Sabtu, 3 Januari 2009

JANGANLAH GARANG SANGAT!!




Rasanya dalam hidup kita, mesti pernah jumpa dengan orang yang garang. Parents garang, bos garang, abang garang, kakak garang, adik garang, kawan garang, cikgu garang dan macam-macam lagi..
Pada sayalah garang tu tak salah. Cumanya (tak taulah betul ke tak), kadang-kadang kegarangan akan buat orang jauh dari kita dan buat orang tak selesa dengan kita. “ Aku tak bolehlah dengan orang garang ni”, kata seorang kawan dengan saya. Mungkin GARANG ni satu masalah remeh, tapi tanpa kita sedari ia juga berkemungkinan menjadi faktor wujudnya jurang dalam ukhwah.

Takut Betul!
“Takutlah nak cakap dengan dia, GARANG”!! Pernah tak anda berperasaan macam tu? Ada satu cerita tentang seorang ni, si A yang telah diberi tugas oleh bos dia. Tapi malangnya si A tak berjaya siapkan tugas tu dengan jayanya. Jadinya, si bos ni persoalkan. Ok, pada si A tak ada masalah kalau si bos nak persoalkan, tapi yang jadi persoalannya cara si bos persolkan, yang si A rasa agak GARANG. So, sejak hari tu, kalau ada apa-apa masalah pasal kerja, A takkan refer langsung pada bos dia tapi dia prefer pada seorang lagi senior, walaupun senior tu bukanlah bos dia, atas alasan senior tu baik betul (walaupun si A buat salah) dan yang paling penting tak GARANG!!..
Cerita kedua ni pulak merupakan pengalaman di tempat kerja saya. Ada seorang kakak yang memang terkenal dengan keGARANGannya. Semua orang pun sedia maklum akan perangai kakak ni. Pada satu hari (yang sepatutnya hari yang penuh indah), saya ditugaskan untuk print order dari department-department lain yang kami panggil sebagai SR (Stock Requisition). Oleh kerana freshy lagi kat situ, saya buat kerja lambat kalau nak banding dengan staff-staff senior yang lain. Tanpa diundang, kakak GARANG yang saya mention tadi masuk dalam bilik tempat print order tu dan mulalah bising-bising, kenapa lambat, kenapa tu, kenapa ni dan bla,bla, bla,bla sampailah dia keluar dari bilik tu. Waktu tu hari yang indah tu bertukar jadi hujan. “Apa salahnya tegur bebaik”?!!. “Kenapa GARANG sangat”?!!. “Masuk hospital ke kalau cakap baik-baik”?!!. “Mati ke kalau tegur orang elok-elok”?!!... Geram sangat-sangat waktu sampai saya cakap dalam hati, “Jagalah kalau aku jadi pegawai nanti, aku tak mintak kerja kat kampung aku tapi mintak kerja kat sini, balas balik apa yang kau wat kat aku!! Padan muka”!!. Jahat kan? Tapi memang waktu tu saya fikir sampai ke situ. Tapi Alhamdulillah Allah masih simpankan sekelumit rasa sabar kat dalam hati ni. Lagipun saya pernah dengar hadis yang menyebut seseorang tu memang mulia bila mana dia tak membalas walaupun pada waktu tu memeng dia berkeupayaan untuk membalas dendam. Siapa tak nak jadi mulia kan?? Mungkin tu juga sebahagian daripada tarbiyah Allah nak check balik betul ke kita ni sabar atau tak. Kadang-kadang kita yang mengaku diri sebagai daie ni penuh bersemangat dan berazam nak sabar, nak lemah-lembut pada semua orang. Nah! Allah pun bagi ujian yang boleh buat sabar kita ‘goyang’


Radikal VS Rebellious

Sesuai betul (dengan tajuk atas)! Macam tu lah yang saya rasa bila tengok satu cerita Jepun ni. Nodame Cantabile (NC) tajuknya. Cerita dia memang best dan yang paling penting ada satu babak yang saya rasa kita boleh sama-sama renungkan.
Watak utama NC, Chiaki telah disuruh untuk menjadi conductor bagi satu group orchestra yang diaggotai oleh student-student muzik yang dianggap lemah yang diberi nama S-Oke. Chiaki ni boleh dikatakan sebagai genius. Piano, biola semua kacang jek bagi dia. Ditambah dengan muka yang boleh tahan hensem, memang dia diminati dan dihormati ramai. Satu hari, si Chiaki ni pun mengajarlah S-Oke dengan penuh bersemangat. S-Oke pun bersemangt sangat-sangat bila mereka dibimbing oleh genius.tapi malangnya, keputusan yang didapati memang mengecewakan. Muzik yang dimainkan haru-biru, berterabur dan tak harmoni langsung!. Chiaki bengang kerana hasilnya bukan seperti yang dia mahukan. S-Oke pun sedih kerana dah kecewakan Chiaki. Selepas tu Si Chiaki pun melenting macam singa, GARANG sangat dan memang menakutkan!. S-Oke try sekali lagi tapi tiada perubahann dan dimarah sekali lagi. Kali ni S-Oke tak dapat bertahan lagi sampai ada yang keluar dari kelas, menangis dan kutuk-kutuk Si Chiaki. Apa yang saya boleh kata kat sini, mereka bukan sedih sebab kena marah, tapi cara Chiaki tegur yang pada saya terlalu GARANG dan sangat menusuk jantung! Lepas tu nak dijadikan cerita ada yang nak MEMBOIKOT Chiaki. Memang padan muka pon! Siapa suruh RADIKAL sangat?! Sebab tu lah S-Oke REBELLIOUS!..



Cerita yang satu lagi berlaku kat tempat kerja saya sendiri bila mana kakak garang (yang saya cerita kat atas tadi) suruh saya buat kerja sikit. Oleh kerana macam malas sebab bukan turn saya untuk buat kerja tu (sendiri yang salah sebenarnya!!), mulalah kakak ni tegur. Pada saya tegur tak salah, tapi cara teguran yang memang menyakitkan hati. Kesannya, saya buatlah jugak kerja tu, tapi confirm memang tak ikhlas langsung lah. Tangan jek berjalan tapi hati mengomel. Bila fikir balik, memang rugi sangat-sangat sebabnya kerja kita sebahagian daripada ibadat dan memang awal-awal lagi dah niatkan bekerja is part of dakwah. Tapi bila dah jadi macam ni, saya ragu-ragu adakah ibadat (kerja) yang dilakukan tanpa ikhlas diterima Allah?

Rasanya macam tu lah kita dalam medan dakwah, sama ada kita sebagai ibu bapa, kakak atau abang atau adik atau sebagai kawan sekalipun adalah lebih manis sekiranya teguran itu dibuat secara berhikmah. Islam sendiri mengajar betapa pentingnya berhikmah semasa berdakwah. Tak salah menegur dan saya akui tanpa teguran kita akan lalai dan tak tau mana betul dan mana yang salah. Tapi teguran perlu kena pada tempat dan caranya bak kata pepatah Melayu ‘Bagai menarik rambut dalam tepung ‘,rambut tak putus dan tepung tak berselerak. Kalau ikut cerita tadilah, kalau kakak garang tu tegur saya dengan lembut, saya bukan jek boleh buat kerja tu dengan dengan hati yang senang, tapi akan perform the best la..



Lubang Kecil Pada Kapal
Kebocoran yang kecil masih mampu menenggelamkan sebuah kapal yang besar? Anda rasa betul tak? Menurut buku Maza Yakni, ukhwah merupakan satu sendi yang menjadi tunjang dalam usaha untuk memperkuat binaan masyarakat Islam dan mengeratkan hubungan antara penganutnya. Jadi dalam organisasi dakwah, ukhwah sangat diperlukan agar ianya menjadi umpama satu bangunan yang teguh dan menaut antara satu sama lain. Susah (pada pendapat saya) untuk bekerjasama dengan seseorang jika ada ‘something wrong’ dalam hubungan kita. Mana taknya kadang-kadang atas sebab takut dan tak selesa, kita elak daripada bercakap dengan dia. Kalau ada masalah pun, seboleh-bolehnya elak daripada berbincang dengan dia. Kadang-kadang sedar atau tak hubungan ukhwah itu hanya sekadar ‘badan’ tanpa ‘roh’. Ia seolah-olah metafora dalam sastera Melayu, ‘dingin dalam mesra’, ‘renggang dalam rapat’ ataupun ‘jauh dalam dekat’. Tapi semua ini cuma pendapat peribadi. Mungkin orang lain tak rasa macam tu, Wallahua’lam…

Lagi satu, pada saya bukan saja ukhwah yang tereffect tapi taat pun kadang-kadang jadi goyang jugak. Yalah macam mana nak taat kalau orang yang sepatutnya kita taat tu ada ‘something wrong’ pada sikapnya. Kadang-kadang kita hilang respect dan yang paling merisaukan hilang kasih sayang padanya. Selama bekerja saya terdedah dengan banyak pengalaman berkaitan ‘orang atas’ dan ‘orang bawah’ Saya tak tahu orang lain rasa macam mana, tapi yang saya nampaklah kalau bos tu terlalu terlalu radikal, paksa anak buah ikut polisi, kerah anak buah buat itu buat ini semata-mata bagi memastikan objektif jabatan tercapai. Hasilnya, mesti ada ‘bunyi- bunyi’ belakang. Anak buah memberontak dari dalam. Dahsyat kan?!

Contoh yang lain pulak saya ambil dari cerita NC. Seperti yang cerita tadi, Chiaki tak berjaya conduct S-Oke, jadi Strezzmen (conductor pertama S-Oke) ambil alih sekejap untuk bagi roughly idea pada Chiaki. Menakjubkan!! S-Oke boleh main dengan harmoninya. Rahsianya, Strezzmen langsung tak tinggikan suara pada mereka walaupun mereka lemah. Setiap teguran dilakukan dengan penuh berhikmah, hinggakan S-Oke rasakan teguran itu satu pujian dan galakan untuk mereka perform the best. Muzik yang terhasil memang indah berbanding semasa Chiaki conduct. Memang pelik tapi hati manusia memang macam tu. Ia ada pengaruh yang tersangat besar dalam diri kita. Baik hati kita, baiklah diri kita, tapi bila hati tak baik, maka macam tu lah kita.

Memang tak dapat dinafikan dalam mana-mana perjuangan kita mesti diasak kuat dari luar dan dalam. Namun sehebat mana asakan dari luar. Bahaya lagi asakan dari dalam. Dan saya rasa ancaman dalaman yang biasa adalah kegagalan hati-hati bertaut antara satu sama lain yang menyebabkan rapuhnya dinding ukhwah. Mungkin tanpa kita sedari ‘kapal’ yang disangka teguh yang kita naiki ada satu atau dua lubang kecil yang mungkin menyebabkannya karam…



Sabarlah
“Geramnya, kalau depan ni laut memang aku dah campak kau masuk laut, bagi makan ikan jaws”!. Sakit hati, panas hati semua bercampur baur bila kita tension kena marah, terutama bila kita dalam mood tertekan. Tapi bila difikir balik tak ada orang yang garang tanpa sebab kan? Parents garang sebab nak didik anak-anak, bos garang sebab tak nak anak buah pijak kepala dan bereskan kerja dengan cepat serta sempurna, semuanya bersebab.
Great power comes with a great responsibility (Spiderman), memang betul pun! Semakin tinggi kedudukan seseorang, semakin banyak tanggungjawab yang diamanahkan padanya. Jadi kadang-kadang kita yang kena marah ni kena banyak-banyak SABAR dan cuba bayangkan kita berada di posisi mereka (walaupun sebenarnya sangat-sangat susah). Orang yang bergelar bos ni kadang-kadang mereka banyak benda yang nak difikirkan dan yang nak dibereskan. Jadi bila anak buah buat kerja tak betul, kadang-kadang mereka terhilang sabar, terGARANG dan termarah. Dalam buku Tazkiyah an-Nafs oleh Syaikh Ahmad Farid, menerangkan sesungguhnya Allah menjadikan sabar sebagai kekuatan yang tak pernah pudar, senjata yang tak pernah meleset dari sasaran, tentera yang tak pernah terkalahkan dan penjaga yang tak pernah dihancurkan. Malah Allah banyak memuji orang-orang yang sabar dalam ayat-ayatNya: “Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” (Al-Anfal 8:46). Jadi walaupun kita kena marah sama ada bertempat atau tak, rasanya kita kena berusaha untuk senyum jugak dan yang paling penting hadirkan ‘Lillahi Taala’ dalam setiap pekerjaan kita. Kadang-kadang kita suka beri alasan tak nak berururusan dengan orang yang garang sebabnya sangat menakutkan!, sampaikan bila terhidu jek bau orang yang GARANG tu, kita terus undur 10 langkah ke belakang. Tapi apa kata lepas ni kita cuba maju 1 langkah ke depan bila jek nampak bayang mereka-mereka yang garang ni. Mungkin kita suka cakap sifat garang tu membina jurang dalam berukhwah tapi bila fikir balik sikap kita yang selalu takut tu pun mampu membina tembok antara kita dan mereka kan?
Secara jujur saya terpaksa mengakui yang GARANG kadang-kadang perlu diapply jugak bila berurusan dengan sesetengah orang. Sebab adanya parents yang kadang-kadang garang, saya jadi anak yang dengar kata, sebab adanya lecturer yang memang garang, saya terpaksa berjaga dalam kelas dan sebab adanya bos/senior yang garang, saya buat kerja dengan serius. Jadi, kesimpulannya bukan semua GARANG tu salah. Ia ada pros dan cons . terpulang pada kita nak apply bila dan di mana. Betul kita rasa sakit hati bila deal dengan orang yang GARANG ni, tapi apa kata kita anggap semua ni tarbiyyah Allah yang sedang menguji tahap sabar dan level redha kita. Kadang-kadang bagus jugak bila hati kita sakit, time tu la hati kita ingat Allah, time tu lah kita doa sungguh-sungguh pada Allah. “Hati yang ingat Allah waktu senang tak sama dengan hati yang ingat Allah waktu susah”. Macam tu lah seorang sahabat beritahu saya.
Akhir kata, kita ni sama-sama hidup dalam satu organisasi masyarakat. Cuba bayangkan masyarakat tu umpama satu group orchestra (maaf ambil contoh dalam NC lagi; tapi cerita ni memang best!), conductor sebagai pemimpin masyarakat, score muzik sebagai system/peraturan yang membentuk masyarakat, dan members orkestra sebagai ahli masyarakat. ‘Tempang’ group orchestra kita ni kalau salah satu elemen tak ada. Hancur orchestra ni kalau conductor dok ikut kepala sendiri. Takkan berjaya orchestra ni andai members dok sibuk baca score muzik tanpa tengok arahan conductor. Jadi sama-sama kita practice ikhlas, redha dan sabar dalam group orchestra kita ni. Ada give and take, ada situasi win win dan saling menjaga satu sama lain supaya orchestra yang dibina atas dasar cinta pada Allah ni, mampu menghasilkan muzik yang indah, lunak, harmoni dan synchronized….
Wallahua’lam….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

lazada