Isnin, 6 Julai 2009

Kafilah syuhada

Sesungguhnya mereka tidak mati,malah mereka terus hidup disisi Penciptanya


Meremang bulu roma ku melihat 3 Syuhada Indonesia tersenyum selepas di jatuhkan hukuman tembak sampai mati. Sungguh manis senyuman mereka. Hampir menitis air mata ini, adakah aku jua akan mengikuti kafilah pengembaraan menuju Allah dengan menaiki kenderaan para Syuhada? Adakah pengorbanan ini yang sedikit mampu untuk aku membeli kematian yang paling mulia itu. Mereka mati dalam keadaan yang amat tenang disisi Penciptanya. Mereka mati dengan menyempurnakan tanggungjawab mereka. Mereka meletakkan nyawa sebagai dagangan mereka dan Allah telah membeli dagangan mereka.

Amrozi,Mukhlis dan Imam Samudera itulah 3 sahabat yang telah berjanji setia untuk meletakkan nyawa mereka. aku tidak pernah percaya dengan berita-berita daripada TV. Mereka tidak akan membiarkan para pejuang Islam Di angkat,mereka akan terus memainkan provokasi agar para pembela Islam dilihat Ganas. aku tidak pernah percaya Tiga Syuhada ini adalah pengganas. Tidak pernah sesekali. Media Perdana sekarang adalah tangan-tangan yahudi laknatullah. Masakan tidak,sejak dahulu sehingga sekarang mereka hanya memainkan isu Palastin untuk menutup Isu yang lebih besar di Negara lain. Maka kita orang Islam pun mengikut rentak provokasi ini,ketika media menayangkan tentang penderitaan Palastina,maka kita begitu bersemangat untuk boikot dan membakar bendera Yahudi. Namun setelah Media senyap,maka kita pun senyap. Sebenarnya kalian lah pembantu para Yahudi. Kalian membantu yahudi jika kalian duduk senyap dan langsung tidak mengeluarkan peluh demi Islam. Ingatlah Ummah,kalian dikira menjadi pembantu yahudi jika kalian diam dengan apa yang berlaku kepada Ummat Muhammad ini. Tapi kita mesti yakin pada janji Allah wahai pejuang-pejuang Allah sekalian:

8. mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).

(Surah As-Saff: 8)


Ya,Cahaya Allah tidak akan pernah padam. Walau yang menjadi musuh Islam adalah dari kalangan orang Islam sendiri.



Tiba-tiba ku terkenang pada Usrah bersama Sahabat-Sahabat yang diadakan di Memali. Tempat Syahidnya Ustaz Ibrahim Libya dan murid-muridnya. Lantas aku cuba search di Youtube. “MEMALI”. Aku tonton video tu. Makin rindu kepada Syahid dan tidak takut mati semakin membara. Terasa Panas air mata ini. Terkenang pada dosa yang mungkin menjadi Hijab kasih sayang Allah padaku. Terkenang kepada kealpaan ku dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ummat Nabi mulia itu.



Hari ini berapa ramai manusia yang ditarbiyyah lari daripada perjuangan lantaran takut hilang pekerjaan, hari ini berapa banyak siswazah yang senyap lantaran merasa penat berjuang dikampus dahulu. Tidakkah mereka lupa cita-cita setiap mujahidin adalah syahid. Tidakkah mereka merasa takut kerana tanpa mereka sedar mereka telah meletakkan majikan mereka sebagai sumber pemberi rezeki. Adakah mereka tidak merasa taku? Atau mereka tidak sedar mereka telah merosakkan 5 sumber illah. Lantaran inginkan makanan mengisi perut,mereka sudah tidak yakin kepada ketentuan Allah.


Aku taip di carian Youtube lagi. Aku taip “ Mati syahid”. Melihat senyuman para syuhada itu kerinduan ku pada Syahid Semakin memuncak. Segala bebanan dan ugutan hilang dari benak fikiran. Segala cercaan dan kehinaan sirna dari diri ini lantaran tingginya keinginan dan kerinduan ini kepada Allah. Ku sujud kepada Mu ya Allah, terima kasih kerana memberi ketenangan kepada Hambu Mu ini. Terima kasih kerana sudi memilih diri ini untuk diuji dengan kasih sayang MU. Syukur pada Mu dari timur dan Barat. Semoga kerinduan ku pada Syahid menjadikan Aku lebih tabah dalam perjuangan ini. Hanya pada Mu ku bermohon,perkenankanlah Ya Allah, Syahidkanlah daku. Ku ingin menyertai kafilah itu untuk terbang bertemu Mu.

Ameen.


- Catatan ini untuk mengembalikan semangat juang yang lesu insyaallah.

Ahad, 5 Julai 2009

Drebar baru kereta sewa (New Taxi Driver)




Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Susi menahan teksi untuk mengantarnya pulang.

Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik"

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.

Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.

Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"
Fasha: "Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"
Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"
Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"
Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."

Fasha: "patutla...."

Sabtu, 4 Julai 2009

Lambaian Borneo Buat pejuang Islam


Apabila melangkah turun ke lapangan terbang Kota Kinabalu, terasa begitu dalam getaran dan rintihan tersirat para penghuni kepulauan ini. terasa kian bersalah kepada diri. kerana memandang enteng kepada perjuangan di bumi ini. ini juga bumi malaysia. jika ingin ditegakkan dulah, individu dan masyarakat muslim harus juga di didik dan dibentuk disini.

pada 19 jun yang lalu,aku berkesempatan untuk solat jumaat di sebuah masjid di kota Belud, perasaan sedih makin terasa apabila aku terpaksa bersolat jumaat dengan hanya bertemankan saudara seislam ku yang tidak sampai 40 orang jumlahnya. dalam kereta aku terus berfikir dan berfikir,apakah yang perlu aku buat? ini kewajipan ku. jua kewajipan kalian semua wahai sahabat-sahabat.



Hj Ayub(bekas paderi besar) memberikan ceramah di program Pemantapan Aqidah
Sumber: Abu Nuha


dalam perjalanan suasana amat berbeza jika mahu dibandingkan dengan kelantan. dikelantan terlalu banyak masjidnya. tapi disini terlalu banyak gerejanya. minggu lepas aku ke SMK tandek, disana aku melihat seorang ustaz tengah mengajar beberapa orang pelajar sekolah rendah. hampir sejam aku berbual dengan ustaz itu,baru ku tahu salah seorang pelajar tadi beragama kristian. Tapi dia berminat dengan Islam. yang paling mengujakan aku,dia dah habis IQRA 3, sinar tarbiyyah dari awal itu perlu.kedua orang tuanya adalah penganut ajaran kristian. mereka juga berminat untuk memeluk Islam. Namun aku tidak berkesempatan berjumpa dengan mereka.



Para Pelajar bukan Islam di Ceramah bersama Hj Ayub.
Mereka sedang meneliti bible

Sumber: Abu Nuha

sebenarnya ramai lagi penduduk sini yang berminat mengenai Islam,namun disini kita kekurangan tenaga pendakwah. kita kekurangan pemuda yang sanggup menginfakkan dirinya untuk Islam. Memang benar,cabaran dakwah disini cukup besar. Pendakwah harus berhadapan dengan penduduk yang hanya mengenal Islam pada nama,pendakwah perlu berhadapan dengan cabaran sihir,pendakwah perlu berhadapan dengan pengaruh gereja yang agak besar disini dan cabaran yang paling besar ialah,pendakwah harus berdepan dengan mehnah dirinya sendiri. Tidak ia berada bergelar ustaz atau tidak Ustaz. jika mehnah dalaman ini kita tidak mampu hadapi,maka cahaya iman yang malap tidak akan mampu menyinari orang lain.

Disini,masih terlalu ramai ummat Islam yang tidak tahu solat,bahkan ada yang lebih dari itu. Hati ini kasihan melihat hanya segelintir sahaja guru/ustaz/ummat yang sanggup turun padang menganjurkan program-program Ilmu. hanya beberapa kerat sahaja mereka yang sanggup berhempas pulas membuka ladang dakwah disini melalui PASTI,Nadwah-nadwah,Persatuan Ulama Malaysia,PAS dan sebagainya.

Saya menyeru sahabat,jika ada peluang menganjurkan program bakti Siswa atau program ke arah tarbiyyah,jangan lupakan saudara-saudara kita di borneo ini. Tangan mereka sekarang ini sebenarnya sedang menggapai ke arah kita untuk kita sambut dengan tangan tarbiyyah. Datanglah membawa Ilmu untuk membina anak-anak muda disini. Agar suatu hari,merekalah yang akan menjadu tunjang perjuangan Islam dan keamanan disini.

Kepada kawan-kawan dari agama lain di sabah terutamanya di kota marudu. Jangan Bimbang,saya datang hanya untuk berkenalan dan saling menyambung salam persahabatan. Jika ada perkara yang tidak betul,marilah kita sama-sama perbetulkan. kedatangan ku ini bukan untuk memecah belahkan kalian,malah untuk diriku lebih mengenali kalian. Saya selaku Ummat Muhammad,mengiktiraf Nabi Isa sebagai salah seorang nabi yang ma'sum daripada dosa. kami tidak pernah menganggap kalian itu musuh kami. Kalian juga kawan kami yang sama-sama menyembah Allah. Cuma kita ada sedikit perbezaan sahaja. jadi jika ada kelapangan bolehlah kita bincangkan perbezaan ini dalam suasana yang baik sebagai teman. Kalian boleh perkenalkan kepada saya apa yang baik dari agama kristian,dan saya juga akan perkenalkan apa itu Islam kepada kalian. Jika kalian berlapang dada dan mahu memilih Islam,itu semua adalah atas kehendak dan keikhlasan hati kalian.tiada paksaan. begitu juga jika kalian ingin terus kekal dalam agama kristian,saya tidak berhak memaksa. malah Islam tidak pernah memasksa sesiapa pun untuk memeluk Islam.

Khamis, 2 Julai 2009

Ukhwah Fillah ILal Jannah

Setebal kabus membaluti bumi
tebal lagi kerinduan ku pada mu sahabat
dalam kejauhan perjuangan yang telah kita lalui
ada secangkir kemanisan yang kita rasai
bersama menuju matlamat yang satu
menjadi abdi yang kekal abadi
yang akan bertemu kembali setelah mati


Jika dahulu kita pernah berjanji
Ukhwah ini kita kan pelihara sampai mati
namun kita tetap berharap
agar dipertemukan kembali
di jannah yang kekal abadi
bersama para mujahid dan para nabi

Sahabat tersayang
jika hari ini kita leka
jika hari ini kita terlupa
segala janji yang pernah di ucap
segala baiah yang pernah di angkat
ingatlah kembali pertemuan kita dahulu
ingatlah kembali ukhwah yang diribat
ingatlah kembali tika mengalirnya air mata
lahir dari sayangnya sahabat

masih kau ingat
ketika kita sama-sama dihina
ketika kita sama-sama dicerca
lantaran kerna Islam yang kita bawa
masihkah kau ingat
erti sakit dalam jihad
erti sayang dalam perjuangan
erti kasih dalam Islam?

Jika dahulu tangan kita berpegang erat
menempuh lautan yang kuat
air mata menjadi ubat
kata-kata pemangkin semangat
Qiamullail sebagai ibadat
marilah sahabat...
kita ribat kembali
Demi menyambung perjuangan ini


sebelum mata ini tertutup
tertutup buat selama-lamanya
ingin ku bingkiskan kerinduan hati ini
marilah kita berpimpin tangan
menempuh jalan ke jannah.

Bergema ikrar kita dahulu
"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu Bertemu untuk mematuhi perintah Mu Bersatu memikul beban dakwah Mu Hati-hati ini telah mengikat janji setia.. untuk mendaulat dan menyokong syariatMu Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini Tunjukkanlah kepada hati-hati ini.. akan jalannya yang sebenar Penuhkanlah piala hati ini.. dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu Hidup suburkanlah hati-hati ini.. dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati Maka matikanlah pemilik hati-hati ini.. sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin.."
Semoga ikrar ini terus bergema

ingatlah...
Ikrar dan baiah
Ukhwah Fillah Ilal Jannah.
Seandainya ku pergi dahulu
Doakanlah daku di hujung Sujudmu



Disini kita bermula


Mehnah ini-kenangilah

Dulu kita pernah bersama


Bersama dalam KTLDM


Saat-saat sebelum berpisah-2005


Alumni Pimpinan Pelajar-2006


Para Pimpinan EXBDLKP-sekarang kita terpisah jauh


Adik-adik yang bakal menyambung perjuangan

Daku tidak pernah lupakan kalian sahabat


Di Pengkalan Hulu


Ketika Program MAFA Training Centre


Rehlah ahli PRO-M


Family Day PRO-M


Sahabat-sahabat dr DPPP


Kenangan Di Memali-2008


Keluarga besar

Related Posts with Thumbnails

lazada