Jumaat, 27 Mac 2009

Penyelewengan Fikrah dalam perjuangan (Siri 4)


PENGLIBATAN DALAM JEMAAH

Kewujudan Jemaah sudah jelas di akui sebagai satu Asas kepada pergerakan perjuangan ini untuk mencapai matlamat utama kita. Tidak akan sempurna sesuatu amalan atau gerakan secara bersendirian tanpa jemaah yang menyelengarakan semua susun lapis pergerakan kita. Kita juga telah mengetahui bahawa " tidak sempurna sesuatu kewajipan melainkan dengannya adalah wajib". Berdasarkan kaedah ini maka berjemaah adalah wajib.Namun kita juga tidak boleh membentuk jemaah tanpa pimpinan dan tiada gunanya pimpinan jika tiada ketaatan. Mujaddid Assyahid Imam hasan Al-banna telah menjelaskan dan melaksanakan kepada jemaah kefahaman,matlamat-matlamat,program-program,syarat-syarat keanggotaan dan lain-lain perkara yang penting bagi menjamin keutuhan sesebuah jemaah dengan berteraskan Al-Quran dan As-sunnah. Tetapi sejak akhir-akhir ini banyak berlaku penyimpangan dari perkara asas yang telah disusun oleh Assyahid antaranya ialah:

1- Mengambil ringan dan mengurangkan tugas-tugas jemaah dan amal jamaei. Merasa cukup dan hebat dengan gerak kerja bersendiriaan amat menyedihkan kami. Bahkan ada juga kita mendengar suara-suara sumbang ahli jemaah yang kononnya peraturan dalam gerakan Islam adalah ketat dan kejam. Adakah suara ini dimulakan oleh musuh-musuh Islam yang mahu gerakan Islam berada dalam perpecahan? tapi ingatlah,jangan kita menjadi salah satu dari suara-suara yang ingin menjahanamkan Islam itu.

2- Terlalu banyak bilangan jemaah Islam,banyak bendera dan banyak pimpinan yang berlainan haluan. Ini boleh memecahkan tenaga penggerak dan membengongkan para belia atau ahli baru yang ingin menceburkan diri dalam perjuangan ini. Disini saya ingin mengungkapkan pesanan Syed Mustafa Masyhur jika berlaku perkara sebegini.Pilihlah jemaah yang Mempunyai manhaj kerjanya untuk mendirikan Daulah Islamiyyah Sejagat.Jemaah itu mestilah cukup sifatnya,syumul,bersih dari bidaah,mengamalkan cara Rasulullah dalam kegiatan berdakwah dan segala amalan dan gerak lakunya hanyalah berkiblatkan kepada matlamat ubudiyyah kepada Allah.

3- Mengadakan Puak kecil dalam jemaah yang mempunyai pandangan dan pemikiran yang berlainan atau tidak wala kepada peraturan jemaah sedia ada, atau cuba meletakkan setiap kesalahan ke atas pimpinan. Fonomena ini juga disebut sebagai jemaah dalam jemaah. Mereka ini lah sebenarnya anak didik munafik Abdullah Bin Ubai yang tanpa mereka sedari mereka telah meniru sifat dan gaya abdullah bin ubai ketika berdepan dengan Jemaah Rasulullah suatu masa dahulu. Gejala ini mampu menyebabkan perpecahan atau terbinanya satu fikrah rosak yang enggang wala pada pimpinan Islam seolah-olah mereka mengatasi Pimpinan.

Maka menjadi kewajipan pimpinan bertindak tegas menyusun peraturan-peraturan,program, untuk menyelamatkan ahli dari terus dijangkiti sifat buruk ini.




4- Hubungan sesetengah ahli dengan ahli yang lain lebih banyak kepada untuk menghasilkan keshiqahan atau mempengaruhi ahli lain. Mereka berintraksi adalah untuk melobi diri sendiri dan ingin sentiasa dlihat lebih bijak dari orang. ingin orang memanggilnya mujaddid jemaah,mempunyai idea baru dan sebagainya. Berhati-hatilah. Sifat ini mungkin menjengah ke dalam diri kita.

5- membangkitkan pertelagahan dalam jemaah.Perkara yang kecil diperbesarkan. sedang selemah-lemah ukhwah adalah saling berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhwah adalah melebihkan kepentingan saudara lain lebih dari diri sendiri. Ingatlah bahawa ukhwah itu saudara kepada Iman dan perpecahan itu saudara kepada kufur.

6- Melawan keputusan jemaah dan lupa pada Baiah dengan jemaah kerana kehendak atau kepentingan pribadi seperti gila kuasa,ego, merasa diri hebat dan pakar dalam pentarbiyyahan atau seumpamanya.ketegasan disiplin dan peraturan yang baik mampu menyelesaikan maslah ini.

Sebenarnya apabila seseorang ahli memencikan diri disebabkan penentangannya kepada pimpinan yang rugi adalah ahli yang memencilkan diri itu sedangkan jemaah akan sentiasa mendapat pertolongan dari Allah seandainya Jemaah itu memamng mendokong Manhaj yang sahih. Jemaah juga akan lebih beruntung apabila golongan ini secara tidak langsung membersihkan Saff dari terus tercemar dengan sifat-sifat buruk ini.

7- Tidak setia kepada Baiah. Namun ingin saya tegaskan kepada semua kepimpinan,pastikan anda mengambil baiah selepas seseoranga ahli itu faham dan menghayati erti baiah itu. Jangan kita berbangga melihat seseorang itu berbaiah,padahal hanya mulutnya sahaja yang bergerak namun hati tidak merasakan kemanisan baiah itu.

8- Merasa jemaahnya lebih hebat dari jemaah orang lain. berhati-hatilah. jangan sesekali kita saling ingin menunjukkan jemaah kita lebih hebat.kerana kita adalah pejuang Allah. bukan pejuang Jemaah. Jemaah hanya wasilah yang bila-bila masa sahaja akan hancur jika ia berlawanan dengan kehendak ALLAH>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

lazada