Rabu, 3 Disember 2008

SANGGUPKAH KITA LARI DARI RAHMAT ALLAH???



Kenapa enta tak mau masuk usrah di kampus? Tanya ku kepada seorang bekas ketua unit naquba dari sebuah sekolah agama di Malaysia ini. Hari itu adalah hari pendaftaran para pelajar baru di kampus ini. Dengan selamba je dia jawab: tak kot,kat sini ana tak nak fikir dah pasal benda2 camni,ana nak tumpu kt study. Aku diam memikirkan apakah fonemena ini adalah perkara biasa atau perkara yang sudah menjadi trend bagi para jundi yang ditarbiyyah di peringkat sekolah. Adakah dia sudah boring menjadi penyambung perjuangan yang diwasiatkan sendiri oleh rasul yang mulia Muhammad saw. Atau mungkin dia ni terkene sindrom high level yang merasa diri sudah lengkap dan hebat hanya kerana dia telah mengenal apa itu perjuangan lebih awal dari naqibnya sendiri di kampus.

Otak ku ligat mencari jawapan yang mesti ku cari untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengurangkan gejala ini terus berlaku kepada para jundi yang telah di asuh dibawah payung tajdid ini.

“baiklah,jika enta takmau joint usrah pun takpe,tapi pastikan diri enta tidak terjebak dengan gejala-gejala keruntuhan moral yang banyak melanda para mahasiswa sekarang.juga yang terpenting enta jangan jadi penentang kepada para sahabat yang ingin meneruskan perjuangan islam di sini.”pesan ku. Dia hanya tersenyum. Mungkin dia sudah yakin mampu menghadapi gelora ujian hidup ini secara berseorangan.mungkin juga dia terlupa kepada hadis Rasul yang agung supaya setiap ummatnya tidak memisahkan diri jemaah islam.entahlah…tapi ku doakan agar Allah tunjukkan pengajaran bagi ku dari apa yang berlaku ini.

Ku juga pernah mendengar dari seorang sahabat yang bakal menyambug pelajaran ke ijazah. Pada awalnya aku hanya bergurau denganya untuk melihat sejauh mana matlamatnya dalam meneruskan pentarbiyyahan ini.adakah dia sebelum ini dia memerah keringat berjuang kerana Allah atau hanya kerana jemaah? “nampaknya makin hebatlah IPT tersebut pasni bila enta masuk sana.enta kan hebat dalam bab tarbiyyah”. Gurau ku . “kat sana nanti ana tak nak terlibat dah dengan tarbiyyah ni,ana nak rehat.letih dah buat gerak kerja masa diploma dulu.” Selamber badak je dia jawab. Badak pun tak selamber sampai tahap camtu.langsung tak de perasaan bersalah pada dirinya menuturkan kalimah itu. Aku terlopong mendengar butir kata dari seorang pimpinan kampus yang begitu lantang mentarbiyyah para mahasiswa suatu ketika dulu bercakap seolah dia lupa kepada Firman Allah dalam surah As-soff (ayat 2 dan 3) :

(2) Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu katakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

(3) Sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan.

Jika dahulu dia begitu lantang mengatakan bahawa perjuangan ini adalah suatu kewajipan yang wajib dilaksanakan oleh setiap ummat selagi daulah belum tertegak di muka bumi ini.tapi kenapa sekarang dia sendiri ingin pencen dari kerja ini? Sewaktu memegang tampuk kepemimpinan dahulu dia begitu hebat memerangi dan menemplak sahabat-sahabat yang ingin futur dari perjuangan ini dengan dalil-dalil Aqli dan Naqli. Tetapi pada hari ini dengan penuh bangganya dia mengiystiharkan bahawa dia bakal pencen tanpa gaji dari melakukan sebarang gerak kerja islam ini.

Tiba-tiba hati ku terdetik. Adakah sebelum ini dia di asuh untuk berkorban semata-mata kerana Allah atau berkorban hanya untuk jemaah? Adakah dia berjuang selama ini kerana jemaah atau kerana Allah? Jika dia berjuang kerana Allah,dia tidak akan berhenti dari perjuangan ini.kerana matkamatnya adalah Allah. Orang berjuang kerana Allah memulakan perjuangan ini dengan BISMILLAH dan hanya ingin mengakhiri perjuangan ini dengan INNALILLAH. Mati sahaja sebagai jambatan kasih yang menemukan hambanya dengan kekasihnya yang begitu dirindui. Allahuakbar.




Tetapi seandai ianya berjuang hanya kerana jemaah,dia hanya menjadi ahli jemaah hanya dalam jangkamasa 3 tahun sahaja.selepas itu dia akan keluar…maka akan jadilah dia seorang hamba jemaah yang melakukan gerak kerja untuk jangkamasa 3 atau 4 tahun sahaja.adakah masih ramai lagi para pendakwah kampus yang sekarang begitu bersemangat meneliti didalam dirinya adakah perjuangan ini untuk jemaah atau kerana Allah? Jika perjuangan ini untuk jemaah,lebih baik kamu keluar awal-awal atau perbaikilah fikrah kita untuk meletakkan kita ini sebagai pejuang Allah bukan pejuang jemaah.

Setelah lama terdiam,ku menjawab kepada sahabat tadi. “sanggupkah enta lari dari Rahmat Allah? Sanggupkah enta menolak pelawaan dari Allah dalam surah As-saff ayat 10 dan 11:

(10) wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
(11) Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu. Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui.

Atau enta sudah merasa cukup untuk mendapatkan syurga Allah dengan hanya pengorbanan enta yang sedikit dahulu? Atau enta merasa benci dengan kasih sayang Allah dalam bentuk ujian dalam perjuagan ini?

Jika enta ingin lari dari perjuangan ini,jawablah pertanyaan ku ini…jika enta sanggup,larilah selaju mungkin dari perjuangan ini.kerana Islam tidak akan rugi jika enta tiada.malah entalah yang akan rugi. Islam hanya memerlukan penegaknya yang akan menegakkannya dengan pengorbanan,bukan dengan hanya kata-kata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

lazada