Rabu, 25 Ogos 2010

FAKTOR- FAKTOR KEJATUHAN ISLAM


PEMISAHAN KEPEMIMPINAN DIN DAN SIASAH’

Pada zaman Rasulullah s.a.w. kepemimpinan umat berpusat di satu tempat. Semua perkara, kerohanian, akhlak, ke’ilmuan, kebudayaan, politik, ekonomi dan ketenteraan dipegang dan diarahkan oleh satu kuasa yang sama. Para pentadbir dan pelaksana segala urusan umat ketika itu berpusat pada satu bentuk kepemimpinan yang benar-benar memiliki dan menjiwai kesyumulan Islam. Tiada pemisahan di dalam urusan umat dalam mana-mana aspek sekalipun. Pemisahan dalam urusan umat kepada juzu’-juzu’ yang ada adalah sesuatu yang asing dan ajaran Islam yang lengkap dan sempurna.

Dengan peralihan sistem Khilafah kepada sistem Mulk maka bermulalah pemisahan itu sedikit demi sedikit. Di saat kegentingan sistem Mulk, apabila seluruh perhatian ditumpukan kepada pengukuhan kuasa memerintah, pemerintah telah cuai dan menumpukan perhatiannya kepada segala sudut Islam. Pemerintah hanya berusaha untuk mengekalkan kekuasaannya. Mereka sanggup berusaha untuk berbuat apa sahaja asalkan kedudukan mereka terjamin. Mereka menindas rakyat, merampas harta dan bunuh orang-orang yang menentang mereka.’

Semasa keganasan puak pemerintah ini, terdapat beberapa tokoh-tokoh ‘ulama’ yang terus berusaha untuk melakukan amar ma’ruf nahi munkar melalui lisan dan nasihat. Tetapi pemerintah tidak senang terhadap tindakan mereka lantas mereka ditangkap, di penjara, diseksa dan ada yang dibunuh.

Suasana ini bukan sahaja menjauhkan pemerintah dan dapat menumpukan perhatian mereka kepada da’wah dan pentarbiyyahan umat, tetapi juga menjadikan rakyat menganggap sepi terhadap pemerintah. Dalam suasana ini terdapat beberapa aliran di dalam umat Islam. Di antaranya ada yang terus bersama-sama mengukuhkan kezaliman pemerintah dan ada pula yang bersimpati dengan golongan ‘ulama’ dan terus berjuang bersama-sama mereka. Di kalangan umat Islam ketika itu juga terdapat golongan yang menyepikan diri daripada keadaan yang ada dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah iaitu seperti golongan Murji’ah.


KURANGNYA PENTARBIYYAHAN YANG BAIK.

Rasulullah s.a.w. diutuskan oleh Allah untuk menjalankan tugas mentarbiyyah manusia. Baginda s.a.w. membersihkan jiwa-jiwa manusia daripada berhala-berhala peng’abdian yang dicipta sendiri oleh manusia dan menanamkan keimanan yang mendalam terhadap Allah dan kehidupan akhirat. Rasulullah s.a.w. membersihkan manusia dan segala unsur jahiliyyah serta fahaman yang sesat lagi mengelirukan. Hasil daripada itu, baginda s.a.w. telah berjaya membina sebuah , umat yang melandaskan kehidupannya dan masyarakatnya di atas panduan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Mereka inilah yang menjadi generasi pewaris perjuangan Rasulullah s.a.w, Merekalah para pejuang ‘aqidah dan risalah Islam yang agong.

Tetapi apabila berlakunya pemisahan dalam kepemimpinan umat kepada dua pusat yang berbeza, keadaan berubah dengan begitu pesat sekali. Perkembangan kawasan negara Islam serta bertambahnya penganut-penganut Islam tidak dapat ditampung dengan satu pentarbiyyahan yang baik. Keadaan ini menjadi bertambah teruk apabila tugas-tugas pentarbiyyahan ini tidak diberikan perhatian berat oleh pemerintah. Walaupun golongan ‘ulama’ meneruskan tugas-tugas pentarbiyyahan ini, namun usaha mereka adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan bilangan umat yang ramai yang perlu ditarbiyyahkan. Ini kerana tugas pentarbiyyahan ini dijalankan dengan pembiayaan ‘ulama’ sendiri serta beberapa dermawan dan tidak melalui bantuan khusus dan meluas dari pemerintah. Dalam sejarah umat Islam di zaman ini hanya sedikit sahaja berlaku pentarbiyyahan umat yang dilaksanakan dan dikendalikan secara langsung oleh pemerintah yang mendapat sokongan dan kerjasama dari ‘ulama’ yang soleh .’

Tanpa pentarbiyyahan yang baik juga menjadikan umat Islam pada keseluruhannya sukar untuk menjiwai pengertian ajaran-ajaran Islam secara tepat. Banyak pengertian-pengertian yang terkandung di dalam Islam telah menjadi kabur ataupun disalahertikan oleh sebahagian besar umat Islam. Perkara ini termasuklah pengertian-pengertian seperti tauhid rububiyyah, tauhid, uluhiyyah, khalifatullah fil ard, amar ma’ruf nahi munkar, jihad, al-wala’ dan sebagainya. Dalam keadaan kekaburan terhadap konsep-konsep penting di dalam Islam, maka mudahlah umat Islam dihinggapi dengan unsur-unsur baru sebagai pengganti kepada kefahaman Islam yang tidak jitu di dalam diri mereka. Dan sinilah dengan mudah sekali falsafah-falsafah asing, khurafat dan bid’ah menyerap masuk ke dalam pemikiran, kepercayaan dan ‘amalan umat Islam. Dalam suasana tarbiyyah umat yang tidak menyeluruh dan tidak mantap inilah serangan demi serangan dihadapi oleh umat Islam sehinggalah ‘aqidah mereka sedikit demi sedikit menjadi luntur.

Kesan dari pentarbiyyahan yang tidak memberi kekuatan kepada ‘aqidah umat Islam, mulalah mereka melihat ‘ilmu pengetahuan dalam satu perspektif yang sempit. Tumpuan pencapaian ‘ilmu-’ilmu yang boleh menguatkan umat Islam seperti bidang teknik tidak diambil berat. Lama kelamaan umat Islam ditinggal jauh oleh musuh-musuh mereka dalam bidang ini.



HILANGNYA TANGGUNGJAWAB DA’WAH DAN JIHAD PADA UMAT ISLAM.

Para sahabat yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. memahami dua perkara . Pertama: Dunia ini mereka anggap sebagai kerajaan Allah dan mereka diangkat Allah menjadi khalifah-Nya untuk mengurus, sesuai dengan firman Allah:

(Ingatlah) ketika Tuhan berkata: ‘Sungguh Aku menjadikan seorang Khalifah di muka bumi”.

(Al-Baqarah: 30)

“Dia (Allah)lah yang menjadikan segala apa yang ada di bumi untukmu.”

(Al-Baqarah: 29)

“Dan sungguh Kami telah muliakan Bani Adam (manusia), Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, dan Kami beri rezeki mereka yang baik-baik, dan Kami Iebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan.”

(Al-Isra’: 70)

Kedua: Sebagai manusia ia menyerah kepada Allah, tunduk kepada hukum-Nya, diangkat Allah sebagai khalifah di bumi dan ia wajib menjaga penduduk bumi. Firman Allah: .

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan ‘amal- ‘amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka khalifah di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka din yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

(An-Nun: 55)

Para sahabat sentiasa melaksanakan da’wah dan jihad. Bagi mereka Islam tidak akan tertegak hanya dengan berpeluk tubuh atau berbangga-bangga dengan kegemilangan yang silam. Tetapi Islam tegak dengan pengorbanan dan darah. Mereka adalah satu umat yang sentiasa meletakkan kepentingan Islam melebihi kepentingan-kepentingan lain. Mereka mengutamakan Islam lebih daripada keutamaan bangsa, tanahair, keluarga dan lebih utama daripada diri mereka sendiri. Mereka tidak rela melihat Islam tercabar apatah lagi tewas di tangan orang-orang munafik, fasik dan kafir.

Tetapi sebahagian besar dari umat Islam sesudah mereka tidak dapat menjiwai sifat-sifat ini mereka merasa ringan terhadap tugas khalifatullah fil ard yang dibebankan ke atas bahu mereka. Mereka tidak sedar bahawa sifat-sifat kelslaman mereka tidak dapat dipertahankan jika mereka tidak melaksanakan da’wah dan jihad dan ‘aqidah mereka boleh menjadi luntur sekiranya mereka tidak berjuang dengan harta dan jiwa mereka untuk mengukuhkan dan menegakkan Islam. Mereka berbangga dengan peninggalan warisan Islam yang ada pada mereka, tanpa mahu bersusah-payah menyebarkan Islam melalui da’wah dan jihad.

Apabila tanggungjawab da’wah dan jihad hilang dan hati umat Islam, maka mulalah umat Islam dihinggapi berbagai-bagai penyakit. Penyakit-penyakit riddah, fasik dan nifaq mula meluas di kalangan sebahagian umat Islam. Apabila perkara ini berlaku, maka akan mudahlah mereka menjual iman mereka dengan harga yang murah demi untuk mendapatkan keuntungan-keuntungan yang sedikit.



BERJUANG UNTUK MENCAPAL MATLAMAT YANG BUKAN ISLAM

Umat terdahulu dipimpin oleh satu kepimpinan yang menyatukan seluruh ajaran Islam di satu pusat serta mendapat pentarbiyyahan lengkap dan sedar terhadap tanggungjawab da’wah dan jihad. Dengan itu mereka telah dapat berjuang sepenuhnya untuk mengukuhkan Islam. Sebaliknya umat yang datang kemudian, tidak memiliki ketiga sifat-sifat di atas dan telah kehilangan panduan terhadap matlamat kehidupan mereka yang sebenarnya. Mereka telah kehilangan perasaan tanggungjawab memperjuangkan Islam.

Mereka telah kehilangan dorongan-dorongan semangat yang kuat untuk berkorban demi kepentingan Islam. Dalam suasana ini mereka telah tidak lagi dapat memahami tuntutan-tuntutan serta keutamaan syari’at Islam. Mereka tidak meletakkan keutamaan syari’at Islam di tempat yang sepatutnya. Mereka mengutamakan pembangunan kebendaan di atas perlindungan din itu sendiri. Hasil daripada itu banyaklah berlaku pelanggaran hukum-hukum Allah. Umat Islam sudah kehilangan perasaan gerun apabila melakukan dosa dan larangan. Mereka tidak lagi menganggap besar melakukan dosa dan larangan. Mereka tidak lagi menganggap besar melakukan dosa-dosa besar dan melakukan dosa-dosa kecil itu merupakan kebiasaan mereka. Apabila umat Islam sudah menganggap ringan dosa-dosa yang mereka kerjakan maka tidaklah ada bezanya di antara mereka dengan musuh-musuh mereka. Umat Islam yang begini mudah sahaja dihinggapi dengan penyakit cintakan dunia serta kemewahan dan takutkan mati.

Ketika umat Islam dihinggapi oleh penyakit kebendaan ini maka di saat itulah mereka berusaha untuk melandaskan seluruh tindakan-tindakan mereka kepada satu pemikiran selain daripada Islam. dan sejarah umat Islam, jelas bahawa landasan tindakan mereka ini berlaku dalam bentuk ‘asabiyyah yang sempit hinggalah kepada satu bentuk falsafah politik yang tersusun yang pada hari ini dinamakan nasionalisme. Di mana-mana sahaja, sama ada mereka cenderung pada ideologi liberalisme ataupun sosialisme, mereka tetap melaung-laungkan slogan nasionalisme. Seruan ini begitu meluas sekali hingga menjelang abad ke 20 Masihi , tidak terdapat sebuah negara umat Islam pun yang pemimpinnya tidak menyeru kepada satu bentuk perjuangan nasionalisme. Pendekatan kekosongan yang wujud di dalam umat Islam telah diisi dengan satu perjuangan yang baru, iaitu perjuangan untuk meneguhkan ideologi-ideologi, falsafah-falsafah serta manifestasi-manifestasi Barat di dalam negara-negara mereka.

Apabila umat Islam memperjuangkan ideologi-ideologi dan cara hidup asing ini, maka seluruh asas masyarakat telah diubah. Dasar-dasar politik, ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan, ketenteraan dan segala yang menjadi unsur dinamik di dalam masyarakat telah diubah. Dasar-dasar politik, ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan, ketenteraan dan segala yang menjadi unsur dinamik di dalam masyarakat telah dibentuk menurut acuan ideologi-ideologi tersebut. Dalam keadaan ini Islam menjadi kabur di dalam masyarakat. Islam cuma difahami sebagai satu agama yang menyusun aspek-aspek tertentu sahaja dalam kehidupan mereka. Mereka memahami ‘ibadat dalam satu pengertian yang begitu sempit. Mereka mempunyai sikap dan pandangan terhadap hidup sama seperti sikap dan pandangan hidup orang-orang yang sepatutnya menjadi musuh mereka. Apabila keadaan ini berlaku maka jadilah umat Islam seperti ghutha’ atau buih-buih yang banyak tetapi tiada terdapat kekuatan di dalamnya .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Ya Allah... seandainya hari ini aku sedang memimpin, pimpinlah aku untuk memimpin, seandainya aku sedang mentarbiyyah, tarbiyyahlah aku untuk aku mentarbiyyah, tapi ya Allah seandainya aku sedang mencintai manusia tetapkan hatiku untuk mendahului cintaMu dari cinta manusia.. Hidup berjuang untuk berkorban,Syahid jadi impian