Apabila melangkah turun ke lapangan terbang Kota Kinabalu, terasa begitu dalam getaran dan rintihan tersirat para penghuni kepulauan ini. terasa kian bersalah kepada diri. kerana memandang enteng kepada perjuangan di bumi ini. ini juga bumi malaysia. jika ingin ditegakkan dulah, individu dan masyarakat muslim harus juga di didik dan dibentuk disini.
pada 19 jun yang lalu,aku berkesempatan untuk solat jumaat di sebuah masjid di kota Belud, perasaan sedih makin terasa apabila aku terpaksa bersolat jumaat dengan hanya bertemankan saudara seislam ku yang tidak sampai 40 orang jumlahnya. dalam kereta aku terus berfikir dan berfikir,apakah yang perlu aku buat? ini kewajipan ku. jua kewajipan kalian semua wahai sahabat-sahabat.
Hj Ayub(bekas paderi besar) memberikan ceramah di program Pemantapan Aqidah
Sumber: Abu Nuha dalam perjalanan suasana amat berbeza jika mahu dibandingkan dengan kelantan. dikelantan terlalu banyak masjidnya. tapi disini terlalu banyak gerejanya. minggu lepas aku ke SMK tandek, disana aku melihat seorang ustaz tengah mengajar beberapa orang pelajar sekolah rendah. hampir sejam aku berbual dengan ustaz itu,baru ku tahu salah seorang pelajar tadi beragama kristian. Tapi dia berminat dengan Islam. yang paling mengujakan aku,dia dah habis IQRA 3, sinar tarbiyyah dari awal itu perlu.kedua orang tuanya adalah penganut ajaran kristian. mereka juga berminat untuk memeluk Islam. Namun aku tidak berkesempatan berjumpa dengan mereka.
Para Pelajar bukan Islam di Ceramah bersama Hj Ayub.
Mereka sedang meneliti bibleSumber: Abu Nuha sebenarnya ramai lagi penduduk sini yang berminat mengenai Islam,namun disini kita kekurangan tenaga pendakwah. kita kekurangan pemuda yang sanggup menginfakkan dirinya untuk Islam. Memang benar,cabaran dakwah disini cukup besar. Pendakwah harus berhadapan dengan penduduk yang hanya mengenal Islam pada nama,pendakwah perlu berhadapan dengan cabaran sihir,pendakwah perlu berhadapan dengan pengaruh gereja yang agak besar disini dan cabaran yang paling besar ialah,pendakwah harus berdepan dengan mehnah dirinya sendiri. Tidak ia berada bergelar ustaz atau tidak Ustaz. jika mehnah dalaman ini kita tidak mampu hadapi,maka cahaya iman yang malap tidak akan mampu menyinari orang lain.
Disini,masih terlalu ramai ummat Islam yang tidak tahu solat,bahkan ada yang lebih dari itu. Hati ini kasihan melihat hanya segelintir sahaja guru/ustaz/ummat yang sanggup turun padang menganjurkan program-program Ilmu. hanya beberapa kerat sahaja mereka yang sanggup berhempas pulas membuka ladang dakwah disini melalui PASTI,Nadwah-nadwah,Persatuan Ulama Malaysia,PAS dan sebagainya.
Saya menyeru sahabat,jika ada peluang menganjurkan program bakti Siswa atau program ke arah tarbiyyah,jangan lupakan saudara-saudara kita di borneo ini. Tangan mereka sekarang ini sebenarnya sedang menggapai ke arah kita untuk kita sambut dengan tangan tarbiyyah. Datanglah membawa Ilmu untuk membina anak-anak muda disini. Agar suatu hari,merekalah yang akan menjadu tunjang perjuangan Islam dan keamanan disini.
Kepada kawan-kawan dari agama lain di sabah terutamanya di kota marudu. Jangan Bimbang,saya datang hanya untuk berkenalan dan saling menyambung salam persahabatan. Jika ada perkara yang tidak betul,marilah kita sama-sama perbetulkan. kedatangan ku ini bukan untuk memecah belahkan kalian,malah untuk diriku lebih mengenali kalian. Saya selaku Ummat Muhammad,mengiktiraf Nabi Isa sebagai salah seorang nabi yang ma'sum daripada dosa. kami tidak pernah menganggap kalian itu musuh kami. Kalian juga kawan kami yang sama-sama menyembah Allah. Cuma kita ada sedikit perbezaan sahaja. jadi jika ada kelapangan bolehlah kita bincangkan perbezaan ini dalam suasana yang baik sebagai teman. Kalian boleh perkenalkan kepada saya apa yang baik dari agama kristian,dan saya juga akan perkenalkan apa itu Islam kepada kalian. Jika kalian berlapang dada dan mahu memilih Islam,itu semua adalah atas kehendak dan keikhlasan hati kalian.tiada paksaan. begitu juga jika kalian ingin terus kekal dalam agama kristian,saya tidak berhak memaksa. malah Islam tidak pernah memasksa sesiapa pun untuk memeluk Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan