Isnin, 21 Julai 2008

Jemaah Islam bukan milik pribadi kita

Jemaah Islam bukan milik pribadi kita

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh. (Surah As-soft)


Segala puji bagi Allah yang telah meletakkan kita di dalam islam yang tidak mungkin kita rasai kenikmatannya tanpa rahmat dari Allah.

Sekarang ini kebangkitan Islam semakin kuat dirasai di seluruh dunia terutamanya di eropah. Pihak kuffar dengan segala jenis kemudahan yang mereka ada dengan segala upaya cuba menyekat kebangkitan Islam. Namun, Islam itu bukan di jaga oleh manusia, tapi Islam itu di jaga oleh ALLAH tuan penguasa Alam, Raja kepada segala Raja. Semakin mereka menyerang Islam,semakin kuat Islam. Itu lah sifat Islam.

Di Malaysia juga kita dapat rasai betapa kuatnya gelombang kebangkitan Islam. Rakyat Negara ini berduyung-duyung dan berlumba-lumba untuk mempelajari Islam. Namun, ditengah-tengah keghairahan ini,muncul beberapa orang manusia yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan di atas kejahilan manusia yang sedang dahagakan Islam. Mereka memperkudakan nama Islam untuk menanamkan fahaman yang salah dalam jiwa masayarakat. Maka lahirlah ajaran sesat….

Amat menyedihkan juga bagi kita sebagai Ansarullah sekiranya ada manusia-manusia atau ahli-ahli gerakan Islam yang kurang tarbiyyah nya menjadi seperti manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab itu. Ada juga sesetengah ahli gerakan Islam yang senior yang tidak faqih dalam bidang penafsiran Quran menggunakan beberapa ayat Quran untuk menjawab sesuatu permasalahan hanya berdasarkan kepada terjemahan Ayat sahaja dan di tambah dengan logic akal sehingga menimbulkan kekeliruan bagi ahli gerakan yang baru berjinak-jinak dengan Islam. Senario ini biasanya berlaku di dalam gerakan Islam di peringkat kampus yang tidak mempunyai jurusan pengajiaan Islam. Pesanan saya bagi adik-adik yang masih baru dalm medan dakwah kampus, carilah seberapa banyak tempat rujukan yang sahih ilmunya seperti ustaz-ustaz atau murabbi yang sudah faqih dengan Islam. Kepada-kepada senior-senior gerakan dakwah kampus, ketahuilah anda tidak boleh menafsirkan atau mengeluarkan sesuatu hujjah berdasarkan logic akal semata-semata dan jangan merasa anda sudah terlalu alim dalam ilmu Islam kerana anda hanya mengikuti usrah yang di jalankan seminggu sekali,itu tidak memadai untuk menjadikan anda faqih dalam ilmu Islam. Walaupun kita dari bidang perubatan,kejuteraan atau bidang lain, marilah sama-sama kita pasakkan niat untuk menjadi fuqaha islam dengan Ilmu yang sahih melalui menuntut ilmu..

Namun dalam realiti gerakan islam juga sudah timbul beberapa masalah dari sudut kefahaman fikrah Islamiyyah itu sendiri. Dalam keghairahan kita menjalankan gerak kerja untuk menaikkan islam samada di kampus atau di dalam masyarakat,kekadang kita meletakkan Allah jauh di belakang,apatah lagi untuk meletakkan Allah sebgai tempat pergantungan tertinggi kita. Kekadang kita merasa megah dengan kehebatan gerakan Islam yang dipimpin oleh kita dan merasakan seolah-olah kecemerlangan gerakan Islam adalah kerana usaha dan kebijaksanaan kita dalam mengatur strategi. Sehingga suatu ketika kita akan merasakan tanpa aku gerakan Islam ini akan hancur. Inilah Sifat Ahli gerakan yang tanpa dia sedari telah melatakkan sesebuah gerakan Islam itu sebagai hak pribadi dia. Adakah akan lahir rahmat Allah di tengah Medan perjuangan seperti ini??? Kita berjuang untuk mendapat redha Allah, tapi adakah kita mendapat redha Allah atau mendapat murkaNya???

Wahai saudara-saudaraku, fahamilah, bahawa jemaah atau sesebuah gerakan Islam bukan tempat kita untuk bermegah atau tempat kita menjalankan prihal pribadi kita, Jemaah adalah wasilah untuk meletakkan kita dalam perjalanan jihad yang betul. Jemaah ini bukan milik pribadi kita, tetapi jemaah ini adalah milik Allah. Seandai kita meletakkan Allah sebagai tuan kepada jemaah ini, Insyaalah Allah akan memelihara keutuhan perjuangan gerakan islam itu dan ahlinya.

Sepertimana seruan ayat diatas, marilah sama-sama kita berpadu tenaga untuk memperjuangkan agama Allah tanpa meletakkan pribadi sebagai matlamat perjuangan ini. Jadilah bangunan yang kukuh yang di hasilkan dari batu bata yang berkualiti bukan dari batu bata reject dan jadilah bangunan yang di dalamnya tempat berkumpul bakal para syuhada’ bukan tempat berkumpul para munafiq.

Berjuang bukan kerana jemaah,
Tetapi perjuangan ini adalah kerana Allah,
Biar terbuang asal berjuang,
Kerana Islam pasti gemilang…
Allahuakbar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

lazada