pengajaran bagi ku dari apa yang berlaku ini.

Ku juga pernah mendengar dari seorang sahabat yang bakal menyambug pelajaran ke ijazah. Pada awalnya aku hanya bergurau denganya untuk melihat sejauh mana matlamatnya dalam meneruskan pentarbiyyahan ini.adakah dia sebelum ini dia memerah keringat berjuang kerana Allah atau hanya kerana jemaah? “nampaknya makin hebatlah IPT tersebut pasni bila enta masuk sana.enta kan hebat dalam bab tarbiyyah”. Gurau ku . “kat sana nanti ana tak nak terlibat dah dengan tarbiyyah ni,ana nak rehat.letih dah buat gerak kerja masa diploma dulu.” Selamber badak je dia jawab. Badak pun tak selamber sampai tahap camtu.langsung tak de perasaan bersalah pada dirinya menuturkan kalimah itu. Aku terlopong mendengar butir kata dari seorang pimpinan kampus yang begitu lantang mentarbiyyah para mahasiswa suatu ketika dulu bercakap seolah dia lupa kepada Firman Allah dalam surah As-soff (ayat 2 dan 3) :

(2) Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu katakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

(3) Sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan.

Jika dahulu dia begitu lantang mengatakan bahawa perjuangan ini adalah suatu kewajipan yang wajib dilaksanakan oleh setiap ummat selagi daulah belum tertegak di muka bumi ini.tapi kenapa sekarang dia sendiri ingin pencen dari kerja ini? Sewaktu memegang tampuk kepemimpinan dahulu dia begitu hebat memerangi dan menemplak sahabat-sahabat yang ingin futur dari perjuangan ini dengan dalil-dalil Aqli dan Naqli. Tetapi pada hari ini dengan penuh bangganya dia mengiystiharkan bahawa dia bakal pencen tanpa gaji dari melakukan sebarang gerak kerja islam ini.

Tiba-tiba hati ku terdetik. Adakah sebelum ini dia di asuh untuk berkorban semata-mata kerana Allah atau berkorban hanya untuk jemaah? Adakah dia berjuang selama ini kerana jemaah atau kerana Allah? Jika dia berjuang kerana Allah,dia tidak akan berhenti dari perjuangan ini.kerana matkamatnya adalah Allah. Orang berjuang kerana Allah memulakan perjuangan ini dengan BISMILLAH dan hanya ingin mengakhiri perjuangan ini dengan INNALILLAH. Mati sahaja sebagai jambatan kasih yang menemukan hambanya dengan kekasihnya yang begitu dirindui. Allahuakbar.




Tetapi seandai ianya berjuang hanya kerana jemaah,dia hanya menjadi ahli jemaah hanya dalam jangkamasa 3 tahun sahaja.selepas itu dia akan keluar…maka akan jadilah dia seorang hamba jemaah yang melakukan gerak kerja untuk jangkamasa 3 atau 4 tahun sahaja.adakah masih ramai lagi para pendakwah kampus yang sekarang begitu bersemangat meneliti didalam dirinya adakah perjuangan ini untuk jemaah atau kerana Allah? Jika perjuangan ini untuk jemaah,lebih baik kamu keluar awal-awal atau perbaikilah fikrah kita untuk meletakkan kita ini sebagai pejuang Allah bukan pejuang jemaah.

Setelah lama terdiam,ku menjawab kepada sahabat tadi. “sanggupkah enta lari dari Rahmat Allah? Sanggupkah enta menolak pelawaan dari Allah dalam surah As-saff ayat 10 dan 11:

(10) wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
(11) Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu. Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui.

Atau enta sudah merasa cukup untuk mendapatkan syurga Allah dengan hanya pengorbanan enta yang sedikit dahulu? Atau enta merasa benci dengan kasih sayang Allah dalam bentuk ujian dalam perjuagan ini?

Jika enta ingin lari dari perjuangan ini,jawablah pertanyaan ku ini…jika enta sanggup,larilah selaju mungkin dari perjuangan ini.kerana Islam tidak akan rugi jika enta tiada.malah entalah yang akan rugi. Islam hanya memerlukan penegaknya yang akan menegakkannya dengan pengorbanan,bukan dengan hanya kata-kata.
Related Posts with Thumbnails

lazada