Ahad, 25 Julai 2010

Arah tuju

Di manakah arah tujuan hidup
Masa berlalu dengan redup
Pintu hati diam tertutup
Hajat sebenar tak mahu lingkup

Apakan daya hati ini
Lama sudah menyepikan diri
Entah hidup entah mati
Harap-harap sempat menyucikan diri

Pandangan mata makin gelap
Tapi masih tak mahu lelap
Sekujur tubuh erat kudakap
Sinar cahaya akhirnya malap

Silauan cahaya perit terasa
Keringat menitis jiwa bergelora
Hembusan bayu mendinginkan suasana
Tersentak terus dari lena

Hamparan sutera terhampar sudah
Persiapkan diri untuk beribadah
Usahakan jua tanpa penat lelah
Inilah ia amalan berfaedah

Ku pandang ku pandang kiri
Ruang kosong rasa sunyi
Apalah ada pada diri
Hanya insan mengharap simpati

Oh Tuhan
Berilah daku hidayah-Mu
Agar tertebus segala dosaku
Kini dan yang terdahulu
Barulah lega hatiku

Namun saya masih termanggu
Apakah diterima taubatku
Walaupun berdarah air mataku
Hatiku kini rasa terharu

Lembaran hidup makin singkat
Setiap nafasku terasa tersekat
Jiwaku kini terasa diangkat
Rupanya saya telahpun mangkat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

lazada