Mamat merupakan seorang pekerja binaan yang baru berpengalaman selama setahun. Dia merasa iri hati dengan kejayaan majikannya yang merupakan seorang kontraktor yang berjaya. Mamat ada juga la dengar-dengar tentang permulaan dan jatuh bangunnya majikannya itu suatu ketika dahulu. Majikannya tu nama Pak Hasan. Sebelum berjaya menjadi kontraktor berjaya,Pak Hasan juga seorang pekerja binaan seperti Mamat.Namun beliau terus mengorak langkah dengan menyambung pelajaran dan mencari pengalaman dari orang-orang yang berjaya. Beliau juga selalu berguru dan meminta pendapat dari bekas2 majikannya yang terdahulu. setelah hampir 15 tahun mengumpul pengalaman,ilmu dan modal,barulah beliau memulakan perniagaannya dengan membuka sebuah pembinaan.
Ana ingin berkongsi dan mengupas perkongsian yang pernah diberikan oleh seorang murabbi yang cukup memberi kesan kepada diri ana tentang elemen atau unsur Tarbiyyah yang mana Tarbiyyah perlu mendasari 4 perkara ini. Iaitu:
1. Ruh
2. Akal
3. Hati
4. Nafsu.
Dalam pentarbiyyah seseorang individu itu samada kepada diri sendiri atau individu lain tarbiyah perlu menyentuh ke empat-unsur ini untuk merubah tingkahlaku@ peribadi seseorang itu ke arah yang lebih baik. Tanpa 4 elemen ini pentarbiyyahan seseorang individu itu tidak berkesan
Ruh
Unsur yang yang paling penting sekali ialah ruh. Lemahnya ruh mendorong jiwamati, hati kotor, nafsu bermaharaja dalam diri, akal mudah dipandu oleh nafsu dan seterusnya ketidakseimbangan dalam pembentukan diri seseorang individu. Ini kerana apabila ruh kuat kuat nafsu akan lemah. Ruh perlu diperkuatkan dengan amalan-amalan harian yang berterusan dan istimrar bagi melemahkan nafsu.
Tanpa ruh yang kuat akan wujudlah individu yang nampak wara’ tetapi hati kotor dan busuk, pandai berkata-kata dan berilmu tinggi tetapi nafsu kuat, berilmu tetapi tidak mengamalkannya dan sebagainya. Oleh itu pentarbiyyahan ruhiah perlu diberi penekanan yang tegas dalam pembentukan seorang individu muslim.
Sebagai contoh kita lihat semasa zaman Rasulullah, peringkat pentarbiyyahan pertama yang Rasulullah terima dari ALLAH adalah pentarbiyyahaan syadid dari sudut pembinaan ruhiah yang kuat di mana disebutkan dalam surah Al-muzammil. Allah telah mewajibkan Nabi pada awal kenabian untuk berqiamulail beserta modul yang Allah telah gariskan iaitu 1) dilakukan selama setahun 2) dilakukan ½ malam atau kurang sedikit atau 2/3 malam. Jelas disini kepentingan Tarbiyyah ruhiah itu dalam pembentukan individu muslim yang kuat sehingga tarbiyyah pertama yang Nabi Muhammad terima adalah pembinaan kekuatan ruh.
Akal
Akal juga merupakan elemen yang penting bagi manusia. Kerana beramal tanpa tanpa ilmu kita akan sesat. Akal penting bagi memandu dan hidup. Akal yang waras adalah akal yang boleh membezakan yang baik dan buruk dan boleh mengarahkan pemiliknya ke arah kebaikan
Pembinaan akal boleh dicapai melalui thaqafah yang mana merangkumi ilmu, pengetahuan dan kebudayaan. Thaqafah ini boleh dicapai dengan ceramah, kuliah, pembacaan, pengalaman dan lain-lain. Thaqafah ini meliputi pelbagai bidang ilmu dan pengetahuan termasuk, isu-isu semasa, siasah dan sebagainya. Thaqafah perlu digarap dan diimplimentasikan serta dipraktikkan ke arah perubahan tingkahlaku yang lebih baik. Pembinaan kefahaman dalam pembinaan individu muslim itu juga penting kerana tanpa kefahaman yang betul kita akan sesat. Kerana ini Imam Hassan Al-Banna menggariskan kefahaman sebagai perkara yang pertama dalam rukun baiah. Oleh, kefahaman yang sempurna dan berdasarkan islam yang sebenar perlu diterapkan dalam diri bagi membentukan individu muslim yang berperibadi muslim dan faham tugas sebagai muslim .
Namun, seseorang individu itu tetap perlu mempunyai ruhiah yang kuat sebagai gandingan akal bagi membentuk individu yang sempurna. Tanpa ruhiah yang kuat manusia mungkin akan lemah dan segala ilmu pengetahuan yang ada tidak digunakan dengan sebaiknya demi islam dan mungkin akhirnya akan lupus begitu sahaja dari kotak minda kerana tidak diamalkan.
Hati
Hati juga merupakan elemen tidak kurang pentingnya dalam pembentukan individu muslim. Hati kotor, hati rosak maka rosaklah diri. Hati merupakan pusat dalam diri yang berperanan penting dalam mengawal akhlak dan peribadi seseorang. Seseorang yang berhati bersih akan melahirkan individu yang berakhlak mulia, dekat dengan Allah dan sebagainya.
Masalah hati antara masalah yang terbesar yang boleh menyebabkan kebejatan dalam gerak kerja Islam dan pembentukan individu muslim. Sebagai contoh sikap ria’, ujub, hasad dengki, buruk sangka, suka berniat jahat, khianat dan sebagainya. Selain itu, hati yang kotor juga mudah dipandu oleh syaitan. Ini kerana hati tempat syaitan membisikan dan membenamkan jarum-jarum kejahatan dalam diri manusia serta menyebabkan hubungan dengan ALLAH semakin jauh. Bila mana hati semakin jauh dari Allah, akan semakin jauhlah dirikita dari rahmat Allah. Tanpa rahmat Allah kita mudah terjerumus dalam lembah kejahatan.
Oleh itu, hati perlu sentiasa dijaga dan disucikan dari semasa ke semasa dalam pembentukan diri seorang individu muslim. Untuk menjaga hati kita memerlukan kekuatan ruhiah. Hati perlu dibersihkan dengan sentiasa berzikir, membaca Al-Quran, solat malam dan sebagainya.
Nafsu.
Firah manusia mempunyai nafsu dan tanpa nafsu manusia tidak boleh meneruskan kehidupan. Namun, nafsu juga elemen yang boleh membawa manusia kepada kerosakan. Sebahagian ulama membahagikan tingkatan nafsu ini kepada 7 peringkat iaitu;
1. Nafsu Ammarah (Gagal)
2. Lawwamah ( Lemah)
3. Mulhamah (Lulus)
4. Mutmainnah (Baik)
5. Radhiah (Sangat baik)
6. Mardhiah (Cemerlang)
7. Kamilah (sangat cemerlang)
Nafsu ammarah biasanya mengajak manusia suka kepada kejahatan. Oleh itu, nafsu ammarah perlu dikekang, dikawal supaya tidak mendominasi diri dan mengajak diri kita suka melakukan perkara kejahatan. Maka pentarbiyyah perlu juga menyentuh nafsu supaya nafsu terdidik untuk suka ke arah kebaikan dan seterusnya mampu membentuk diri menjadi individu yang mengamalkan Islam secara sepenuhnya serta mencapai nafsu mutamainnah. Nafsu mutmainnah merupakan tingkat tertinggi bagi manusia kerana ia berjaya memenjara nafsu jahat sehingga jiwa pemiliknya sentiasa tenang.
Allah telah befirman dalam Suratul Al-Fajr: 27 – 30 yang bermaksud,
“ Hai jiwa yang tenang (mutmainnah)! Kembalilah kepada tuhanmu dengan rasa reda lagi diredai. Masuklah ke dalam kumpulan hamba-hambaKu dan masuklah ke syurgaKu.”
Persoalannya bagaimana untuk mendidik nafsu? Kekuatan ruh sahaja yang mampu menundukkan nafsu dalam diri. Nafsu perlu dikekang dengan melakukan solat-solat sunat, puasa dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan