Sabtu, 17 Januari 2009

Al-Fatihah Buat Diri Ku…




Ya Allah sakitnya mati.. kaki mulai sejuk dan terasa sesuatu menarik nafas ku dengan keras. Di saat itu aku terpandang seorang lelaki berjubah hitam mendekatiku dan di buka segala hijab yang tidak pernah terpandang oleh mata manusia biasa.. Di saat itu sku terkenang dosa-dosa ku kepada Allah. Di saat itu aku terkenang dosaku kepada Ma dan Abah. Dan disaat itu aku melihat kembali jalan hidup ku merentasi onak-onak perjuangan dahulu..Aku terasa begitu bodoh kerana tidak meluangkan masa sepenuhnya untuk mendaulatkan kalimah Allah di muka bumi dahulu.

Sekarang maut berada di halkumku. Tiada lagi suara nasihat yang bakal keluar dari mulut ini selepas ini,tiada lagi tempikan takbir yang merentasi lidah ini selepas ini. Kerana jiwa ini bakal di genggam oleh Raja maut yang tidak pernah ingkar kepada ketentuan takdir yang Esa. Ku terkenang kembali Pada Solat ku yang selalu terabai dan tidak khusuk. Adakah jalan ku selepas ini adalah syurga???

Di saat kesakitan itu aku terkenang pada tangan suci ibu. Yang selalu membelai manja manusia ini. Yang dahulu ku pernah bertekad untuk menjaganya sampai ke hari tua. Namun hari ini anak mu bakal pergi dahulu wahai ibuku…wajah tua ibu ku terus menerpa sehingga titisan embun mata ini perlahan-lahan membasahi pipi..Siapa yang akan menjaga ibu? Dari jauh ku terdengar suara ayah yang banyak menabur bakti dan menghulurkan sekeping nasihat sejak ku kecil hingga ke sat ini. Dahulu ku pernah bertekad untuk mengembirakan ayah dengan kejayaan ku..Tapi Ayah, Anak mu tidak berdaya melawan takdir.kita bakal terpisah. Kerana ketentuaannya tiada siapa yang mampu mengubahnya.

Aku melihat sendiri jasadku yang sudah kaku. Masih begitu terasa sakit dengan sentakan kuat Ajalku..Ku melihat Ibu,Ayah,adik-beradik kandung dan juga adik-beradik seperjuangan membaca kan yasin untuk ku..Air mata ibu tidak henti-henti mengalir. Ku melihat di kejauhan sahabat-sahabat ku dari jauh memandu dengan laju selepas mendengar berita kematianku. Aku terkedu..Mengenangkan kembali Kisah perjuangan bersama-sama sahabat ini. Suka dan duka di tempuhi bersama.kerana matlamat kami ingin terus berkumpul Di syurga nan Abadi..

Air mata ini rasa ingin menitis melihat kembali jalan perjuangan ini. Menangis bersama demi mendaulatkan Kalimah Allah..Ku terkenang kepada semua adik-adik Usrah. Dulu abang selalu bersama mu sekiranya kamu di landa kesusahan. Masalah mu masalah abang jua.. Namun hari ini abang bakal pergi mengadap Allah,Jangan sesekali adik-adik meletakkan pergantungan kepada Abang melebihi pergantungan kalian kepada Allah. Kerana abang mu ini bakal mati,dan sesungguhnya Allah tidak akan mati. Jagalah ukhwah sesama kita kerana kita bakal di pertemukan di Firdausi Insyaallah dengan Rahmat Allah.



Ku melihat Ayah dan abangku memandikan ku. Mereka menggosok dengan lembut jasad itu.,terasa begitu tinggi nilai kasih saying mereka kepada ku. Tiba-tiba hijab ku di buka kepada para syuhada di palastin..mereka tersenyum girang berterbangan menuju syurga, haruman semerbak disambut oleh Ainul Mardhiah. Aku iri Hati..aku juga ingin Syahid..tiba-tiba suatu suara menerjah ke telinga ini.” Muka tak tahu malu!!!, kau tidak layak jadi syuhada, Di pagi hari kau bermaksiat,dan di petang hari kau bertaubat.” Kau ingat dengan pengorbanan mu yang sedikit dahulu mampu membeli Anugerah Syahid dari Allah??? Kau ingat dengan hanya kau buat Usrah sekali seminggu sudah memadai untuk kau membeli syurga Allah??”

Aku tersedu-sedan.. Ya Allah,dahulu aku berasa aku sudah banyak berkorban untuk agama Mu Ya Allah,Namun hari ini aku sedar,tiada setitis darah pun pernah keluar dari jasad ini semata-mata kerana mempertahankan agama dan Rasul Mu. Ya Allah,betapa hina dan pengecutnya diri ini jika dibandingkan dengan anak-anak palastin… Mereka memburu syahid tanpa ada kepentingan lain dalam diri mereka. Tapi aku….

Setelah ku dikafankan,aku melihat ibu memegang pipi ku,ibu mencium dahiku buat kali terakhir.ibu cuba menahan air mata dari menitis ke wajah ku. Selepas itu ayah,adik-beradik dan sahabat-sahabat datang mengucup dahi hina itu,..

Ya Allah… Pertemukanlah kami kembali di syurga mu kelak…Kerana ku merindui mereka semua.

>Adakah kita pernah membuat Persediaan untuk bertemu dengan hari kematiaan? Jadikanlah hari mati mu hari paling indah sepanjang kehidupanMu..

Bacalah selalu..Al-Fatihah untuk diri Ku sendiri….


Hidup Berjuang untuk Berkorban.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

lazada