Isnin, 23 Februari 2009

TERSUNGKUR DI KAKI PELANGI


Setelah segala kudrat dan usaha dikerah,impian dirasakan hanya tinggal sejengkal untuk dicapai.Namun tersungkur aku di kaki pelangi yang indah itu.
Kenapa hidup perlu ada susah,susah hati,dan perkara y menyusahkan??

Termasuklah perkara-perkara lain yang tidak diingini serta menyesakkan dada bila difikirkan.Tidak cukup duit,tidak cukup makan,tidak cukup kasih sayang,tidak cukup macam-macam la..Kenapa hidup tidak sempurna??-Ini mungkin persoalan bagi orang dewasa.Tapi bagi anak saudara saya yang baru memasuki tingkatan 2,soalannya lebih mudah,

“Kenapa kita kena jadi besar ah Mak Lang?Orang dewasa ni susahla..Kompleks..kena fikir macam-macam.”

Disebabkan soalan itu daripada pelajar Tingkatan 2,maka jawapan yang saya berikan juga cuba dibuat semudah mungkin.

“Iman lepas mati nak pergi mana?”
“Ha,pergi mana?Syurga?”
“Heh,kenapa tak sebut neraka?”

Tariq Iman cuma terdiam sambil buat muka blur seperti tak berminat nak mendengar penjelasan.Biasalah,budak sekolah.Dah penat dengar cikgu sekolah bercakap.Walau macamana pun,saya cuba buat dia terus mendengar penjelasan selanjutnya.

“Boleh ke masuk syurga dengan hanya tidur,makan dan main sahaja?Jalan akhir kita cuma ada dua.Syurga dan neraka.Takda jalan tengah-tengah tau.Jadi,disebabkan Syurga itu adalah saaaangat luar biasa hebatnya,maka penduduk syurga juga tentulah dikalangan orang yang luar biasa.Takkan setakat makan ngan tidur,tidak diuji apa-apa boleh masuk syurga..”

Maksudnya bukan menjadi super hero layaknya Superman,Keluang Man atau Cicak Man,tapi yang luar biasa itu adalah USAHA menuju syurga.Tidak tahulah sama ada tersampai atau tidak massage yang sepatutnya tentang konsep ujian kepada Iman.Mana tahu jika message pending pulak.Tapi sampai atau tidak kefahaman itu urusan Allah.

Berbalik kepada konsep ujian,jika ditonton dari filem atau dalam novel sebagainya,rasanya perkara pertama yang terbayang pada fikiran kita adalah:
ujian = konflik = krisis/kesusahan.

Jika dalam filem hantoo Fighting tiada hantu dan pontianak yang nak menakluk dunia,tiada krisis dalam kumpulan penyelamat dunia tu,agak-agak laku ke cerita tu kat panggung?Buang masa!Lagipun,sekiranya cerita tu semuanya bahagia,indah belaka,pontianak dan manusia siap boleh pergi keluar makan sama-sama,macamana kita nak nilai prestasi sebenar pelakon-pelakonnya?Tak tahu pun Radhi OAG pandai berlakon.
Begitu juga dengan hidup manusia.Dengan jelas Allah berfirman dalam Surah Al-Mulk:2,

“Yang menjadikan mati dan hidup,supaya Dia menguji kamu,siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya.Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”

Hidup,mati dan segala qada’ dan qadar Allah adalah untuk menguji kita sejauh mana kita berpegang kepada janji-janjiNya.Cuma bezanya,samada kita tahu kita sedang diuji atau tidak.

Sepertimana dalam surah Al-Baqarah pada ayat 11 & 12,

[2.11] Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan."

[2.12] Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.

Bagaimana kita boleh sedar sama ada perkara yang kita lakukan itu adalah benar atau salah,baik atau buruk jika kayu ukur yang digunakan adalah semata-mata logik akal dan nafsu yang bisa kelihatan lebih benar dari apa yang ternampak sedangkan disisi Allah sangatlah buruk apa yang kita lakukan itu??

Beginilah..Tak perlu pada mencari buku panduan yang paling tepat untuk menilai bila ikon terbaik sepanjang zaman dah pun tinggalkan kita panduannya.Penulis terbaik sekalipun takkan dapat menandingi panduan yang ditinggalkannya.Kerana panduan ini bukan direka,tetapi wahyu terus daripada Al-Khaliq bagi makhluk-makhluk ciptaanNya iaitu kita.DIA yang paling jelas dan paling arif tentang segala yang terbaik untuk kita.Dengan itu,bagi memandu kehidupan kita,segala manual pengurusan yang terbaik itu telah pun diwahyukan melalui Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Kesimpulannya,dalam apa jua keadaan,yang terburuk mahupun yang terindah,mari kita kembali kepada Al-Quran & Sunnah untuk menilai kehidupan.

Sedarkah kita
di saat kita diuji??
di saat Allah mahu melihat siapa diantara makhlukNya yang lebih baik amalannya?
di saat segala tindakan kita menentukan letaknya kita di Hari Perhitungan kelak?
Sedarkah kita??






Mungkin tak ramai yang sedar terdapat ayat ini dalam juz ’Amma yang anak-anak kecil hafal itu.Dalam Surah Al-Fajr Allah ada menyebut:

[89.15] Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: "Tuhanku telah memuliakanku".

[89.16] Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku".

[89.17] Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim,

Pernah tak kita terfikir seperti mana yang disebut dalam ayat diatas??
Tak perlu fikir jauh.Batang hidung yang menulis ni pun dah terasa sakit sikit terkena lastik sendiri.Kerana saya juga manusia.Kiranya bukan Allah yang menunjukkan jalan ini kepada saya,masakan ternampak.Kita sering merasakan teruji dengan kesusahan sedangkan kesenangan itu juga satu ujian.

Cukuplah tentang persoalan - apa itu ujian?
Mari kita bergerak pula pada persoalan seterusnya,
- BAGAIMANA untuk menghadapi ujian-ujian ini?

Jawapannya mungkin pada saya,mungkin pada anda dan mungkin juga pada kitab-kitab falsafah dan motivasi.Tapi dengan SYARAT,jawapan pada saya,anda mahupun pada kitab-kitab falsafah itu berpandukan AL-QURAN dan SUNNAH yang sepertimana baginda Rasulullah memberi jaminan tiada yang akan sesat jika berpegang dengan keduanya..

Sakitnya...
Bagaimana kita menghadapi kebencian manusia?
Bagaimana kita menghadapi kekurangan harta benda?
Bagaimana kita menghadapi kehilangan sesuatu yang sangat disukai dan dicintai?

Indahnya...Tapi,
Bagaimana kita menghadapi kekayaan yang melimpah ruah?
Bagaimana kita menghadapi jika diberi memiliki kekuasaan yang hebat?
Bagaimana kita menghadapi wajah dan rupa yang menawan?

Tak susah,tak payah.Masing-masing punya al-quran di rumah.Paling tidak boleh di download ke dalam perisian komputer.begitu juga dengan hadis-hadis Rasulullah.
Benar kan?
Tak susah,tak payah.Cuma antara MAHU dengan tidak.Tepuk dada,tanya iman.Jangan tanya nafsu kerana nanti syaitan juga yang akan menjawab.Syaitan yang diketuai Iblis Yang telah bersumpah sejak azali untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam ’Alaihissalam.
’Bunuh diri je..Takda maknanya hidup di dunia ni bila dia dah tinggalkan engkau.Kan3?’
Dan manusia.lebih sedih lagi bila umat yang sangat dikasihi baginda Rasulullah sendiri buta-buta mengangguk mengikut kata nafsu yang dibayangi suara syaitan laknatullah.Maka dirinya pun terjerumus dalam perangkap strategi pemusnahan dirinya,akibat tidak kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah yang pastinya paling tepat penyelesaiannya bagi fitrah sebagai manusia.Sedang seluruh alam mudah bagi allah untuk mentadbirnya,apatah lagi hanya satu jiwa manusia yang kerdil sungguh berbanding seluruh tadbiranNya.

Kembalilah pada Nya dalam setiap keadaanMu.Paling tidak,berusahalah untuk kembali padaNya kerana selangkah usaha kita,seribu rahmatNya tiba.Hayatilah surah Alam Nasyrah,moga kita bertemu jawapannya.

[94.5] Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

[94.6] sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

[94.7] Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

[94.8] dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


Dalam ujian ku temui sakinah.Maka,andai saat diuji kurasa semakin dekat pada Mu ya Allah,maka ujilah aku kerana Engkaulah sumber kekuatan dan harapan..Tiadalah Engkau menguji melainkan dari kemampuanku adanya..



Sabtu, 14 Februari 2009

KAPAL AMERIKA BERLABUH DI PULAU PINANG


Kita mahu Kerajaan Malaysia mengusir segera kapal perang Amerika 'New Orlean' daripada perairan laut negara ini sebagai membantah sokongan Amerika yang menjadi dalang serangan rejim Israel yang membunuh ribuan umat Islam di bumi Palestin.

Bantahan yang dihadiri sama oleh Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Haji Azmi Abdul Hamid dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Nordin berkumpul di hadapan pintu utama Pelabuhan Swettenham di mana kapal perang itu berlabuh.

"Seramai 100 orang pemuda Islam berkumpul mengatakan bantahan kedatangan tentera laut Amerika sejak 11 - 15 Februari. Kedatangan mereka disedari apabila ada kalangan kita sendiri melihat mereka membeli belah, berkunjung ke pub dan sebagainya. Tambahan lagi di kapal tersebut ternyata berkibar bendera Amerika, " ujar Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Tanjung, Rasidi Salim ketika mengiring Yang Dipertua PAS Tanjung membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai selepas solat Jumaat semalam.

Sementara itu, YDP Tanjung, Yaacob Omar berkata, kedatangan tentera Amerika khususnya di Pulau Pinang nyata membuktikan negara Malaysia menyokong dasar Amerika dengan membelakangkan keganasan yang menjadi amalan negara itu sejak dulu.

Menurutnya, rakyat tidak akan lupa resolusi 1860 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendesak bekalan dan pengedaran bantuan kemanusiaan tidak disekat ke Gaza namun Amerika tidak menyokong resolusi berkenaan.

Ini menandakan, dasar Amerika jelas bertentangan dengan amalan kemanusiaan yang menjadi sebahagian perencanaan PBB.

"Sebagai seorang Islam tentunya tidak lupa penentangan Amerika terhadap resolusi 1860 PBB yang mahu bekalan dan pengedaran bantuan kemanusiaan tidak disekat ke Gaza tetapi Amerika pula menentang kononnya untuk menghancurkan gerakan Hammas yang dianggap 'penjenayah antarabangsa'.

"Kerajaan Malaysia sepatutnya lebih prihatin dengan kedatangan kapal perang tersebut kerana ia boleh merebakan lagi api kemarahan umat Islam yang baru sahaja sejuk setelah rejim Israel mengundurkan tenteranya,"jelasnya.

NGO Islam juga tidak mahu Malysia menjadi talam dua muka dalam membela penduduk Gaza yang sedang dibunuh oleh Israel yang didalangai oleh Amerika di Palestin.

Di harap dengan tindakan terhadap kehadiran kapal tersebut akan menjadi pengajaran kepada mereka pada masa akan datang.

"Kita meminta Kerajaan Malaysia dedahkan perjanjian sulit antara dua negara terbabit sehingga membolehkan kapal perang Amerika berlabuh di perairan Pulau Pinang,"tegasnya.

KEPADA semua ahli Exbdlkp dan Alumni, sama-samalah kita berusaha untuk boikot secara berstrategi 7 barangan utama Amerika dan yahudi. Jangan kita bersifat pepsi COLA,yakni apabila berita saudara seislam kita di bunuh baru kita bersemangat. Istiqamahlah menentang dan menghancurkan musuh-musuh Allah itu. (layari :http://islamreturn.blogspot.com/2009/01/blog-post_13.html)

Saya sendiri telah meninjau di kawasan Pulau Pinang ini sebelum demontrasi dimulakan, bagaimana kita melihat para tentera AMerika laknat ini begitu bebas berjalan di daratan tanah air kita. Kita perlu mengutuk sekeras-kerasnya di atas kebodohan kerajaan Malaysia dan kebengongan kerajaan Pulau PInang Membenarkan kehadiran Musuh Allah itu

Related Posts with Thumbnails

lazada