Rabu, 24 Mac 2010

Untukmu Ibu





Oh ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kita dan kesepian
Dan aku bagai purnama gerhana
Diibarat lautan kecil tiada tempat kulayarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat kubuktikannya padamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Kutatapi potretmu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Ja! Bagitau papa, settlekan hal harta pusaka mama tuh.
Ja jual rumah tu. Lepas tu, bagi duit kat nenek.
Ja sayang mama tak? Anak apa ni. Tak nak je cakap fasal mama. Anak apa ni?
Ja ingat mama lagi tak?

Bosan. Sikit-sikit fasal harta. Sikit-sikit fasal harta. Nak.... Ambik.!!! Tapi, jangan tuduh Za tak sayang mama. Jangan tuduh Za tak ingat mama. Tak kan Za nak nangis depan semua orang? Atau Za nak masuk TV3, bagitau seluruh rakyat Malaysia, yang Za sayang mama. Amat menyayangi mama. Kat mama yang besarkan Za. Masa Za accidented dulu, sapa yang jaga Za? Mama kan? Tak kan Za nak lupa semua jasa mama.

Za, mandi cepat!
Alah. Malas la mama. Lepas ni la.
Laa. Tak nak pegi DBP ke? Tengok. Dah pukul tujuh. Cepat. Mama nak pegi kerja.
Okla. Okla. Mana air panas? Sejuk la mama.
Ish. Mama dah tuang dalam baldi.
Alaa. Nak mandi dengan mama.
Cepat. Mama nak sembahyang ni.

Mama,
Pejam celik. Pejam celik. Dah 12 tahun mama meninggalkan Za ya. Rasanya, seperti baru semalam mama bawa Za ke Taman Jaya. Alaa. Mama ni jalan lambat sangat la. Tengok. Tak sempat nak kejar pakcik ais krim tu. He he. Za kat sini la mama. Kan tak jumpa. Eh, mama nak pegi mana pulak tu. Tak kan nak tinggal Za main sorang-sorang. Kang jatuh, sapa susah. Mama gak kan?

Mama, tadi makcik suruh Za main dengan anak dia lagi.
Mama, tadi makcik suruh Za ayun buai. Pas tu, dia suruh Za cuci lantai. Pas tu, dia suruh Za hantar makanan kat anak dia. Dia tak bagi makan kalau Za tak buat.
Za. Kenapa makcik cakap Za lari dari rumah makcik?
Bukan Za nak lari. Tadi Za gaduh dengan anak makcik. Abang Boy belikan coklat tu kat Za. Mimi nak. Dia terus amik. Bila Za amik balik, dia terus nangis. Mama dia datang. Za takut kena marah.

Mama menangis lagi. Mama janganlah menangis. Za tak nak tengok mama menangis. Makcik yang jahat. Mama bagi duit kat dia, minta jaga Za. Tapi, dia pula yang suruh Za jaga anak buah dia. Bukan tu aje. Za pegi sekolah pun jalan kaki. Bukan dekat. Za tahu. Mama kerja kuat. Papa pun kerja kuat. Za bukan nak lari dari rumah makcik. Za takut kena marah. Makcik baik depan mama. Belakang mama dia tak macam tu. Kalau Za tak nak ikut cakap dia, dia tak nak bagi coklat. Makcik beli getah rambut. Makcik beli biskut. Dah dapat, Za senyap la. Masa Za accidented dengan lori sayur, bukan salah Za. Mana Za tahu lori tu nak langgar Za. Tapi best. Masuk hospital, tak payah buat kerja. Makcik tak suruh jaga anak dia dah. Cuma, makcik tak bagi tengok video dengan orang lain.

Mama,
Za takut la. Doktor nak jahit telinga Za. Tengok. Dia bungkus kaki Za. Sakit la mama. Banyak darah keluar. Tengok. Za dah tak boleh nak jalan. Macam mana nak pegi zoo. Alaa. Mesti papa tak bawa pegi zoo. Mesti dah tak boleh pegi piknik dengan Aunty Ani dan Uncle Maita. Ni semua salah makcik. Kalau makcik hantar Za pegi sekolah, mesti tak jadi macam ni.

Mama,
Sekarang, sebelum tidur Za dah tak bagi salam dah. Za dah tak baca Al-Fatihah kat ahli kubur. Kan mama selalu pesan. Sebelum tidur, kena bagi salam kat mama ngan papa. Dah mama tak ada. Nak bagi salam kat sapa? Eh. Za ingat lagi lagu ni.

Batu belah batu bertangkup
Telanlah aku luluhlah aku
Aku kempunan telur tembakul

Mama selalu cerita fasal batu belah batu bertangkup. Sedih kan? Mama dia mati sebab kempunan telur ikan tembakul. Pekan pun satu. Pentingkan diri sendiri. Kesian Melur. Kalau hantar Pekan kat rumah makcik, baru padan muka. Baru tahu susah.

Za. Sembahyang cepat.
Za dah sembahyang la mama.
Mama tak nampak pun. Sembahyang mama cakap.
Za dah sembahyang. Mama jangan pukul Za. Za benci mama.

Memang Za dah sembahyang tapi cepat. Za tahu, mama pukul Za sebab mama sayang Za. Za tak benci mama. Kenapa mama minta maaf kat Za. Kan Za yang tak nak ikut cakap mama. Za ingat. Kita kena sembahyang. Kalau tak sembahyang, nanti Tuhan marah. Bila Tuhan marah, nanti Tuhan tak tengok kita.

Mama. Tadi Aunty Rok panggil Za Boy. Kawan-kawan pun panggil Za Boy. Tadi, ada budak pompuan marah Za. Dia cakap Za ni Boy.

Ja. Tolong mami kemas rumah.
OK.

Mama,
Duk rumah mami best. Tak payah jaga budak. Tapi kena tolong mami vakum carpet. Kena basuh pinggan. Za tak kisah. Za suka. Eh. Mama pun suruh ayun buai jugak. Tapi, mami tak garang macam makcik. Mami tak marah kalau tak tolong dia. Tapi kan, mami paksa Za minum air milo sebelum pegi mengaji kat rumah ustazah Zainab. Mama jangan bagitau mami. Za buang air tu dalam sink.

Kenapa Za buat mama macam ni? Za pegi mana tadi?

Alaa. Mama jangan la marah. Za pegi mengaji. Tapi Za keluar awal. Boring la duk rumah mami. Kalau Za pegi awal, boleh main bola. Pas tu, boleh main getah. Za pandai tau main bola. Masa main, Za dengan kak Zeti je pompuan. Yang lain lelaki. Za tak kisah. Za pun pandai main bola. Abang Fendi ajar. Dulu, masa Za main kat rumah dengan abang Fendi, mami bising. Mami cakap kitorang buat bising. Fasal tu lah Za pegi main kat padang.

Za. Mama masuk ICU. Mama koma malam tadi.

Macam mana mama boleh koma ni. Kan semalam OK. Tak kan sebab makan epal hijau mama dah tak sedar-sedar. Benci lah doktor ni. Ada ke patut dia marah kat mama. Dah kahak tu ada, buang je la. Tengok. Sampai kena panggil pulak. Papa, kenapa mama ni?

Alaa. Kena pindah Terengganu la pulak. Doktor kat HKL tak dapat nak buat apa-apa dah. Kena hantar kat HKT. Duk tak lama kat HKT, doktor tak boleh buat apa-apa juga. Mama kena hantar balik rumah. Sekarang, kena berubat cara kampung. Tak kisah la. Za ada kawan baru. Za masuk sekolah baru, banyak yang nak jadi kakak angkat. Lama-lama, mama sihat la tu.

Petang-petang, Za pegi main. Pas tu, Za jumpa mama. Za tahu, mama tengok Za. Mama dengar Za cakap. Tadi kan mama, ada budak kacau Za. Pas tu, masa mandi sungai, sikit lagi Za nak lemas. Masa main sembunyi-sembunyi, Za nyorok kat bawah dewan. Tak ada pun yang jumpa Za. Lagi, Za pandai main galah panjang, police entry, baling tin, baling selipar. Best tau. Tak pe. Mama tak payah cakap apa-apa. Laa... Mama tak payah la menagis. Best dapat kawan baru. Oklah esok nak sekolah. Nanti Za cerita lagi. Sayang mama.

Sir, kenapa lambat?

Mama,
Tadi, masa nak masuk bilik, Za nampak Mok Teh menangis. Tak malu kan? Dah besar pun menangis. Kat sekolah tadi, ada budak lelaki kacau. Nama dia Saipul. Dia cakap nak pukul Za. Masa main tadi, Za menang. Kat sekolah, cikgu minta Za pakai tudung. Eh..........

Kenapa Mek tutup muka mama?Hah???????

Tuhan yang esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihmu
Oh ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku sejak kudilahirkan
Hingga akhir hayatku

Ja dah besar sekarang. Suruh la papa settlekan fasal harta pusaka tu.

Papa, Mek suruh settle fasal rumah kat PJ.
Kakak, bukan papa tak nak cakna. Tengok rumah tu pun papa dah sedih.
Papa, tak payah jual rumah mama ye. Kan kita duduk lama kat situ. Biar kakak yang duduk situ. Tak payah bagi orang lain.
Nanti dah kahwin, bolehlah.

Ja. Rumah tu atas nama mama. Kena bagi duit kat Mek sikit. Tak pun jual rumah tu.
Ja tak nak jual. Ja nak duduk situ.
Ja boleh duduk. Ja minta loan. Lepas tu, bayar kat Mek.

Mek,
Za bukannya gila kat harta. Harta tak bagi apa-apa kat Za. Tapi, Za sayang rumah tu sebab mama. Mama besarkan Za kat sana. Papa pulak, selalu sibuk. Sikit-sikit outstation. Kenapa sejak mama meninggal baru Mek beria dengan rumah ni? Masa Za accidented, nak mati dulu, Mek tak datang pun KL. Sekarang, selalu je turun PJ. Kalau itu yang Mek nak, Za akan usahakan dapat duit untuk bayar kat Mek atau sesiapa saja yang berhak. Mek tak payah la nak bising cakap macam-macam kat papa. Bukan papa nak pentingkan diri. Papa tak cakap, tapi Za tahu. Papa sedih kalau diungkitkan fasal mama. Bukan papa tak sayang mama tapi papa tak sanggup. Za pun sama. Tak nak cakap fasal mama, bukan sebab Za tak ingat mama. Bukan Za tak sayang mama. Tapi, Za sedih nak bicarakan hal mama. Za diam tak bermakna Za mengiakan tuduhan orang sekeliling. Za diam sebab Za cuba hormat orang tua. Mama tak pernah ajar Za biadap.

Mama,
Nama baby mama, Muammar Qaddafi. Papa cakap, nak bagi suprised kat mama. Dah mama koma. Tak dapatlah tahu. Sekarang, Za dah masuk U. Kat U mama dulu. Za dah pakai tudung dan Za dah tak tinggal sembahyang. Za tak kisah apa orang nak kata. Cuma, Za boleh cakap........

Za amat menyayangi mama.....

Oh ibu
Damailah engkau di sana
Kutaburi doa mewangi
Hadiah dari anakmu
ibuuuuuuuu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Ya Allah... seandainya hari ini aku sedang memimpin, pimpinlah aku untuk memimpin, seandainya aku sedang mentarbiyyah, tarbiyyahlah aku untuk aku mentarbiyyah, tapi ya Allah seandainya aku sedang mencintai manusia tetapkan hatiku untuk mendahului cintaMu dari cinta manusia.. Hidup berjuang untuk berkorban,Syahid jadi impian