Rabu, 19 November 2008

SMART CAMP SRIBU 2008 (15-17-NOV-2008).


Apabila ku turun dari BAS di sekolah rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU), Afiqah datang menerpa memegang tangan ini. Dengan linangan air mata dia terus memeluk saya. “Ustaz,janganlah pindah” ujar afiqah sambil menangis. Hampir-hampir juga aku ingin mengalirkan air mata ini,nasib baik ramai lagi ibu-bapa yang masih ada untuk mengambil anak masing-masing setelah 3 hari kami penat berprogram di ECO THEME PARK RESORT. Aku memegang kepala afiqah,murid ku yang darjah dua itu dengan sebak. “afiqah jangan nangis,ustaz pergi sekejap je.kalau ada masa nanti ustaz datang jumpa enti semua.” Ku cuba memujuk. “ kalau ustaz takde kat SRIBU,Afiqah jangan nakal tau,belajar sungguh-sungguh dan yang paling penting jangan lupa hafaz Quran dan amalkannya. Ibu dan ayah Afiqah hanya memerhatikan sahaja aku memujuk afiqah.mungkin mereka juga merasa sebak melihat anak kecil ini sudah mengerti kemanisan Ukhwah apabila wujudnya perpisahan. Aku membuka beg,mengambil Key chain TLDM yang aku beli semasa latihan pelayaran pada 2004 dahulu dan aku letakkan di tangan Afiqah. “Jaga diri dan Islam Elok-elok,ingat pesan ustaz,cita-cita tertinggi kita adalah syahid”. Mungkin Afiqah belum dapat memahami sepenuhnya apa pesanan ku tadi. Afiqah melambai-lambaikan tangan dan masih ada titisan jernih di matanya sewaktu dia berada di dalam kereta.

ku sedang memujuk faris dan afiqah

Setelah Afiqah hilang dari pandangan,aku melangkah ke kantin,tetiba amirul pelajar yang baru darjah empat itu datang dan terus mencium tangan ku sambil minta maaf, “Ustaz,ana nak cium dahi ustaz boleh?” aku terkesima. Namun aku tetap membenarkannya mencium dahi aku,ku lihat titisan jernih mengalir di pipinya. “Ya Allah,aku kene tahan perasaan ni.” Jangan menangis di hadapan orang”. Getus hati ku. Selepas itu sorang demi seorang pelajar ku datang bersalaman. Insyaallah ustaz takkan lupakan antum semua. Nama-nama antum yang selalu mencuit hati ustaz dengan telatah nakal . Antum adalah bakal mujahid yang sedang di tarbiyyah di bawah payung DPP PUlau Pinang. Yang bakal menjadi tonggak kepada perjuangan Islam nanti. Ustaz akan ingat telatah Farhan yang terlalu suka bercakap dan komen ustaz, Sufi yang banyak bantu ustaz,Osman yang control macho,Misbah yang bercita-cita menjadi bomoh, Ain yang selamba,Atiqah yang garang, amirah yang banyak songeh,Nawawi dan wardah murid yang paling kecik, dini yang mata bulat, Afiqah yang selalu senyum dan ramai lagi murid-murid yang ustaz sayang.



kekuatan jasmani

Mungkin Smart Camp 08 adalah tugas terakhir ku untuk berkhidmat DI SRIBU. Aku terus melangkah menuju ke Asrama. Terpandang bilik urustia program Smart Camp yang agak bersepah,memori terus tertuju kepada kenangan sepanjang 3 hari berada di program itu. Hari ini baru ku rasa betapa manisnya ukhwah di SRIBU setelah bersama-sama menempuh onak dan duri membesarkan tunas-tunas Islam ini. Masih ku teringat gurauan Ustaz Yusni selaku Mudir SRIBU bagi menghidupkan suasana setiap kali program. Mungkin akan terus segar dalam ingatan ini geng2 Modul iaitu Ustaz Syafiron,Ustaz Naim,Cikgu Balqis,Ustz Baizura, dan Ustazah Zaharah yang pening-pening lalat memikirkan modul untuk menjadikan Smart Camp kali ini bakal menjadi batu loncatan untuk murid-murid terus Istiqamah dalam pengajian Islam dan Fardhu Kifayah ini.

para urustia

Tiba-tiba ku tersenyum sendirian mengenangkan ustaz din dan ustaz zainon yang suka buat lawak dan tak lupa juga kepada syafiq dan saiful yang menjaga bahagian makanan dengan baik.. Slot yang paling aku tidak dapat lupakan ialah slot pengembaraan malam. Ramai pelajar-pelajar menangis kerana takut berjalan dalam gelap. Tapi apabila ditnya,antum takutkan kan siapa? Serentak mereka menjawab.”ALLAH!!!”. malam itulah kami cuba memperbaiki mana-mana kelemahan yang ada pada pelajar-pelajar itu. Tetiba terdengar pelajar putera menjerit. “ni mesti Histeria”. Dengan pantas aku berlari kea rah bunyi tu…HAmpeh, rupa-rupanye Ustaz din tengah duk menakut-nakutkan Daniel.

Ku terus melangkah menjelajahi tangga asrama putera..sunyi sahaja asrama ni.Terasa rindu pada kebisingan para pelajar yang sedang bermain,study, dan menghafaz Quran.Begitu kosong jiwa ini,sekosong asrama yang bakal ku tinggalkan.terbayang kembali bagaimana kenakalan anak-anak buah ku terutamanya mawardi yang baru darjah satu,tapi dah pandai mengenekan senior dia.kadang-kadang ada senior-senior dia datang mengadu kepada ku kerana tak tahan setelah di ejek oleh mawardi.senyumannya cukup manis kerana dia tiada gigi hadapan. Dari atas asrama ku terpandang surau yang sebelum ini begitu meriah dengan alunan bacaan al-quran dari suara-suara halus para mujahid cilik tu..di surau inilah banyak kali aku mendenda pelajar-pelajar yang terlalu.Wahai anak-anak ku,Ustaz buat semua itu kerana sayangkan antum semua.Ustaz mahu antum semua tahu,Islam memerlukan ramai amilin yang sanggup mengorbankan segalanya untuk didagangkan di jalan Allah.Yang bukan hanya menjadi penceramah yang terlalu banyak berkata-kata tanpa ada tadhiyyah yang tinggi. Biarlah kita termasuk didalam golongan yang di sebut oleh rasulullah iaitu golongan pemuda yang brtemu dan berpisah kerana Allah.Mungkin masih jauh bagi antum untuk memahami apa itu pengorbanan,tapi cukuplah antum memahami bahawa ukhwah itu manis jika ia hnya kerana Allah.

semasa lawatan

para pelajar

persembahan silat

Solat diutamakan

Di surau ini jua kita bersama-sama berlatih seni mempertahankan diri . di sini juga antum di kerah untuk meningkatkan kekuatan rohani dan jasmani. Disini jua antum belajar apa itu tekan tubi, apa itu silat. Kerana dalam perjuangan ini kita bukan sekadar memerlukan rohani yang kuat,bahkan juga jasmani yang mantap juga amat penting. Ustaz bersyukur kepada Allah,walaupun Ustaz banyak mendenda dan memaharahi antum,antum masih menghormati ustaz,mungkin rabitah hati yang kukuh lantaran jalan yang bakal antum tempuhi nanti adalah jalan yang sedang ustaz sambung dari rasulullah bersama-sama dengan semua pejuang-pejuang islam yang lain untuk menjadi mata rantai yang saling mengikat perjuangan ini.

sahabat-sahabat

sahabat-sahabat

Family Day

Hati ini makin terasa sebak apabila mengenangkan sahabat-sahabat disini yang sama-sama menempuh onak. Jiwa ku tertuju kepada peristiwa manis yang berlaku ada 12-11-08 iaitu semasa persiapan ihtifal kali ke empat.bagaimana semua staff berkerjasama untuk menyusun semua program.berhujan dan berpanas untuk menjadikan ihtifal ini sebagai satu majlis yang yang akan mengembirakan antum semua. Jam 5 pagi itu ustaz tertidur di atas pentas bersama-sama dengan jauzi,al-basher dan faiz. Sungguh manis,mungkin di tempat lain ustaz tak akan dapat merasakan pengalaman ini. Dan ustaz semakin sebak apabila teringat Farhan dan azril datang mengurut kepala dan belakang ustaz setelah melihat ustaz kepenatan.Antum semua banyak member i kasih sayang kepada Ustaz. Ukhwah yang antum tautkan begitu member kesan dalam jiwa ustaz.kerana kasih sayang yang antum berikan tiada kepentingan lain dan ia lahir dari hati seorang pendekar kecil yang bakal menjunjung tinggi Syariat Islam.

Wahai pelajar sekalian,ketahuilah di akhir zaman ini Islam akan kembali menjadi dagang,namun beruntunglah orang dagang bersama-sama islam. Jadilah antum ghuraba yang sanggup di sisih demi islam.kerana kita hanya punya Islam.latihlah jiwamu untuk bersenang-senang dengan kemanisan ukhwah,pejamkanlah mata dari melihat kemehan dunia.hulurkan tangan untuk berpaut dengan mata rantai perjuangan dan pasakkan cita-cita untuk mencapai cinta tertinggi kita iaitu syahid di jalan Allah. Semoga Allah menyambung ukhwah kita disini hingga ke Jannah.

HIDUP BERJUANG UNTUK BERKORBAN, SYAHID JADI IMPIAN.


Buat pengetahuan semua pembaca,SRIBU sekarang sedang mengumpulkan RM 3 juta untuk membina Kompleks SRIBU bagi menempatkan Pasarana lengkap sekolah ini.sekarag SRIBU hanya beroperasi dengan menyewa bangunan di taman Arowana pulau pinang. Kepada para dermawan yang ingin menyumbangkan sumbangan kewangan boleh memasukkan sumbangan ke akaun bank islam SRIBU: 07016010054883. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi mudir SRIBU( Ustaz Yusni:019-4500660) atau layari laman web: http://sribu.net.

3 ulasan:

  1. terima kasih ustaz kerana membing kami semua
    ana ahmad khairul amir bin kamaluddin selaku komanden unit amal

    BalasPadam
  2. RASA SYOK SANGAT BLEH PI SMART CAM INI

    BalasPadam
  3. kalau bleh nak pi lagi la

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails

lazada