Sabtu, 19 Disember 2009

CINTA


Cinta pada dunia, dunia akan pergi. Cinta pada manusia manusia akan mati. Cintalah pada Allah s.w.t kerana Dialah yang kekal abadi.

Hari ini kita begitu asyik dengan cinta. Cinta pada harta, cinta pada dunia dan cinta pada kekasih. Sehinggakan Laila Majnun, Romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga mengaku cinta kepada yang Esa yang pada hakikinya tidak pernah terlintas di sanubari. Buang emak buang saudara kerana kasih hamba turutkan.



Tetapi kita kurang rasa cinta pada Yang Esa. Kita mengaku menyintai Allah tetapi tidak pernah melaksanakan tanggungjawab kepadaNya. Acap kali kita melafazkan cinta sehinggakan lalai untuk membuktikan cinta kita pada Yang Esa. Sekadar sembahyang lima waktu yang kadang kala kita abaikan. Adakah itu bukti cinta kita pada Allah? Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja, atau sekadar mengeluarkan zakat atas desakan, itukah yang dipanggil cinta abadi kepadaNya?



Amalan kita hanyalah ala kadar saja. Sedarlah amalan yang kita bangga – banggakan selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk membuktikan cinta pada Allah. Cinta sebenarnya ialah cinta yang dipenuhi keikhlasan begitu juga dengan amalan kita kepadaNya.

TANDA – TANDA CINTA PADA ALLAH S.W.T



1. Cinta pada kematian

2. Bermunajat kepada Allah

3. Sentiasa berzikir kepada Allah

4. Berjuang di jalan Allah

5. Melakukan ketaatan dirasakan nikmat

6. Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu

7. Menundukkan nafsu

8. Menjalin kasih sayang sesame makhluk

9. Takut berpaling daripada Allah s.w.t

ukhwah fillahkan lestari selamanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Ya Allah... seandainya hari ini aku sedang memimpin, pimpinlah aku untuk memimpin, seandainya aku sedang mentarbiyyah, tarbiyyahlah aku untuk aku mentarbiyyah, tapi ya Allah seandainya aku sedang mencintai manusia tetapkan hatiku untuk mendahului cintaMu dari cinta manusia.. Hidup berjuang untuk berkorban,Syahid jadi impian