Pada perbincangan di bawah tajuk penyelewengan fikrah siri 2 yang lepas kita telah membincangkan tentang penyelewengan dari sudut matlamat. Pada kali ini insyaalah kita akan cuba membincangkan penyelewengan dari sudut sasaran pula. Ini kerana,kekadang kita telah menetapkan matlamat yang mantap dan hebat,namun lantaran wujudnya tipu daya dan mehnah di tengah-tengah jalan perjuangan ini kita terlupa dan lalai dari matlamat asal dan berjalanlah kita dalam perjuangan ini menuju satu haluan yang secara kita tidak sedar kita telah ubah.
Antara sebab berlakunya penyelewengan dari sudut sasaran adalah disebabkan kehilangan tenaga yang disia-siakan tanpa faedah dan berlakunya amalan-amalan atau gerak kerja songsang yang diharapkan kebaikannya pada kesudahannya. Sepertimana yang kita pasakkan di dalam jiwa kita, kita mempunyai 2 sasaran asas yang perlu kita tuju dalam perjuangan ini:
1) Membebaskan semua muslimin dari sebarang gangguan dan kekacauan pemerintahan, gaya hidup dan pemikiran, yang diwujudkan oleh para orientalis dan musuh-musuh islam.
2) Menegakkan dauah islamiyyah- Daulah islamiyyah tidak akan tertegak selagi mana hokum-hukum islam belum ditegakkan.
Ingatlah wahai para sahabat sekalian,selagi kita berdiam diri dalam menegakkan daulah islamiyyah ini,kita akan menanggung dosa dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt lantaran kecuaian kita ini. Penyelewengan dari sudut sasaran boleh berlaku dalam beberapa cara:
1) Merasa cukup dalam menuju ke arah sasaran contohnya merasa cukup dengan hanya berzikir,solat,amar maaruf nahi mungkar, dan melakukan amalan-amalan baik dan pada waktu yang sama meninggalkan jihad,mendirikan daulah dan khilafah serta mengukuhkan semua ajaran islam dengan mengembalikan kuasa pemerintahan kepada Islam,bukan semata-semata kepada orang islam. Sikap seperti ini sebenarnya mengubah rupa atau mencacatkan Islam sepertimana berlaku kepada beberapa jemaah yang memilih sasaran-sasaran yang bersifat cabang sahaja atau memilih sebahagian sahaja dari keseluruhan kewajipan kita sebagai ummat Islam.Terpulanglah kepada Allah untuk menilai semua pendirian kita.
2) Menegakkan hukum islam hanya di sesebuah negeri sahaja tanpa berfikir dan saling bantu-membantu dalam menegakkan daulah islamiyyah sejagat.Ini bercanggah dengan fikrah kita yang menitik beratkan kesatuan muslimin di seluruh dunia. Adakalanya penyelewengan ini boleh berlaku dengan rela hati setelah di umpan oleh pemerintah dengan gambaran-gambaran fotomargana dengan hanya melaksanakan sebahagian sahaja dari Islam untuk menunjukkan mereka juga menjalankan islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan