Rabu, 2 Disember 2009

Munajat

"Dikala malam yag sunyi sepi
Bumi Insan tika ini tenggelam dalam
tidur dan mimpi..
Musafir yang malang ini tersentak bangun
Pergi membasuh diri menghadapMu ...

Tuhan..
Lemah lututku berdiri di hadapanMU..
sedu sedan tangisku keharuan..
Hamba yang serta hina ini..
Engkau terima juga mendekat..
Bersimpuh di bawah duli kebesaran..

Tuhan..
Hamba tidak pasti bagaimana
penerimaanMu
Dikala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini..
Dalam wahyu yang engkau nuzulkan..

Engakau berjanji untuk sedia
memberi dan menerima pengaduan
Dan sudi memberi keampunan
Dan Muhammad RasulMu yang mulia itu
Ada menyatakan ampunan Tuhan
Lebih besar dari kesalahan
(Lantas)..Hamba percaya kepada tutur kepastian itu
Sebab itu hamba datang Wahai Tuhanku.
Bukan kerana hamba tidak redha
dengan ujianMu...

Cuma hendak mengadu padaMu
Tempat hamba Kembali nanti..
Memohon sakinah,Marghfirah
dan mutmainnah..

-MUNAJAT IMAM BUKHARI-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

lazada