Sabtu, 9 Oktober 2010

Jangan Membina Tarbiyyah Yang Terbengkalai


Mamat merupakan seorang pekerja binaan yang baru berpengalaman selama setahun. Dia merasa iri hati dengan kejayaan majikannya yang merupakan seorang kontraktor yang berjaya. Mamat ada juga la dengar-dengar tentang permulaan dan jatuh bangunnya majikannya itu suatu ketika dahulu. Majikannya tu nama Pak Hasan. Sebelum berjaya menjadi kontraktor berjaya,Pak Hasan juga seorang pekerja binaan seperti Mamat.Namun beliau terus mengorak langkah dengan menyambung pelajaran dan mencari pengalaman dari orang-orang yang berjaya. Beliau juga selalu berguru dan meminta pendapat dari bekas2 majikannya yang terdahulu. setelah hampir 15 tahun mengumpul pengalaman,ilmu dan modal,barulah beliau memulakan perniagaannya dengan membuka sebuah pembinaan.

Namun bagi Mamat,penantian selama 15 tahun ni terlalu lama untuk berjaya. baginya dia boleh buat pinjaman bank untuk memulakan perniagaannya.nanti cepatlah dia jadi orang kaya seperti Pak Hassan. Dengan hanya berbekalkan pengalaman selama setahun,dia mula membuat pinjaman bank dan membuka syarikatnya sendiri.nak di jadikan cerita,maka dapatlah dia satu projek membina satu bangunan rumah kedai. maka denga ilmu setahunnya itu dia memulakan projek itu.dia mula mengambil pekerja-pekerja yang tak berpengalaman(sebab nak bayar murah ler). Hampir setahun masa berlalu,projek tak juga siap-siap,banyak barang rosak kerana pekerjanya tidak mahir dalam bab membinan bangunan ni.akhirnya modalnya habis. Dia tidak mampu lagi untuk membayar gaji pekerjanya.

bulan demi bulan terus berlalu.Mamat semakin susah.Bank yang dulu jadi tempat dia bergantung seolah-olah menjadi musuhnya,hari-hari call minta di bayar balik hutang dulu.dengar kata mereka nak failkan kes ni ke mahkamah. Mamat makin pening. lepas tu pulak,pihak kerajaan juga nak saman dia kerana tidak dapat menyiapkan bangunan seperti yang telah dipersetujui. Mamat makin pening.

Pagi tadi dia terbaca dalam akhbar,semalam pihak polis buat serbuan di bangunan terbengkalai yang dia bina dulu.rupa-rupanya bangunan tu dah jadi sarang penagih dadah.Pihak kementerian kesihatan juga dok sibuk forgin sebab kawasan bangunan terbengkalai tu dah jadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Fuhhh..pening. inilah kesannya jika hanya semangat tanpa ilmu....

Begitulah jua Perkaderan dan tarbiyyah....

Sekarang ramai dari kalangan kita begitu bersemangat dalam membuka tempat baru untuk tujuan pertarbiyyahan tanpa mempersiapkan diri sendiri dengan pelbagai ilmu untuk mencapai matlamat pentarbiyyah.contohnya Ilmu AGAMA,ilmu pengurusan,dan lain-lain yang akan menjadi tiang kepada sesuatu organisasi pertabiyyan yang baru dibina.

Namun,banyak organisasi ini terbengkalai samada di peringkat sekolah,kampus,masyarakat mahupun negara.Ini kerana kebanyakan para pembina organisasi ini melakukan pecutan yang amat laju di awal pembinaan organisasi ini tanpa mempersiapkan diri sendiri.akhirnya mereka keletihan lantaran terlalu banyak ujian,dan akhirnya organisasi yang dibina ditinggalkan begitu sahaja.Maka lahir lah golongan kader yang separuh siap ditarbiyyah.ada yg dah dilengkapi dengan ilmu pidato,tapi takde ilmu agama.maka kader baru ni hebat berpidato tanpa berpandukan agama.Bahkan ada Kader separuh siap ini menjadi penentang semula kepada perjuangan ni.

Ada seorang muslimat bertanya kepada seorang Ustaz, "Ustaz,kenapa ustaz lambat sangat nak mulakan organisasi tarbiyyah seperti yang kita rancang?". Jawab ustaz tersebut,"enti pernah sedarkan budak nakal macam tu?" sambil menunjukkan jari kepada seorang budak nakal yang baru darjah 5. Muslimat itu menggelangkan kepala. "kalau budak kecil tu enti tidak ada ilmu untuk menyedarkan dia,yakinkah enti menjadi printis kepada sebuah perjuangan amat besar cabarannya? enti tak pernah mengkaji potensi diri,potensi mad',kekuatan serta kelemahan yang kita ada.maka siapkan dulu diri enti dengan memahami beberapa aspek penting dalam menggerakkan sebuat organisasi baru.Ia tidak semudah menggerakkan organisasi yang sedia ada."

Kita juga jangan menjadi golongan isti'jal yang ingin mendapat hasil yang cepat setelah kita mentarbiyyah,dan jangan pula jangan menjadi golongan yang terlalu lembab sehingga tidak serius dalam menjalankan gerak kerja islam. Berjuanglah dengan solat dan sabar. Laluilah jalan perjuangan ini sepertimana Jalan perjuangan Rasulullah dan sahabat dahulu,kerana itulah sunnah perjuangan yang sebenar

Ana ingin berkongsi dan mengupas perkongsian yang pernah diberikan oleh seorang murabbi yang cukup memberi kesan kepada diri ana tentang elemen atau unsur Tarbiyyah yang mana Tarbiyyah perlu mendasari 4 perkara ini. Iaitu:

1. Ruh

2. Akal

3. Hati

4. Nafsu.


Dalam pentarbiyyah seseorang individu itu samada kepada diri sendiri atau individu lain tarbiyah perlu menyentuh ke empat-unsur ini untuk merubah tingkahlaku@ peribadi seseorang itu ke arah yang lebih baik. Tanpa 4 elemen ini pentarbiyyahan seseorang individu itu tidak berkesan


Ruh


Unsur yang yang paling penting sekali ialah ruh. Lemahnya ruh mendorong jiwamati, hati kotor, nafsu bermaharaja dalam diri, akal mudah dipandu oleh nafsu dan seterusnya ketidakseimbangan dalam pembentukan diri seseorang individu. Ini kerana apabila ruh kuat kuat nafsu akan lemah. Ruh perlu diperkuatkan dengan amalan-amalan harian yang berterusan dan istimrar bagi melemahkan nafsu.


Tanpa ruh yang kuat akan wujudlah individu yang nampak wara’ tetapi hati kotor dan busuk, pandai berkata-kata dan berilmu tinggi tetapi nafsu kuat, berilmu tetapi tidak mengamalkannya dan sebagainya. Oleh itu pentarbiyyahan ruhiah perlu diberi penekanan yang tegas dalam pembentukan seorang individu muslim.


Sebagai contoh kita lihat semasa zaman Rasulullah, peringkat pentarbiyyahan pertama yang Rasulullah terima dari ALLAH adalah pentarbiyyahaan syadid dari sudut pembinaan ruhiah yang kuat di mana disebutkan dalam surah Al-muzammil. Allah telah mewajibkan Nabi pada awal kenabian untuk berqiamulail beserta modul yang Allah telah gariskan iaitu 1) dilakukan selama setahun 2) dilakukan ½ malam atau kurang sedikit atau 2/3 malam. Jelas disini kepentingan Tarbiyyah ruhiah itu dalam pembentukan individu muslim yang kuat sehingga tarbiyyah pertama yang Nabi Muhammad terima adalah pembinaan kekuatan ruh.



Akal


Akal juga merupakan elemen yang penting bagi manusia. Kerana beramal tanpa tanpa ilmu kita akan sesat. Akal penting bagi memandu dan hidup. Akal yang waras adalah akal yang boleh membezakan yang baik dan buruk dan boleh mengarahkan pemiliknya ke arah kebaikan


Pembinaan akal boleh dicapai melalui thaqafah yang mana merangkumi ilmu, pengetahuan dan kebudayaan. Thaqafah ini boleh dicapai dengan ceramah, kuliah, pembacaan, pengalaman dan lain-lain. Thaqafah ini meliputi pelbagai bidang ilmu dan pengetahuan termasuk, isu-isu semasa, siasah dan sebagainya. Thaqafah perlu digarap dan diimplimentasikan serta dipraktikkan ke arah perubahan tingkahlaku yang lebih baik. Pembinaan kefahaman dalam pembinaan individu muslim itu juga penting kerana tanpa kefahaman yang betul kita akan sesat. Kerana ini Imam Hassan Al-Banna menggariskan kefahaman sebagai perkara yang pertama dalam rukun baiah. Oleh, kefahaman yang sempurna dan berdasarkan islam yang sebenar perlu diterapkan dalam diri bagi membentukan individu muslim yang berperibadi muslim dan faham tugas sebagai muslim .


Namun, seseorang individu itu tetap perlu mempunyai ruhiah yang kuat sebagai gandingan akal bagi membentuk individu yang sempurna. Tanpa ruhiah yang kuat manusia mungkin akan lemah dan segala ilmu pengetahuan yang ada tidak digunakan dengan sebaiknya demi islam dan mungkin akhirnya akan lupus begitu sahaja dari kotak minda kerana tidak diamalkan.



Hati


Hati juga merupakan elemen tidak kurang pentingnya dalam pembentukan individu muslim. Hati kotor, hati rosak maka rosaklah diri. Hati merupakan pusat dalam diri yang berperanan penting dalam mengawal akhlak dan peribadi seseorang. Seseorang yang berhati bersih akan melahirkan individu yang berakhlak mulia, dekat dengan Allah dan sebagainya.


Masalah hati antara masalah yang terbesar yang boleh menyebabkan kebejatan dalam gerak kerja Islam dan pembentukan individu muslim. Sebagai contoh sikap ria’, ujub, hasad dengki, buruk sangka, suka berniat jahat, khianat dan sebagainya. Selain itu, hati yang kotor juga mudah dipandu oleh syaitan. Ini kerana hati tempat syaitan membisikan dan membenamkan jarum-jarum kejahatan dalam diri manusia serta menyebabkan hubungan dengan ALLAH semakin jauh. Bila mana hati semakin jauh dari Allah, akan semakin jauhlah dirikita dari rahmat Allah. Tanpa rahmat Allah kita mudah terjerumus dalam lembah kejahatan.


Oleh itu, hati perlu sentiasa dijaga dan disucikan dari semasa ke semasa dalam pembentukan diri seorang individu muslim. Untuk menjaga hati kita memerlukan kekuatan ruhiah. Hati perlu dibersihkan dengan sentiasa berzikir, membaca Al-Quran, solat malam dan sebagainya.



Nafsu.

Firah manusia mempunyai nafsu dan tanpa nafsu manusia tidak boleh meneruskan kehidupan. Namun, nafsu juga elemen yang boleh membawa manusia kepada kerosakan. Sebahagian ulama membahagikan tingkatan nafsu ini kepada 7 peringkat iaitu;

1. Nafsu Ammarah (Gagal)

2. Lawwamah ( Lemah)

3. Mulhamah (Lulus)

4. Mutmainnah (Baik)

5. Radhiah (Sangat baik)

6. Mardhiah (Cemerlang)

7. Kamilah (sangat cemerlang)


Nafsu ammarah biasanya mengajak manusia suka kepada kejahatan. Oleh itu, nafsu ammarah perlu dikekang, dikawal supaya tidak mendominasi diri dan mengajak diri kita suka melakukan perkara kejahatan. Maka pentarbiyyah perlu juga menyentuh nafsu supaya nafsu terdidik untuk suka ke arah kebaikan dan seterusnya mampu membentuk diri menjadi individu yang mengamalkan Islam secara sepenuhnya serta mencapai nafsu mutamainnah. Nafsu mutmainnah merupakan tingkat tertinggi bagi manusia kerana ia berjaya memenjara nafsu jahat sehingga jiwa pemiliknya sentiasa tenang.


Allah telah befirman dalam Suratul Al-Fajr: 27 – 30 yang bermaksud,

Hai jiwa yang tenang (mutmainnah)! Kembalilah kepada tuhanmu dengan rasa reda lagi diredai. Masuklah ke dalam kumpulan hamba-hambaKu dan masuklah ke syurgaKu.”


Persoalannya bagaimana untuk mendidik nafsu? Kekuatan ruh sahaja yang mampu menundukkan nafsu dalam diri. Nafsu perlu dikekang dengan melakukan solat-solat sunat, puasa dan sebagainya.


"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang. Dengan begitu, kamu menggetarkan musuh Allah dan musuh kamu." (Al-Anfal: 60)

Begitulah seruan Allah kepada kita untuk menyiapkan diri untuk berperang.Jika di zaman Rasulullah,kuda atau lain-lain keperluan pada waktu itu adalah alat untuk mendaulatkan islam melalui perang,maka di zaman ini perlulah lah kita menggantikan alat-alat tersebut dengan segala jenis alat atau strategi untuk mempersiapkan diri kita sebelum kita memulakan sebuah tarbiyyah di tempat yang baru atau meneruskan kesinambungan perjuangan di tempat yang sudah sedia ada tapak perjuangan.

Antara ilmu-ilmu yang perlu di persiapkan oleh setiap daei dalam membina sebuah organisasi baru ialah :
1) Ilmu Fardhu Ain
2) Ilmu Haraki
3) Ilmu Organisasi,sistem,pengurusan dan kepemimpinan
4) Ilmu Strategi
5) Ilmu saraf,psikologi dan pemahaman terhadap jiwa manusia.


Sama-samalah kita menyediakan diri untuk menjadi seorang pentarbiyyah yang berjaya dunia dan akhirat,pentarbiyyah yang dapat memahami waqi dan sasaran dakwahnya,pentarbiyyah yang dapat menjadi role model kepada ahli bawahannya,pentarbiyyah yang rendah diri dan tegas,dan yang paling penting,pentarbiyyah yang mampu membina para pejuang baru yang sejati. maka janganlah sesekali kita menjadi pembina seperti mamat ini. Mamat masih boleh meruntuhkan semua bangunan terbengkalai itu dalam sehari sahaja,tapi jika kita telah melahirkan kader yang terbengkalai,mereka akan menjadi musuh dalam selimut buat perjuangan ini dalam berdekad lamanya.jika ingin meruntuhkan mereka,memerlukan suatu jangkamasa yang amat panjang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Ya Allah... seandainya hari ini aku sedang memimpin, pimpinlah aku untuk memimpin, seandainya aku sedang mentarbiyyah, tarbiyyahlah aku untuk aku mentarbiyyah, tapi ya Allah seandainya aku sedang mencintai manusia tetapkan hatiku untuk mendahului cintaMu dari cinta manusia.. Hidup berjuang untuk berkorban,Syahid jadi impian