Khamis, 31 Julai 2008

Penyelewengan Fikrah dalam perjuangan( Muqaddimah)


Alhamdulillah,segala puji bagi Allah Tuhan yang menjaga hati-hati para tenteranya untuk terus istiqamah dalam medan perjuangan ini. Insyaallah pada kali ini kita akan membincangkan tentang tajuk Penyelewengan fikrah dalam perjuangan. Semoga dengan lontaran ilmu ini akan menjadikan kita sebagai pejuang yang betul-betul berada di atas landasan yang akan di terima oleh Allah..

Bagi para pembaca yang belum kenal apa itu harakah islamiyyah di harapkan dapat mencari ustaz atau guru atau rakan yang mempunyai ilmu yang sahih untuk mendapat penjelasan secara lisan apa yang bakal kita bincang kan di blog ini...

Saya juga memohon kepada semua sahabat,seandainya apa yang saya catatkan di blog ini boleh membantu perjuangan ini,sebarkanlah walau dengan apa cara sekalipun, bagi saya tiada hak cipta terpelihara dalam menyebarkan dakwah dan cahaya Allah hingga ke seluruh alam. Insyaallah saya akan mulakan tajuk Penyelewengan Fikrah dalam perjuangan( SIRI 1)pada 2 ogos 2008.

Hidup berjuang untuk berkorban,
Syahid jadi impian...

Selasa, 29 Julai 2008

Cinta Sejati bermula dari akhidah




ok sekarang ini agak ramai di kalangan kita kurang faham mengenai asas kepada pembinaan rumah tangga muslim. Insyallah saya akan cuba lontarkan pendapat agar kita sama-sama dapat mencari apa itu cinta..

sekarang banyak dikalangan pendakwah muda samada muslimin atau muslimat melihat pembinaan rumahtangga muslim dari satu sudut yang sempit. jika di tanya kepada mereka kenapa \tak nak terima si dia ni,padahal si dia ni orang yang baik akhlaknya. macam-macam jawapan kita dengar, tak bersedia la,saya tak dapat lupakan calon saya yang kat luar la, takut berlaku maksiat la dan sebagainya... pening kita nak jawab..

Baiklah,kita kembali kepada Ucapan kalimah syahadah kita.kalimah syahadah merupakan pintu masuk kepada kita untuk menjadi Islam.. di dalamnya terkandung perkataan illah...semua di kalangan kita telah tahu bahawa illah ada 6 pengertiaan:

(1) TUHAN SEBAGAIMANA PENGGUNAAN BIASA.
(2) TUMPUAN ATAU MATLAMAT PENGABDIAN.
(3) TEMPAT PERLINDUNGAN.
(4) TUMPUAN KECINTAAN.
(5) PEMBERI REZEKI.
(6) SUMBER PERUNDANGAN

cuba kita perhalusi illah sebagai tumpuan kecintaan...dapat rasakan sesuatu??? jika belum saya akan cuba huraikan sedikit..maknanya cinta kita yang sebenar adalah hanya kepada Allah dan Rasul yang tidak boleh di campuri dengan cinta kepada makhluk.. ok?? tentu ada yang tertanya, habis tu cinta aku kat suami aku atau kat bini aku atau kat awek aku,aku nak letak kat mana... jawapannya ialah cinta kita kepada makhluk tak kira kepada suami ke,isteri ke,buayafriend ke,gelifriend ke hanyalah satu wasilah untuk kita mencari cinta kepada Allah dan Rasul..apabila kita memahami konsep ni kita akan dapat rasakan bahawa kita mesti mendahului Allah dalam segenap perkara termasuk dalam bab percintaan...apabila kita mencintai Allah sepenuh hati,Allah akan mencintai kita, Allah tidak zalim untuk menganiayai kita,sudah pasti Dia akan mengurniakan rahmat kepada perkahwinan kita jika perkahwinan kita didasari dengan cinta Allah.

Kita juga kene ingat,perkahwinan akan menghasilkan zuriat,jangan fikir nak kahwin je...jadi zuriat ni akan mewarisi kehidupan kita...orang tua-tua cakap,jika emaknya tu pencuri dan bapaknya perompak,insyaalah anak hasil perkahwinan dua insan ini akan menghasilkan LANUN...ni orang tua-tua la yang cakap...sorry lari tajuk sekejap..ok kita sambung,bila zuriat ni besar agak-agak dia akan ikut jejak langkah kita tak?? mengikut kajian saya,ibubapa hanya mampu mentarbiyyah atau mndidik anak-anaknya hanya 20% sahaja,selebihnya terserah kepada pentarbiyyahan oleh Allah s.w.t..agak-agak Allah nak tarbiyyah tak anak kita dengan penuh kasih sayangNya andai kita meletakkan cinta kita kepada Isteri kita lebih utama dari cinta kita kepada Allah..buktinya sekarang ramai kita tengok mak ayah cuba mendidik anak-anak dengan didikan agama dengan menghantar ke sekolah agama dan memantau pergerakan anak-anak.namun anak-masih lagi menjadi liar..bila kita selidik,antara faktor jadi camtu ialah:
1) mak ayah mencari rezeki dari sumber yang syubhah
2) mak ayah pernah buat maksiat sebelum kahwin(mungkin tak bertaubat)
3) Mak ayah asalnya seorang pejuang,tp meninggalkan dakwah selepas kahwin
4) mak ayah suka mengumpat kat anak orang lain
5) Mak ayah tak jaga solat dan sebagainya
6) dan banyak lagi faktor...

jadi kesimpulannya,sekiranya kita meletakkan Allah sebagai sumber kecintaan tertinggi kita, Insyaalah Allah akan memelihara kita dan anak-anak hingga ke syurga...Insyaalah...

lepas ni ada sambungan lagi...cc nak tutup daa

Cinta kerana Allah membawa ke syurga

Untuk Isteri-isteri para Pejuang

Kutuliskan sajak ini untuk para aktivis Islam di manapun berada. Jangan pernah meninggalkan perjuangan di jalan Allah. Betapa seluruh hajat hidup seharusnya bertumpu pada kepentingan perjuangan di jalan Allah termasuk menikah, berkeluarga, bersuami isteri. Inilah tren pernikahan yang seharusnya kita pertahankan. Wallahu a'lam
Buat manusia istimewa dalam hidup ini... dan juga isteri-isteri pejuang... serta bakal isteri seorang pejuang

ku masih terngiang kata-kata mu...
Dengan penuh keyakinan kau berkata..
"Akhi , Mampukah akhi menjadikan saya sebagai isteri yang
kedua ?....
Mampukah akhi menjadikan Islam sebagai isteri pertama yang lebih memerlukan perhatian?...
Mampukah akhi meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuk urusan-urusan dunia?...
Mampukah akhi menjual diri semata-mata karena Islam?..
Mampukah akhi berkorban meninggalkan kelezatan dunia?...
Mampukah akhi menjadikan Islam laksana bara api....
Akhi perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...

Mampukah akhi menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam.. Bukannya seperti lampu pijar yang bisa di'on'kan bila perlu dan di'off'kan bila tidak....
Mampukah akhi mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada anda karena perjuangan anda....
Dan...mampukah akhi menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanja dengan fatamorgana dunia?...

Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu...
Namun aku menerima syarat-syarat tersebut karena aku tahu..
Jiwamu kosong dari syurga dunia...
Karena aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..
Bukannya kau yang diubah oleh dunia...

wahai Isteri...
ku mohon jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita...
Susah senang kita tempuh bersama...
Aku terharu dengan segala kebaikanmu...
Kau jaga akhlakmu...
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...
janganlah dikau mengeluh apabila sering ditinggalkan demi tugasku menegakkan Islam ke persada agung nanti....
Kau taburkanlah bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan keharuman kemenangan...

wahai Isteri..
suatu masa kita akan di amanahkan dengan anak2 yg akan mewarisi perjuangan ini...
Kau kenalkanlah mereka dengan Allah, Rasul saw, para sahabat yang mulia serta para
pejuang Islam...
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah...
Kau asuhlah mereka hidup dengan Al Quran...
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelang imtihan...

seandai ku pergi bertemu Allah...
janganlah dikau berpatah dari meneruskan perjalanan perjuangan ini..
seandai anak kita bertanya ke manakah abi...
jawablah abi sedang menunggu kita di sana...
semoga ruh perjuangan islam terus mengalir hingga ke anak cucu..

Isteri...
Barangkali inilah pelajaran dari ustadzah Zainab Al Ghazali...
Tangan yang mengayun buaian dapat mengguncang dunia...
Kau beri didikan dua generasi sekaligus, generasi kini dan generasi kan datang
Suaminmu dan anak-anakmu dengan MAHABBAH
Andai ibunda Khadijah Al Kubra masih ada..
Pasti beliau tersenyum bangga karena masih ada srikandi Islam...
SEPERTIMU....WAHAI ISTERIKU..

Jumaat, 25 Julai 2008

Doktor vs Makcik


Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya,
"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut.
Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu..., dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."
Doktor itu menjawab, "Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali.
"Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk."
Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat, sekarang mari saya periksa telinga makcik."

Berpakaian jarang diharam cium bau syurga

wanita yang tinggi harga dirinya adalah yang menjaga auratnya

MANUSIA memerlukan pakaian bagi membalut atau menutupi tubuhnya. Pakaian adalah nikmat Allah yang penting kepada manusia.
Allah menyuruh manusia, khususnya umat Islam supaya memakai pakaian, seperti firman-Nya bermaksud: "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian yang indah apabila pergi ke tempat ibadah, seperti mengerjakan sembahyang atau pun memasuki masjid, makan dan minumlah, jangan melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas."(Surah al-A'raaf, ayat 31).

Pada masa ini, ramai berpakaian bagi melambangkan personaliti dan melindungi tubuh daripada cuaca panas atau sejuk.
Oleh kerana masa atau zaman berubah begitu pantas, maka rekaan dan corak pakaian pun sentiasa bertukar dan semakin canggih. Oleh itu, tidak hairan jika hari ini lahir pelbagai jenis rekaan pakaian yang tidak lagi mementingkan aspek akhlak dan moral.
Islam sebenarnya tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian tertentu untuk dipakai, baik ketika beribadah atau luar ibadah. Islam menetapkan pakaian itu mesti menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.
Pakaian itu tidak menimbulkan kesan negatif terhadap pemakai dan yang melihatnya.
Antara adab berpakaian yang diatur oleh Islam ialah:-
l Hendaklah menutup aurat.
Aurat lelaki menurut ahli hukum Islam ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.
Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Hadis riwayat Imam Bukhari).
l Pakaian tidak jarang supaya tidak menampakkan tubuh.
Pakaian yang jarang menampakkan aurat dan tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Nabi bersabda bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)
l Pakailah pakaian yang tidak ketat supaya tidak kelihatan bentuk tubuh. Lagi pun pakaian yang ketat menyusahkan pergerakan pemakainya.
l Memakai pakaian yang tidak menimbulkan rasa sombong di hati pemakainya. Nabi bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat."
Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda bermaksud: "Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'iy dan Ibnu Majah)
l Tidak menyerupai pakaian golongan bukan Islam kerana dibimbangi orang Islam akan meninggalkan keperibadian Muslim sendiri.
Nabi bersabda bermaksud: "Sesiapa meniru atau menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)
l Pakaian lelaki mesti berbeza daripada pakaian wanita. Maksudnya, pakaian yang khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita, begitu juga sebaliknya.
Rasulullah mengingatkan hal ini dengan keras menerusi sabdanya bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Nabi juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).
l Pakaian lelaki tidak boleh diperbuat daripada sutera kerana diharamkan kaum lelaki memakai sutera.
Nabi bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Hadis riwayat Muttafaq 'alaih)
l Muslimah perlu melabuhkan pakaian hingga menutupi kaki. Pakailah tudung/mini telekung yang sesuai bagi menutupi kepala/rambut, tengkuk, leher dan dada.
Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka menghulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)
l Memilih pakaian berwarna putih kerana ia adalah yang terbaik untuk dipakai. Putih adalah warna yang sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah. Ia juga melambangkan kesucian.
Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih suci dan lebih baik, dan kafankan mayat-mayat kamu dengannya." (Hadis riwayat An-Nasa'iy dan Al-Hakim).
Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan serban hitam. Hijau adalah warna kesukaan Nabi.
l Lelaki Islam tidak dibolehkan memakai cincin emas. Nabi bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."
l Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan. Apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri. Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakanlah dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Hadis riwayat Imam Muslim)
l Apabila memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakanlah juga dengan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."
l Apabila memakai pakaian yang baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi (bermaksud): "Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakaikannya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya, Demikian itu telah datang daripada Rasulullah."
l Berdoa setiap kali memakai dan menanggalkan pakaian supaya memperoleh keberkatan. Ketika memakai pakaian, lafazkanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."
Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya. Sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah imej seorang Muslim.

Ya Allah ya Tuhan ku,


Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini, memohon Engkau limpahkan rahmat
dan hidayahMu. Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.
Ya Allah, Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yangkami sembah dan kepadaMu aku memohon pertolongan,
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom

Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti.
Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim

Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Englau melarang menyebut walaupun perkataan "huh" kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku berjaya kini,
keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah
mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu
ya Allah, Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.
Maha Suci Allah Yang Maha Besar

Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.

Amin.

Isnin, 21 Julai 2008

Al-kisah dalam kisah (siri 1)

Pada oktober 1980 lahirlah seorang bayi yang agak comel di sebuah negeri pemerintahan khalifah abdul aziz nik mat…. Kenal tak khalifah ni??? Conform korang tak kenal… tok guru nik aziz kenal??? Haa dia la tu khalifah yang aku maksudkan… bukan taksub kat dia, tapi menghormati dia sebagai ulama pewaris nabi…

Ok2 kita sambung kepada al-kisah tadi.. budak ni pun dinamakan dengan nama Saufi oleh mak bapak dia…Saufi membesar dengan penuh kasih sayang dan dia ni selalu di manjakan oleh ma kayak nya dan kakak-kakaknya… naik lemak la budak ni… setelah berumur 6 tahun, dia di jaga pula oleh datuk dan neneknya. Datuk dan neneknya lagi la memanjakan kan dia. Maka Saufi ni dah naik lemak kuasa dua la… untuk pengetahuan korang, datuk Saufi ni guru tomoi, ramai bangat anak murid..korang faham-faham lah apa yang jadi kat Saufi, dia dah jadi macam bos plak kat anak-anak murid datuk dia ni…

Ketika umur 9 tahun, Saufi mula didedahkan dengan ilmu pertempuran tomoi dan silat gayung… time ni perangai makin teruk la mangkuk ni sorang, semayang pun tidak apatah lagi nak puasa. Walau pun dia ni nakal, dia ni sorang yang sensitive. Pernah satu kali tu dia pkul 3 orang sepupu dia sebab sepupu dia mengata kat abah dia… pernah juga dia berlawan dengan budak yang lebih dewasa dengan dia semata-mata tidak mahu di ejak oleh bebudak tu… Saufi ni bukan pandai sangat berlawan pun,,dia guna teknik gigit tangan orang je…

Hehe…ni cerita lawak sikit…walaupun nakal,mangkuk ni rupa-rupanya suka berjiwang juga…rupanya dalam diam dia ada berkenan kat sorang awek kat kampong dia… gatai sungguh..tak padan dengan kecik.. maka Saufi ni pun merancang untuk tackle budak ni…maka dengan penuh confidentnya budak tu akan menerimanya, dia pun tulis surat…

Kepada ayu yang di rindui,
Apa khabar?? Tak rindu kat saya ke??
Awak suka saya tak?? Boleh kita kahwin???

Dengan penuh keconfidentnya Saufi menggunakan posmen tak berbayar iaitu sepupunya afiz, selepas 2/3 hari maka surat tu pun di balas,

Eh, cantik juga tulisan ayu ni…tapi cam pernah tengok tulisan ni…

Kepada Saufi yang di sayangi…
Saya pun rindu kat awak juga…
Awak dah bersunat ke nak kahwin dengan saya ni…

Yang benar….
Siti zulhusni….

ceh,,,…mangkuk ko afiz, kata Saufi…rupa-rupanya yang balas surat tu bukan ayu, tapi abang kepada Saufi…Saufi mula rasa malu..pasni aku tak nak berjiwang dah…

ketika pardise berumur 11 tahun, neneknya telah kembali ke rahmatullah.. time ni Saufi menangis buat kali pertama kerana kehilangan orang dia sayangi… rupa-rupanya kematiaan neneknya telah memberikan kesan yang mendalam buat Saufi.. dia sudah mula bersembahyang..walau masih ada sedikit kenakalan lamanya..mungkin Inilah hidayah yang Allah kurniakan melalui hikmah kematiaan neneknya.tapi pada zaman sekarang,jarang manusia yang cuba mencari hikmah disebalik sesuatu ujian yang berlaku.kebanyakkan manusia zaman sekarang lebih suka menyalahkan Allah dan takdir. tapi tak semua la yang camni. dia juga mula belajar bersungguh-sungguh sehingga dalm keputusan UPSR dia dapat 5A. time ni dia ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Dia begitu teruja untuk belajar di sekolah itu,lagi pun ramai kawan-kawannya menerima tawaran itu.

Namun ibunya tidak bersetuju..ibunya mahu dia belajar bersekolah di sekolah agama…hampir seminggu dia buat mogok…namun ibunya tetap bertegas supaya dia belajar di sekolah agama.

Hari pertama melangkah ke Maahad ahmadi tidak begitu mengembirakan hati Saufi..kerana baginya sekolah ni sangat low profile. Dari sini dia mula mengenali beberapa orang budak yang agak nakal…namanya izwan.. dari sini juga Saufi mengenali beberape orang geng baik,nama mereka ialah arif,zermi,saiful,badiuzzaman dan lain-lain lagi.

Bersambung.......

Jemaah Islam bukan milik pribadi kita

Jemaah Islam bukan milik pribadi kita

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh. (Surah As-soft)


Segala puji bagi Allah yang telah meletakkan kita di dalam islam yang tidak mungkin kita rasai kenikmatannya tanpa rahmat dari Allah.

Sekarang ini kebangkitan Islam semakin kuat dirasai di seluruh dunia terutamanya di eropah. Pihak kuffar dengan segala jenis kemudahan yang mereka ada dengan segala upaya cuba menyekat kebangkitan Islam. Namun, Islam itu bukan di jaga oleh manusia, tapi Islam itu di jaga oleh ALLAH tuan penguasa Alam, Raja kepada segala Raja. Semakin mereka menyerang Islam,semakin kuat Islam. Itu lah sifat Islam.

Di Malaysia juga kita dapat rasai betapa kuatnya gelombang kebangkitan Islam. Rakyat Negara ini berduyung-duyung dan berlumba-lumba untuk mempelajari Islam. Namun, ditengah-tengah keghairahan ini,muncul beberapa orang manusia yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan di atas kejahilan manusia yang sedang dahagakan Islam. Mereka memperkudakan nama Islam untuk menanamkan fahaman yang salah dalam jiwa masayarakat. Maka lahirlah ajaran sesat….

Amat menyedihkan juga bagi kita sebagai Ansarullah sekiranya ada manusia-manusia atau ahli-ahli gerakan Islam yang kurang tarbiyyah nya menjadi seperti manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab itu. Ada juga sesetengah ahli gerakan Islam yang senior yang tidak faqih dalam bidang penafsiran Quran menggunakan beberapa ayat Quran untuk menjawab sesuatu permasalahan hanya berdasarkan kepada terjemahan Ayat sahaja dan di tambah dengan logic akal sehingga menimbulkan kekeliruan bagi ahli gerakan yang baru berjinak-jinak dengan Islam. Senario ini biasanya berlaku di dalam gerakan Islam di peringkat kampus yang tidak mempunyai jurusan pengajiaan Islam. Pesanan saya bagi adik-adik yang masih baru dalm medan dakwah kampus, carilah seberapa banyak tempat rujukan yang sahih ilmunya seperti ustaz-ustaz atau murabbi yang sudah faqih dengan Islam. Kepada-kepada senior-senior gerakan dakwah kampus, ketahuilah anda tidak boleh menafsirkan atau mengeluarkan sesuatu hujjah berdasarkan logic akal semata-semata dan jangan merasa anda sudah terlalu alim dalam ilmu Islam kerana anda hanya mengikuti usrah yang di jalankan seminggu sekali,itu tidak memadai untuk menjadikan anda faqih dalam ilmu Islam. Walaupun kita dari bidang perubatan,kejuteraan atau bidang lain, marilah sama-sama kita pasakkan niat untuk menjadi fuqaha islam dengan Ilmu yang sahih melalui menuntut ilmu..

Namun dalam realiti gerakan islam juga sudah timbul beberapa masalah dari sudut kefahaman fikrah Islamiyyah itu sendiri. Dalam keghairahan kita menjalankan gerak kerja untuk menaikkan islam samada di kampus atau di dalam masyarakat,kekadang kita meletakkan Allah jauh di belakang,apatah lagi untuk meletakkan Allah sebgai tempat pergantungan tertinggi kita. Kekadang kita merasa megah dengan kehebatan gerakan Islam yang dipimpin oleh kita dan merasakan seolah-olah kecemerlangan gerakan Islam adalah kerana usaha dan kebijaksanaan kita dalam mengatur strategi. Sehingga suatu ketika kita akan merasakan tanpa aku gerakan Islam ini akan hancur. Inilah Sifat Ahli gerakan yang tanpa dia sedari telah melatakkan sesebuah gerakan Islam itu sebagai hak pribadi dia. Adakah akan lahir rahmat Allah di tengah Medan perjuangan seperti ini??? Kita berjuang untuk mendapat redha Allah, tapi adakah kita mendapat redha Allah atau mendapat murkaNya???

Wahai saudara-saudaraku, fahamilah, bahawa jemaah atau sesebuah gerakan Islam bukan tempat kita untuk bermegah atau tempat kita menjalankan prihal pribadi kita, Jemaah adalah wasilah untuk meletakkan kita dalam perjalanan jihad yang betul. Jemaah ini bukan milik pribadi kita, tetapi jemaah ini adalah milik Allah. Seandai kita meletakkan Allah sebagai tuan kepada jemaah ini, Insyaalah Allah akan memelihara keutuhan perjuangan gerakan islam itu dan ahlinya.

Sepertimana seruan ayat diatas, marilah sama-sama kita berpadu tenaga untuk memperjuangkan agama Allah tanpa meletakkan pribadi sebagai matlamat perjuangan ini. Jadilah bangunan yang kukuh yang di hasilkan dari batu bata yang berkualiti bukan dari batu bata reject dan jadilah bangunan yang di dalamnya tempat berkumpul bakal para syuhada’ bukan tempat berkumpul para munafiq.

Berjuang bukan kerana jemaah,
Tetapi perjuangan ini adalah kerana Allah,
Biar terbuang asal berjuang,
Kerana Islam pasti gemilang…
Allahuakbar.

Khamis, 17 Julai 2008

Rabitah Hati....

Rabitah Hati...


hati ini telah bersatu,
berkumpul di perut bumiMu,
hati ini telah berpadu,
bersatu memikul beban da'wahMu,
hati ini telah mengikat setia,
untuk mendaulat,
untuk mendokong syari'atMu,
di alam maya,
maka ya Allah eratkanlah ikatan yang ada,
kekalkan kemesraan yang ada,
tunjukkanlah jalan yang benar,
tunjukkanlah dengan cahayaMu yang tiada malap,
terangi alamMu,
hidup suburkanlah dengan ma'rifahMu,
tapi,jika ingin mematikannya,
matikanlah sebagai syuhada',
dalam perjuangan,
menegakkan agama yang mulia...
Related Posts with Thumbnails

lazada